Wednesday, March 6, 2013

Kita Publish kan Jelah Dari Terperap kat Draft nie Bertahun-Tahun

Assalamualaikum.

Sebenarnya entry ni lama sgt terdampar kat draft ni hah. So, sementelah aku ni cam tak berapa reti pulak berblogging semenjak dua menjak ni, kita post kan jelah entry basi tahun lepas nie. Memang basi sgt, sbb time tu aku tengah sarat mengandung, just a few weeks pun before deliver. Entry ni sebenarnya sambungan dari entry ni, konon2 nak sambung pastu terus terstop.

Sambil aku post entry ni terus teringat kenangan2 sebelum bersalin dulu. Kenangan semasa Marissa masih belum berkogsi kasih sayang dengan adik dia. Time tu memang dia manja giler lah dengan mama dan ayah dia, tapi sekarang dah ada adik ni kena berkongsi kasih lah kan. Tapi apapun kedua-duanya pun tetap menjadi kesayang kami.

Perangai Marissa sebelum dan selepas menjadi kakak memang berbeza. Mungkin dengan cara ni lah dia nak menyesuaikan diri dia untuk menjadi kakak. Tapi dia memang sayang sgt dengan adik dia. Cerita pasal dua beradik ni, nantilah aku updatekan kat blog. Dah lama pulak tak citer kisah anak2 kat blog.

Ok now kita publish kan ajer gambar2 yg dah basi ini.




Marissa sakan berendam ngan ayah dia
 Yang mama dia kan tengah sarat, so kerjanya tukang amik gambar jelah kat tepi kolam, sambil menjaga barang2.



belajar mengapungkan diri

tak yah susah2 pakai float jer.. terapung lah nanti

 

seronok Marissa time nie dilayan bak puteri

 
wajah suciku sempena 9 months preggy

Marissa 2 tahun 5 bulan ketika itu

asben main slides sorang2

 
Marissa pun nak join sama


Ok nanti nak update percutian kami bersama baby Inara pulak lah nanti. Jangan memain budak kecik tuh kecik2 lagi aku dah bawak berjalan ke sana ke sini. Alhamdulillah Inarah such a good girl and just like her sister, dua2 pun senang nak handle semasa baby. I love both of them. Sayang sangat2. Ayah dia pun. Eh.

Friday, February 22, 2013

Entry Pertama Untuk Tahun 2013

Assalamualaikum

Kawan2 sihat? Saya Alhamdulillah sihat. Anak2 pun sihat. Rindu saya tak? tak pun kannn.  Tak rindu pun takpe... tapi my asben rindu my post dalam blog ini. Kesian dia, macam2 dia buat supaya bini dia leh on line masa pantang dulu, tapi tetaplah lemau utk berblogging. Cam dah hilang minat pulak. Tapi tak boleh hilang terus. Sbb blog ni lah diari hidupku. Seronok tau bila kita baca balik kisah2 lama. Kalau tak update mana nak refresh balik citer2 lama kan. Tambah lagi citer pasal anak2.

Tengoklah camne..kita slow2 ok...

oklah, takde nak update apa pun.. sajer jer..

Dah tu jer.

Monday, December 31, 2012

Entry Last Untuk 2012


Makin lama makin kelaut aku nak update blog nie. Blog kengkawan pun dah lama tak masuk. Nanti ada masa aku jengah yer.
 
Ni pun update gaklah sebagai penutup entry utk tahun ini. Byk suka duka sepanjang 2012 ni. Antara kenangan yg paling tidak dapat dilupakan ialah menjadi tetamuNya semasa melakukan Umrah bulan Mac yg lalu.
 
Sekembalinya dari Umrah, dapat tau pulak yg diri ini pregnant. Syukur Alhamdulillah.
 
Lepas tu saat yg tak boleh dilupakan lagi ialah saatnya bergelar sebagai ibu untuk sekali lagi. Alhamdulillah selamat melahirkan pada 15 Nov yg lalu.
 
24 Dec yg lalu pula, telah pun menyambut hari kelahiran yg ke 32. Alhamdulillah. Eh sebelum tu 1 Dec, husband terlebih dahulu menyambut hari lahirnya. Yea we both are Dec baby, klu baby kuar ikut due date, tentu baby pun jadi Dec baby jgk.
 
Sempena birthday ni jgk husband menghadiahkan sesuatu tuk aku. Seprais lah jugak. Balik2 ofis hari tu terus hulurkan kotak berisi hp.  Almaklumlah hp aku sebelum ni kan rosak. Bukan kata dia belikan tuk aku sorang jer, dia gak turut menghadiahkan diri dia sendiri jugak.
 
Dan sebagai penutup tahun 2012 ni jugak, hari ini adalah 45 hari tempoh berpantang aku. Yihaaa. Seronoknya. Tahniah wat diri sendiri kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang ini.
 
 
Marissa Qaisara (2 tahun 7 bulan) & Marissa Inarah (45 hari)
 
Tapi masa gambar ni diambil Enara belum lagi 45 hari. Belasah jelah guna gambar mana yg ada. Gambar aku terkini takdelah pulak. Nanti lah yer... Ada ke pun org rindu..hahaha... yg pasti berat adalah kurang 17kg sebelum bersalin. Berat naik adalah 20kg hari tu. Baju2 lama adalah muat tapi adalah ketat. Macam mana tuh?
 
Oklah, kepada semua kawan selamat menyambut kedatangan tahun 2013, semoga tahun mendatang membawa lebih bahagia dan berkat kepada kita semua.
 
Ok jumpa tahun depan yer.... bye...

Thursday, December 20, 2012

Kuning

Pendek jer aku bubuh tajuk dia.

Bukan nak citer pasal warna kuning, tapi nak citer pasal jaundice.  Sian anak2 aku lepas lahir mesti kena jaundice. Sekarang ni memang majoriti bayi baru lahir mesti kena kuning.

Enara pun kena kuning gak. Walaupun bacaan dia tak tinggi dan tak perlu ditahan, tapi dia punya bacaan tu lama gak nak turun. Kesian Enara tiap kali gi check kena amik darah kat tumit kaki dia. Rasanya sampai 3 kali lah dia kena amik darah.

Kiranya Enara ni kena pro-long jaundice lah jugak. Sampai Paed suh test urine. Paed kasi botol, pastu dia suh hantar kan botol tuh bila2 dapat tadah air kencing tuh. Ingat senang nak amik urine baby. Dahlah kena make sure kawasan perinium dia bersih dari najis.

Ok kasi tips camne nak dapatkan air kencing baby yer. Ok mula2 kasi baby menyusu banyak2. Pastu lebih kurang sejam dua pastu, bukak pampers anak pastu bersihkan kawasan perinium dia. Bila dah bersih tuh, tunggulah sampai baby terkencing. Pastu tadah. Nasih baiklah tak lama pastu Enara terkencing. Dapat air kencing dia terus hantar ke lab kat PMC. Alhamdulillah keputusan air kencing Enara takde apa2 yg membimbangkan.

Macam2 petua yg kami buat utk hilangkan kuning Enara. Salah satunya ialah menjemur Enara pada waktu pagi. Ni gambar masa hari ke berapa ntah.

nampak kuning kat muka Enara

jerit sbb panas kot atau nak susu

oo nak susu rupanya

ayah pun kena berjemur sekali

tapak kaki Enara

 
Tukang urut aku pesan jemur baby sampai keluar peluh, supaya kuningnya keluar. Tapi bukan baby yg kuar peluh tapi ayahnya yg berpeluh. Hahaha.
 
ayah mithali
 
Byk lagi petua lain yg boleh diamalkan. Antaranya ialah memberi minum air rebusan halwa kundur kepada bayi, mandi daun inai, minum susu kambing (not recommended by doctor sbb takut susu segar yg diambil tu dah tercemar semasa proses memerah) tapi kalau susu yg telah distirilized takpe, kasi mutiara cina dan macam2 lagi.
 
Tapi takdelah kajian saintifik yg mengatakan cara2 diataskan dapat mengatasi jaundince. Tapi kita cuba jelah berikhtiar.
 
Tapi cara yg sebaik2nya ialah susukan bayi sebanyak mungkin. Lama2 akan turun jugak kuning dia. Macam Enara amik masa 3 minggu jugaklah utk sembuh.
 
 

Wednesday, December 19, 2012

Nama Baby

Ok hari ni nak perkenalkan pulak nama baby nie. Sbb apa lambat diperkenalkan? Sbb mak ayah dia pun lambat sgt nak confirmkan nama baby. Surat beranak pun hanya dibuat selepas seminggu baby dilahirkan.
 
Apalah yg difikirkan oleh baby ini yer?
 
 
Dia tengah fikir kenapalah payah sgt mama dan ayah aku nak kasi nama nie.. kasi jerlah nama apapun kan... janji mempunyai maksud yg bagus sudah..
 


ermmm takpelah biar dorang fikir, baik baby tido jer 

Time kakaknya dulu, takde masalah sbb memang dari dalam perut memang dah ada nama, so, memang dah dipanggil namanya since dalam perut lagi. Tapi yg adik nie, memang kiterang tak sempat pilih nama lagi.. masa dalam perut pun just panggil baby or adik jer.

Tapi, for next time rasanya kalau ada rezeki lagi, kalau boleh baby dalam perut lagi nak siap2kan nama. Senang. Bukan apa, lain tau, bila baby dah keluar, kita baru nak cari nama, jadi cam kelam kabut sikit. Org ni nak nama ni, org tu nak nama tuh, so cam berbelah-bagi di situ.

Lagi satu, yg membuatkan kami payah sgt nak pilih nama sbb baby ni terlalu istimewa buat kami, satunya sbb dia sama2 ikut kami semasa menunaikam umrah bln 3 lps (waktu tu aku pun tak tau yg aku preggy), pastu yg keduanya baby lahir pada tahun baru Islam; 1 Muharram. Ada pulak tu yg suggest letak nama Muharamah lah, Munawwarah lah dan macam2 lagi.

Payah sgt aku stick jugaklah dengan nama yg pernah memikat hati kami suami isteri sebelum ini. Ada aku sharekan kisah ni kat previous entry.

Dengan ini aku perkenalkan nama baby kami ialah Marissa Inarah. Sebab apa ada Marissa jugak?  Sbb aku suka sgt dengan nama Marissia. Hehe. Sebenarnya nak letak Inarah jer, pastu rasa cam tak adil pulak, nama kakak dua perkataan takkan nama adil satu perkataan jer. Dari payah2 sgt nak cari kita letak jer lah Marissa kat depan tuh.

Tapi baby kedua ni takleh lah nak panggil Marissa jugak kan. Kita panggil Inarah saje atau nama glamernya adalah Enara.

 
  
 alolololo
 
Itu adalah pose kegemaran Enara. Dari dalam perut sampai sekarang. Tangan didagu, mata ditutup. Hehe.

Tali pusat Enara tanggal pada hari kelima
 
 
Nak tau apa maksud di sebalik nama? Maksud Marissa aku dah gitau dulu kan? Kalau tak ingat, Marissa tu maksudnya sopan santun. Memang aku nak anak2 aku sumernya ada sifat sopan dan santun pada semua org. Ada sifat menghormati kat sumer org. Aku nak dorang ikut sifat sopan santun ayah dia. Dengan sopan santun tu lah aku jatuh hati ngan ayah dia. Eh tetiba lak..
 
Apa pulak maksud Inarah tu? Sila cari sendiri yer....
 
 
Semoga nama yg dipilih membawa berkat kepada baby dan kepada kedua ibubapanya dan keluarganya dan agamanya. Semoga terus bercahaya dan menerangi kehidupan mama dan ayah. Kelahiranmu sesungguhnya membawa seribu erti buat mama dan ayah.

Sunday, December 16, 2012

Sambungan Kisah Kelahiran Puteri Keduaku

Nak sambung pun amik masa gak...nak wat camne..ibu beranak dua lah katakan... eleh org lain anak 3, 4, 5 pun tak kecoh, boleh jer update...Aku payah sikit lah... asal aku duduk jer depan laptop, si kakak Marissa sibuk nak berebut ngan aku, padahal aku dah umpan dengan tab dah.

Lagi payah, lepas beberapa hari berpantang kat rmh mak (rasanya tak sampai 2 minggu kot) aku dah balik ker rmh sendiri. Ceh nak berpantang sendiri lah konon kan..  so, rasakanlah kan, tak menang tangan nak handle dua org anak sekali. Tu pasal lah payah sikit aku nak update blog. Nak update blog memang payah, tapi nak tengok sinetron takde hal. wahaha. Memang sekarang aku ni kerja duk depan tv jelah siang malam. Nak update tu boleh, tapi aku ni jenis time blogging aku tak suka ada gangguan. Bila terganggu walaupun sikit2 terus cam idea tak datang.

Sekarang line clear marilah kita sambung semula yer....

...........................................................

Lepas aku jerit panggil husband ngan nurse barulah dorang sumer masuk ke labour room. Tapi memang kebetulan memang dorang nak masuk pun, lagipun bukannya dengar pun aku jerit2 tu dari luar.

Dorang memang tak bajet pun yg aku dah nak bersalin. Sbb masa aku disorong ke labour room tuh time tu opening baru 6cm time tu pukul 9:30 pagi. So, dorang jangka aku akan bersalin around 12 something camtuh.

Bila tengok keadaan aku yg dah nak bersalin sgt, masing2 baru kelam kabut nak pasang alat sumer... time tu katil aku pun tak patahkan lagi... dorang sumer suruh aku tahan jangan push dulu, lagipun doktor belum ready lagi sbb doktor tengah operate another patient.

Aduh nak tahan camne, kalau dah nak kuar tu memang rasa nak teran gak.. rasa cam memang dah nak kuar sgt time tuh....

Dr. Zarul time tu memang takde lah, sbb dia tengah operate patient, dia pun tak jangka yg aku akan bersalin seawal ini.  Aku tak kisah dah time tuh ada doktor ker takde ker, aku nak kuarkan jugak baby nie, kurang2 aku dah ada dalam labour room, kira nasib baik lah kan jika dibandingkan dengan org yg beranak kat dalam kete.

Kalau boleh memang dorang suh aku tahan sampai dr. masuk, tapi memang tak leh tahan sgt, sampai sister ni terpaksa tahan tangan dia kat 'bawah' supaya baby tak kuar lagi, sbb time tu memang tak ready apa pun lagi. Aku pun cuba gak lah jugak kawal dari meneran. Tapi dalam pada tahan tuh keluar jugak lah baby ini.....

Mungkin anak kedua kot, dia meluncur laju jer kuar. Dulu time yg first jenuh gak nak meneran pastu siap kena vakum sbb pelvik bone kecik, tapi kali ni... Alhamdulillah.....

fresh dari perut

Sister yg menyambut baby. Dia pun tak bajet yg dia kena sambut baby, sbb asalnya dia ke pmc sbb nak selesaikan tugas lain (rasanya dia cuti time tuh). Tak kisahlah sapa pun yg sambut anak aku janji selamat semuanya.

Bila baby dah kuar rasa lega sangat. Rasa panas jer time baby kuar. Sama cam time Marissa dulu, air mata aku tak keluar pun, ntahlah... semangat yg kuat membuatkan air mata ni tak jadi nak luruh kot, tapi aku jeling asben nampak gaklah mata dia berair. Tapi bila tanya dia nangis tak ngaku pulak..
Dalam pada tu dia sempat gak lah amik gambar saat2 kelahiran baby. Gambar tak leh nak share. Bahaya.

Lepas baby kuar, nurse pun bersih2kan baby. Dorang lap2 jer. Yelah takkan lah pulak nak mandikan terus baby, mau terkejut baby dibuatnya kan.


rambut kemain lebat, patutlah selalu rasa nyilu kat situ

lap ngan kain jer



Lepas baby dah kuar, kena kuarkan uri pulak. Sister tu suh aku batuk2 sikit supaya uri keluar dengan lancar.

10:32 pagi saat kelahiran baby


sudah bersih

Tak lama lepas tuh, barulah Dr. Zarul masuk ke labour room, dia pun baru selesai sambut baby another patient kat OT. Dia masuk2 jer dia cakap, "Sorrryyyy.... tak sempat.." aku cakap takpelah baby pun tak sabar sgt nak kuar.

Lepas tu Doktor jab aku dengan ubat pelali tuk kasi aku tido, sbb dia nak jahit. Berapa byk jahitan aku tak pasti. Aku pun tak perasan sister yg sambut baby tu ada wat episiotomi ke tak. Tapi aku ada dengar masa aku nak bersalin, nurse ckp ngan sister "nasib sister ada, saya tak pandai nak wat epi". Maknanya kena gunting gak lah kot. Tapi sumpah tak rasa apa pun.

Lepas kena jab terus tak sedar. Sedar2 tengok sumernya pun dah siap. Pastu terus dibawa ke wad.

i feel good..nanananana...

the proud ayah

amik gambar bertiga time ni baby masih kat nursery lagi

Marissa cam biasalah, asik nak wat hal jer.. yelah dah jadi kakak kan

keletihan. Tido kat atas tilam yg doktor kasi
Tengahari tu, family kedua2 belah pun ada datang melawat. Tapi dorang just leh tengok baby dari cermin jer. Sbb prosidur sekarang, baby kena dikuarantinkan kat dalam nursery lebih kurang 6 jam sebelum diserahkan kepada ibunya.
Korang bayangkan, petang tu aku boring giler, dah lah asben balik rmh kejap sbb nak cuci uri, dan uruskan apa yg patut, aku pulak dari bersalin tadi belum sempat lagi nak peluk cium anak.
Lagipun dorang memang nak ibu rest cukup2 dulu before dorang serahkan baby. Tapi by petang tu jugak nurse hantar baby kat bilik.. oh bahagianya dapat mendakap anak yg kita kandung 9 bulan sebelum ni.


oh my baby
sayang sikit

kaki baby

apa lagi bila baby ditangan, abislah kena belek sumernya...haha
As in previous entry, baby lahir dengan beratnya 3.1kg. Berat sikit dari kakaknya dulu yg cuma 2.95kg. Panjang baby pulak 56cm, pun panjang dari kakaknya yg dulu cuma 49cm jer. Tu pasal lah agaknya aku senak dan sakit dada kot sehari sebelum baby lahir.

dengan anak2

baby besar dan baby kecik



Patutnya aku kena pakai baju hospital lagi, tapi sbb petang tu aku dah siap2 mandi, aku pakai jelah baju sendiri ngan kain batik, padahal aku leh jer mintak persalinan baru dari nurse, tapi sbb malas nak panggil, belasah jelah pakai baju sendiri.

Ok kita kasi can ayah bergambar dengan baby pulak.




perhatikanlah si kakak tuh, cam takde perasaan jer


anak ayah




Aku dibenarkan pulang keesokan harinya.


Masuk kete pun nak bergambar gak


yeay... pulang ke rmh with new baby

Begitulah kisah kelahiran puteri kedua kami. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkanNya.  Oh ya... masa baby lahir, nama belum dipastikan lagi, tu pasal lah aku duk berbaby2 kat dalam entry nie.. Ok nanti aku perkenalkan nama baby di entry lain yer.....

Pada korang yg nak bersalin tu, jgn takut2 yer.... berserah padaNya.. InsyaAllah akan dipermudahkan... sesungguhnya melahirkan itu adalah satu nikmat dariNya.

Sehingga ketemu lagi....daaaaaaa

p/s: Semalam genap sebulan usia anakandaku