Wednesday, February 5, 2014

Jom Borak-Borak Pasal Babysitter atau Pengasuh Anak

Alhamdulillah, so far aku takdelah masalah dengan babysitter. Inara aku tengok pun ok jer dibawah jagaan pengasuh tuh. Cumanya masalah kalau dia kerap amik cuti jelah. Aku pulak jenis org dah ada hal takkan kita nak tahan2 pulak dia kan, takkan nak jugak hantar anak kat dia, kita pun kerja ada gak masa2 yg kita perlu amik cuti kan. Cuma masa hujung tahun lepaslah, babysitter ada byk hal, rasanya 10-13 hari jer kot aku anak masa bulan 12 tahun lps. Ok, isu pengasuh nak cuti tu takde hal lah sgt, sbb InsyaAllah boleh manage lah sama ada aku atau asben akan cuti atau kalau dah terpaksa kena lah hantar kat rmh mak. Untunglah rmh mak dekat2 kan. Tapi aku takdelah sampai tahap nak susahkan mak pulak. Cumanya yang menjadi hal bila dah cukup bulan, aku tak tau camne nak bayar pengasuh tuh. Nak bayar penuh ker? Atau kena potong sikit ker? Atau bayar ikut hari yg kita hantar jer ker?

Ok jom kita kupas satu2 isu pengasuh nie. Takdelah isu sgt pun.. more to cerita2 jer lah..

Aku tak tau lah kadar standard utk penjagaan anak bawah 2 tahun nie. Tapi since Inara baby lagi aku hantar Inara kepada pengasuh dengan bayaran RM350 sebulan. Ada org kata mahal. Ntahlah aku pun tak tau mahal atau murah, sbb masa mula2 aku hantar dulu aku tanya berapa patut bayar, pengasuh tu kata "terpulanglah, akak tak reti nak letak2 harga nie". Aku pulak lagi lah tak reti. Kang terbayar kurang kang satu hal pulak. Terbayar lebih kang satu hal jugak. So, aku pun just survey2 berapa harga market  di kalangan persatuan pengasuh2 kat kawasan perumahan rmh aku ni, rata2 sumer amik dalam RM350. Aku tak tau dorang sumer dah pakat ke apa kan. Tapi kat area rmh aku jelah yg letak harga tuh, aku tengok tempat lain ada jer yg dalam lingkungan RM200-RM250.  Being a mother yg inginkan yg terbaik buat anak2, harga kita tolak tepi lah. Mungkin kalau hantar kat nursery boleh dapat harga lebih murah kot, tapi aku rasa tak konfiden tuk hantar anak yg masa kecik ketika itu ke nursery. Aku prefer babysitter yg jaga anak aku. Kalau boleh jugak biarlah babysitter tu jaga anak aku sorang jer. Hehe tamak. Memang time tu pun memang babysitter tu jaga Inara sorang jer. So, oklah kami laki bini sebulat suara lah utk membayar pengasuh dengan harga tersebut. Berbalik dengan pertanyaan aku kat atas tuh, kalau pengasuh cuti atau pun hantar anak kurang dari separuh bulan, adakah korang bayar penuh atau macam manakah cara pembayarannya?

Ok, aku dapat tau jugak jaga baby memang lebih mahal sikit dari jaga toddler. Org gitau aku jugak, bila anak dah besar sikit biasanya harga jadi murah sikit. So aku nak taulah, berapa sebenarnya kadar bayaran yg sebenarnya? Yelah Inara pun hujung tahun ni dah nak masuk 2 tahun. So, takkan nak bayar dengan harga baby jugak kan. Aku pun sebenarnya tak kisahlah nak bayar berapa pun, tapi bila fikir balik, makan anak2 sumer aku dah siap2kan. Walaupun ada gak lah ternanti2 dari mulut babysitter kot dia kata "takpelah tak yah wat bubur/makanan anak, biar akak sediakan semua, makan pagi, tengah hari, petang, jangan risau" kalau gitu memang byr berapa pun aku tak kira. Eh memang ada tau babysitter camnie, pengasuh mula2 inara dulu memang jenis jaga sediakan sumer. Untunglah mak2 yg hantar kat sana takyah nak terkocoh2 pagi. Tapi tulah takde rezeki Inara sbb tak lama Inara kat situ, pengasuh tu pregnant dan alahan teruk sampai tak leh nak jaga2 baby sgt.  Mungkin jugak pengasuh sekarang ni, segan kot nak cakap ngak aku camtuh, yelah kan ada separuh2 mak2 yg cerewet, tak benarkan anak diberi itu ini. Tapi aku tengok dia memang adalah kasi anak aku makan apa yg dia masak. Tambah lagi Inara tu pantang lah disuap dan pantang lah tgk org makan sumernya pun dia nak. Aku pulak, as a mother takkan nak hantar anak tanpa bekal segala kan. Korang camne? siapkan makanan ker atau babysitter yg sediakan?

Ok ni bukan entry aku nak komen pasal pengasuh ke apa yer, aku memang takde masalah dengan pengasuh nie, cumanya aku nak survey2 lah sikit kan. Inara pun aku tengok rapat jer ngan ibu dia tuh. Kalau pagi2 hantar elok jer dia terus baring kat tilam dia, balik pulang petang, kadang tu dia buat dek jer ngan kita pastu buat manja2 dengan ibu dia. Pastu kang kita buat2 lah pulak nak tinggalkan dia baru lah hegeh panggil kita. Kuat berlakon gak budak tuh. Padahal nampak kita sampai kemain lah excited sebenarnya.

Tapi kan sekarang ni dah tak syok sikit lah aku rasa, sbb semalam masa aku nak amik Inara aku dapati ada dua org budak lain ada kat rmh pengasuh. Rupa-rupanya start semalam pengasuh Inara start menjaga 2 org budak perempuan lain. Adik-beradik. Sorang dua tahun dan lagi sorang 3 tahun kot. Alah kiranya dah tak ekslusif lah penjagaan Inara kat situ, sbb dah berkongsi dengan budak2 lain. Kecoh pulak aku ni kan, suka hati pengasuh tu lah nak jaga berapa ramai pun kan, dah dia mampu nak jaga biar lah kan. Tapi aku suka jugak, sbb Inara dah ada kawan2 tuk bermain. Bagus jugak utk perkembangan sosial Inara. Lagipun pengasuh, tu memang ada pengalaman jaga budak2 pun, dan pernah bekerja kat taska pun. Cumanya aku tak selesa sekiranya mereka berkongsi makanan, eh kongsi makanan tu takpe lagilah, maksud aku contoh lah kalau time makan, si pengasuh suap Inara, pastu suap budak sorang, yelah budak kan, mana tau apa tengok org makan dia pun nak nganga sama. Yer aku memang mak yg paranoid, takut budak2 senang nak berjangkit apa2 penyakit. Yelah tak anak aku jangkit ngan anak org lain tuh, anak org lain tu jangkit ngan anak aku. Yelah budak2 besar tu kan cpt sgt nak jangkit demam2 ni kan. Dilema aku sekarang ni aku tak reti, camne nak gitau kat pengasuh. Kang kalau gitau kang, takut tersentap ke apa akan.. cam aku ni cuba nak mengajar dia pulak kan. Kang bila sentap ngan mak kang takut dia dera anak aku pulak.. eh eh paranoid sungguh mak2 ni kan...tu yang sebelum ni kalau ada apa2 pun aku tak pernah nak tegur2 sgt, nak sgt jaga hati pengasuh, supaya dia jaga anak kita nanti sebaik2nya dan pada masa yg sama aku taknak menjadi terlalu cerewet. Eh ingat org suka ke nak layan org yg cerewet2 sgt ni?

Tempat kerja aku ni memang ada menyedikan pusat penjagaan anak2. Bukan sebarang pusat penjagaan, tapi aku boleh ratekan 5 star nursery lah dengan fees yg agak berpatutan. Tengok tempatnya macam2 resort2 jer, tak macam nursery langsung, kemudahan sumer bombastik. Tapi memikirkan tempat kerja aku ni agak jauh dari rmh, maka aku pendam kan lah hasrat tuk hantar anak kat situ. Yelah aku lebih prefer naik train ke pejabat - no hassle, no traffic bla bla bla, kalau aku hantar anak kat situ, jawabnya aku kena drive all the way from rmh aku ke ofis. Takkan nak hangkut anak naik train pulak. Tak sesuwei beb.

Erm.. apa lagi yer nak citer..korang kalau ada apa2 nak kongsi, share lah plisss... kita bertukar-tukar pandangan..

Entry tanpa gambar cam boring pulak, maka kita akhiri dengan gambar apa yg ada kat dalam simpanan.



 alolo budak baik nie

mak2 yg tak pernah berhenti memikirkan hal anak2

Akhir kata, walau di mana atau siapa pun yg menjaga anak2 kita, semoga Allah S.A.W sentiasa melindungi anak2 kita kerana sesungguhnya Dialah sebaik2 pelindung. Amin.

7 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Memandangkan Derna dah open entry ni... erin pun nak jgk la share skit2 kat sini pasal byrn harian pengasuh.
Mmg erin hantar anak kat nursery ofis, tapi back up lain ttp ada, kalau nursery kena tutup sbb hal2 mcm HFMD ke apa.. so, mmg kena hantar anak kat orang jaga (tumpang pengasuh anak jiran kat tmn rumah) penah sekali tu, hantar baby 3 hari kat rumah pengasuh tu, erin byr dlm RM100. Sbb bila kita tanya pengasuh tu, dia pulak tak tau nak letak berapa.. mmg leceh la kalau dorang tak ckp kan..kita pulak nak kena decide. Takut sikit kang dorang komplen pulak..tp bg erin 3 hari RM100 tu consider byk dah tu..hehe (erin kira camni, sehari rm30x3 hari =RM90. RM10 tu sekadar ikhlas genapkan byrn. Tp kalau hantar sebulan, mmg tak leh la kira RM30 sehari. Bankrup la hahah :D

Pasal niat derna nak hantar kids kat nursery ofis pulak, if kategori baby, erin rasa, tak yahlah...erin ni pilihan lain takde.. sbb kitorang rushing nak hantar anak sulung sekolah lagi, sekolah kat KL kan, kena cepat keluar rumah, takkan subuh buta nak hantar rumah org. Tu yg sekali angkut je gi keja yg lagi 2 org tu..Coz walaupun bertaraf 5 star,nursery kita tu, byk songeh.. letih sgt nak melayan...cirit sikit, dah call suruh amik anak bwk balik..demam sket, suruh call amik anak bwk balik jgk.. pendek kata, tak tenteram kita kat ofis ni nak bekerja.
But if nak hantar anak dah toddler...
inshaAllah..seronok dah.. sbb dorang dah start belajar dlm suasana classroom, pastu mixed dgn kawan2 buat xtvt yg meng'happy'kan dorang..umur2 toddler ni, jarang dah sakit2 ni semua...
so, lega byk la...

Irfa said...

tarik napas.okey bersedia ye
panjang komen akak ni tau
masa anak pertama mak mentua jaga sampailah umur setahun baru akak jaga sndiri(sbb keje shift sblom tu)
akak pulak ambik budak dr kg duk umah teman anak.x yah masak, just jaga bila bila akak gi keje.masuk anak no 2 dia nak benti.maka bermulalah kisah dgn baby sitter

yg pertama (anak dia sorang)
so far okey,smpilah akak dah x puas hati bila dia gi kedai tggl anak2 akak berdua kat rumah..kunci gantung kat gril, kedai x jauh tp jalan kaki 5 minit jugak,huhu
akak x mintak brenti tp dia yg berenti sdiri bila peknen anak no 2

yg ke dua..
okey jugak,tp selalu masam muka bila akak balik lambat,huhu.dia mintak berenti sbb dapat x larat dan dgr citer dpt keje cleaner

yang ke 3..
baik,tak berkira,akak baru stop hantar sbb pindah rumah bulan ni

yang 4.. sebenarnya akak ni penah jaga anak akak yg transit,mmg kesayangan semua anak2 wpun 2 orang tu x penah dijaga dr kecik.
insha Allah.. ni yg last kot sbb akak dah pndah duk sblh umah dia bulan ni.hihi

# masa kecik, akak sediakan bubur utk anak smpilah akak tu kata xpayah, so akak belikan barang utk bubur macam karot,ayam
# dah besar, akak bekalkan biskut utk sarapan.lunch pgasuh yg bg makan apa yg dia masak.balik nanti akak tanya anak 'makan apa hari ni?'

# yang kecik rm250
transit rm100

sekian

Unknown said...

honestly.. kalau saya jadi deqna, saya angkut anak naik train pergi opis.. babywearing.. senang nak tgk anak..hati rasa lega..

tapi tak salah bertahan dgn pengasuh sekarang.. kenalah bawak berbincang dgn pengasuh kalau dia banyak sangat cuti.. pengasuh anak kami, cuti raya cina dia cuti balik kampung.. kami tolak jugak sikit gaji dia..

makanan kami sediakan yg mana sempat..bila tak sempat kami terus terang cakap dgn dia..so far alhamdulillah ok..

sebarang concern berkaitan pengasuh.. saya rasa baik berbincang dgn pengasuh.. mukaddimahnya harus lah mintak maaf dulu.. maklumlah kan..hati manusia kita tak tau..kot sentap ke apa ke..good luck..

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Derna, since nak blk ni mmg tgh buntu fikir mana nak cari babysitter..berapa rate yg kita patut bayar, berbaloi ke tak..uishhh macam2 dlm fikiran..tp yg paling tak sedap hati; tak confident org nak jaga anak kita..huhu cane nih!

mrs.ecam said...

salam...huii bab bbsiter...bnyk nk cite...ank2 sye de 3 org...dh lbih 4x tuko pngasuh...kali ke 5 ni berdoa la agar kekal...aminn

pngasuh pertama...kaki dera..reject
pngasuh kedua...nk benti sbb nk kje lain
pngasuh ketiga...benti sbb nk kje lain
pngasuh keempat plg bnyk onak dak duri tp sbb ank slesa tu yg bertahan...tp tukar gak last2 sbb mcm x msk akal jek ape yg die jaga...

sme mcm deqna..pngasuh ke 4 ske amik cuti...dhla sye kje jauh...kdng EL saje2...cuti sye smpi unpaid leave sbb nk melayan cuti die...bab bayaran sye x pnh ptg...tetap bayar full walopon die jg 2 mnggu sbln...

ank sye smpi 3 taun still die amik rm250,,,tu rege ms ank sye baby....sye pnh mntk kurang tp die ckp x bleh...sbb brg skang sume dh mhl2...huuu

blk lbh dr kul 7 die caj ot...standard la kn...bulanan ptt sye bayar die 600..ank pertama umo 7taun=rm150..ank kedua 5taun=rm200 ank ketiga 3taun=rm250...ni sume harga sme mcm sye hntr ank sye 3 taun lps...x berubah walau yg sulong n kedua dh sek n transit jek kt situ...ptt bln2 sye bayar rm600 kn tp campo ot biasa dlm rm750-800 sbln....

last2 bile hasben sye dpt shift mlm die snggup jg ank so husband jg dlm 2 bln pastu kebetulan ade jiran ni jg budak n die snggup nk jg ank sye....

skang dh 2bln la ngan pngasuh br...n alhamdulillah sume nmpk ok n hrpnyer bekekalan..ank sye pon dh besar2...

kesimpulannyer dlm mencari pngasuh yg ok ni bergantung gak pd rezki...kdng nk dpt yg ok mmg mkn ms...hu3...tp ape2 pon klu rs x puas ati baik ddk bincang....inshallah ok sumenyer...aminnn

Queen said...

jarangs angat lalu sini dan komen.

tapi rasa nak komen jugaklah.. hehe..

BS anak nik mmg tetapkan harga rm280 flat rate. maksudnya, baby ke.. besar ke.. rm280..

masa anak sorang dulu..nik bagi rm10 lagi tambah sbb nik pakai warmer utk panaskan susu dan tumpang peti ais rumah dia

tapi since dah ada adik.. harga sama.. takde diskaun.. nik dah tak bagi extra. sbb bagi nik extra2 ni kita nak bagi.kena ikhlas

plus die ambil lagi 2 orang budak. total dalam rumah tu dah jadi 7 orang.. ni nak tambah lagi satu baby.

dan dia siap meniaga lagi waktu petang sampai malam.
jadi kalau ambil anak lewat ada sikit kurang sedap la..


dan to be frank.. nik mmg tak kesah. selagi kebajikan anak2 nik terjaga. die nak ambil berapa ramai pun xpe. janji kebajikan anak2 nik terjaga
sebb nak cari rm280 damansara area.. rasa agak sukar la..
dan dia jaga agak baik.
cuti2 pun xde sgt.

anak2 pun sayang dgn dia.
kebersihan anak2 pun terjaga lah.. nampak la baju bersalin.. pampers bertukar.


sebab nik concern about pemakanan anak.. nik mmg bekalkan makan waktu awal2. dah besar sikit kakak nye.. dah 1thn3bulan mcm tu baru nik stop.

start pada tu ada kureng sikit la pada makan anak. bab sayur.
tapi pagi2 nik mmg bekalkan bfast anak.


tapi pada nik..
bab penjagaan anak ni
mmg kena give n take
yes.. kita mmg nak yangterbaik
makanan yang terbaik
penjagaan yang esklusif
kalau ada.. y not.
nik berangkut dgn anak2 semua dari puncak alam ke damansara semata2 nak maintain BS sedia ada.

tapi kita juga tak tahu yang baru tu akan okay.
jadi selagi keselamatan anak2, kebajikan, dan emosi anak2 terjaga, kekal kan lah

nik mmg takut kalau baca berita pengasuh dera budak.
jadi ada sikit2 lubang yang tak berapa sedap tu. nik pendamkan jela..

kalau betul dah tak tahan.. baru cari pengasuh lain.



pasal bab amik cuti tu..
kalau betul2 ada reason yang kukuh.. nik tak tolak.. sbb bagi nik tu mcm gaji juga
kalau gaji kita tiba2 kena potong.. pasti ada perbelanjaan yang terkesan kan..
tapi kalau mmg pesen asyik cuti je.. boleh cuba berbincang.. cakap.. kalau next time cuti banyak lagi boleh tak potong sikit..

gitu


semoga deqna berjaya buat keputusan yang terbaik buat anak2.

kalau perlu berangkut.. y not..

tapi kalau boleh jgnselalu2 tukar pengasuh. alangkan selalu2 alih tempat tidu pun kite tak boleh tidur nyenyak.. =)
just my 2cents

Deqna said...

Terima kasih semua sbb berkongsi cerita dan pendapat. Macam2 cerita yg menarik. Mana yg aku boleh ikut tu aku ikut yer. sayang kat korang sumer :)