Wednesday, February 5, 2014

Jom Borak-Borak Pasal Babysitter atau Pengasuh Anak

Alhamdulillah, so far aku takdelah masalah dengan babysitter. Inara aku tengok pun ok jer dibawah jagaan pengasuh tuh. Cumanya masalah kalau dia kerap amik cuti jelah. Aku pulak jenis org dah ada hal takkan kita nak tahan2 pulak dia kan, takkan nak jugak hantar anak kat dia, kita pun kerja ada gak masa2 yg kita perlu amik cuti kan. Cuma masa hujung tahun lepaslah, babysitter ada byk hal, rasanya 10-13 hari jer kot aku anak masa bulan 12 tahun lps. Ok, isu pengasuh nak cuti tu takde hal lah sgt, sbb InsyaAllah boleh manage lah sama ada aku atau asben akan cuti atau kalau dah terpaksa kena lah hantar kat rmh mak. Untunglah rmh mak dekat2 kan. Tapi aku takdelah sampai tahap nak susahkan mak pulak. Cumanya yang menjadi hal bila dah cukup bulan, aku tak tau camne nak bayar pengasuh tuh. Nak bayar penuh ker? Atau kena potong sikit ker? Atau bayar ikut hari yg kita hantar jer ker?

Ok jom kita kupas satu2 isu pengasuh nie. Takdelah isu sgt pun.. more to cerita2 jer lah..

Aku tak tau lah kadar standard utk penjagaan anak bawah 2 tahun nie. Tapi since Inara baby lagi aku hantar Inara kepada pengasuh dengan bayaran RM350 sebulan. Ada org kata mahal. Ntahlah aku pun tak tau mahal atau murah, sbb masa mula2 aku hantar dulu aku tanya berapa patut bayar, pengasuh tu kata "terpulanglah, akak tak reti nak letak2 harga nie". Aku pulak lagi lah tak reti. Kang terbayar kurang kang satu hal pulak. Terbayar lebih kang satu hal jugak. So, aku pun just survey2 berapa harga market  di kalangan persatuan pengasuh2 kat kawasan perumahan rmh aku ni, rata2 sumer amik dalam RM350. Aku tak tau dorang sumer dah pakat ke apa kan. Tapi kat area rmh aku jelah yg letak harga tuh, aku tengok tempat lain ada jer yg dalam lingkungan RM200-RM250.  Being a mother yg inginkan yg terbaik buat anak2, harga kita tolak tepi lah. Mungkin kalau hantar kat nursery boleh dapat harga lebih murah kot, tapi aku rasa tak konfiden tuk hantar anak yg masa kecik ketika itu ke nursery. Aku prefer babysitter yg jaga anak aku. Kalau boleh jugak biarlah babysitter tu jaga anak aku sorang jer. Hehe tamak. Memang time tu pun memang babysitter tu jaga Inara sorang jer. So, oklah kami laki bini sebulat suara lah utk membayar pengasuh dengan harga tersebut. Berbalik dengan pertanyaan aku kat atas tuh, kalau pengasuh cuti atau pun hantar anak kurang dari separuh bulan, adakah korang bayar penuh atau macam manakah cara pembayarannya?

Ok, aku dapat tau jugak jaga baby memang lebih mahal sikit dari jaga toddler. Org gitau aku jugak, bila anak dah besar sikit biasanya harga jadi murah sikit. So aku nak taulah, berapa sebenarnya kadar bayaran yg sebenarnya? Yelah Inara pun hujung tahun ni dah nak masuk 2 tahun. So, takkan nak bayar dengan harga baby jugak kan. Aku pun sebenarnya tak kisahlah nak bayar berapa pun, tapi bila fikir balik, makan anak2 sumer aku dah siap2kan. Walaupun ada gak lah ternanti2 dari mulut babysitter kot dia kata "takpelah tak yah wat bubur/makanan anak, biar akak sediakan semua, makan pagi, tengah hari, petang, jangan risau" kalau gitu memang byr berapa pun aku tak kira. Eh memang ada tau babysitter camnie, pengasuh mula2 inara dulu memang jenis jaga sediakan sumer. Untunglah mak2 yg hantar kat sana takyah nak terkocoh2 pagi. Tapi tulah takde rezeki Inara sbb tak lama Inara kat situ, pengasuh tu pregnant dan alahan teruk sampai tak leh nak jaga2 baby sgt.  Mungkin jugak pengasuh sekarang ni, segan kot nak cakap ngak aku camtuh, yelah kan ada separuh2 mak2 yg cerewet, tak benarkan anak diberi itu ini. Tapi aku tengok dia memang adalah kasi anak aku makan apa yg dia masak. Tambah lagi Inara tu pantang lah disuap dan pantang lah tgk org makan sumernya pun dia nak. Aku pulak, as a mother takkan nak hantar anak tanpa bekal segala kan. Korang camne? siapkan makanan ker atau babysitter yg sediakan?

Ok ni bukan entry aku nak komen pasal pengasuh ke apa yer, aku memang takde masalah dengan pengasuh nie, cumanya aku nak survey2 lah sikit kan. Inara pun aku tengok rapat jer ngan ibu dia tuh. Kalau pagi2 hantar elok jer dia terus baring kat tilam dia, balik pulang petang, kadang tu dia buat dek jer ngan kita pastu buat manja2 dengan ibu dia. Pastu kang kita buat2 lah pulak nak tinggalkan dia baru lah hegeh panggil kita. Kuat berlakon gak budak tuh. Padahal nampak kita sampai kemain lah excited sebenarnya.

Tapi kan sekarang ni dah tak syok sikit lah aku rasa, sbb semalam masa aku nak amik Inara aku dapati ada dua org budak lain ada kat rmh pengasuh. Rupa-rupanya start semalam pengasuh Inara start menjaga 2 org budak perempuan lain. Adik-beradik. Sorang dua tahun dan lagi sorang 3 tahun kot. Alah kiranya dah tak ekslusif lah penjagaan Inara kat situ, sbb dah berkongsi dengan budak2 lain. Kecoh pulak aku ni kan, suka hati pengasuh tu lah nak jaga berapa ramai pun kan, dah dia mampu nak jaga biar lah kan. Tapi aku suka jugak, sbb Inara dah ada kawan2 tuk bermain. Bagus jugak utk perkembangan sosial Inara. Lagipun pengasuh, tu memang ada pengalaman jaga budak2 pun, dan pernah bekerja kat taska pun. Cumanya aku tak selesa sekiranya mereka berkongsi makanan, eh kongsi makanan tu takpe lagilah, maksud aku contoh lah kalau time makan, si pengasuh suap Inara, pastu suap budak sorang, yelah budak kan, mana tau apa tengok org makan dia pun nak nganga sama. Yer aku memang mak yg paranoid, takut budak2 senang nak berjangkit apa2 penyakit. Yelah tak anak aku jangkit ngan anak org lain tuh, anak org lain tu jangkit ngan anak aku. Yelah budak2 besar tu kan cpt sgt nak jangkit demam2 ni kan. Dilema aku sekarang ni aku tak reti, camne nak gitau kat pengasuh. Kang kalau gitau kang, takut tersentap ke apa akan.. cam aku ni cuba nak mengajar dia pulak kan. Kang bila sentap ngan mak kang takut dia dera anak aku pulak.. eh eh paranoid sungguh mak2 ni kan...tu yang sebelum ni kalau ada apa2 pun aku tak pernah nak tegur2 sgt, nak sgt jaga hati pengasuh, supaya dia jaga anak kita nanti sebaik2nya dan pada masa yg sama aku taknak menjadi terlalu cerewet. Eh ingat org suka ke nak layan org yg cerewet2 sgt ni?

Tempat kerja aku ni memang ada menyedikan pusat penjagaan anak2. Bukan sebarang pusat penjagaan, tapi aku boleh ratekan 5 star nursery lah dengan fees yg agak berpatutan. Tengok tempatnya macam2 resort2 jer, tak macam nursery langsung, kemudahan sumer bombastik. Tapi memikirkan tempat kerja aku ni agak jauh dari rmh, maka aku pendam kan lah hasrat tuk hantar anak kat situ. Yelah aku lebih prefer naik train ke pejabat - no hassle, no traffic bla bla bla, kalau aku hantar anak kat situ, jawabnya aku kena drive all the way from rmh aku ke ofis. Takkan nak hangkut anak naik train pulak. Tak sesuwei beb.

Erm.. apa lagi yer nak citer..korang kalau ada apa2 nak kongsi, share lah plisss... kita bertukar-tukar pandangan..

Entry tanpa gambar cam boring pulak, maka kita akhiri dengan gambar apa yg ada kat dalam simpanan.



 alolo budak baik nie

mak2 yg tak pernah berhenti memikirkan hal anak2

Akhir kata, walau di mana atau siapa pun yg menjaga anak2 kita, semoga Allah S.A.W sentiasa melindungi anak2 kita kerana sesungguhnya Dialah sebaik2 pelindung. Amin.

Tuesday, February 4, 2014

Marissa vs Inara

Memang feberet aku lah sgt sekarang nie memakaikan Inara dengan baju2 kakak Marissa, pastu amik gambar Inara yg seakan-akan dengan gambar Marissa dulu. Marissa pun pandai baju dia yg dah kecik2 semua dia kasi kat adik.

"Masa Ica kecik2 dulu kan Ica pakai baju nie bla..bla.. bla..." Jangan main2 si Marissa tu, dia boleh flashback balik setiap baju yg dia pakai tu dia kat mana, dia buat apa, dia pergi mana dan dll.

kakak - tangan masuk mulut

adik - remote masuk mulut

kakak - duduk bersandar

adik - tak dapat lah nak sandar, belum sempat kita amik gambar dia dah bergerak2

kakak - teriak

adik - pun teriak

Sama tak? sama tapi tak serupa. 

Tu lah dia anak2 ku Marissa dan Inara. Perangai kedua-duanya lebih kurang jer.. dua2 pun baik tak byk ragam. Cumanya si adik sedikit melasak dari kakak dia. 

Kasih sayang kepada kedua-duanya pun tidak berbelah bagi. Sayang sgt dua2 anak ini. Semoga menjadi harta mama dunia dan akhirat.

Thursday, January 30, 2014

Amboi Kemain Dating Berdua

Just nak share pics yg asben hantar thru whatsapp. Time tu aku tgh kerja asben pulak shift malam, so siang tu dia freelah. Kemain lagi aku tgk dua beranak tuh. Untunglah dapat keluar berdua. Mentang2 adik kat rmh babysitter kemain u ols dating berdua yer.

Aku perati jer Marissa ni. Dia kalau tinggal berduaan sama ada dengan aku atau dengan ayah dia kemain lah baik kelakuan.  Cuba adik ada sama, kemain lah ngada perangai tuh. Attention seeker sungguh budak ini.

Mula asben anta gambar nie dengan mesejnya "nak kuar potong rambut".

amboi like father like doter sgt ni

Pastu tak lama tuh hantar gambar2 ni pulak. Aik kemain panjang langkah dua beranak ni kan.
Dengan msgnya: "kat kedai borong, macam2 ada murah2 pulak tuh".

barang2 kelengkapan rumahtangga

segala cadar, lapik meja, langsir dll

Semuanya dijual dengan harga borong.

Antara barang yg menarik hati Marissa

Asben kata barang2 mainan budak2 pun banyak dijual kat situ. Memang murah2 belaka. Tapi knowing Marissa dia bukan suka sgt lah nak beli toy2 ni, dia lebih suka beli alat tulis dan buku. Kalau kat rmh tu, stok alatulis dan buku2 dia dah macam budak sekolah kebangsaan dah. Dia pun memang selalu jer feeling dia tu dah sekolah. Bila duduk kat meja buat kerja dia selalu kata "banyaknya kerja sekolah kebangsaan yg cikgu bagi nie". Amboi ko tadika pun tak pergi lagi kan.

kaler hello kitty - RM2.50 (kot)

Kedai dari pemandangan luar

Memang nampak cam buruk jer, sbb dia merupakan gudang pemborong2 tapi boleh jer beli secara runcit. Kat mana kedai ni aku tak sure sgt, tapi kat Sungai Buloh area lah.

Oh ya ni asben cerita malam tadi, masa kat kedai tu, adalah sorang budak tu kemain penuh tangan dia dengan segala macam mainan. Yang si Marissa ni jenis tanak kalah kot, yelah dia pegang dua benda jer kot yg budak  tu pulak kemain havoc dengan segala macam benda. Pastu budak tu adalah kot cam kekwat ke apa aku tak sure lah sbb aku takde kat situ.. tapi si Marissa tanpa rasa bersalah cakap "ayah, kawan ni sombong lah". Pastu cakap kuat2 kat ayah dia "ayah tab ica mana ayah?"... pastu tetiba gak cakap kuat2 "ayah, kita nak gi duk hotel kan?"  motif sgt tetiba nak cakap pasal tab lah pasal bercuti lah... amboi budak2 sekarang nie.. biasa dia tu yer!

Fresh Fruit Juice

Aku biasanya pagi2 utk breakfast aku selalu beli fresh apple from my cafe. Almost everyday aku beli. Puas hati sgt dapat minum 5-7 biji epal dalam satu cup. Pastu org yg buat kan juice aku tu pulak tak kedekut selagi tak penuh cup tu dia akan tambah lagi epal. Memang fresh sgt sbb tidak dicampur dengan air atau gula. Ais pun aku tak letak. Yelah nak harapkan kita ni makan buah kdg2 macam malas jer nak menguyah, maka baiklah kita minum jus jelah.. mampu makan 6 biji epal sekali gus? Kalau nak makan memang tak lah, tapi bila dah jadi air dua tiga empat lima teguk dah habis.

Bila dah hari2 beli fruit juice, timbul rasa mcm nak buat sendiri jer kat rmh. Boleh jimat byk. Yelah kalau dah hari2 beli darab ngan sebulan dan berapa. Tu baru air jer tuh. Belum lagi termasuk makanan utk breakfast & lunch. Tetiba aku jadi calculative pulak. Padahal sebelum ni aku tak pernah kisah pun berapa aku belanja utk makan dalam sebulan. Main belasah jer apa nak makan. Sbb masa tu, kat tempat kerja aku ni segala urusan pembelian dekat cafe dan medan selera semuanya pakai kad kakitangan & touch & go. Cash transaction is not allowed. Kalau pakai kad kakitangan hujung bulan dia tolak lah duit gaji mengikut berapa yg kita gunakan. So, memang tak nampak lah duit keluar. Tapi nanti dalam slip gaji kita nampaklah berapa yg kita spent tuk bulan tu. Tapi sbb bukan keluar duit dari tangan sendiri, aku cam tak kisah jelah berapa aku spent.

Start hujung tahun lepas segala urusan pembayaran telah districtkan kepada touch & go card sahaja. Kad kakitangan dah tak boleh guna tuk payment. Cash memanglah tak boleh. So, pakailah touch & go lah kita. Bila dah start pakai touch & go, bila dah kena top up as and when baru aku perasan yg perbelanjaan aku ni boleh dikatakan boros jugak, apa taknya, baru top up RM50, 3 hari pastu mesti nak kena top up lagi. Aku tak top up byk2 sbb takut risiko kehilangan kad atau apa2 risiko yg lain. Paling byk pun aku top up RM100. So, purata seminggu kena top up seratus lah.  Tu belum lagi belanja2 shopping yg lain other than touch & go expenses. Ditambah pulak dengan macam2 kenaikan sekarang ni, aku rasa cam aku perlu start belanja secara berhemah (lah sgt). Aku rasa aku nak start saving. Bukan tak saving pun sebelum ni, tiap bulan pun ada potongan tuk saving, tu yg rasa takpe, saving dah saving dah.. so apa yg ada ni kita belanjakanlah seadanya... no no.. no... patutnya kita kena belajar berjimat-cermat.  Terima kasih kepada kerajaan kerana membuka mata ini utk menukar cara hidup *eh tetiba pulak* (ayat sinis ni)

Eh apa yg aku merapek nie, kata nak citer fruit juice, ok... masih di landasan yg sama, cuma tergelincir jer sikit. Ok sebagai langkah penjimatan yg boleh dilakukan, baru2 ni my asben telah menghadiahkan dirinya sendiri ataupun menghadiahkan bini dia ni atau pun membeli hadiah utk dikongsikan bersama sebuah fruit juice making machine utk membuat fruit juice sendiri di rmh. Sebelum ni kesian, nak minum air buah kena pakai blender biasa. Dah kurang freshnya di situ sbb kena tambah air kan. So, pakai juice maker ni memang pure lah juicenya itu. Eh tang mana pulak jimatnya tu? ala kuar modal mula2 jer, tapi dengan syarat kena rajin lah nak membuatnya. Kalau takat beli, pastu tak digunakan pastu tetap beli from cafe memang membazirlah kan. So far, aku dah kurang beli dan aku tgk aku dah leh control dah perbelanjaan aku. Cumanya sekarang kena beli stok buah2 byk2 je lah. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat.

stok utk dibuat juice

Mesin pengisar dan bahan utk dikisar

fresh apple.. nyamss

So, sebenarnya apa yg aku cuba sampaikan nie? Nak suruh korang minum jus jgk ke apa?? Sebenarnya nak gitau kitew ada juice maker baru tapi kemain lah panjang mukadimahnya kan... muahahahahaha

Monday, January 27, 2014

Alahai Anak Mama Nie...

Last weekend just stay at home jer. Memang cuba elakkan utk keluar ke mana-mana. Just want to spend my quality time with anak2.

Hari Sabtu aku join anak2 bangkit tido pukul 10 lebih. Memang byk kerja rmh yg nak dibuat, tapi aku lupakan seketika kerja2 yg memang takkan habis tu, aku teringin bilamana anak2 buka mata terjaga dari tido mereka nampak mama mereka di sisi mereka.  Pastu kasi good morning kisses for both. Oh alangkah indahnya.  Anak2 gembira dan ibu bahagia.  I love the moment kami anak beranak berlingkar kat atas katil. "mama cuti ke hari nie?" "Iye sayangg". Happy sgt si anak bila kata cuti.

Aku kalau cuti memang suka sgt melayan kerenah anak2. Melayan Marissa bercakap adalah sgt mengujakan. Perbualan semalam yg mengusik hati.

Ni masa pagi

Marissa:  Mama, Ica nak kasi mama hadiah. Mama nak apa?
Mama:  Tanak apa2.
Marissa: Mama taknak baju?
Mama:  Geleng
Marissa: Mama taknak handphone?
Mama: Geleng
Mama Mama taknak kamera?  (amboi anak kemain offer mama hadiah macam2)
Mama: Geleng
Marissa: Habis mama nak apa?
Mama:  Mama nak satu jer, mama nak sayang Ica byk2, mama nak Ica jadi anak yg baik, dengar kata mama... bla.. bla...
Marissa: Oklah oklah...

Ni masa petang
Mama: Baguslah anak mama ni, rajin tolong mama. Dah lah rajin, pandai pulak tu. Mama sayang sgt anak mama ni...
Marissa: Muka bangga (tolong mama dia jemurkan baju - hehe dah petang baru cuci kain)
Mama: Kalau macam ni mama nak kasi Ica hadiahlah. Ermmm Ica nak apa?
Marissa: Ica taknak apa2. Ica nak mama jer. Ica saayaaaaaaaang sgt mama. (sambil hug mama dia tightly)


Alahai anak aku nie bercakap memang manisssss sgt, sgt pandai amik hati kita.  tu belum lagi kalau aku kat dapur rmh mertua atau kat rmh mak... nanti dia datang kat kita dia cakap "pandaaaaaiiiii mama tolong nenek/nanny".... walaupun takat cuci2 pinggan mangkuk sikit jer pun..


sudah besar dah anak mama nie

Thursday, January 23, 2014

Apalah Nak Jadi Dengan Manusia Sekarang Ni?

Tak boleh nak descsribe my feeling bila baca/dengar berita kes bunuh anak dua tahun tu. Kau dah hilang akal ker apa? Sakit betul hati aku. Yang emaknya pun dah kenapa boleh pulak buat laporan palsu. Sedih tau sedih. Hari tu aku nampak anak kucing kena langgar dengan kereta pun aku sedih sampai nak menangis inikan pula anak manusia diperlakukan sedemikian rupa. Dunia semakin pelik. Eh bukan dunia yg pelik tapi manusia yg semakin pelik.

Doa keselamatan diri dan keluarga dari bencana, binatang dan kejahatan manusia 

Jadikanlah doa di atas sebagai doa harian kita dan semoga Allah melindungi diri, keluarga dan anak2 kita. Amin.

Wednesday, January 22, 2014

Johor Premium Outlets (JPO)

Sambung balik citer cuti2 Johor hari tu. Masa on the way balik tu kami singgah ke JPO kejap. Sebelum ni dok org citer pasal JPO2 kan so, berminatlah jugak nak gi tengok apa yg ada kat sana.

dari tepi hiway dah nampak 


Mari anak2 kita explore apa ada kat dalam nie

Memang ada bermacam-macam jenama lah, dari yg selalu dengar, yg biasa dengar dan yg tak pernah dengar pun ada kat situ. Tapi aku ni bukanlah jenis yg giler sgt designer brand nie.

JPO ni bukan lah dalam satu mall ke apa, dia adalah kedai deret2 ala2 Jalan TAR tu.. tapi standardlah sikit dari Jalan TAR. Sbb dulu2 aku ingat JPO ni cam satu mall yg besar pastu ada macam2 kat dalam dia. Pastu kedai dia pulak simple jer kat dalam tuh. Ikut tuan kedai or butik tulah nak deco camne, tapi most of kedai kat situ lantai dia simen jer. Aku rasa cam tak kena gaya jer, jual barang branded2 tapi kedai cam ala2 jer. Lebih kurang cam kan gambar bawah ni lah.

tak salah aku ni butik guess kot


beg pun main longgok2 jer cam kat Sogo

JPO ni ada dua tingkat. Ada butik yg kat tingkat bawah ada, kat tingkat atas pun ada. Tapi barang2 yg dijual tu tak sama dengan kedai/butik yg satu lagi. Cam aku nak beli handbag, tgk kat tingkat bawah tu cam tak menarik jer, pastu bila naik atas tengok ada satu lagi kedai yg sama tapi lebih byk pilihan yg ada. Mujur lah aku tak beli kat kedai yg kat bawah tuh.

boleh naik tangga, escalator ataupun tangga

Tapi hampeh masa kiterang gi situ tah nape lift satu pun tak leh guna, dah tak pepasal kena mengangkat stroller. 

anak2 dok lah minum susu dulu yer mamanya nak soping jap

sorang makan biskut sorang minum susu

Kalau bawak anak2 memang kena make sure ada bekalan tuk mereka supaya tidak mengganggu mood shopping anda. Cer bayangkan anak melalak nak itu lah nak inilah, memang tak de hatilah nak soping. Selain itu sediakan jugak suami/isteri utk melihat2 anak2 tatkala si isteri/suami sibuk memilih.

kat bahagian parking

Parking space adalah besar. Takdelah payah sgt nak cari parking. Time aku gi hari tu masih lagi time cuti sekolah, walaupun ramai org parking tak susah nak dapat.

deretan kedai2

penat gak ar nak jalan kalau bawak anak2 better sediakan stroller

berehat lagi, sambil2 dua melayan biskut

sampai comot bomot si adik

selca sementara menunggu asben memilih kasut

Laki aku ni jenis bukanlah kaki shopping sgt, payah sgt nak tengok dia shopping ni pun bini dia dok paksa gak beli apa2. Tapi tulah bila dah start, aduh kemain lama lah nak menunggu. Dorang ni lagi cerewet dari pompuan. Kalau kita kalau dah kenan terus amik jer. Tu aku lah, korang aku tak tau. Tapi aku memang sempoi jer let say ada dua tiga pilihan, normally, aku akan pilih yg pilihan pertama yg aku nampak gak.

antara hasil tangkapan

Takdelah byk pun.. just buat syarat jer dari balik dengan tangan kosong.

Ok anak2 marilah kita pulang

At least setiap sorang ada satu barang, jadilah dari takde. Hahaha.


Nasib baik anak2 pun takdelah meragam walaupun mereka pun sebenarnya keletihan after 3 days break kat bandaraya Johor.


Keseluruhannya, tak tau nak komen apa pasal JPO nie, sbb aku rasa sama jer cam shopping kat Mall kat KL. Takdelah harga special benar pun. Sama jer kot. Tapi yg paling tak best dan aku takleh terima ialah byk lalat2 yg berterbangan kat situ. Tak faham aku mana datang lalat2 tu. Musim ke apa? Cam tak sesuai pulak masuk butik yg terkenal tapi ada lalat berkeliaran. Dah kenapa lalat nie? bukan ada benda busuk ke apa. Siap ada perangkap lalat lagi kat sekita JPO tu tau tapi aku lupa nak amik gambar, so memang terbuktilah memang lalat berleluasa di situ.

After 3 days and 2 nights menghabiskan cuti di JB, maka pulang lah kami ke pangkal jalan. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik.

on da way back to kl - amboi adik kemain hepi

adik jer excited bergambar, kakak sibuk layan kawan baik dia


Tuesday, January 21, 2014

Anak-Anakku

Melayan anak2 makan kuih bahulu.  Kuih feberet Marissa tau. Tgk gaya cam feberet si adik jugak. Marissa kalau makan kuih bahulu memang tak cukup sebijik. Anak2 makan kuih yg si emak sibuk amik gambar anak sampai tah berapa byk sampai penuh hp. Biasa lah hp mak2 mana yg takde gambar anak2 kan.










Marissa ni rambut dah panjang, aku bawak kedai tuk potong dia tanak. Dia nak aku jer potongkan rambut dia, pernah hari tu aku tgh gunting rambut dia kat bilik air, pastu si adik dok meraung2 kat luar sibuk nak masuk bilik air sama. Terus kelam kabut aku gunting pastu tak sama rata. Adik pun tgk gaya rambut pun dah nak mencucuk mata dah, kena potong dah nie. Sekarang kalau kita pakaikan dia headband ker sepit ker laju jer dia cabut.


Monday, January 20, 2014

Takde lah Susah Sgt Pun Nak Toilet Train Anak Sebenarnya.

Aku happy sgt2 nie. Alah kecoh jer aku ni kan. Org len rilex2 jer. Seperti yg aku pernah gitau sebelum nie aku risau sgt ngan Marissa yg masih lagi memakai diapers. Dan aku memang target dia kena stop pakai diapers sebelum umur dia masuk 4 tahun.  Sebelum ni pun aku memang takdelah bersungguh train dia pun, memandangkan aku pun takde masa sgt nak train pastu ada rasa cam malas2 sikit kot kena mencuci kalau Marissa terbuang kat merata-rata. Yelah nak mengemas rmh pun tak sempat kengkadang tu inikan pulak nak buat kerja tambahan.  haha dasar mak pemalas.

Sebelum ni aku pernah rasa cam perlu amik cuti utk train Marissa buang air kat toilet. Aku selalu terfikir nak train anak ni kena amik masa panjang sikit so barulah blh konsisten. Konon tak cukup takat nak train on Saturday and Sunday. So, kebetulan cuti tiga hari tu, aku cubalah memanfaatkan ia.  Ok, how it goes?

Malam sebelum tu, aku dah siap inform Marissa yg aku takkan pakaikan diaper esoknya. Aku gitau dia kalau nak buang air kena gi toilet. Aku memang tiap2 apa yg akan dilakukan esok aku akan gitau dia malam sebelum tuh, so anak cam bersedia dari awal lah kiranya. Even kalau nak ke mana2 pun aku akan inform dia awal2. So, kalau nak kejut dia awal pagi pun dia cam dah get ready.

Pagi esoknya, bangkit tido dia nak mandi. Sekarang ni bagus sgt Marissa bangun pagi mesti terus nak mandi. Takde susah2 sgt nak suh mandi. Pas mandi aku terus pakaikan dia dress ngan spender. No diaper. Mula2 dia tak perasan. Aku pun buat selamba jer.

Pastu turun bawah dia duduk dpn tv dia suruh bukak citer kartun dan suruh aku buatkan susu. Tengah aku buat susu aku dgr dia jerit "ma..... oh ma... Ica tak pakai pempes *read pampers*?" Soklan dia tu like aku ni terlupa nak pakaikan dia diaper. "kan dah cakap hari ni Ica kena buang air kat toilet". Pastu dia just kata "ok lah oklah".

Sejam pastu aku tanya dia, nak kencing tak? Lama dia fikir.. pastu dia jawab nak.

Aku pun bawak dia masuk toilet. Amik masa gaklah dia nak kencing mula2 tuh. Seriously, sebelum ni aku tak pernah nampak dia kencing kat bilik air masa mandi pun. Memang dia tak pernah buang air masa mandi. Mesti nak buang kat pampers gak. Katanya dia tak reti. But amazingly, hari tu, bila aku kata ok, Ica cuba kencing cam Ica kencing kat pampers. Kena tunggu jgk lah.. sbb member tgh konpius kan. Last kencing2 gak walaupun berdiri. Ok ni pun dah cukup bagus dah. Tu pun berbakul2 gak pujian yg aku bagi kat dia. Dia pun nampak bangga dan happy jer.

Kali kedua pun aku tanya dia lagi nak buang air tak. Dia cakap nak. Kali ni aku ajar dia duduk pulak. Ok pass. Bagilah lagi pujian berbakul2 sampai sengih lebar budak tuh.  Masuk kali ketiga aku takyah tanya dah. dia sendiri yg gitau aku. Wah ini sudah bagus. Begitulah kali2 yg seterusnya. Tak yah nak tanya2 dia sendiri gitau yg dia nak buang air. So far belum ada yg terbabas. Very good girl. I am proud of you doter. Bangga ngan diri sendiri jgk sebab berjaya meng-toilet-train-kan Marissa dalam tempoh sehari, tanpa paksaan dan tanpa tangisan.

Ok mesti yg akan kata ala anak aku 2 tahun dah tak pakai diaper. Ok tu anak u ols, anak i ols memang tak pernah diajar pun sebelum ni ok salahkan mama dia nie hah, selalu ingat anak tu kecik lagi. My target nak latih Inara by umur dia tahun.