Tuesday, November 15, 2011

Berjumpa-Jumpaan Setelah Lama Tidak Berjumpa

Ni citer masa cuti Raya Haji tuh, tapi bukan entry raya yo. Citer raya memang takdelah... raya puasa hari tu punya citer pun dah tergendala di tengah jalan, ini pulak citer raya haji. Member sekolah aku Cikgu Wan yg duk menetap kat Taiping sana ada balik cuti ke rmh mak dia.  Dah alang2 cuti tu dia pun berniat lah nak jumpa dengan kawan lama. Yelah memang dah lama sgt tak berjumpa. Asalkan member duk dekat2 pun payah nak jumpa inikan pulak yg dah tentu2 duk jauh. Maka kami pun roger2 lah.

Mula2 plan nak jumpa malam raya haji pertama, tapi sbb malam tu aku pun berada di rmh in law, dan masing2 pun cam ada hal maka postpon ke esoknya.  Mula plan nak breakfast sesama. Breakfast kat rmh aku. Tapi sbb takut terlambat sbb aku pun dari rmh in law.. kang gedebak gedebuk nak masak sumer mau sampai ke tengahari.. maka acara ditukar kepada majlis makan tengahari bersama.

Ok kita citer sambil tgk gambar lah yer.

time ni dah start makan dah

Cikgu Wan sampai rmh aku sikitlah punya awal, aku pesan datang kul 1 ni pukul 12:30 dah terpacak kat depan rmh. Maka kelam-kabut lah aku kat dapur. Tekanan ok tetamu dah sampai makanan tak siap lagi.  Dah lah kat kedai bahan2 mentah byk yg takde, yelah raya kan katanya pasar borong pun tutup.. kat rmh stok bahan basah memang takde dah.. maka aku pun masak jelah berdasarkan apa jer bahan yg ada kat kedai tu. Nak singgah econsave ke apa memang tak sempat dah.


 nak duk kat meja boleh, kat bawah pun boleh

Nasib baiklah Watie ngan Am datang lewat sikit, kalau dia pun sama datang awal, lagi berganda kelam kabut aku.
sila2 tambah yer... jgn malu2

wan menyuap anak2nya, manakala Marissa duk sorang2 di situ.. tengah tunggu nasi dia nak suap sendiri

Citer pasal makan2, dah tu makanannya mana? Ada... ni hah tapi takde lah gambar close-up setiap makanan.. yang aku sempat masak hari tu ialah sambal udang, bawal masak kari, kailan ikan masin dan ayam goreng. Kalau ikutkan macam2 aku nak masak, tapi kat kedai takde benda yg aku nak.

 antara juadah


suap sendiri jer

aku nak suapkan Marissa ni, tapi dia taknak

ok sumer pandang kamera, pls

tuang air yg dibancuh sendiri

wah wah hingga menutup wajah


hah ni dia gambar kari ikan aku


nak jugak nyelit thumb up dia








ni borak2 sambil tunjuk gaya marissa amik gambar






ni pesal masing2 tutup hidung nie?

marissa so cheeky bila suh join bergambar


my fren since zaman kanak2




asben dok punggah album2 lama

maka jadi bahanlah bila tgk gambar2 lama

sedap jer si suami2 gelakkan bini memasing

Memang pun bila kita tgk gambar2 lama cam lawak jer.. tambah2 lagi gambar2 di zaman persekolahan. Pastu selamba jer gambar skandal2 pun ada gak kat dalam album, memang mengenang nostalgia lah.

Actually gathering kali ni bukan setakat lunch saje.. tetapi ianya membawa ke malam. Borak punya borak tgk hari pun dah petang, bila dah petang apa lagi minum petang sama2 lah pulak.. pergi dapur masak apa yg ada.. maka cucur bawang + bilis lah menu minum ptg. Pastu, dah alang2 petang terus lajakkan sampai ke malam. Memang sampai dinner lah... Kalau keesokannya tak bekerja, memang aku rasa  bersambung sampai ke pagi esoknya.... tapi apapun memang terbaik lah gathering kali ini. Yelah masing kalau nak jumpa2 sebelum ni memang agak payah, tapi bila dah jumpa memang lama lah...

Friday, November 11, 2011

Kerjanya Asik Nak Ikut Apa Yang Org Lain Buat.. Ikut Benda Baik Takpe..

Betul lah org kata Kepimpinan Melalu Teladan. Kalau kita nak mendidik anak kita kenalah jadi contoh teladan yg baik. Budak2 ni memang cpt jer serap apa yg dorang lihat dan apa yg dorang dengar. Kalau tidak masakan lah si Marissa ni tiba2 pandai pulak ngambik gambar syok sendiri. Dah tentu dia nampak mak dia selalu buat. Tu aku tak ajar tau.. dia belajar sendiri. Ok pasni tak wat dah... hehe

Ini adalah budak yg suka ikut apa org buat

Lagi satu, dia suka sgt ikut kiterang sembahyang sekali. Pantang nampak kiterang bentang sejadah.. dan dan tu dia datang kat sejadah yg kita bentang tuh.  Tak kisah lah tu kan, takkan nak marah pulak.. elok lah tu belajar2.. utk tidak mengganggu kiterang sediakan jugak satu sejadah tuk dia. Tapi tak maunya dia, nak jugak menyelit kat kiterang lebih2 lagi ayah dia. Kadang2 tu sampai berpaut kat kaki ayah dia.

eh mana ada org sembahyang tak tutup aurat.. meh pakai tudung dulu

hah kan sopan camnie

dia bajet comel lah tu, comot adalah..

alamak fefeeling ayu pulak dia..

Budak ini memang pantang kita pakaikan apa2 kat dia mula cam perasan2 sikit, pastu sibuk nak tengok cermin. Pastu keras jer kepala dia control jelita.

ok Marissa nak solat dah

Sujud lah tuh

Siap bangun  duduk sumer ada.. mulut pun terkumat-kamit tah apa yg dia baca.. kadang tengok cam cute jer....

"ma.. jgn kacau org nak solat nie.."

sambung balik

sujud lagi

Kadang2 kan, aku siap leh mengenjak ke kanan atau ke kiri masa time solat.. apa taknya si kecik ni elok je duk kat depan kita. Takkan nak tolak dia pulak kan.  Pastu kadang2 siap panggil2 kita "mama.. mama" bengang jer dia bila mak dia ni tak layan. Dia bukan tau mamanya tengah solat ke apa..

anak bapak eh

apa nie.. anak sopan. bapak seksi.. tak sesuai


hah tu dia

Suka sgt nak main suis elektrik.. yelah tgk kita selalu buat, dia pun nak join lah sekali.. Dia paling suka kalau kita suh dia on ataupun off kan lampu dan kipas...

"hep!! jgn main suis!"

kalau dah kena sound gini lah rupanya

muka protes ko..

terpaksalah pujuk

Hei ini kecik kan kalau kita marah dia ke apa.. kena pujuk cpt2. kalau tidak kang mau sendu dia berpanjangan... memang emo lebih nie...

Hari Ni Kurang Rajin. Eh.. Bukan Kurang Rajin Tapi Tak Sempat...

Hari ni langsung tak wat pape tuk breakfast. Lagipun cam takde idea pulak nak buat apa. Bahan pun byk dah habis. Takkan nak buat nasi goreng lagi. Maka nya breakfast hari ini disediakan pulak oleh en. suami. Bukan.. bukan dia masak tapi dia tolong belikan dekat gerai dekat dengan rmh ni. Aku mintak dia belikan mihun dengan kuih. Siap request 3 jenis kuih yg berlainan. Aku tak mention lah kuih apa aku nak, kang susah2kan asben pulak nak hafal kuih2 pastu kang kalau takde kang tak pasal2 dia mencari satu taman pulak kang.. dah lah aku nak gi keje..

Tapi asben dah teror dah sekarang dia tau apa bini dia suka, maka kuih2 yg dia beli adalah seketul burger malaysia, seketul karipap dan seketul lepat. Hari ni asben masuk keje petang. So, pagi ni dia jadi Mr. mama lah kaedahnya. InsyaAllah dia tak kekok menguruskan anak dan menguruskan rmh tangga.

Lepas letak mihun dan kuih dalam beg terus salam, kiss2 dan bye2 asben dan mintak restu kerna isterinya ini ingin pergi bekerja. Wah apakah?? isteri gi kerja? laki duk rmh? wahahaha taklah kami dua2 pun bekerjaya.. cumanya hari ni asben masuk lewat sikit.  Actually boleh jer kalau dia hantar aku tapi takyahlah, kasi chance dia spend masa ngan Marissa. Marissa cam kurang kasih sayang bapaknya sbb dari last week asben asik balik malam, kuar pagi, dah tu Marissa pun dah rindu2 sama yayahnya. So, nak cover balik lah. Ada hari tu aku balik kerja, masuk2 rmh jer, Marissa terus meluru ke dalam rmh sambil jerit2 "ya.yah... yayah..."  pastu hampa tgk yayahnya takde, naik atas, bukak jer pintu bilik dengan harapan yayahnya ada dalam bilik terus jerit "yayah" padahal yayahnya pergi work.  Terus amukan. Nangis tak benti2. Bila dia tak nak diam ni hah mak dia pulak amukan. Haha.

Oklah tah apa aku merepek2 nie.. memandangkan gambar breakfast pagi ni tiada sumernya pun selamat dah aku telan maka gambar bfast kami masa weekend lepas menjadi hiasan. Time tu aku aku rajin. Aku wat megi goreng as requested by asben. Tamak dia tuh, aku wat 2 bungkus dia kata tak cukup. Apasal lak tak cukup aku siap wat pisang goreng bagai tau...

megi goreng sedap yg memang sedap

pisang goreng manis tapi menyeh sikit sbb melekat-lekat kat kuali.. pisang pulak adalah lembik sbb dah terlalu masak.. tapi sedap sbb manis sgt

Akhir kata, walau di mana anda berada, good morning to ols and enjoy ur breakfast..

Thursday, November 10, 2011

Luka Lama Berdarah Semula

Ewah tajuknya...

Semalamkan masa naik train, aku terperasan ada darah kat jari.  Eh mana pulak datang darah nie? Terkujut gak lah mula2. Rupa2nya darah dari jari sendiri.

"Ooh.. inilah yg dikatakan org luka lama berdarah kembali" secara spontan kuar dari dalam hati. Hahaha.

Actually hari Ahad hari tuh, tangan aku terluka kena pisau. Ingatkan dah ok dah tgk dah bertaut dah kulitnya, luka pun dah kering, tapi terkoyak balik sewaktu berebut-rebut nak naik train. Auwww.... pedih...

Ada kisahnya camne leh terluka jarini. Hari tu member2 datang lepak2 kat rmh, so adalah masak2 sikit, ok ni citer makan2, tunggu sehingga asben upload all the gambars from his camera. Masa kat dapur tuh, aku kemain lah galak citer pasal laki kat kedua2 member aku tuh, pastu selamba jer nak kutuk2 laki sendiri, time tu tgh potong buah... sekali... AMEKAW..... dari rancak berborak terus terdiam.. Member aku pun naik pelik pesal aku diam tetiba...seb baik luka sikit jer, kalau terpotong??? dah lah pakai pisau pemotong daging.. ish terus fobia nak pegang pisau.   Al fadan muka aku.... Tulah tak elok menderhaka kat suami... Allah kasi balasan on the spot....

Insap dan  terus mintak ampun maaf kat laki. Bila dah luka tu sape yg sapu luka dan letak ubat?? laki jugak.... i luv u lah darling.... i bukan kutuk bukan2.. kutuk light2 jer...tapi walaubagaimanapun u memang suami yg baik pun... n i love u forever and ever....



p/s: sweet sms from asben  - terima kasih sediakan makan, kami berdua sangat sayang kat syg.. luv u so much - merujuk kepada nasi goreng yg aku buat tadi.

Masuk Contest... Mana Tau Kot Bertuah Dapat IPAD Ker...

Alah saje2 jer masuk. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. eh betul ker perumpamaan aku nie? lama tak pakai.

Marissa sejak aku berhentikan breastfeed dia, aku kasi dia minum Anmum. Aku berhentikan bf pun bkn suka2, sbb masa tu aku nak kena operate. So, memang secara tiba2 jelah aku kasi dia minum susu ini. A few days before operation aku dah kasi dia minum susu ni. Alhamdulillah dia tak menolak. Risau gak mula2, kalau dia tak nak ker kan, mana nak cari susu dahlah stok susu kat freezer memang cukup2 makan jer. Syukur sumernya dimudahkan olehNya. Memang aku tak leh lupa kisah ini. Bersyukur jugak kerana berjaya mengharungi detik2 getir dalam hidup ini. Ok takmo citer sad2 story...

So, sbbkan sumernya tiba2 memang tak dan lah nak pilih susu apa, susu apa yg terbaik ke susu termahal ker apa... sbb susu anmum selalu jer kuar tv, pastu duta dia pulak Wardina, dan tanpa gula tambahan pulak tuh, maka aku pun pilih jelah anmum. Bukan apa kadang2 org kemain lah bangga kasi anak susu mahal, susu first class lah, terbaiklah katanya... tapi pada aku kalau dah formula tu formula jugaklah.. mana nak tanding susu ibu kan. Susu ibu is the best milk. Susu ibulah yg paling mahal sebenarnya. Kan???

Eh melalut panjang pulak kan. Takde intro tu penting, tuk aku citer contest apa yg aku masuk ini..

Sedia utk dipos

Sebenarnya bab2 ni sumer ayah Marissa yg hover, dia yg collect pencedok, dia yg tampal, dia yg isi borang, dia yg masukkan ke dalam sampul surat, pendek kata dia lah yg buat semua. Actually envelope yg kat atas tu bukan envelope sebenar tu aku wat semula sbb... adalah sebabnya. Sila refer gambar di bawah.

Nampak tak apa sebabnya?

tu hah koyak cam kena gigit tikus tuh..

Envelope terkoyak kena gigit... tapi bukan kena gigit tikus tapi Marissa yg gigit. Lapar ke apa anak aku tuh? Sampai kertas pun nak dimakannya.

Sbb kedua aku tukar envelope tuh sbb ko tengoklah alahai ciputnya font dia tuh, kang posmen tak nampak pulak nak hantar.  Yang tak tahan tuh siap ada tanda pembuka dan penutup kata.  Aku tanyalah kenapa ada tanda tuh? Asben jawab, Mana Shah tau, Shah copy jer address yg dia bagi tuh...hahahahaha tak sangka lurus gak laki ku itu. Cek balik tgk kat borang tu dia tulis lebih kurang cenggini... hantarkan ke alamat "bla..bla...bla...".

Tapi malas lah nak bising2 kat asben kan.. dia dah buat tuh dah kira baguslah tuh, kalau nak harap aku, sampai berguni pencedok aku simpan pun terhantar-hantar gamaknya.  Tapi sbb dah nampak kesungguhan asben tuh maka aku pun meneruskan jugaklah kesungguhan dia itu.


Masuk dua entry terus

Actually dia bukan contest lah sgt, sbb takyah buat apa pun, just redeem 5 keping hujung pencedok (scoop), pastu setiap penyertaan akan dapat satu pek susu anmum 500g tak salah. Pastu setiap penyertaan yg ke-100 akan dapat sebuah i-pad. Ada 100 Ipad dipertaruhkan kalau tak salah lah.

Oklah tu, kiranya tak sia2 lah jugak kami kumpul pencedok2 tuh since Marissa mula2 minum susu formula ni since bulan 4 hari tuh.  Alhamdulillah Marissa takde masalah minum susu ini. Rasanya memang tak perlu nak tukar2 dengan susu lain kot. Tunggulah sampai dia muak.

Tapikan cubalah sekarang buat2 nak breastfeed dia.. harus dia buat muka pelik cam "...Eiiiii.. apakah ini?..." Sambil wat muka geli, dia pelik mcmkan tak pernah jumpa sebelum ini. Padahal dulu....

Dia Buat Lagi.....

Budak ini kan kalau kita suruh2 dia takmo buat. Tapi kalau buat dia diam2 jer... tau2 ni hasilnya...








Bak komen member aku kat entry ini - kepimpinan melalui teladan... huahuahuahahahaa