Mula2 plan nak jumpa malam raya haji pertama, tapi sbb malam tu aku pun berada di rmh in law, dan masing2 pun cam ada hal maka postpon ke esoknya. Mula plan nak breakfast sesama. Breakfast kat rmh aku. Tapi sbb takut terlambat sbb aku pun dari rmh in law.. kang gedebak gedebuk nak masak sumer mau sampai ke tengahari.. maka acara ditukar kepada majlis makan tengahari bersama.
Ok kita citer sambil tgk gambar lah yer.
time ni dah start makan dah
Cikgu Wan sampai rmh aku sikitlah punya awal, aku pesan datang kul 1 ni pukul 12:30 dah terpacak kat depan rmh. Maka kelam-kabut lah aku kat dapur. Tekanan ok tetamu dah sampai makanan tak siap lagi. Dah lah kat kedai bahan2 mentah byk yg takde, yelah raya kan katanya pasar borong pun tutup.. kat rmh stok bahan basah memang takde dah.. maka aku pun masak jelah berdasarkan apa jer bahan yg ada kat kedai tu. Nak singgah econsave ke apa memang tak sempat dah.
nak duk kat meja boleh, kat bawah pun boleh
Nasib baiklah Watie ngan Am datang lewat sikit, kalau dia pun sama datang awal, lagi berganda kelam kabut aku.
sila2 tambah yer... jgn malu2
wan menyuap anak2nya, manakala Marissa duk sorang2 di situ.. tengah tunggu nasi dia nak suap sendiri
Citer pasal makan2, dah tu makanannya mana? Ada... ni hah tapi takde lah gambar close-up setiap makanan.. yang aku sempat masak hari tu ialah sambal udang, bawal masak kari, kailan ikan masin dan ayam goreng. Kalau ikutkan macam2 aku nak masak, tapi kat kedai takde benda yg aku nak.
antara juadah
suap sendiri jer
aku nak suapkan Marissa ni, tapi dia taknak
ok sumer pandang kamera, pls
tuang air yg dibancuh sendiri
wah wah hingga menutup wajah
hah ni dia gambar kari ikan aku
nak jugak nyelit thumb up dia
ni borak2 sambil tunjuk gaya marissa amik gambar
ni pesal masing2 tutup hidung nie?
marissa so cheeky bila suh join bergambar
my fren since zaman kanak2
asben dok punggah album2 lama
maka jadi bahanlah bila tgk gambar2 lama
sedap jer si suami2 gelakkan bini memasing
Memang pun bila kita tgk gambar2 lama cam lawak jer.. tambah2 lagi gambar2 di zaman persekolahan. Pastu selamba jer gambar skandal2 pun ada gak kat dalam album, memang mengenang nostalgia lah.
Actually gathering kali ni bukan setakat lunch saje.. tetapi ianya membawa ke malam. Borak punya borak tgk hari pun dah petang, bila dah petang apa lagi minum petang sama2 lah pulak.. pergi dapur masak apa yg ada.. maka cucur bawang + bilis lah menu minum ptg. Pastu, dah alang2 petang terus lajakkan sampai ke malam. Memang sampai dinner lah... Kalau keesokannya tak bekerja, memang aku rasa bersambung sampai ke pagi esoknya.... tapi apapun memang terbaik lah gathering kali ini. Yelah masing kalau nak jumpa2 sebelum ni memang agak payah, tapi bila dah jumpa memang lama lah...