Thursday, September 27, 2012

Bersukaria Bersama Keluarga

Malas nak taip panjang2. Letak gambar jer sudah lah.

Sampai jer kat Sunway Lagoon pagi tuh, kami dijamu dengan sarapan pagi nasi lemak yg disediakan oleh pihak Sunway Lagoon.

Budak yg nak makan sendiri


Adalah amat payah sekarang ni nak suap Marissa tau. dia prefer nak makan sendiri. Kalau dapat suapkan dia dua tiga kali pun aku dah cukup hepi dah. Budak perasan dewasa memang macam ni.
dijeling oleh anak2 sedara

Tapi jangan harap lah budak2 ni nak makan, makan pun cam lalu tak lalu jer, yelah dah tak sabar sgt nak main air.

Senang hati aku bawak Adam ngan Ain sekali, dorang boleh tolong jagakan Marissa, pastu aku leh makan dengan senang. Lagipun Marissa ni, kalau ngan kakak Ain dia, kemain lagi mendengar kata. Kata2 aku kengkadang dia buat dek jer.
pandai2 lah korang bawak diri


Sementara itu, kat pentas utama ada acara senamrobik dan diikuti pula dengan upacara perasmian.


Marissa pun join ker?

Kejap jer pun dia join, pastu tak menyabar nak join budak2 lain yg dah start berendam kat pool. Kemain seronok dia dapat mandi pool. Memang dari hari ke hari si Marissa ni ajak mama dan ayah dia gi mandi laut. Padahal dia bukan pernah mandi laut pun. Tapi pemahaman dia mandi laut tu mandi pool lah tuh. Kalau kat rmh tuh, asal nampak baju mandi dia jer mesti dia cakap "mama jom andi aut" pastu suh pakaikan baju tuh... aku pakaikan jelah... pastu kang dia buat2 lah swimming kat atas lantai.
sukalahtu

Adam main gelongsor air

ko tengok.. gaya tak nak kalah

Org lain meniarap dia pun nak meniarap, org lain menelentang dia pun nak terlentang. Risau jer aku dia tenggelam. Pastu nak gi tempat dalam2. Letih aku nak kena ikut jer dia. Dah lah aku ni dah ala2 sarat. Pastu tak sanggup pulak nak basahkan baju segala. Takat basah seluar sikit takpelah.

Bila dah penat aku suh jelah ayah dia take over.

layan lah anak awak tuh

 
Berendamlah korang puas2 kat situ

 
hola hola hola.. kemain lagi dua beranak ini

pastu si ayah jadi masa tunggangan anak lah

Aku perati dari jauh jelah dorang. Dah lah cuaca panas. Time asben join telematch, aku biarkan jer Marissa di bawah pengawasan kakak Ain dan abang Adam. Aku tak larat sudah. Tapi aku monitor lah dorang dari jauh. Seb baik kakak boleh diharap.

Lepas game sumer dah habis, dan budak2 pun dah puasa berendam, apa lagi moh lah kita ke dry park pulak.  Tapi sebelum tu haruslah mencuba ini terlebih dahulu.

Kalau aku tak peknen memang aku main jer slides ni.


dari kejauhan

semakin menghampiri

 
tu dia ayah & pakngah Marissa

Sementara itu, Marissa berlenggeng kat dalam stroller sambil minum susu. Nak pakaikan baju dia takmo. Suka hati ko lah nak, tapi seb baik kat situ, memang ramai jer tak pakai baju, yg dewasa pun ramai jer pun yg separa bogel...opppsss.

suka dapat susu

 
kat mini zoo - eh nanny pun ada jgk

Kat dalam mini zoo ni ada lah seekor kera tuh, kera ke monyet aku tak sure, tapi adik-beradik tulah. Kera tu albino pastu suka ngan budak2. Kalau dengan budak2 kemain lagi dia menyengih, tapi kat org dewasa dia buat tak tau jer, walaupun ko ketuk camne pun cermin sangkar dia tuh. Cute sgt monyet itu.
dukung jelah budak ini senang sikit, tapi budak perasan dewasa sibuk nak jalan sendiri
eh zhafran ngan makngah pun ada

main cawan pusing2

 

Aku memang tak main satu apa pun, kerja aku tukang jaga barang dan ikut dan tunggu jelah ke mana2 mereka nak pergi. Kemainlah gigih aku berjalan kat sana. Dengan harapan senanglah beranak nanti yer.

Sementara tunggu dorang sumer main2 game. Aku duk kat kerusi sambil makan aiskrim sorang2. Fuh sedap betul makan aiskrim, sejuk jer tekak.
happy family at family day

 
pastu main kuda ni pulak

berapa round tah dorang main kuda nie

mentang2lah takyah buh coin, dorang belasah lah naik ni sampai pening

 
muka eksen - dah lah tak pakai suar, nasib baik nak sarung gak baju tu

 
pastu naik gondola ni pulak

Byk lagi lah benda yg dorang main, aku tukang folo dan tukang tengok jerlah, pastu duklah ko diam2 di sana.

Korang tau lah kan luas camne sunway lagoon tuh... org biasa pun leh keletihan nak berjalan, inikan pulak makyong cam aku nie... letih memang letih, tapi anak punya pasal, ku turutkan jua. Ewah.
berehat sebentar

Dah puas main, kami pun bersiap tuk pulang. Lebih kurang dalam pukul 4 kami gerak balik. Elok jer keluar dari Sunway Lagoon, hujan turun dengan lebatnya. Pastu masuk kereta, masing2 tertido keletihan. Memang letih giler. Giler pun tak letih camtu. hoho.

Pastu sampai rmh masak nasi (tuk dinner lah konon). Pastu naik atas mandi2. Pastu lepas Maghrib elok 3 beranak ketiduran. Dinner pun tah ke mana. Sedar2 dah pukul 4 pagi. Memang masing2 tido pengsan.

Ok dah tu jer.

Wednesday, September 26, 2012

Satu Pagi Yang Indah

Pada satu pagi pada dua minggu yg lepas..... pagi2 dah bangun utk pergi ke satu tempat...

Walaupun malam sebelum tu masuk tido dekat pukul 4 pagi... sbb apa tido lewat? tu citer lain.. yg pasti pagi tu kena bangkit awal utk ke majlis family day anjuran tempat kerja (sektor asben). Kami satu tempat kerja, tapi berlainan sektor, so, family day asing2. Untunglah kan dapat gi dua kali. Tapi aku tak dapat gi dua kali pun sebab sektor aku punya family day sudah ditunda. Time tu pulak maybe aku tengah berpantang. Takpe.. tempat yg sama jugak.. so tak pergi pun tak apa.

Cam biasa asal family day jer mesti wat kat Sunway Lagoon. Budak2 haruslah gumbira ke sana kan. Kita ni dah tak heran dah... so, dengan itu aku pun hangkut lah sekali anak2 buah aku... saje kasi Marissa sonok ada kawan sikit.. cea padahal supaya senang nanti kerja aku, yg kakak Ain dia leh tolong tengok2/jagakan dia... nak harapkan aku jer nak layan karenah si kecik ni memang tak larat lah...


my kesayangans ~ain~marissa~adam - marissa senyum senget

 

ada jer memek muka yg si kecik ni  nak buat

peace yo... Marissa's version

 
tak nak ketinggalan jugak kan.. walaupun muka adalah lebar.. tapi suka tengok Marissa nyelit sama

Ok sambung lagi yo.  Baru nak warm-up nieh...


Mualaf vs Mu Malas

Assalamualaikum semua..

Sementara nak mendapatkan mood mengupdate blog yg ditinggalkan about a week, kita share dulu  kata2 Ustaz Azhar Idrus ni yer...

source: fowarded email


Nice kan?

Happy Wednesday to ols.... Mulakan hari ini dengan senyuman :)

Friday, September 14, 2012

Sepagi Dengan Budak Belum Mandi Pagi

Ni gambar2 bulan lepas kot, masa bulan puasa ataupun sebelum puasa tak salah aku. Cam biasa ayah Marissa kalau free akan hantar mama Marissa ke ofis. Lepas tu dia akan menyinggah ke Taman Tasik Perdana utk berdating dengan anak dara dia.

Pagi2 Marissa bangkit tido, memang jarang2 dia wat hal. Tapi jangan dipaksa dia mandi pagi2 hari, mungkin akan mengundang mood tak baik dia. So, bangun pagi memang aku just tukar pampers dia dan lap2 sikit badan dia.

Maka inilah dia budak yg bucuk macam yg berexercise di pagi hari di taman. Aku pun tak bajet lah yg ayah dia nak menyinggah mana2, maka takdelah aku tukarkan baju budak kecik nie. Tapi kalau dah nama ayah tu, belasah jer lah anak pakai apapun, dorang tak kisah.


jalang sengsorang

 

jap jap nak wat peace jap...

 
berpeluh-peluh.. takpe balik nanti baru mandi


syoknya dia dapat berjalan bebas

baik2 nak.. jangan terejun lak ke kolam tu yer

air pancut

eh eh rasa cam nak mandi lah pulak


Kalau mama dapat join sekali kan best.... lepas kita exercise kita pekena roti canai ker, nasi lemak ker... takpe nanti bila2 weekend bila ayah free kita gi lagi yer...

Jeles aku tgk dua beranak ni berdeting..



very the anak ayah

Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran

Assalamualaikum

Tiada manusia yang tidak inginkan kesenangan dalam hidupnya malah, kedatangan Islam membawa rahmat yang antaranya adalah kesenangan supaya manusia dapat memenuhi keperluan hidup, membantu sesama manusia, beribadat dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan.

Namun, dalam mencari kesenangan, kita juga perlu memperkuatkan diri dengan daya tahan dalaman. Jika sebelum ini kita membincangkan cara ketahanan diri menghadapi dugaan, kali ini.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90) Saya ingin ketengahkan bagaimana usaha memperkasakan diri apabila berada dalam kesenangan dan peluang mencapai kesenangan.

Diingatkan, kesenangan juga adalah dugaan untuk melihat sejauh mana kita mensyukurinya. Malah dugaan kesenangan itu lebih berat daripada dugaan kesengsaraan kerana semasa dalam kesenangan kita lebih mudah alpa, leka, lalai dan lupa diri.

Begitu juga kerana ingin mendapatkan kesenangan, kita sering kalah dengan tarikannya yang menyalahi syarak seperti sogokan dalam pelbagai bentuk ganjaran dan habuan kesenangan serta penipuan.
Apa yang lebih utama ialah sistem daya tahan dalaman diri seseorang membina kekuatan untuk tidak memberikan walaupun pertimbangan kepada tarikan itu.

Ketahanan diri penting apabila kita sudah berada dalam kesenangan untuk menahan daripada menyalahgunakan harta kesenangan dengan bersifat boros, tamak, monopoli dan lokek.
Kesenangan menyebabkan kita leka, lupa diri, malas, sombong dan lalai melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan kepada Allah serta menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Semua adalah kesan daripada kelemahan daya tahan diri. Justeru, ketika berada dalam kesenangan dan berhadapan peluang kesenangan, daya tahan diri mampu menjadi perisainya untuk mengelak manusia hilang nilai insani dan mengelak kesenangan itu nilainya bersifat zahiriah saja.
Hakikatnya, kesenangan dan peluang mendapat kesenangan boleh menjadi musuh di hari akhirat sekali gus menyebabkan sumber rezeki tidak diberkati.

Peringatan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kelak pada hari kiamat, ada yang datang dengan tubuh perkasa tetapi nilai dirinya di sisi Allah lebih kecil dari seekor nyamuk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya kita tidaklah dianggap berkuasa kerana jawatan, dianggap kaya kerana harta yang melimpah ruah dan dianggap perkasa hanya kerana fizikal yang kuat. Hakikat kaya, kuasa dan kuat ialah apabila kita berjaya menahan semua daripada disalah guna.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90)

Ketahanan diri boleh diperkasa melalui pelbagai cara antaranya solat dan bersederhana. Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran dan kesederhanaan sebagai perisai mengawal naluri keinginan kesenangan yang berlebih-lebihan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu (kelak kamu akan mengetahui). Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu akan melihat neraka jahim. Dan sesungguhnya kamu akan benar-benar melihat dengan ainul yaqin, kemudian kamu akan pasti ditanya pada hari itu kenikmatan (yang kamu negah-megahkan di dunia).” (Surah al-Takatsur, ayat 1-8)

Marilah kita memperkasakan solat sebagai peneguh amali dan menjadikan sederhana peneguh naluri dalam memperoleh kesenangan yang halal lagi diberkati.

Implikasinya disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa mencari dunia dengan cara yang halal untuk menjauhkan dirinya daripada mengemis, menjaga harga diri keluarga dan berbelas kasihan sesama tetangga, nescaya ia akan bertemu Allah dan wajahnya bersinar seperti bulan purnama.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Marilah bersama kita berusaha mencari dan memelihara nikmat kesenangan dengan memperkasakan ketahanan dalaman supaya ia tidak menghilangkan kebaikan di akhirat nanti.

Maksud doa Rasulullah yang sangat indah: “Ya Allah jauhilah daku dari dunia yang menghalang kebaikan akhirat.” Mudah-mudahan doa ini boleh kita jadikan ingatan dan munajat setiap hari dalam membina daya tahan mencari kesenangan dunia.
Wassalam


Source: Forwarded email

Wednesday, September 12, 2012

Pergi Beraya

Satu hari tu dapat sms daripada bonda purple. Dia ajak gi beraya rmh inaachik. Since en. suami pun free malam tersebut, maka kami pun roger2 lah tuk gi sesama ke rmh Inaachik.

Masa mula2 sampai

Masa turun dari kete aku perasan ada sorang pompuan ni senyum2 kat aku. Suasana pulak samar2, aku pun tak berapa cam lah sape lah gerangan org yg pandang2 dan senyum2 kat aku ni. Ker aku yg perasan sengsorang, ntah2 org tu senyum ngan org lain... terus wat cam biasa jer...

Rupa2nya org yg senyum2 ngan aku tu adalah mama fayel a.k.a mimy....Mesti dia sentap sbb aku wat bodo je kot....sori mimy.. aku memang tak perasan, kalau aku perasan confirm aku dah kidnap fayel dari kete ko. Almaklumlah aku kan rabun. Power lense pun dah lama aku tak upgrade. Takat tu jer power dia dari dulu sampai sekarang.


Marissa & mamanya

Aisyah & bondanya

Fayel & mamanya

Memang ramai tetamu Ina malam tuh. Tak menang tangan tuan rmh dibuatnya. Kami pulak sampai2 takdelah terus terjah ke meja hidangan. Dok lah duduk2 dulu sambil borak2 pasal anak2. Yang si Ina pulak dah dok risau yg kami ni tak jugak makan2. Dun worry Ina pandai2lah kami ni bawak diri. Kang dah abis borak kang, taulah kami nak terjah juadah yg disediakan.

Antara juadah yg disediakan ialah spaghetti bolognese, nasi himpit & kuah kacang, mi kari dan macam lagi kuih2 muih dan agar2.  Aku memang dari dulu lagi target nak merasa air tangan Inaachik ni, yelah kalau tgk dari blog dia yg lagi satu yg pasal masakan tu memang terliur lah... dengan hiasan segala, memang menggiurkan...

Aku pun trylah nasi himpit dia ngan kuah kacang dia.... wah.. sedaplah kuah kacang dia nie... dan dan tu nak mintak resipi... tapi sedey tau.. kuah kacang tu bukanlah hasil air tangan tuan rmh.. tapi adalah kuah kacang yg dibeli ntah dari mana tah aku pun tak ingat.. Penat jer aku membayangkan yg kuah itu adalah dimasak oleh tuan rmh. hahahaha. Tapi memang sedap2 lah hidangan yg disediakannya.

suasana dalam rmh

mummy & kiddos

Marissa masa mula2 sampai ntah apa lah angin dia. Asik nak mengamuk jer. Sampai aku rasa nak kena balik awal ni... mood dia tak betul... tapi bila dah lama2 sikit, org kata dah panas sikit, barulah nampak dia ok sikit... barulah nampak dia nak bermain-main sikit.



jejaka idaman isteri masing2

Marissa tidak kasi chance ayahnya beraksi solo
bonda, mimy, Ina & me

 

Sebelum pulang, sempatlah kami melihat stok2 tudung keluaran inachic, tapi time tu tudung belum siap lagi, kalau dah siap mungkin dah rembat dulu kot.... memang cantik2 kaler dia..

Kepada tuan rmh yg menjamu para tetamu, terima kasih diucapkan dan semoga bertambah2 lagi rezeki kamu berdua.


p/s:  Sori.. aku terdelete pulak komen utk entri sebelum ni.. nak tekan publish tertekan pulak delete...sori yer korang... i is tak sengaja

Bersantai-Santai Di Rumah

Kalau time weekend or time cuti2 tak ke mana, kami anak beranak akak melepak sajer di rmh. Sementara menunggu tetamu nak datang beraya, kami jelah yg beraya di rmh sendiri. Yelah sekang ni, kalau kita tak wat open house org pun takut nak beraya rmh kita, walaupun actually pintu rmh kita sentiasa jer terbuka bila2 masa. Nak wat camne dah konsep sekarang ni dapat jemputan, barulah nak datang ziarah.

Memandangkan kuih2 raya kat rmh tu pun tak luak2, apa taknya yg tukang makannya aku sorang jer, Marissa makan gaklah tapi lebih kepada buat sepah, nak harapkan ayah dia lagilah, mana nak layan biskut2 raya ni sumer. Maka petang2 hari aku pun bawak kuar balang2 kuih, pastu bawak kuar air oren fanta sekali, letak kat meja kat porch, pastu bersantai2 lah kami anak beranak kat luar.

Fuh memang syok sgt.... sambil layan kuih raya sambil menikmati suasana yg tenang aman damai.

Bila lagi beb nak melantak kuih raya, time2 raya ni lah nak jumpa biskut2 raya sumer. Hari lain mana dapat kan... kuih tartnya, almond londonnya, macam2 biskut lah... memang layaaann


budak yg feeling2 beraya walaupun di rmh sendiri

tak sah kalau tak nangis


walaupun duk rmh jer, tetap pakaikan jugak baju raya

Aku memang suka jer lepak2 kat luar rmh ni, sama ada time minum pagi ataupun minum petang. Kalau terajin sikit aku goreng lah cekodok bilis ataupun kopok ikan. Sambil makan2, sambil si suami mencuci kereta di porch. Pastu sambil suami cuci kereta, si isteri suapkan cekodok kat mulut suami... ooo alangkah bahagianya kan....


ni adalah yg dia sentapkan nie.... dia marah aku amik gambar dia

Monday, September 10, 2012

Rasa Cam Makan Ayam Kenny Rogers

Masa hari raya ke-empat hari tu, my big boss nak datang beraya. Memang tiap tahun pun tak pernah missed pun datang ker rmh. Bila dapat sms kata dia nak datang, gelabah lah jugak fikir nak serve apa kan.. Rendang, ketupat segala memang nan ado lah kan, katanya dah raya ke-empat, nak buat sendiri rasa cam tak cukup masa jer. Maka geledah lah peti ais dan tengoklah apa yg ada.

Bahan yg ada time tu dan rasanya yg agak mudah tuk disediakan adalah spaghetti dan grilled chicken. Kali ni nak buat kuah carbonara pulak. Sib baik sumer bahan cam mushroom, cheese, fresh milk sumer ada, so menjadiklah jugak source carbonara aku.

Pastu takkan nak hidang tu jer kan, sib baik lah aku ada beli beberapa keping chicken quarter hari tuh. Terus datang idea nak panggang ayam tu. Bahan2 perapan pun aku ada beli siap2. Sgt lah senang nak wat ayam panggang. Just perap kan ayam dengan bahan perapan pastu letak jer kat atas grill pan.

Pastu tengok ada kobis ngan carrot. Rasa cam nak buat coleslaw pulak. Lagipun memang tingin lama dah makan coleslaw tapi sbb sebelum tu kan puasa, so memang tak pergi KFC langsung, maka aku pun trylah wat coleslaw tuk ketama kalinya. Ala bukan susah pun hiris kobis, carrot pastu hiris bawang sikit pastu letak jelah coleslaw punya sos dari ladyschoice. Pastu gaul2 kan pastu siap lah ia.

Maka inilah dia set grill-chicken ala2 kenny rogers resipi sendiri.



dap dapnya....


Gambar spaghetti takde. Hari tu memang aku tak masak nasi dan tak masak lauk pun. Tu pun spaghetti tu punya byk lebihnya. Yelah yg datangnya pun berdua jer, pastu makan pun sikit jer, sbb katanya baru lepas makan pun... takpelah walaupun dorang bukan datang nak makan sgt pun tapi lebih kepada nak menziarah, tapi kita yelahkan, harus nak serve something jugak kan.

Takpelah dorang tak makan, biarlah budak ini yg makan. Macam lah makan sgt pun. Makan sesuap dua dah dia kata "kenyangnyaaaaa"..
lebar nya gelak

Lagi satu peel Marissa kalau nak mengelak makan, dia akan cakap "Icah acerr..". (Marissa puasa). Puasa lah sgt kan padahal sikit2 kang mintak susu. Pastu bila kita makan kat dpn dia kang dia jerit kat kita "Hah tak acer yer!!!!"  Tu belum lagi asal dengar azan jer dia berlari kat meja makan. Nak buka puasa lah kononnya tuh.. memang menggeram budak ini.

Friday, September 7, 2012

Kenduri Kahwin Pada Hari Raya ke-6

Bulan2  raya ni banyak gak dapat undangan perkahwinan. Bagus gak kan sekali sumer sedara-mara dapat berkumpul pastu tak yah dah nak susah2 nak wat open house. Terus open dewan jer...hehe.

Ni masa raya ke-6 tak salah. Mak mertua ajak ke wedding anak sedaranya kat Maktab penjara kat Kajang sana. Since, kami pun takde apa2 program maka kami pun follow jer lah. Lagipun dah lama tak makan nasi minyak kan.

Me and Marissa masa mula sampai

Anak dara aku sekang, kalau nak dress up tu dari baju sampai ke kasut memang lah dia yg nak decide sendiri. Kena ikut taste dia kalau tak kang, dia melalak. Macam time tu aku mintak dia pakai kasut tapi dia degil nak gak pakai sandal. Suka hati ko lah nak...

Sampai pun dah agak lewat, pengantin pun dah siap makan beradap dan dah tah ke mana dah.. tapi tapi takpe makanan still ada byk lagi.. maka marilah kita makan nasi minyak.

 
Marissa yg makan lauk jer

Hari tu, habis seketul paha ayam masak merah ditelan oleh Marissa. Aku suh makan nasi dia takmo. Suka hatilah janji mau makan. Tapi tak kepedasan pulak dia. Tapi dalam pada tak pedas tuh, bergelas gak air yg dia minum.
eleh mengada budak ini

mcm sama jer expression mak dan anak ni kan?
peace versi marissa lagi

with biras dan adik ipor

Eh pesal pulak gambar hitam putih pulak? ok kita tukar balik gambar kaler2...
Marissa yg dah tak kuasa nak amik gambar

 
nak gak gambar bersama

kita kasi dekat sikit - Marissa wat muka nakal

 
Ramai2

jejak kasih

Time kenduri-kendara macam ni lah dapat bertemu dengan sanak saudara yg sudah lama terpisah. Inilah masanya utk mengeratkan lagi ukhuah. Mama so happy dapat berjumpa dengan pak sedaranya yg lama tidak ketemu.