Thursday, July 28, 2011

Satu Tahun Dua Bulan

Hari ni anakanda saya genap 14 bulan.










Tak sempat nak update panjang2 lah.. letak gambar sebagai hiasan sudah...

Monday, July 25, 2011

Jalan-Jalan Pun Terapi Jugak

Selain shopping, jalan2 jugak merupakan satu cara terapi yg bagus. Maka baru2 ini, kami sekeluarga telah berjalan-jalan cuti2 mesia utk menerapikan diri dan merehatkan badan.

en. suami a.k.a the driver

meneruskan perjalanan

singgah berhenti utk lunch

purple in da house

amik gambar jap

sebelum meneruskaan perjalanan

sampai ke destinasi

check-in

access kad dah dapat.. jom masuk bilik

Ok, nanti Mama Marissa sambung citer percutian pendek ini yer.....

Kasih Seorang Ibu

Pada satu petang, aku, asben dan Marissa sedang minum petang di sebuah kedai di tepi jalan.  Tgh menikmati kuew tiau goreng panas2, berhenti sebuah kereta betul2 di tepi jalan. Ada seorang makcik dan seorang anak dalam kete tuh.

Tiada apa yg pelik. Kami terus menikmati hidangan kami. Tapi dengar lah makcik tu ckp "duk dalam jelah, mak dah tak larat dah".

Pastu nampak makcik tuh order makanan dan minuman. Pastu dia angkat satu kerusi dan diletakkan betul2 kat pintu bahagian penumpang hadapan. Ternampak jugak sebuah wilca wheel chair di kerusi bahagian belakang.  Rupa-rupanya anaknya seorang yg kurang upaya.

Asben offer utk mengangkat keluar anaknya dari kereta. Tapi makcik tu kata, takpelah.. memang dia biasa kalau singgah kedai makan, akan park jer kat tepi jalan, dan dia akan duduk kat tepi pintu kereta, sambil menyuap anaknya makan. Memang jelas kelihatan, makcik tu menyuap makanan ke mulut anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Dah 16 tahun dik... makcik dah tak larat nak angkat2 sgt, Terima kasih yer dik, bukan makcik takmo nak angkat dia keluar, kang nak masukkan balik, dia dah besar, mana yg makcik larat je lah".

Tersentuh naluri kami sebagai seorang ibu dan ayah. 16 tahun makcik itu membesarkan anak yg sebegitu. Dengan penuh kasih sayang. Sgt2 membuka mata kami, apa lah sgt setakat kami yg baru jer membesarkan anak yg baru saja berusia setahun.. pun kadang2 mencabar kesabaran.

Semoga kita semua tergolong dalam ibu2 dan bapa2 yg sabar dalam membesar dan mendidik anak2. InsyaAllah.

Friday, July 22, 2011

Mana Tak Tumpah Kuah Kalau Tak Ke Nasi?

Marissa sekarang ni sangat rajin mengemas. Lagi satu pantang nampak laci. Harus nak ditariknya. Pastu selongkar2. Sebijik perangai bapaknya dari kecik2 sampai lah sekarang nie. Mama citer, dulu kecik2 ayah Marissa ni memang suka selongkar2 barang.

So, memanglah anak aku kutip sebijik2 perangai bapak dia nie.

 dah org pun ramai kata Marissa byk ikut muka ayahnya

Maka bila ada kelakuan dia yg nakal2 tuh, aku akan katakan jugak tu perangai bapaknya lah tuh. Tapi kalau perangai dia molek2, tu dia kutip perangai aku. Hahaha.

Oh ya, Marissa dah pandai merangkak u ols... dalam last week lah first time aku tgk dia merangkak. Wah kecoh jer, anak dah setaun baru nampak dia merangkak. Anak org dah berlari agaknya. Hehe.

At last, dapat gak aku tgk rangkakan dia yg pertama.Masa tu aku sibuk duk dpn lappy, aku biarkan jer dia kat atas lantai, aku buat bodo jer kat dia, biar jer dia nak buat apa, sekali tgk eh elok pulak dia merangkak nak ngambik benda. Oh selama ni dia propa yer konon2 tak pandai, padahal nak harapkan org tolong dia.

 gambar ni bkn rangkakan yg pertama kali

Tapi dia ni memang bangsa takmo merangkak. Merangkak pun angkat2 lutut. Manjalah tuh, takmo lutut sakit. Tapi suka berjalan. Walaupun masih meniti-niti. Nak berjalan kena pegang tangan pulak tuh. Kalau lepaskan dia ngamuk.

camnilah kalau lepaskan dia.. gayat tak tentu pasal sampai terjelir lidah

pastu harus nak berpaut gak

Takpe sikit hari lagi, laju lah dia berjalan. Time tu tak terkejar lah aku nak mengejar dia. Ntah2 nanti nak dukung pun tak mau dah. Org kata kalau lambat berjalan, cpt bercakap ye? ye lah kot.. so far byk words gak lah yg dia leh sebut ngan jelas.

Thursday, July 14, 2011

Hahaha.. Kan DahTermalu

Ok ni citer beberapa minggu lepas masa kat wad. Hari tu aku kena admit satu malam kat spital. Tapi aku bukan nak citer kisah aku sakit ke apa. Yang tu you olss jangan bimbang yer.. InsyaAllah aku ok.

Gini citernya, biasalah kalau aku kat wad, husband aku akan jadi peneman setia aku. Dia pun akan bermalam sekali kat wad. Memang suami mithali. Satu lagi award utk suami selain menjadi bapak mithali kepada Marissa. Alah kena lah bodek lebih sikit nie, katanya kan bulan anniversary ni kan.

Pagi tu asben bersiap dari wad utk ke tempat kerja. So, pagi2 tu dia pun mandilah kat bilik air wad tuh. Dan seperti biasa pagi2 juga nurse akan datang ke wad utk cek body temperature dan bp segala kan.

Asben kat dalam toilet memang tak perasan lah yg nurse ada kat dalam wad. Aku pun risau gak kalau asben tiba2 kuar dari toilet dan wat kelakuan tak senonoh. Knowing him kalau kat rmh ada jer perkara sengal yg dia buat. Risau gak aku kalau kelakuan tuh dia terbawak2 kat situ.  Dalam hati berdoalah jugak janganlah laki aku kuar time tuh.

Adoi hai....  aku nak taip ni pun terenti2.. tergelak sorang2 dibuatnya... abislah aku post kan citer ni kat sini, mesti laki aku marah nanti... Dia dah pesan jangan citer kat kat blog... kang aku citer kang engkar pulak arahan suami...tapi takpe kot.. nanti aku mintak izin dari dia yer..

Ok sambung balik. Masa nurse sibuk dok balut lengan aku ngan mesin tuk cek bp tuh, sekonyong2 asben kuar dari bilik air. Keadaan masa tu adalah agak samar2 sbb aku tak bukak sumer lampu. Dalam hati aku harap asben perasan lah yg nurse ada bersama aku waktu tuh.

Tapi tulah... nak dijadikan citer bila asben kuar bilik air ngan bertowelnya dengan selambanya dia melepaskan kentut angin. Kalau angin sepoi2 bahasa takpe lagi.. Ni memang sound effect terbaik dari ladang.... prooooootttttt...

Kalau dah memang niat tak baik tuh (dia memang suka mengenakan aku), akhirnya terima lah balasan jugak.. boleh dia tak perasan yg nurse ada kat sebelah aku sbb masa dia lepaskan angin tu, memang dia saje tak pandang kat arah aku, elok jer dah abis baru pandang kat aku. Taim tu baru dia pasan yg ada org lain kat dalam bilik tuh.

Aku dah tak dapat control dah, memang tergelak dah, gelak takde bunyi konon nak kontrol lah yelah cik misi kat sebelah kan.. tapi badan memang terhenjut2 lah gelak... yg asben ceh konon2 nak cover.. sikit pun takde reaction, ketawa tidak apa tidak, terkejut kot, tapi aku tau dalam hati dia mesti dah termalu giler.... pastu tanpa rasa bersalah, dia masuk bilik air balik. Aku bajet kat dalam bilik air tu mesti dia dok gelak sorang2.

Maafkan saya cik misi, suami saya tak bermaksud nak buat demikian, dia cuma nak bergurau dengan saya saje. Hahahaha. Tu pun mujur suami saya tak buat aksi lain, kalau tidak lagi haru....

Elok jer nurse tu kuar dari bilik aku, asben pun kuar dari bilik air. Time tu barulah dia gelak tak ingat2, siap cakap "nape tak gitau ada nurse masuk? harap2 dia tak dengar lah". Maunya tidak. Hahaha.

Hai lah... laki sapelah ni, kuntut bersepah2. Ni kalau mak mertua aku tau nie, tapi mesti lah tau sbb mama pun selalu jer baca blog ni kan.. mesti geleng kepala. Sbb mama adalah pantang kentut bersepah2 nie. Bak kata mama "muka lawa tapi kentut bersepah".

Wednesday, July 13, 2011

Inilah Kereta Baru Saya

Inilah dia kereta comel pemberian maksu Marissa sempena birthday Marissa hari tuh.

pose dulu dengan kereta pink purple yg cumel

ok pose cam ni pulak

eh nape tak gerak nie?

wow lajunya... laju lagi..


kemain eksennya muka tuh

Korang nampakkan tali2 yg diikat kat stereng kereta Marissa tu. Ada fungsinya tuh.


Korang ingat kete tu leh gerak sendiri. Terpaksalah ayahnya menjadi seorang penarik kereta. Nak harap Marissa guna kaki dia.. hurmmm  dia kan manja terlebey..

Video Kenangan Mengandungkan Marissa dan Video Seharian Si Ayah dan Anak.

Terharu pulak bila tgk video hasil kerja asben aku nie. Actually video ni dah lama dah. Tak salah aku dulu aku pernah janji nak share korang kan. Aku pun tak ingat kat entry mana ntah aku janji dulu. Tapi dulu aku pernah try upload tak boleh pulak. 

Video ni agak panjang sikit. Dimulai dengan saat aku mula mengandung, diikuti saat kelahiran Marissa. Pastu asben continue pulak dengan aktiviti dia bersama Marissa. Tak dinafikan dulu masa Marissa baby memang asben byk membantu aku jaga Marissa. Baik mandikan anak, siapkan anak, susukan anak, tidokan anak, sumer dia leh buat. Kira leh lah dapat anugerah bapak mithali. 

Tapi tak sangka pulak dalam pada jaga anak tuh, sempat jugak dia rakamkan aktiviti2 dia bersama anak. Masa rakaman dibuat aku takde di rmh. Kerja rasanya. Sempat pulak asben aku ni, setting videocam bagai. Yelah step by step tuh, dari mandikan anak sampailah tidokan anak. Lawak pun ye juga. Tapi bila tgk balik.. ok gak.. ada gak kenangan buat Marissa bila dah besar nanti supaya dia tak lupa jasa ayahnya. 

Bila tgk nie.... rasa rindu sangat pengalaman semasa preggy.






Thanks husband for this video. I love u and Marissa so much.

Tuesday, July 12, 2011

Meraikan Hari Ulangtahun Dengan Masakan Istimewa Dari En. Suami

Pada 7 Julai yg lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami secara sederhana. Ni kira pre-celebration lah. Yang betul2 punya nanti yer.

Maka pada hari kejadian, keluar lah kami anak beranak, plan mau makan2 dan shopping2 saje. Kita mulain dengan gambar budak yg suka terkangkang ni dulu ye.

 gaya pemalas

Marissa ni kalau letak dia kat dalam stroller ginilah gayanya. Kepala tu kalau tersenget camtu, camtulah keadaannya, takdelah inisiatif dia nak betul2kan kedudukan dia. Kaki tu memang feberet lah cam tuh satu kat atas satu kat bawah.

 ada aku kesah?

Tapi semenjak dia nak dapat kaki ni, tidaklah dia mau duduk lama2 kat stroller tuh. Mula lah dia amukan. Mintak keluar.

 Dukung lah jugak


 me and my noti baby

Takpe noti2 pun mama tatap sayang. Budak ni kan so manja terlebih sekarang nie. Perangai kemain lagi. Tapi kalau melampau sgt perangai tu, mendapat lah jugak.

Ntah kenapa hari tu Marissa ni wat hal pulak. Tak nak duk diam. Asiklah nak berdukung, takpun dia nak lepas berjalan. Kalau pandai jalan sendiri takpe, ni terpaksa pulak kena pegang dia. Letih mak nak. Ingat mama ko ni larat sgt ke. Pastu kalau tak ikut kehendak dia, tak ikut arah mana dia nak jalan, mula nangis jerit2.

Aiyoo, first time ok dia nangis2 jerit2 camtuh. Selalunya kalau kat luar dia behaved jer. Jarang wat kelaku. Siap sebelum tu aku ada cakap ngan asben "seb baik lah anak kita ni kalau kat luar baik je, senang kita". Sekali amek kau. Selalu tgk anak org jer teriak2, selalu kalau anak org teriak2 mula lah aku nak jeling2 kan, sekali anak sendiri pulak yg wat hal. Takpe2 new lesson for mama and ayah, macam mana nak memujuk anak yg tiba2 wat hal kat luar.

Maka layaaankan ajer...

"I want to walk lah mama"

 dalam pada nak berjalan tu, sempat gak nak sentap2

Nak jalan kemain lagi, tapi bila kita cuba lepaskan pegangan tangan, kemain dia brake. Nak jugaklah berpaut kat org. Kan aku cakap dia ni memang manja terlebih.

Eh, apa nie? Katanya citer anniversary, ni balik2 citer budak kecik nie. Apo nak buek, sekarang ni dia je lah yg lebih interprem kat blog nie.

 kita minum dulu lah yo


Eh tang mananya pulak citer asben masak special seperti tajuk di atas? cer citer.. cer citer...

Ada.. ada... ni nak citer lah nie. Eh tak yah citer, kita tunjuk bukti je senang. Ni hah gambar2 asben tgh memasak utk isteri terchenta.



 "ye puan2 kita pastikan air dah mendidih...

 ..... kemudian kita masukkan bahan2 tadi seperti udang, ayam... "
sgt lah tekun. hehe.

Aci tak? Oklah tu kira masak lah jugak kan.  Kami makan kat Johny's saje. Nak pekena steamboat pulak. Tapi tak nyesal lah, memang sedap.

Mula memang lah plan mcm2 nak beli kek, pastu nak makan tempat spesial2 sikit, tapi bila anak dah start wat hal, makanya terjah je lah apa yg ada kat dpn mata.  Tapi for me, ia tetap istimewa.

teruja tgk ayahnya 'memasak'

muka noti

memang noti

Kami makan hari tu pun gilir2, sbb kena pegang dan layan Marissa. Sabar jelah. Selalunya kiterang kalau time makan, makan je sama2 sbb dia leh jer duk diam2 kat baby chair, tapi hari tuh, duk kat baby chair pun dia takmo. Sajelah tu nak kasi hadiah kat mak bapak dia lah tuh agaknya.

Tapi yg sebenarnya, kenapa Marissa meragam hari tu adalah kerana gigi atas dia nak tumbuh. Dia tak selesa lah tuh. Baby lain dah berderet dah gigi, anak aku baru dua batang kat bawah.

Amacam sedap tak masakan saya?

Sambil tersenyum si isteri menjawab..

"sedap.. kalau begitu selalu2 lah memasak yer!"

Memandangkan mood Marissa pun tak berapa nak elok pada hari itu, maka selepas makan, kami pun pulang, agenda lain tidak dapat diteruskan. Huhu. Takpe2..  will continue at next celebration... oye.

Sebelum pulang marilah kita amik gambar anak beranak.

tgk lah marissa tuh.. start dah..





Sekian, ini saje kisah semasa hari anniversary kami yg ke-4 pada 7 Julai baru2 ini.. 
  
Hadiah anniversary?? cam biasalah... cam taun2 sudah gak..

Thursday, July 7, 2011

Sudah 4 Tahun. Alhamdulillah Kami Bahagia.

Eh terkojut pulak. Bukak2 blog ada entry ini pulak. Rupa2nya asben yg update di kala aku sedang tido malam tadi kot. Nak jugak tu wat seperais. Biasalah kami laki bini memang berlumba2 kalau bab2 seprais ni. Aku baru nak update pasal anniversary yg ke-4 ini, asben dah update dulu, oklah tu, tak yah aku susah2.  Apapun, thanks so much for the entry yer sayang...

So, tak nak cakap panjang lebar, takde madah2 cinta yg romentik dicopy paste, cuma aku nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala yg mengurniakan aku seorang suami yg baik dan menyayangi aku seadanya dan aku berdoa supaya kebahagiaan ini kekal di dunia dan akhirat. Tiada apa yg aku perlukan selain keredhaan dari suami.

Alhamdulliah, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Semakin bertambah usia ikatan ini, semakin kami rasakan yg kami saling memerlukan satu sama lain dan segala ujian yg datang memantapkan lagi kasih sayang kami.

Kepada my darling asben... i know u love me so much... and u know i love u so much tooo.. selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke-4. Thanks for everything and I'm so happy with u sayang!!  :)

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Sayang 070707


i luv u so much 
from hubby