kereta sewa kami
Agak selesa jugaklah kereta ini. Kena pandai2 susun baru tak berhimpit sangat. Lepas dapat kereta terus kami ke resort utk check-in. Tu pun dah dekat Maghrib dah sampai. Lepas letak barang dan siap2 kami keluar semula utk makan malam. Gila tak makan lagi dari siang tu melainkan makan mihun sup kat Alor star tu jer. Mau perut tak lapar. Malam tu kami makan di satu kedai tah aku lupa pulak nama dia apa.. tapi kat area2 Pantai Cenang tu jgklah.
Kemain tekun budak 2 org ni baca menu
Yo yo jer budak 2 org ini, mcm nak makan sangat, tapi bila makanan dah sampai bukan nak makan pun. Lebih2 lagi budak yg belah kiri yg nampak lesung pipit tuh. Payah sangat dia nak telan nasi. Benda lain ok, tapi kalau nasi memang bercinta lah. Kalau ada sayur dia kutip sayur jer. Nasi dia tak kutip langsung. Seb baiklah dia suka sayur ngan buah. Masa kat kedai tu boleh dia teriak nak buah nak buah... jenuh lah si bapanya mencari buah.. seb baiklah ada buah yg org buat jus tuh, dapatlah epal sebijik.
Gambar makanan memang satu pun nan ado kat kedai ini. Sebabnya masing2 pun dah penat dan lapar, so bila jer makanan sampai, masing2 pun terus makan lah. Alih2 gambar ni jelah yg ado.
dah habis makan dah..
Tapi aku ingat gak lah apa menu2 yg kami order, ada ikan bakar 2 ekor, siakap dengan ikan apa ntah tak pernah dengar, sotong goreng tepung, tomyam, sayur kailan pastu ntah apa tah lagi. Sbbkan lapar maka memang rasa pun sodap eh lah.
tersandar kekenyangan
tinggal tulang
RM133.30
Lepas makan terus balik resort semula
Ikutkan nak lah ronda2 kat sekitar Pantai Cenang tu, melawat gerai2, tapi masing2 pun tak daya, yg si suami sibuk nak balik sbb tgk bola, masa tu ada game Malaysia lawan apa ntah..
Maka kami just lepak2 jelah kat resort. Sambil2 tu amik2 gambar isi masa lapang.
dining area
Best gak kalau dapat makan kat situ, tapi kena masak lah. Memang ada kitchen dan lengkap dengan perkakasan, tapi ko daya, datang nak cuti2 pastu nak masak2 pulak. Bukan kah katanya Jalan2 cari makan kan.
lepak2 kat hall
apa saje lah si kecik tu buat kat situ
Iqlil yg suka betul wat gaya peace camni
Marissa pun nak tiru lah tueww
eh eh kiterang pun nak tiru gak
ok wat aksi lain pulak
Malam tu kami dihiburkan dengan persembahan anak2. Siap berdiri atas meja kengkonon itu adalah stage lah. Anak Wan buat syarahan, si Iqlil pulak menyanyi dan jadi model.
budak yg suka pose
amboi kemain bercekak pinggang bagai
seb baik gigi dah tumbuh kalau tidak rongak..hehe
cukup2lah tu kak.. gi tido yer..
Dah puas tgk persembahan budak2 itu, dan puas snap mengsnap, masing2 balik ker bilik masing2. Walaupun budak2 masih tidak menunjukkan tanda2 mengantuk, tapi kena paksa jugak mereka tido, sbb esok byk aktiviti lagi. So kena rehat cukup2.
Next morningnya.....
good morning... Marissa bangun pagi kena minum susu dulu
kaki sebelah mesti kat atas bantal atau atas badan org, baru feel
dari jendela bilik
mengintai ke chalet sebelah
bilik cantik tapi telah bersepahan
Biasanya lepas minum susu, Marissa akan sambung tido balik sampai kul 10 camtuh, tapi sbb ni berada di tempat lain, langsung takmo tido dah. Aku pun tak nak kasi dia tido balik, so bawak dia duk kat balkoni amik udara pantai yg nyaman. Inilah muka budak yg sememeh baru bangun pagi.
"kat mana pulak aku nie?"
"syok gak duk berangan2 nie"
budak masyam
buat muka
"huargggahhh rasa ngantuk lah pulak"
"sudahlah baik gi mandi kat pool sana"
Jom gi mandi jom...