Wednesday, December 14, 2011

Pergi Ke Jeti Membeli Hasil Laut Yang Segar

Kita lupakan kisah rompak2, benda dah lepas jangan dikenang. Tapi citer yg ini walaupun dah lepas tetap mau dikenang. Kita sambung balik citer cuti jalan2 cari makan dan cari penat kita yer.

Malam yg kiterang makan mi udang tuh, sebenarnya kami tak terus balik. Selepas termakan dengan pelawaan cik purple a.k.a bonda amani berserta maktok, maka kami pun bermalam lah di rmh mereka. Aku lupa lah nama kampung ni, Pulau Sayak kot.

Malam itu kami semua tido segala berjamaah di rmh mama bonda amani.

pagi yg hening

Pagi2 mak tok dan cik purple sudah membizi di dapur. Tgk2 sarapan sudah tersedia, nasi lemak daun pisang dengan kuih talam labu sudah tersedia. Sedap kuih mak tok. Mak tok Amani, beria suruh kami pulang selepas makan tengahari, tapi kami tidak mau menyusahkan tuan rmh. Lepas siap bfast semua kami pun bersiap2 utk pulang. Tapi sebelum pulang, mak tok membawa kami ke beberapa buah jeti utk mendapatkan hasil2 laut yg segar lagi murah.

pemandangan jeti


Masa kami sampai air laut masih lagi surut, maka para nelayan tidak dapat menaikkan hasil tangkapan.  Maka kebanyakan nelayan duk lah berlegar kat tengah laut beristirehat sambil menunggu air pasang utk mereka kembali ke darat.

mood ceria di pagi hari

bot2 nelayan

mak tok yg tersangatlah baiknya

ramai2 ngan mak tok



kehidupan nelayan



udang segar dari ladang laut

Udang gred A yg besar2 adalah cuma RM35 sekilogram. Aku yg penggemar udang ni apa lagi.
Tak ketinggalan membeli udang besar2 dan segar. Bila balik rmh compare dengan udang yg ada kat dalam peti ais. Ternyata jauh beza. Puas hati sgt.

Sbbkan air tak pasang lagi, maka maktok membawa kami ke jeti satu lagi. Aku tak ingat apa nama jeti nie, tapi tempat ni femes sbb cara jual beli yg unik. Main bisik2. Nak tau harga kena main bisik2.

kucing pun unik jugak

ada yg beli direct jer dari bot nelayan... lagi murah


kaum lelaki yg byk membeli - senang lah dorang nak bisik2 sesama mereka


pakcik ini membeli ikan terus dari bot nelayan

aku suka sgt suasana begini





tak tau lah apakebendenya ni

kucing memang suka lah dapat makan free jer..


Kat jeti ni aku cuma beli ikan siakap, ikan bawal dan ikan senangin. Kami siap beli polystyrene box lagi tuk memastikan kesegaran ikan yg dibeli.

Sementara mak2 sibuk beli ikan, bapak2 mengambil alih tuk menjaga anak.

Marissa ngan yayah

anak dah keserabaian


amani dan daddynya

Sgt geram aku dengan si Amani nie.. rambut tebal macam anak patung. Puas hati dapat gak dukung dia.

the bapaks and the anaks

Eh dua2 bapak budak ni pakai baju kaler merah.

Thanks mak tok sbb bawak kami ke tempat2 yg menarik. Actually, destinasi kami tidak terhenti di sini. Dari sini, kami ke Tanjung Dawai pulak (tak salah aku lah nama tempatnya itu) berhampiran dengan Pandai Merdeka (ala yg lagu cinta pantai merdeka tu sini lah tempatnya). Kalau nak ikutkan dekat jer antara jeti ini dengan tempat tuh, kalau naik bot kejap jer dah sampai, tapi sbb guna jalan darat maka dekat sejam gaklah perjalanan. Kalau nak beli belacan ker, ikan masin ker, atau apa2 hasil barangan laut memang kat sanalah tempatnya. Kat sana memang tak amik gambar dah. Kepenatan yg melampau. Kami juga makan tengahari di sana. Gambar makanan pun nan ado. Maka dengan lunch itu berakhirlah program jalan2 cari makan kami.

Sesungguhnya inilah percutian yg terpaling best. Tapi entry cuti belum berakhir di sini. Ada satu lagi tempat menarik yg dilawati.

Jangan Bersedih

Bacaan utk diri sendiri dan buat sahabat2ku yg ku sayangi. Nice reading walaupun agak panjang.



Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.
Jangan bersedih, sahabatku..
Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.
Hikmah #1:  Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.
Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.
Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.
Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.
Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.
Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.
Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.
Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curang kepada pasangannya.
Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.
Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)
Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! :)MasyaAllah!!!
Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.
Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.
Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.
Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya
Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)
Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.
Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)
Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut. 
Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)
MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita… 


Source: Forwarded email

Tuesday, December 13, 2011

Rezeki Datang DariNya dan Dia Juga Lah Yang Berhak Ke Atas Sesuatu Itu

Erm... camne nak mula yer...

Sedih, geram sumer ada. Tapi apa pun kena redha dan sabar kerana setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah turunkan nikmat dan ujian pada umatnya tanda Allah kasih kepadanya.

Rumah kami dipecah masuk pada hari Khamis lepas. Waktu kejadian adalah di waktu tengahari, semasa kebanyakan org tiada di rmh. Waktu siang memang agak sunyi pun kat baris rmh aku ni, sbb kebanyakkannya keluar bekerja.

Penyamun sekarang tak macam dulu, dulu2 menyamun malam2, gelap2, sekarang ni terang2 ngan jer wat keje. Dulu ikut pintu belakang, sekarang selamba jer ikut pintu depan.

Bukan rezeki kami, tapi rezeki si penyamun (rezeki dari jalan yg salah lah tapi) mendapat DSLR + lenses+ speed light, laptop, watches, videocam, PS2, sedikit barang kemas dan tidak ketinggalan jugak 41" TV. Gigih kan nak jgk angkut tv tuh. Baru niat nak lekat kat dinding sbb Marissa asik ketuk2 jer, tapi belum sempat lekat dah kena angkut dah.

Apapun bersyukur banyak2 kerana kami semua tidak apa2, sesungguhnya harta benda wang ringgit boleh dicari tetapi nyawa tiada gantinya. Walaupun penyamun masuk time kami sumer takde di rmh, tapi trauma tu tetap ada, terbayang2 tika dan saat mereka menggeledah dan merompak. Ruang tamu dan bilik habis berselerakan.
















Malas nak bercaption2... kerana gambar jer dah cukup menceritakan. Gambar pun asal tidak jer aku amik, tgh kemas2 baru tingat nak amik. Sbb benda tak syok kan, malas lah nak amik gambar nak kenang2.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya dan semoga mereka yg berbuat salah kembali ke pangkal jalan.

Friday, December 9, 2011

Pecah Masuk


Kot ye pun nak menyamun, cermat2 skt boleh tak? Dah lah brg ko kebas, pastu satu kerja plak org nak mengemas. Semoga si perompak terbuka hati memulangkan apa yg diambil. Nak smbg kemas. Semoga Allah melindungi keluargaku. Amin.

Thursday, December 8, 2011

Alangkah Nyamannya Di Sini

Belah sini sawah padi....







Belah sana pulak lautan....








Cuba gitau aku.. nyaman ke tak nyaman?????  di manakah pulak destinasi kami ini?

Satu Malam Makan Sampai Dua Kali

Dari Kuala Perlis, kami meneruskan perjalanan ke Alor Star. Cikgu Nul membawa kami ke satu tempat  yg agak fofuler utk makan malam kami.

Restoran Nasi Lemak Royale

Sesampai di sana tgk org ramai beratur, terus aku cakap ini bukan nasi lemak royale tapi nasi lemak beratur nie. Tapi jangan bimbang walaupun nampak que macam panjang, tapi tak lama pun utk dapat makanan. Dorang serve memang cpt. Masa kat sana, kamera tinggal dalam kereta, tgh2 makan terfikir nak amik gambar, maka pakai hp sajer. Tapi tak tau nampak blur sahaja.

makan malam kami yg pertama

Wah macam makan byk kali jer bunyi nyer yer.  Utk pengetahuan korang, walaupun namanya nasi lemak royal, tapi ia bukan lah nasi lemak yg cam biasa kita makan tu tau. Nasi dia warna kuning. Pastu ada lauk2 cam nasi kandar punya lauk. Maka sebenarnya nasi lemak royal ini sepatutnya dinamakan nasi kandar. Yang jualnya pun memang mamak pun. Yang specialnya di sini, ayam nya adalah bukan ayam biasa. Bukan jugak ayam kampung. Tapi adalah ayam Turki. Ke ayam Belanda? Sori, manjang asik lupa jer aku nie. Yelah aku ni bukan lah blogger tegar sangat pun tiap2 benda nak catit, ni setiap yg aku update ni sumer ikut apa yg aku ingat jer. Rasa ayam ni cam biasa lah, cuma dia cam liat2 sikit, kulit dia pun tebal sikit.

Lepas makan kami singgah ke kampung Cikgu Nul. Rmh yg sepatutnya tempat kami bermalam pada hari kedua. Tapi tup2 hari kedua kiterang tido kat Langkawi. Tak sangka pulak, yg org tua dia, bersiap sedia tuk menerima tetamu. Tapi kiterang tak jadi pulak, mintak maaf pakcik makcik, takpe lain kali kami tido sana yer.

Singgah kat sana jugak sbb, Cikgu wan dan cikgu Nul ingin mendropkan anak2 mereka di sana. Cuti sekolah kan, so hantar anak2 balik kampung lah. Lagipun mak dan ayah dua2 pun busy ngan assignment. Walaupun depa berdua cikgu tapi dua2 pun student jugak. Dua2 sambung master. Jeles I.

Pada masa yg sama, si Watie jugak sudah meroger2 kawan study dia yg tinggal kat Sg. Petani sana. Kawan dia pun bukan sape, kawan blogging aku jugak, kecik jer dunia ini.  Sepatutnya kiterang memang plan lah nak jumpa dia siang hari, tapi sbb aktiviti yg super padat, maka hari pun malam. Ingatkan dah tak jadi lah nak jumpa sebab malam semakin larut, tambahan pulak member sekarang tgh sarat mengandung. Tapi beliau, beria2 dan tak kisah pun tuk berjumpa kami2 sumer.

Maka perjalanan diteruskan ke Sg. Petani. Sepanjang perjalanan aku dan Marissa adalah tidur. Sedar2 dah sampai kat satu petrol station kat sg. Petani. Rupanya member dah agreed to meet dekat sana. Oklah. .. ingatkan just say hye2..bye2.. lah.. tapi rasa cam tak lengkap pulak tanpa minum2 ke apa. So kami pun dibawa oleh mereka ke tempat yg special di sana.  Apa lagi... restoran mi udang lah kan...Time tu dah pukul 11 lebih camtu lah... Tapi dun worry kedai mi udang tu tutup pukul 2 pagi.

Nak ke kedai makan tu kenalah melalui kawasan kampung kat sawah padi. Gelap memang gelaplah. Ingatkan dekat jer, tapi jauh gak lah. Kalau siang ni sure pemandangan lawa, tapi sbb malam apapun tak nampak. Adalah kucing2 duk kat tepi2 jalan, kami dah cukup berhati2lah supaya tidak terlanggar kucing. Tup2 tiba2 datang pulak seekor kucing melaju ke arah kete kami. Tak dapat nak elak ke apa. Dengar bunyi dentuman jer. Ewah drama lebih sampai berdentum-dentum bagaikan. Aku berdoa supaya kucing itu tak apa2, yg si suami pulak berdoa supaya kereta tak apa2.

Sesampai di tempat dituju, masing terus cek kereta. Spot light sebelah tak menyala dan bumper adalah sedikit pecah. Tu aku tak kisah sgt, tapi kesian mengenangkan nasib kucing itu. Semoga ia tak apa2.

Kedai mi udang tu betul2 kat tepi laut. Memang dengar lah ombak menghempas pantai. Dan kami memilih tuk duduk di luar. Dia cam ada pondok di situ.  Walaupun perut masih mengenyang, tapi tetap mau mencoba mi udang di sana. Actually aku tak berapa ingat nama tempat nie, Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka ker? Ke dua2 pun salah. Tapi kat sg. petani sanalah.

dah tgh malam pun still minum2 lagi

Rasa2nya dengan siapakah perjumpaan ini. Alah takkan tak kenal kot.. cer tgk gambar ini.

kami

Betul betul betul.. kami berjumpa dengan bonda amani. Kelakar tul tau, kat KL payah sgt nak jumpa, alih2 kat Kedah pulak baru berjumpanya. Tapi time ni Amani tak ikut, dia dah tido dah dan tinggal ngan mak tok dia. Marissa pun tak turun, dia tido kat car seat.


Masing2 laki bini just share je mi udang tuh. Gila nak order sorang satu, taulah jalan2 cari makan, tapi agak2lah kan, perut pun kenyang lagi. Mi udang biasa RM6 kalau special RM9. Udang segar ko, memang fresh dari laut.

muka sememeh di malam hari

rupa paras mi udang

Walaupun kenyang, tapi licin gak sampai ke titisan terakhir aku makan. Nyam nyam sedap. Lepas makan kami pun say bye bye lah...

Bonda Amani ada mempelawa kami supaya bermalam di rmh beliau. Tapi kami cam segan lah kan nak datang rmh org tgh2 malam buta. Menyusahkan org sahaja. Tapi katanya maktok pun beria2 jugak suh kami bermalam di sana.

Adakah kami bermalam di sana? Atau terus balik ke Taiping? Sambung lagi yer...