Thursday, January 30, 2014

Fresh Fruit Juice

Aku biasanya pagi2 utk breakfast aku selalu beli fresh apple from my cafe. Almost everyday aku beli. Puas hati sgt dapat minum 5-7 biji epal dalam satu cup. Pastu org yg buat kan juice aku tu pulak tak kedekut selagi tak penuh cup tu dia akan tambah lagi epal. Memang fresh sgt sbb tidak dicampur dengan air atau gula. Ais pun aku tak letak. Yelah nak harapkan kita ni makan buah kdg2 macam malas jer nak menguyah, maka baiklah kita minum jus jelah.. mampu makan 6 biji epal sekali gus? Kalau nak makan memang tak lah, tapi bila dah jadi air dua tiga empat lima teguk dah habis.

Bila dah hari2 beli fruit juice, timbul rasa mcm nak buat sendiri jer kat rmh. Boleh jimat byk. Yelah kalau dah hari2 beli darab ngan sebulan dan berapa. Tu baru air jer tuh. Belum lagi termasuk makanan utk breakfast & lunch. Tetiba aku jadi calculative pulak. Padahal sebelum ni aku tak pernah kisah pun berapa aku belanja utk makan dalam sebulan. Main belasah jer apa nak makan. Sbb masa tu, kat tempat kerja aku ni segala urusan pembelian dekat cafe dan medan selera semuanya pakai kad kakitangan & touch & go. Cash transaction is not allowed. Kalau pakai kad kakitangan hujung bulan dia tolak lah duit gaji mengikut berapa yg kita gunakan. So, memang tak nampak lah duit keluar. Tapi nanti dalam slip gaji kita nampaklah berapa yg kita spent tuk bulan tu. Tapi sbb bukan keluar duit dari tangan sendiri, aku cam tak kisah jelah berapa aku spent.

Start hujung tahun lepas segala urusan pembayaran telah districtkan kepada touch & go card sahaja. Kad kakitangan dah tak boleh guna tuk payment. Cash memanglah tak boleh. So, pakailah touch & go lah kita. Bila dah start pakai touch & go, bila dah kena top up as and when baru aku perasan yg perbelanjaan aku ni boleh dikatakan boros jugak, apa taknya, baru top up RM50, 3 hari pastu mesti nak kena top up lagi. Aku tak top up byk2 sbb takut risiko kehilangan kad atau apa2 risiko yg lain. Paling byk pun aku top up RM100. So, purata seminggu kena top up seratus lah.  Tu belum lagi belanja2 shopping yg lain other than touch & go expenses. Ditambah pulak dengan macam2 kenaikan sekarang ni, aku rasa cam aku perlu start belanja secara berhemah (lah sgt). Aku rasa aku nak start saving. Bukan tak saving pun sebelum ni, tiap bulan pun ada potongan tuk saving, tu yg rasa takpe, saving dah saving dah.. so apa yg ada ni kita belanjakanlah seadanya... no no.. no... patutnya kita kena belajar berjimat-cermat.  Terima kasih kepada kerajaan kerana membuka mata ini utk menukar cara hidup *eh tetiba pulak* (ayat sinis ni)

Eh apa yg aku merapek nie, kata nak citer fruit juice, ok... masih di landasan yg sama, cuma tergelincir jer sikit. Ok sebagai langkah penjimatan yg boleh dilakukan, baru2 ni my asben telah menghadiahkan dirinya sendiri ataupun menghadiahkan bini dia ni atau pun membeli hadiah utk dikongsikan bersama sebuah fruit juice making machine utk membuat fruit juice sendiri di rmh. Sebelum ni kesian, nak minum air buah kena pakai blender biasa. Dah kurang freshnya di situ sbb kena tambah air kan. So, pakai juice maker ni memang pure lah juicenya itu. Eh tang mana pulak jimatnya tu? ala kuar modal mula2 jer, tapi dengan syarat kena rajin lah nak membuatnya. Kalau takat beli, pastu tak digunakan pastu tetap beli from cafe memang membazirlah kan. So far, aku dah kurang beli dan aku tgk aku dah leh control dah perbelanjaan aku. Cumanya sekarang kena beli stok buah2 byk2 je lah. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat.

stok utk dibuat juice

Mesin pengisar dan bahan utk dikisar

fresh apple.. nyamss

So, sebenarnya apa yg aku cuba sampaikan nie? Nak suruh korang minum jus jgk ke apa?? Sebenarnya nak gitau kitew ada juice maker baru tapi kemain lah panjang mukadimahnya kan... muahahahahaha

4 comments:

Mya said...

nak beli gak juice maker tu.
berapa RM tu na? cer citer.

Deqna said...

Mya - lps mintak diskaun dengan tokey kedai elektrik tempat biasa kami beli barang2 letrik dapatlah RM250.00. Ada gak survey kat kedai elektrik lain sumernya nearly RM300.00. Ada gak range yg seratus lebih tapi saiz kecik tak boleh nak masuk buah sebijik2 kena potong2 dulu. tapi sbb kurang rajin nak potong2 buah maka amik jelah yg saiz besar ni.

Mya said...

okey. tq for the info.
nak pi cari gak la nanti

Deqna said...

Mya - ok selamat mencuba...:P