Wednesday, December 7, 2011

Di Langkawi Pula

Kalau dah sampai ke Langkawi, tak yah risau pasal nak cari kereta, sbb kereta sewa memang bersepah-sepah. Walaupun kiterang agak meramai kiterang tetap nak sewa satu kereta saje, kalau pecah2 dua kete cam tak best pulak. Maka kena lah amik kete yg boleh memuatkan 6 org dewasa dan 4 org kanak2. Mula2 cam nak sewa Alphard tapi tah camne dapat ke nissa grand livina pulak. Tapi okklah.. sebijik cam dalam iklan dalam tv tuh, ramai2 pun boleh je sumbat. Hehe.

kereta sewa kami

Agak selesa jugaklah kereta ini. Kena pandai2 susun baru tak berhimpit sangat. Lepas dapat kereta terus kami ke resort utk check-in. Tu pun dah dekat Maghrib dah sampai. Lepas letak barang dan siap2 kami keluar semula utk makan malam. Gila tak makan lagi dari siang tu melainkan makan mihun sup kat Alor star tu jer. Mau perut tak lapar. Malam tu kami makan di satu kedai tah aku lupa pulak nama dia apa.. tapi kat area2 Pantai Cenang tu jgklah.

Kemain tekun budak 2 org ni baca menu

Yo yo jer budak 2 org ini, mcm nak makan sangat, tapi bila makanan dah sampai bukan nak makan pun. Lebih2 lagi budak yg belah kiri yg nampak lesung pipit tuh. Payah sangat dia nak telan nasi. Benda lain ok, tapi kalau nasi memang bercinta lah.  Kalau ada sayur dia kutip sayur jer. Nasi dia tak kutip langsung. Seb baiklah dia suka sayur ngan buah. Masa kat kedai tu boleh dia teriak nak buah nak buah... jenuh lah si bapanya mencari buah.. seb baiklah ada buah yg org buat jus tuh, dapatlah epal sebijik.

Gambar makanan memang satu pun nan ado kat kedai ini. Sebabnya masing2 pun dah penat dan lapar, so bila jer makanan sampai, masing2 pun terus makan lah. Alih2 gambar ni jelah yg ado.

dah habis makan dah..

Tapi aku ingat gak lah apa menu2 yg kami order, ada ikan bakar 2 ekor, siakap dengan ikan apa ntah tak pernah dengar, sotong goreng tepung, tomyam, sayur kailan pastu ntah apa tah lagi.  Sbbkan lapar maka memang rasa pun sodap eh lah.

tersandar kekenyangan

tinggal tulang

RM133.30


Lepas makan terus balik resort semula

Ikutkan nak lah ronda2 kat sekitar Pantai Cenang tu, melawat gerai2, tapi masing2 pun tak daya, yg si suami sibuk nak balik sbb tgk bola, masa tu ada game Malaysia lawan apa ntah.. 

Maka kami just lepak2 jelah kat resort. Sambil2 tu amik2 gambar isi masa lapang.

dining area

Best gak kalau dapat makan kat situ, tapi kena masak lah. Memang ada kitchen dan lengkap dengan perkakasan, tapi ko daya, datang nak cuti2 pastu nak masak2 pulak. Bukan kah katanya Jalan2 cari makan kan.

lepak2 kat hall


apa saje lah si kecik tu buat kat situ

Iqlil yg suka betul wat gaya peace camni

Marissa pun nak tiru lah tueww

eh eh kiterang pun nak tiru gak

ok wat aksi lain pulak

Malam tu kami dihiburkan dengan persembahan anak2. Siap berdiri atas meja kengkonon itu adalah stage lah. Anak Wan buat syarahan, si Iqlil pulak menyanyi dan jadi model.

budak yg suka pose

amboi kemain bercekak pinggang bagai

seb baik gigi dah tumbuh kalau tidak rongak..hehe

cukup2lah tu kak.. gi tido yer..

Dah puas tgk persembahan budak2 itu, dan puas snap mengsnap, masing2 balik ker bilik masing2. Walaupun budak2 masih tidak menunjukkan tanda2 mengantuk, tapi kena paksa jugak mereka tido, sbb esok byk aktiviti lagi. So kena rehat cukup2.

Next morningnya.....


good morning... Marissa bangun pagi kena minum susu dulu

kaki sebelah mesti kat atas bantal atau atas badan org, baru feel

dari jendela bilik

mengintai ke chalet sebelah

 bilik cantik tapi telah bersepahan

Biasanya lepas minum susu, Marissa akan sambung tido balik sampai kul 10 camtuh, tapi sbb ni berada di tempat lain, langsung takmo tido dah. Aku pun tak nak kasi dia tido balik, so bawak dia duk kat balkoni amik udara pantai yg nyaman. Inilah muka budak yg sememeh baru bangun pagi.

"kat mana pulak aku nie?"


"syok gak duk berangan2 nie"

budak masyam


buat muka



"huargggahhh rasa ngantuk lah pulak"

"sudahlah baik gi mandi kat pool sana"

Jom gi mandi jom...

Tuesday, December 6, 2011

Pekena Ais Kacang dan Mihun Sup Yang Glamer di Simpang Empat

Next day punya aktiviti pulak. Ye ye lah kata esoknya bangkit awal dan kuar pagi2 sebab byk agenda yg seterusnya. Tapi biasalah mesti terlajak sikit, Maklumlah nak siapkan anak2 lagi. Kalau sendiri2 boleh lah nak cpt2. Ni anak2 pun sedap tido lagi takkan nak kejut kan pulak kan.

Pagi tu, we just breakfast kat rmh cikgu Wan. Bila dah balik dari cuti2 ni baru lah terperasan yg satu gambar pun tak diambil dekat rmh member aku nie. Keterlupaan. Kiterang breakfast roti canai yg dibeli oleh para suami.

Lepas dah siap2 sumer kami pun berangkat lah ke destinasi seterusnya. Dari Taiping kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Plan nak pergi Pasar Rabu dan Padang Besar. Tapi kena pilih salah satu sahaja kerana petangnya itu kami kena check-in ke Langkawi. Fuh gila padat jadual kan.

Dalam perjalanan kat Alor Star lalu kat betul depan satu gerai ni. Gerai ni takde nama. Puas aku cari nama kedai ni tapi tak jumpa. Tapi dekat simpang empat. Dekat tepi sungai. Kedai ini terkenal dengan ais kacang yg lembut bak kapas dan terkenal dengan sup nya marvelous.

ais kacang

Masih mengekalkan kaedah lama, diletakkan di atas piring. Mula2 ais kacang ni sampai terus terkeluar dari mulut aku "eei halus macam salji" pastu sendiri cakap macamkan pernah jumpa salji pulak aku ni kan. Tapi yg betulnya halus cam kapas... tak terasa ketulan ais tu bila masuk mulut... dia macam masuk mulut terus mencair.. memang halus kisarannya.

meja depa dapat dulu... dan dan guna depa kan..yelah kat utagha lah katakan

sabar menunggu kami punya order


my ais kacang dah sampai

Sbbkan sedap sampai dua kali aku letak gambar ais kacang nie. fedulik.

ermmmmmmmm terasa dia mencair di dalam mulut.. cam makan gula2 kapas

Cer tengok budak kecik kat atas nie.. terserlah kan kenakalan dia.. geram aku tgk..

mihun sup aku punya

Satu mangkuk ni habis licin aku bedal. Bukan kata satu mangkuk saje, siap aku tambah lagi satu mangkuk. Tapi yg satu mangkuk lagi ni aku kongsi ngan member aku. Yang specialnya sup kat sini, biasa kita makan dengan sambal kicap kan, kat sini makan dengan sambal jugak tapi sambal dia lain sikit.


Nilah dia sambal yg dimakan sekali dengan sup itu

Aku tak taulah sambal apa, nak kata cili sos bukan sos, tapi rasa ada masam2 sikit, bila letak ngan sup memang meleleh. Makan pulak sup tu time panas2. Memang meleleh. Peluh lah meleleh. Hehe.

slurrp ..slurrpp hirup sup

Makan pun tak mahal sangat kat sana, tak sampai RM50 pun tuk semua org punya makan. Maka sebelum pulang tidak lupa kami memberikan plaque CJCMCP kepada tuan kedai. Tak .. tak tipu ajer apa ko ingat ko Maria tunku Sabri ke apa? Eh sekarang punya hos JJCM dah tukar lah.. lelaki kan.. tak tau apa nama dia... Ok sebelum pulang, marilah kita bergambar beramai-ramai di depan kedai yg tiada bernama ini. Yelah kalau dah sedap tuh, takyah ada nama pun, org datang jugak kan.


ke mana destinasi seterusnya? sila folo ye

Sbbkan kesuntukan masa utk ke Pasar Rabu ataupun ke Padang Besar, maka kami memilih ke Pasar Rabu sahaja. Watie yg teringin sangat nak ke sana, nak cari makanan2 teradisional katanya.

di Pasar Rabu

Kat sana ada bermacam hasil tangan, makanan tradisional, pakaian, emas dan macam2 lah yg dijual. Tapi tak shopping apa pun sangat. Lebih kepada makanan2 sahaja. Kat sana aku beli dodol, serunding, kuih-muih, belacan dan mcm2 lagi barang makanan. Tapi kalau ke sana jangan lupa beli bahulu panas. Fuh memang lembut dan gebu jer bila makan. Marissa suka lah makan, bahulu kan kuih feberet dia. Bahulu dia tak keras walaupun disimpan semalaman. Fresh jer. Bila makan cam kenyal2 tapi lembut.


di depan Pasar Rabu

Oh ya pasar ini dibuka hari2 yer, bukan hari Rabu sahaja, nama jer Pasar Rabu ok. Tapi rasanya waktu perniagaan sampai kul 6 petang camtu lah. Malam tutup. 

Bersama barang2 shoppingan

Dari Alor Star kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Memang percutian 3 negeri nie, dari Perak membawa ke Kedah terus ke Perlis pulak. Kami ingin mengambil Feri ke Langkawi daripada jeti Kuala Perlis. So, takdelah lama sgt nak duduk dalam feri. Lebih kurang 45 minit jer perjalanan.

Sampai di Jeti Kuala Perlis

Iqlil yg suka bergambar dan sgt sporting

sementara menunggu para suami membeli tiket feri

masa pelepasan

Barang Marissa, aku dan asben

Budak yg dah berpoluh-poluh

Apa taknya tak duduk diam. Asik nak ke sana ke sini. Seb baik ada Iqlil yg melayan.


meeting2 sat... iqlil sempat kasi pose dia memang suka kamera

ready to leave the jetty

bye bye Kuala Perlis

Inilah yg dikatakan ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

Sudah sedia utk masuk ke dalam feri


feri punya steward

naik ke tingkat atas

Actually ni kali ke dua aku naik feri ke Langkawi. First time pergi tahun 98 dulu. Pastu last year early January baru pergi sbb bawak adik ipar gi hanimun. Masa tu Marissa pun ikut jugak tau. Dia dalam perut. Hehe. Malas nak link. Ada dalam archive. Kali kedua pergi Langkawi naik flight. Aku rasa kalau korang2 nak pergi Langkawi better naik flight lah kot...letih sikit nak naik feri ni. Tapi kalau nak adventure cam kami ok jer naik feri. Cuma nak punggah2 barang lah agak payah sikit, tambah lagi time waktu balik. Tau2lah hasil shoppingan byk camne.

pelayaran bermula

muka sudah berlengas

gambar2 bersama kawan2

situasi di dalam feri

anak yg tak boleh mendiam

peace by Iqlil

senyum manis

kembar tak seiras

Marissa keletihan


sampai sudah di jeti

Selamat datang ke Langkawi

Ok sambung lagi yer.... penat wat entry panjang2