Monday, August 8, 2011

Next Morningnya Pulak...

Sori... sambung lagi yer citer cuti2 hari tuh.. takpe.. belum sebulan lagi pun... baru 3 minggu lebih jer.
Takpe biar lambat asal ada update sudah.

Maka, pagi keesokannya kami breakfast di hotel saja di The Garden Terrace. Oklah byk gak pilihan makanan yg ada. Sumer jenis pun aku amik. Bukan tuk aku je, tapi tuk si kecik nie. Dia ni payah sikit, kalau time selera tu, sumernya pun dia bedal, kalau tak, ko paksa pun dia gelengkan kepala jer. Tapi so far feberet breakfast dia adalah roti, roti canai, ataupun nasi lemak? Ko mampu gigi baru dua batang, tapi makanan nak org besar punya.

di dpn cafe - ni pun nak gitau jugak kah?

Takpe janji ada caption kan... bukan apa kalau takde caption cam tak siap lak entry. Tapi kengkadang kalau pemalas lipas.... buh jer gambar tanpa caption bagai.

mintak tolong waitress amikkan gambar kami sumer

Kalau tidak sian asben aku, takde kelibat dia lak kat sini. Dah tu dia jer tukang usung kamera.

sedap sampai terpejam mata
Antara menu breakfast yg aku amik hari tu adalah, roti canai, nasi lemak, mee goreng, cereal dan byk lagi.. tapi dalam byk2 tu yg paling best adalah mee goreng dia. Sedap. Roti canai tak berapa nak best sebab roti adalah sejuk dan liat. Tu pasal Marissa pun tak nak makan roti canai tuh. Padahal dia ni hantu roti canai ok.

dah kenyang

Nampak kan aku dok usung float Marissa ke sana sini. Maka aktiviti seterusnya adalah mandi-manda lah kan.
pool view


with hat
without hat - boleh dijadikan gambar pasport




Tapi sebelum mandi-manda di pool apa kata kita jalan di kawasan pantai terlebih dahulu.

ke fun beach

bahagianya rasa... auww

asik aku jer dukung Marissa
apa kata kita passing ke ayahnya pulok
supaya kami boleh berposing gedik

bapak2 mithali

sian uncle am.. kena usung barang2 Marissa

takpe kita kasi can dorang berdeting-detingan

while mummy n baby bergurau senda di bawah pokok


feeling tourist lah sgt budak kecik nie

Just lepak2 kejap jer kat tepi pantai tuh.. tak mandi laut pun.. tak koser lah nak melekit2kan badan mandi air laut.. lagipun cuaca semakin panas.

Marissa pun dah kepanasan dan tak sabar nak berendam kat dalam swimming pool. Korang nak tgk puteri lilin tak puteri lilin anak aku nie.. kena matahari sikit kemain lagi dia selindungkan muka dia.

so hot lah mama

kalau kena cahaya matahari harus dia tutup mata dia rapat2 camni

pastu terus sorokkan muka di celah ketiak
ok nanti sambung lagi yer...

Budak Bertuah

Selain mempunyai mama dan ayah, Marissa jugak mempunyai maklong dan paklong yg sgt memanjakan dia. Tgk lah kemain lah eksen minah ni bila ngan maklong ngan paklong dia.





Hepi lah tu dapat ikut maklong ngan paklong dia gi bazaar ramadhan hari tuh.

Thursday, August 4, 2011

Makan Malam Di Thai Restaurant

Malam tu kami sama2 meraikan ulangtahun kami dengan makan malam di Thai Restaurant. Kami ngambik keputusan tuk dinner di hotel sahaja kerana tau2 lah kalau dah duk kat Swiss Garden tuh memang bercintalah kalau nak keluar. Sbbnya Hotel memang terletak jauh ke dalam. Tak sanggup nak kuar malam meredah hutan belukar yg gelap gulita.  Tapi aku memang suka pun hotel yg jauh2 ke dalam ni, sbbnya niat utama kita nak rehat2 kan.. so wat pe dah byr hotel mahal2, pastu sibuk keluar, baik duk je diam2 kat hotel. Esok dah check out baru lah jalan2 keluar.  Tak gituh?

letakkan saje Marissa di celah kaki, maka mama dan ayah leh berkepit


di pintu masuk Thai Restaurant

Cadangannya nak lah bercandle light dinner sambil menyaksikan sunset tapi malangnya pada hari tu, restaurant tu tutup lah pulak... tak salah aku ada 4 restaurant kat Swiss Garden, ada Chinese Restaurant, Thai Restaurant, The Garden Terrace dan lagi satu aku lupa lah pulak.. 



Jom masuk


di dalam Thai Restaurant

Thai food pun Thai lah... kami amik set menu for 4 yg mana aku pun lupa dah apa jenis2 dia...yg aku ingat ada tomyam, kailan, fish fillet, sotong. Pastu utk dessert pulak pulut mangga.

tgh tunggu makanan



bersama budak yg menghuru-harakan keadaan

Apa tak hura-haranya semua benda dia nak tarik. Pinggan, gelas, sudu sumer dia nak pegang. Pastu campak2 kat lantai. Kelentang-kelentung bunyi sudu jatuh. Mesti tention jer mat saleh ke mat arab yg duk kat sebelah tuh. Dah lah bajet nak beromentika. Dari sunyi sepi keadaan kat situ, terus jadi riuh. 

Jenuhlah aku kata "Marissa, behaved ni kat hotel bukan kat ma-play". Mcm lah dia kesah sgt kan.

layan jelah.. mentang2 lah dia paling kecik kat sana


mana makanan nie?


antara menu on that day


sbb dah di luar kawalan.. maka dukung sajelah


tapi dukung kejap je lah.. pastu letak balik


sbb apaknya pun mau makan jugak

makan makan makan

Keseluruhannya, rasa makanan adalah ok ok. Nak kata sedap sgt tu takdelah. Tapi boleh lah. Harga pun tak lah mencekik darah sgt. Utk 4 org makan, dengan lauk yg pelbagai jenis dengan minuman lagi baru RM140++. Ingat lagi dulu masa makan kat Damai Puri, 2 org makan dah seratus hinggit, padahal 2 jenis makanan jer, pastu air kosong je pulak tu.

gambar selepas makan - haruslah menyegih sbb dah kenyang

Lepas makan just jalan2 sekitar hotel.


Marissa yg tak leh dilepaskan

Jenuhlah panggil nama dia suh tgk kamera, tapi tetap takmo


Pasangan yg dah 5 tahun

Pasangan dah 4 tahun

Tak boleh lama2 kat situ, kena balik bilik segera, kerana Marissa dah poo poo. Patutlah semerbak bau dia.

balik ke bilik

bilik kami sebelah menyebelah saje


Dah ni jer. Nanti aku sambung lagi yer. Giler. Tak tau nak wat ending. Bye.

Wednesday, August 3, 2011

Eh! Hari Ni Dia pun Nak Join Sekali

Hari pertama dan kedua puasa, buka puasa tanpa gangguan. Marissa cam tak kisah jer tgk org sumer makan. Maka mama dan ayahnya buka puasa dengan senang hati.  Padahal sebelum ni dia ni pantang tgk org makan, dia pun nak jugak.

Tapi hari ni len pulak. Punyalah beberapa minit sebelum waktu berbuka aku dah siapkan makanan dia dan suap dengan harapan kang taim buka nanti leh lah kami menikmati juadah berbuka tanpa gangguan. Tapi dia takmo makan pulak. Dia keluarkan balik. Ok fine. Kenyang lagi kot. Pastu letak dia dalam walker. Tak lama tu azan pun berkumandang.

Yang aku ni punyalah tak menahan nak makan makanan yg berderet kat atas meja tuh, boleh pulak si kecik ni tetiba lak ngamuk2 nak kuar dari walker. Adoi. Asben pun kuarkan Marissa dari walker dan dudukkan dia kat meja makan sekali.

Aku pun suapkan kat dia nasi kat pinggan aku. Dia ngap. Pastu suap lagi. Dia ngap lagi. Suap lagi dia ngap lagi. Lambat suap sikit dia bising pulak. Wah macam puasa pulak dia kan. Tapi macam eh senang plak nak kasi budak ni makan, selalunya bercinta ok nak kasi dia makan, bukan dia takmo makan, tapi jenuhlah kita kena layan dia, kurang2 setengah jam baru settle kasi dia mkn.

Kemain selera pulak dia makan. Sonok kot makan ramai2 sekali. Tapi tulah dari berderet-deret lauk kat atas meja tuh, aku hanya menikmati dua jenis jer, dah tuh aku berkongsi pinggan ngan si kecik tuh, takkan aku nak letak gulai lemak pulak kan.. Mula2 ingat takpelah suap dia dulu, kang baru aku sambung mkn, tapi ... suap dia, suap diri sendiri.. alih2 perut pun kenyang..maka tak dapat lah aku menikmati lauk2 lain dengan sepuasnya. Tapi takpe, biar tak puas makan tapi puas hati tgk anak makan.

Tapi memanglah budak2 ni kan... kadang2 makanan dia kita dah wat spesel dah tuk dia, tapi tatap nak lah jugak makanan kita. Amboi dewasa lah sgt kan. Bagi sambal tempoyak kang....

Tuesday, August 2, 2011

Bulan Menguji dan Pembersihan Jiwa

Ok sempena bulan baik dan mulia ini, sekali-sekala kita selang-selikan dengan entry yg berinformasi.. InsyaAllah

*********************************************************************************

Assalamulaikum

Ramadan bulan menguji kesabaran dan pembersihan jiwa, bulan yang penuh
keberkatan, permulaannya rahmat, pertengahannya penuh keampunan dan di
akhirnya adalah kebebasan daripada azab neraka.

Allah menganugerahkan banyak fadilat pada bulan ini sebagai motivasi kepada
umat Islam supaya melaksanakan pelbagai ibadat yang ditunjukkan Baginda SAW
dengan penuh tertib dan beradab.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba maka pintu
syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan
dibelenggu.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Cabaran paling besar untuk umat Islam pada waktu ini adalah untuk
meningkatkan kualiti ibadat berpuasa. Namun, banyak keadaan mencabar umat
Islam menjadikan bulan Ramadan sebagai ibadat lahiriah saja, sedangkan
puasa sebenarnya membentuk kekuatan dalaman lebih bermakna.

Di sinilah kita dapat melihat antara sunnah Rasulullah SAW dan aliran
berpuasa manakah yang menjadi ikutan ramai?

Menyemarakkan Ramadan adalah sunnah Nabi SAW, tetapi salah tanggapan bahawa
bulan mulia ini adalah gelanggang untuk mengadakan pesta makanan atas nama
bufet Ramadan sudah cukup menggambarkan diri umat Islam yang terdedah
kepada amalan berbuka puasa di hotel.

Ini diakui kebanyakan hotel yang mendakwa permintaan mengadakan bufet pada
Ramadan cukup memberangsangkan. Anehnya bagi kita kerana sepatutnya pada
bulan inilah umat Islam menahan hawa nafsu (dengan berlapar dan dahaga)
berbanding bulan lain.

Menghormati bulan Ramadan bukan hanya pada siangnya saja malah perlu
dilanjutkan sepanjang masa daripada waktu bersahur sehinggalah hari
seterusnya.

Walaupun ada pihak menasihatkan tidak salah jika kita mampu untuk menikmati
juadah berbuka di mana-mana tempat tetapi alangkah manisnya seluruh pihak
bersama menyemarakkan Ramadan dengan menghayati erti lapar dan dahaga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bekas yang diisikan oleh
anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan
beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia
terpaksa melakukannya juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu
pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” – (Hadis riwayat
Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan an-Nasai)

Waktu berbuka puasa pula bukan masa untuk ‘membalas dendam’ kerana seharian
tidak mengisi perut yang kosong. Berbuka perlu mengikut amalan sunnah
sebagai mengembalikan semula tenaga mencukupi supaya boleh beribadat
seperti tadarus al-Quran atau solat tarawih.

Samalah kita bersahur yang sunat dilewatkan untuk mengisi perut sebagai
bekalan tenaga pada waktu siang. Alasan makan dengan banyak kerana ‘takut
lapar’ pada waktu siang adalah alasan yang sudah ketinggalan zaman.

Sedangkan hikmah berpuasa bertujuan supaya kita merasai betapa susahnya
golongan yang sedang kelaparan maka kita akan insaf serta bersyukur dengan
kemewahan dikurniakan Allah. Sesungguhnya tidak akan hilang kemeriahan
Ramadan sekalipun tanpa acara makan yang sedang ditawarkan kepada umat
Islam masa kini.

Jelaslah bahawa maksud puasa adalah pengosongan perut, mematahkan syahwat
supaya jiwa lebih bertakwa daripada yang sedia ada (al-Baqarah:183).
Rasulullah SAW juga pernah bersabda maksudnya: “Ramai orang yang berpuasa,
tetapi ia tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar
dan dahaga.” – (Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Majah)

Nabi SAW seorang ahli perniagaan dan menggalakkan umatnya berniaga kerana
Allah menjadikan rezeki di dalam bidang perniagaan ini lebih besar
pendapatannya berbanding pekerjaan makan gaji.

Peningkatan ekonomi melalui usaha perniagaan seperti di bazar Ramadan pasti
akan meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya mengurangkan kadar
kemiskinan di kalangan umat Islam.

Tetapi inilah aliran semakin membiak ke dalam hati umat Islam yang
bersemangat untuk mencuba-cuba saja tanpa ada pelan jangka masa panjang
bagi menceburkan diri ke dalam aktiviti perniagaan.

Menjelangnya Syawal nanti, bakal menjadi medan perang potongan harga atau
diskaun bagi menarik perhatian orang ramai mendapatkan keperluan membeli
belah untuk merayakan Aidilfitri.

Sekali lagi seluruh umat Islam seakan-akan terkena histeria membeli-belah
tanpa mengira potongan diskaun yang akhirnya menjadikan pengeluaran wang
melebihi perbelanjaan harian. Sunnah menganjurkan supaya perayaan ini
disertakan dengan sifat rendah diri, tawaduk, menjaga adab perayaan
seterusnya meneruskan dengan ibadat sunat seperti puasa sunat 6 Syawal.

Oleh kerana ibadat puasa bertujuan mendidik jiwa manusia supaya lebih
bertakwa kepada Allah SWT justeru marilah kita bersama-sama meningkatkan
kualiti amalan ini supaya mendapat keredaan Allah.

Biar apa pun dugaannya, janganlah pula ada pihak yang cuba menggunakan nama
ihya' (menyemarakkan) Ramadan sebagai medan ujian untuk memesongkan sunnah
Nabi dengan pelbagai keadaan yang bertentangan adab berpuasa.

Semoga ibadat ini akan berjaya menundukkan hawa nafsu yang sentiasa
mengarah kepada perbuatan keji dan tidak diredai Allah. Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Tidak akan melarat sesiapa saja yang hidup dengan
sederhana (dalam berbelanja).” – (Riwayat Ahmad dan Thabrani)


Wassalam

Source:  Forwarded E-mail

Sorang Nak Ke Sana, Sorang Nak Ke Sini, Akhirnya Di Sinun Gak Berjumpa

Sori  yer u ols, kisah Cuti2 di Lumut lum habis lagi yer. Byk lagi kat dalam draft ni, cumanya tak publish2 je lagi. Oh ya, sebelum tu tak terlambat kan utk aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Apa citer sana, sini, sinun ni? Gini citernya.....

Masa kiterang on the way nak ke Lumut hari tuh, asben sajelah calling2 si Am. Husbandnya my fren, Watie. Sajelah call dorang kot2 dorang tgh free ker, takde program ke apa, so ingat nak lah ngajak dorang sekali. Kiterang memang takde plan2 punya.

Kebetulan, masa asben called dorang laki bini pun dalam kete gak, rupa2nya dorang pun tgh on the way ke satu destinasi percutian anniversary mereka yg ke 5 kali. Anniversary dorang memang sama bulan ngan kami.

"Korang kat ne nie"

"tgh menuju ke arah utara"

"Ke mana?"

"kiterang ingat nak ke Cameron Highland ni"

"oooo nak hanimun yer, kebetulan pulak... kiterang pun nak gi coti2 gak nie... ingat naklah ajak korang ke apa"

"korang nak ke mana"

"Kiterang nak ke Damai Laut, tapi kiterang ikut jalan lama nie"

"Korang duk mana? dah booking hotel ke?"

"Cadangannya nak stay kat Swiss Garden tapi tak booking apa pun. Ni pun planning mengejut je ni, korang lak duk mana?"

"kiterang pun main terjah je ni, tak book pape pun"

"ermm... kalau camtuh jomlah kita sama cuti kat Damai je.... eh tapi kalau korang nak tempat sojuk2 korang proceed lah..... yelah kata nak hanimun kan..."

"eh kiterang pun takde hala tuju yg sebenarnya pun... tapi kalau kiterang join sekali tak mengganggu ke?"

"Mengganggu mendenya.... bilik kan lain2"


Maka setelah beberapa kali berbalas2 panggilan, akhirnya bertemu jua kami di Lumut. Yup... sekali lagi kami bercuti bersama2. Dua tahun lepas pun kiterang sama2 celebrate anniversarry kat Sabah. Ada kat entry ni, ni, ni, ni, ni, dan ini. Memang best waktu tuh, yg paling aku suka yelah trip ke tip of borneo tuh.  Byk2 negeri kat Malaysia ni, aku paling suka Sabah, tu pasal pergi byk kali pun aku tak muak, sbb memang byk tempat yg menarik tuk dilawati.  Tapi tawun ni atas sbb2 tertentu tak dapek lah nak pergi. Tapi takpe, tak dapat ke sana ke Lumut je pun dah ok dah....ok sambung balik citer..

Akhirnya setelah membuat kata sepakat membawa berkat  kami berjumpa di Waterfront, Lumut.

akhirnya berkonvoi juga kami

Actually, kiterang memang plan nak berkonvoi, tapi tulah planning bagai nak rak, tapi gak proceed2. Akhirnya benda yg tak diplan ni pulak yg menjadik. Oklah tu kan.

Singgah makan kat Restoran Nasi Kandar

Aku ni bukan lah suka sgt nak makan nasi kandar, tapi disebabkan terpengaruh dengan rancangan 360 beberapa hari sebelum tuh, nampak tulisan nasi kandar terus rasa nak coba.

erm.. biasa2 ajer..

Am & Watie

Ni lah pasangan yg sanggup wat pusingan dari Tapah turun ke Lumut. Cayalah korang. Harap2 korang tak nyesal lah yer tukar program di saat akhir.

Ok sambung di entry lain yo. Eh jap2... takde lak gambar laki aku kat entry ni, ok aku up satu gambar lagi yer.. kang sentap lak laki ai gambar dia takde.. abis nak wat camne..dah dia tukang ngambik gambar, haruslah gambarnya kurang.

ok puas ati

Sekian, ini adalah entry yg didraft pada 30 Julai dan dipublishkan pada hari ini. Ada lagi a few posts ada duk dalam draft. Ikut mood lah yer...