Monday, July 25, 2011

Kasih Seorang Ibu

Pada satu petang, aku, asben dan Marissa sedang minum petang di sebuah kedai di tepi jalan.  Tgh menikmati kuew tiau goreng panas2, berhenti sebuah kereta betul2 di tepi jalan. Ada seorang makcik dan seorang anak dalam kete tuh.

Tiada apa yg pelik. Kami terus menikmati hidangan kami. Tapi dengar lah makcik tu ckp "duk dalam jelah, mak dah tak larat dah".

Pastu nampak makcik tuh order makanan dan minuman. Pastu dia angkat satu kerusi dan diletakkan betul2 kat pintu bahagian penumpang hadapan. Ternampak jugak sebuah wilca wheel chair di kerusi bahagian belakang.  Rupa-rupanya anaknya seorang yg kurang upaya.

Asben offer utk mengangkat keluar anaknya dari kereta. Tapi makcik tu kata, takpelah.. memang dia biasa kalau singgah kedai makan, akan park jer kat tepi jalan, dan dia akan duduk kat tepi pintu kereta, sambil menyuap anaknya makan. Memang jelas kelihatan, makcik tu menyuap makanan ke mulut anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Dah 16 tahun dik... makcik dah tak larat nak angkat2 sgt, Terima kasih yer dik, bukan makcik takmo nak angkat dia keluar, kang nak masukkan balik, dia dah besar, mana yg makcik larat je lah".

Tersentuh naluri kami sebagai seorang ibu dan ayah. 16 tahun makcik itu membesarkan anak yg sebegitu. Dengan penuh kasih sayang. Sgt2 membuka mata kami, apa lah sgt setakat kami yg baru jer membesarkan anak yg baru saja berusia setahun.. pun kadang2 mencabar kesabaran.

Semoga kita semua tergolong dalam ibu2 dan bapa2 yg sabar dalam membesar dan mendidik anak2. InsyaAllah.

6 comments:

NeenaAnuar said...

besar pengorbanan seorang ibu yg mempunyai anak sebegitu kan..

tapi sedih jugak biler mengenangkan ade sesetengah ibu yg punyai anak yg cukup segala sifat & sihat wala'fiat... tapi diabaikan saja anak2 nya... ):

Pepel BoNda AmaNi said...

memang sebagai seorang ibu kadang2 kesabaran kita 'hilang' jugak bila anak buat perangai kan....tapi bila kita tengok sesuatu peristiwa yang membuka mata cam nie..baru kita taw...sebenarnya tahap ujian kita xseteruk orang lain...huhuhuhuh

sindiketsulit said...

sedih pulak baca entry nih ):
hari-hari makcik tu dapat pahala berganda kan?
semoga dia sentiasa mendapat rahmat Allah.

Rizziela said...

ibu sanggup berkorban apa saja demi anak tersayang..tp anak2 belum tentu mampu menjaga ibu tercinta bila dah tua nanti

Softtouch [Hanim] said...

sedih n3 ni..insap sy deqna..yelah sy ni kdg2 krg sabar ngan anak2....kesabaarn makcik tu sy kagum sgt2..

Irfa said...

tersentuh hati membacanya.
sbb itu ibubapa ada anak2 OKU sgt risau kalau diorang pergi dulu.
sapa yg boleh menjaga anak itu spt mana diorang menjaganya