The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, May 12, 2010
Biasalah.. Ada Yang Perihatin Ada Juga yang Sebaliknya
Tambah malang kalau train delayed. Dia punya pack tu memang tak tau nak cakaplah. Memang kesian anak aku kat perut ni tercepit. Tapi ada dorang kesah?
Cam satu pagi nie lah.. train delayed, bila sampai kat station aku naik, seat sumer dah penuh. Takde kosong. Aku pun takdelah hard up sgt nak sua perut kat org mintak simpati supaya kasi tempat duduk.. yg penting kalau ko perihatin, ko akan offer jelah seat ko tuh kan.. tak yah nak purak2 tak nampak atau purak2 tido.
Takpe mummy & baby kuat kan? Biarlah sakit2 sikit ni mummy tanggung, takkan mummy nak mengemis tempat duduk kan.
Ada seorang young lady yg berdiri di sebelah aku. Sangat perihatin orgnya. Aku respek kat dia.. tiba2 dia bersuara kepadaku "I think you patut duduklah". Aku hanya mampu tersenyum sambil mengangkat bahu dan melihat org2 yg duduk semuanya sedang lena diulit intan. Lepas itu, that young lady bersuara kuat "Ada sesapa yg boleh kasi tempat duduk?" Terus org2 yg duduk kat depan aku tu terkesima lantas bangun dengan serta merta dan memberikan aku tempat duduknya. I thanked a lot to that young lady. Masa duduk tu rasa cam menangis ko tau..tah ape2 kan aku nie.
Tapi tulah.. ini adalah nasihat tuk org2 kat luar sana, dan juga nasihat tuk diriku sendiri... InsyaAllah kalau kita berbuat baik pada org, kita akan mendapat balasannya kelak. Walaupun balasan itu bukan dari org yg kita tolong, tapi kita akan dapatnya kembali in many ways.
Korang tau tak betapa gembiranya org yg korang tolong tu.. sebagai contoh cam kes aku nilah.. bila let say ada org offer seat dia kat aku.. serta merta aku ngan baby bersyukur dan mendoakan kesejahteraan org yg berbuat baik itu. Tak kiralah org itu Islam ataupun bukan. Korang tau kan doa ibu mengandung ni InsyaAllah makbul jika diizinkan Tuhan.
Hadiah Buat Saya
Terima kasih jugak kepada asben yg tak kekok tinggal bersama-sama keluarga mertua, dan melayan mak aku mcm mak dia sendiri. Aku jugak bangga kerana dia memang merupakan seorang anak yg baik, dan tidak pernah mengabaikan ibu dan bapanya. Sentiasa mengambil berat tentang mereka. Aku harap anak yg dikandung ini akan mewarisi sifat2 cam bapanya jugak.
InsyaAllah esok, bila baby dah lahir mungkin kami akan tinggal di rmh kami sendiri. Cuba tuk hidup sendiri. Tgklah maybe by end of this year. Buat masa ni, rmh kami tu memang jadi istana hinggap jelah. Tapi kadang2 tak terhinggap2 pun kat sana.
Adoi.. panjang pulak mukadimahnya...
Sebenarnya cuma nak ceritakan pasal my check-up untuk minggu yg ke 34 pada hujung minggu lepas.
Pastu time yg paling best adalah time scan perut. Saat yg ditunggu2. Dapat tgk baby. Walaupun dia kat dalam perut jer tapi rasa rindu tu meluap2 ok walaupun setiap 2 minggu dapat tgk dia.
Mengikut kata doktor, baby dah menjangkau berat sebanyak 2.2kg. Kepala baby jugak sudah berada di posisi bawah. Air ketuban normal, dan uri berada di belakang baby. Kalau takde halangan InsyaAllah dapatlah melahirkan secara normal. Tapi tu semua bergantung kepadaNya. Semoga urusan dipermudahkan olehNya.
Dan yang paling seronok apabila dapat melihat wajah baby yg ada di dalam perut ini. Sebelum ini adalah agak payah utk melihat muka baby. Walaupun dalam pada dia tak leh duk diam kat dalam perut ni, dapat gaklah doktor rakamkan wajah dia nie. Tu pun terhalang sikit dengan tangan dia. Baby memang suka letak tangan kat muka dia.
Dapat tgk samar2 pun jadi lah. Masa tgk kat screen, tak tergambar perasaan dalam hati nie. Rasa terharu sgt, dan rasanya inilah hadiah yg tak ternilai buat kami. Terima kasih baby sbb kasi can kat mummy & daddy tatap rupa baby. Aku anggap itu adalah sebagai hadiah sempena hari ibu darinya.
Bukan itu saje, doktor jugak bermurah hati menghadiahkan vitamin2 kepada aku, 2 kotak obimin pluz dan 2 botol vitamin Pro-Q200. Ubat bukan dari farmasi yer.. tapi direct dari doktor sendiri. Suka..
Next appointment will be on 23 May. Hubby pls update your reminder yea.....
Tuesday, May 11, 2010
Sampai Jugak Akhirnya
Sekarang ni kan mcm2 on-line business yg tumbuh bak cendawan. Aku pun adalah terpengaruh sikit2. Tambahan pula benda yg aku nak tuh susah sgt nak jumpa kat pasaraya ataupun di shopping complex. Ada tu ada lah, tapi tidak menepati citarasalah.
Dalam 2 ke 3 minggu yg lepas akhirnya benda2 yg aku tunggu sampai jugak kat tangan aku nie.. seronok rasa, cam dapat hadiah lah pulak..
2 parcels for me.. yihaaa
Mari kita lihat apa ke bendanya dalam kedua2 beg plastik itu. Dalam plastik yg besar itu adalah barang2 baby seperti di bawah ini.
Bila aku dapat ni, aku rasa suka sgt2. Puas hati sangat dengan barang yg diorder itu. Sgt menepati citarasa dan jahitannya sangat kemas sekali.
Barut tali & barut lekat
Untuk 2 helai bedung dan 5 helai barut termasuk harga pos, aku cuma kena bayar RM52.00 sahaja. Amacam? Berbaloi tak? Kain yg digunakan juga adalah jenis kain yg berkualiti.. tak salah aku material yg digunakan adalah dari jenis cotton flannel.
Anda berminat? Bolehlah lawati ke laman web ini. Berbagai-bagai jenis warna dan corak kain bedung dan barut yg ditawarkan. Dan ada macam2 lagi keperluan ibu dan bayi dalam website ini. Kepada bakal2 ibu sila lah terjah ke blog ini yer.
Barang kedua yg aku beli pulak adalah.....jeng jeng jeng..
nak aku sebut kan ke ni apa?
Mesti korang kata ek eleh nak beli bra pun nak gitau gak ker... hehe.. ini bukan bra biasa yer.. ini adalah nursing bra. Ni aku dapat daripada sini. Aku terpaksa beli secara on-line jugak sbb adalah payah sgt nak cari nursing bra ni kat shopping complex. Kalau ada pun selalu out of stock. Yang tinggal sumer saiz yg besar2 ajer.
Utk 2 helai nursing bra dan termasuk harga pos aku hanya dikenakan sebanyak RM71.65. So, kalau bakal2 ibu mencari-cari sesuatu utk diri sendiri boleh lah ke website ini. Macam2 keperluan ibu ada di sana.
Akhir kata, selamat ber on-line shopping u ols...
Teringin Nak Makan Nasi Minyak
Memandangkan aku pun dah nak hujung2 mengandung dah.. dan terasa teringinlah pulak nak makan nasi minyak org kawen. Pastu teringat pulak air sirap (biasanya kenduri mesti serve air sirap). Aku ni kan sekarang ni suka sgt ngan air sirap. Tah tang mana sedapnya, aku pun tak tau lah.
Kebetulan asben dapat undangan perkahwinan kawan sekerja minggu lepas. Maka aku gagahkan lah jugak keluar pergi kenduri tuh. Mungkin last kenduri yg aku pergi lah before aku deliver nie.
Adalah sedikit menghampakan bila air sirap yg diimpikan bertukar menjadi air anggur. Zaman sekarang ni jarang dah org serve air sirap kan. Huhu.. Takpelah air anggur pun anggur lah.. Cuaca panas2 ni apa2 air pun kalau sejuk sumernya sedap kan.
Apapun diucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jusrizal dan isteri. Semoga berbahagia selamanya.
Suka Dengan Bauan Ini
Sesetengah org yg pregnant tak leh bau perfume kan. Tapi aku sebaliknya. Suka jer bau wangi2 nie. Awal tahun hari tu aku ada beli perfume Giorgio Armani yg Diamond tu, saje try since my fren suka ngan perfume tuh.
Pastu, last Friday aku ke Warehouse Sogo Sale. Terpengaruh pulak dengan perfume2 yg dijual di sana. Murah2 ok. Rasa rugi pulak kalau tak beli. Walaupun kat rmh dah ada berbotol2 perfume yg belum dihabiskan lagi. Tapi takpe perfume yg lama2 tu akan digunakan sebagai air freshener di dalam bilik. Pelik bunyi nye kan? Laki aku ni haa.. kureng asam sikit.. contoh lah kalau ada bau2 yg kureng menyenangkan kat bilik tu contoh bau kentut ke apa.. dia spray jer perfume yg ada kat almari tuh. Spray macam spray ridsect pulak tu gayanya. Tak hagak2.
Panjang pulak citernya hei.. aku cuma nak citer yg aku beli perfume baru... first time try wangian nie.. terus cam jatuh hati pulak..
Beli perfume dapat lotion badan sekali. Botol besar pulak tuh. Bila pakai terasa wangi sekali. Harganya cuma RM140 sahaja untuk 50 ml. Tapi bila dah balik rmh baru perasan yg wangian tu EDT sajork. Biasanya beli yg EDP sbb org kata EDP ni bau dia long lasting. Tapi bila pakai ni aku rasa ok jer sampai petang bau tetap ada.
Thursday, May 6, 2010
Adab Isteri Kepada Suami Ketika Mengandung
Tapi walaubagaimapun entry ini adalah entry tanpa bergambar. Ala kasi lah can sekali-sekala aku kasi entry yg ilmiah sikit kan.. Aku pun sekarang ni rajin lah jugak membaca buku2, aku tau korang pun rajin gak membaca. Mungkin buku yg kita baca pun sama. Tapi tak salahkan kalau aku nak plagiatkan apa yg aku baca tu kat dalam blog nie.
Kali ni aku nak citer pasal adab isteri kepada suami ketika mengandung. Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya, terutama ketika mengandung. Kerana dengan cara saling menghormati dan menghargai satu sama lain akan menambahkan suasana harmoni dan kedamaian dalam rmh tangga. Jika mereka hidup aman dan bahagia maka ia juga akan mempengaruhi janin yg ada dalam kandungan.
Beberapa adab yg harus diamalkan oleh isteri terhadap suami iaitu:-
- Kasihanilah dan sayangilah suami, kerana ia merupakan teman dan kekasih yg paling hampir dengan kita. Tak taulah kalau ko ada kekasih gelap ker apa.. tapi ingatlah not gud yer curang2..
- Menjaga perkataan terhadap suami, ertinya tidak mengeluarkan kata2 yg kotor dan sebagainya. Paham.. biasalah org preggy ni kan emo tak bertempat kadang2 tak tercontrol kan.. tapi keraplah minta ampun dan maaf.
- Jangan terlalu cerewet dan menimbulkan byk karenah dalam rmh tangga. Kalau laki ko penyabar takpe, kalau baran? tak pasal2 ko kena sepak..
- Menasihati suami daripada menanggung bebanan hutang, kemudian sanggup menerima dengan apa adanya. Tak yah nak mintak itu ini.. kalau nak beli jer sendiri
- Jauhi daripada perasaan mencintai org lain, selain daripada suami sendiri. ooo i love my husband only..
- Menjauhi daripada sifat membuat tuduhan buruk terhadap rmh tangga org lain. Jaga rmh tangga sendiri sudah..
- Jauhi daripada sifat mengumpat dan menghina org lain. Mulut ni kan kengkadang memang susah lah kawal.. tapi control lah...
- Menghidari daripada kebiasaan mencari kesalahan org lain dan membuka aib mereka. Cari kesalahan diri sendiri dulu..
- Menjauhi sifat menghina dan memandang rendah terhadap org lain. Cermin diri sendiri..
- Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik pada mereka. Tak salah kalau kita berbuat baik kan...
- Menghargai setiap pandangan dan nasihat yg diberikan oleh suami, org tua serta keluarga suami dan lain2. betul tu..
Ok tu jer.. pasni nanti kita citer pasal adab suami terhadap isteri ketika mengandung pulak yer..
Source: Buku Amalan Ketika Mengandung dan Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi
Wednesday, May 5, 2010
Nasihat-Nasihat Untuk Isteri Mengandung
- Berusaha agar selalu berada dalam keadaan sihat, dengan mengatur makanan yang sesuai. Di samping itu hendaklah melakukan senaman setiap hari. Berjalan kaki adalah senaman yg paling baik. Di samping itu, boleh melakukan senaman dengan telentang, kemudian satu demi satu kaki diangkat ke atas. Lakukanlah senaman ini agar ketika melahirkan nanti mudah dilaksanakan.
- Beristirehat dengan masa yang cukup dan tidak terlalu letih.
- Usahakan byk mandi dengan menggunakan air suam. Mandi dengan menggunakan air terlalu sejuk ataupun terlalu panas, akan berakibatkan buruk terhadap kesihatan. Usahakan jangan mandi duduk berendam pada usia kehamilan lapan bulan ke atas. Supaya terhindar daripada masukknya penyakit2 yg tidak diingini.
- Pad bulan2 terakhir kehamilan memerlukan ketengan yg khusus. Pada masa empat bulan terakhir masa kehamilan perlu diurut dengan lembut pada bahagian dua paha dan perut bahagian bawah dengan minyak. Lakukan ini setelah mandi, agar otot2 pada bahagian tersebut tidak menjadi keras atau kejang.
- Selalu menjalani pemeriksaan doktor, baik tentang tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
- Menjaga makanan dengan baik, seperti byk memakan sayur-sayuran, buah-buahan, buah zaitun, kurma, kismis dan sebagainya.
- Dilarang minum alkohol serta merokok, kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan janin yg dikandungnya.
- Jangan menganiaya makhluk, sama ada manusia maupun binatang.
- Jangan memakan benda2 haram atau yg dihasilkan dengan cara yg haram.
- Elakkan daripada berhibur di tempat2 yg dipandang tidak baik oleh Islam.
- Elakkan diri daripada perasaan marah, kerana marah merupakan sifat yg tercela.
- Menjauhi daripada sifat benci-membenci.
- Menghindari daripada sifat dendam, sebaliknya senang memaafkan org lain.
- Menghindari daripada perasaan dengki dan iri hati.
- Menghindari daripada cemburu buta, yg dapat merosakkan keharmonian rmh tangga.
Source: Buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.
Sudah Ke Tahap Ini Rupanya..
Sekarang, barulah persoalan2 itu terjawab dengan sendirinya. Bila mana aku sendiri yg mengalami proses2 itu semua. Syukur kepadaNya yg memberikan aku peluang utk merasai pengalaman yg tidak ternilai ini.
So, sedikit sebanyak aku terpanggil utk berkongsi pengalaman2 aku sepanjang proses kehamilan ini.
Di awal pregnancy, memang lah rasa cam biasa ajer. Takde rasa cam mengandung pun. Rasa cam normal jer. Mungkin sbb nasib aku baik tidak mengalami alahan dan loya2 atau muntah2 yg teruk. Cumanya kadang2 tu ada jugak termuntah especially bila tersalah makan atau perut masuk angin. Pergerakan pun mcm biasa jer.. semuanya mau laju2, berjalan pun laju2 kengkadang tu terbelari pun ada jugak. Takde apa perubahan sgtlah.
Cuma perubahan yg amat ketara apabila, aku menjadi sedikit pemalas, kerap mengantuk dan kadang2 beremosi tak tentu pasal. Lagi satu masa awal2 pregnant tu, jerawat berleluasa dekat bahagian bawah pipi dekat leher. Other than that, aku tetap cam biasa.
Sampai 5 ke 6 bulan still lagi ok. Takde masalah. Org pun ada gak yg tak tau aku pregnant. Still memakai baju kurung ke pejabat.
Hinggalah bila dah masuk ke 6, 7 bulan baru lah terasa diri ini adalah mengandung. Sbb fizikal dah sedikit berubah. Perut pun semakin besar. Baju pun byk dah ketat2. Dan yg paling membuatkan diri terasa pregnant bila start pakai baju maternity.
Lagi membuatkan diri terasa pregnant bila merasakan pergerakan2 baby di dalam perut. Masa dulu rasa gerak sikit2 jer, macam ada angin kat perut lah.
Tetapi bila masuk ke terimester terakhir ini, tambah2 lagi bila dah menjejaki ke bulan ke 8 ni lagi lah terasa, merasa dan melihat pergerakan pada perut ini.
Pada peringkat inilah baru merasai perubahan2 ibu mengandung ni. Pergerakan sudah semakin menjadi perlahan. Takleh nak jalan laju2 sgt. Nak laju boleh, tapi ko tahan lah sakit kat certain bahagian kat badan tu. especially kat bawah perut. Tapi, tak elok pun nak gerak laju2 pun, bahaya, keselamatan baby adalah harus diutamakan pun.
Selera makan pun berubah-rubah, kadang2 rasa bernafsu sgt nak makan. Kadang2 jugak rasa tak selera nak makan. Rasa perut ni penuh ajer. Kalau makan pun cam cpt kenyang. Tapi dalam pada cpt2 kenyang ni, percayalah makanan aku tak pernah tak abis. Ntahlah semenjak pregnant ni aku notis, aku tak pernah biarkan makanan aku tak berhabis, mesti licin. Licin bukan sbb lapar, tapi sbb tah lah aku pun tak tau sbb apa. Takpelah, aku harap anak aku pun ikutlah perangai mak dia ni nanti, kalau minum susu nanti biar minum sampai abis. Jangan nak membazir2.
Pasal tido malam pulak, oklah so far takde lah terganggu sgt sampai tak leh tido langsung. Lena tu lena jugak lah. Tapi harus jugak lah terjaga kalau rasa2 nak buang air kecik. Walaupun sebelum tido dah kencing siap2 tapi pertengahan tido nanti mesti terasa nak membuang jugak & otomatik mesti terjaga. Kalau dah terjaga tu memang tak leh tahan2 dah, kalau tahan pun nak tido tak selesa. Jadi utk mendapatkan tido yg selesa terpaksalah penuhi hajat terlebih dahulu. Dulu kebiasaannya, kalau nak bangun kencing siap kejutkan asben mintak teman. Ngadakan nak teman2 bagai.. alah bukan apa, asben gak pesan kat aku sebelum tido "kalau nak kencing kejutkan shah yer" dah macam pesanan tuk anak2 pulak kan? Tapi sekarang, kengkadang tu tak sampai hati nak kejutkan pun, yelah org tgh lena tido kan. Tapi percayalah, asal aku gerak sikit, dia pun terjaga sama tanya "nape yang, syg ok?"
Kebelakangan ni pulak, fuh asal malam jer rasa panas membahang. Aku tak leh langsung duk lama2 kat hall, lepak2 tgk tv, rasa bahang asmara lah sgt. Berpeluh-peluh badan. Terus lari lepak kat bilik. Al-maklumlah kat luar takde air-cond. Ni yg rasa nak pasang air-cond satu rmh. Tapi sape nak bayar bil? air-cond tuk bilik jer pun bil dah ratus2. Kalau satu rmh? Pengsan. Kat bilik pulak, tak cukup air-cond, kipas pun on jugak. Memanglah rasa nikmat sekali. Angin sejuk sepoi2 bahasa melayu. Rasa sedap jer tido. Fesyen aku pulak kalau tido, memang berselubung abis lah, siap stokin bagai. Tapi tak sampai ke pagi pun. Sebelum Subuh aku dah terjaga, time tu selimut ke mana, stokin ke mana sbb rasa panas kembali meresap. Sbb apa panas, sbb aku set air-cond tuk beberapa jam je pun, nak biar sampai ke pagi, tak larat pulak gigil2 nanti.
Oh terlepas pulak, sebelum tido aktiviti yg selalu dilakukan adalah menyapu minyak atau lotion kat perut. So far aku guna pureen, palmers cocoa butter & bio oil. Dah berbotol2 gak lah abis. Tapi walaupun dah berbotol2 abis pun kesan regangan still ada gak, tapi dalam keadaan terkawal lah. Kalau tak lumur tak tau lah mau satu perut meregang. Tapi standardlah strech mark tu jgk lah tanda yg membuktikan kita pernah preggy kan.. So, bersyukurlah hendaknya yer..
Sebelum tido jugak, adalah wajib bermain2 ngan baby. Bukan main2 betul2 lah, ater baby tak kuar lagi kan. Just panggil2 dia, usap2 dia sambil tgk pergerakan kat perut nie. Time dia aktif, aku pun terkujat tgk perut nie, berombak-ombak, pastu rasa ada terbonjol2 kejap kat sini, kejap kat sana. Pastu pada satu masa tgk perut pun cam senget sebelah. Apa yg aku notis, baby suka sgt menyelit kat belah kanan. Kalau kena tendangan padu dia, lagi lah.... Kami laki bini dah buat eksperimen, baby ni kan, kalau kiterang duk panggil2 dia, dok usap2 dia suh dia gerak, dia duk diam jer.. buat2 tido lah tuh.. tapi bila kiterang wat2 senyap, pastu duk diam2 time tulah dia punya gerak... mak aih.. Begitulah kalau dia nak amik perhatian.. pandai yer nak main2..
Citer pasal sakit pulak. Adatlah bila preggy nie, ada jelah bahagian2 badan yg sakit. Kejap sakit kat situ, kejap sakit kat sana. Sakit yg berubah-rubah. Mungkin mengikut kadar perkembangan baby kot. Tapi takdelah sakit yg sampai tak tahan. Sakit-sakit gitulah. Apapun mental dan fizikal kena sama2 kuat lah. Kena redha dan pasrah sbb segala kesulitan2 ni lah nanti yg membuatkan rasa syg kepada bayi yg dikandung bertambah2.
Lagi semakin hampir menuju kepada due date ni lah berdebar-debar. Tambah lagi pregnant tuk kali pertama. Persoalan yg sentiasa berlegar2, bila lah harinya?, mcm manalah keadaannya?, normal ker? c-sect ke? & bermacam2 lagi lah soalan. Dan itu akan membuatkan kita termenung seketika. Laki aku ni pulak bukan boleh kalau aku termenung walau seketika, tau jer apa yg aku fikirkan "nape yang? syg risau yer? InsyaAllah sayang boleh, semuanya akan dipermudahkan" Amin. Semoga asben tak putus berdoa tuk isteri dan anaknya.
Lagi.... apa lagi yer nak update??... nantilah kalau aku ingat apa2 lagi aku update lah lagi.. Tapi tulah diam tak diam rupanya dalam perut aku ni ada satu nyawa yg telah aku kendong selama 8 bulan ini. How time flies.
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat yg sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Sesungguhnya Engkau Maha pendengar permohonanku". Amin.
Tuesday, May 4, 2010
Menderma Dara
Ini adalah kisah menderma dara. Eh darah lah. Dara mana leh derma2 kan. Kih kih kih.
Abis dari check-up kat PMC tu kami ke Pasaraya The Store yg berhampiran. Kebetulan pulak hari tu ada kempen derma darah yg dianjurkan oleh St John Ambulance. Asben apa lagi, dia memang suka derma darah nie. Aku mula2 cam tak restu lah, giler kedekut darah aku nie, tak tak.. sebenarnya aku malas lah nak menunggu kat situ, sbb aku dah penat. Tah apa2 lah..tapi fikir balik pesal lak aku nak halang2 laki aku wat kerja2 murni ni kan...
Kat borang tu kena isi lah butir2 lanjut org yg nak menderma. Kena lah letak kot ko ada sakit apa2 ker kan.. Yelah memang lah niat murni nak menderma, tapi agak2 lah kan, kalau dah sakit kronik cam HIV ker apa ker.. tak yah lah derma. Kesian lak kat org lain nanti.
Lepas isi borang, kena check pulak darah jenis apa. A ker, B ker, O ker? Aku jenis darah A+. Laki aku pulak jenis darah O. Ada korang kesah? hehehe.
Ala cucuk sikit jer, cuma nak pastikan betul ke tidak jenis darah seperti yg tertera kat dalam borang tuh.
Ingat dorang nak amik darah korang sewenang2 jer ker? Macam2 step kena wat dulu. Kena screening dulu.
Pastu kena check bp pulak oleh Doktor yg bertugas.
Bila sumer dah selesai, barulah proses2 mengambil darah dijalankan. Asben aku sukalah kan.. apa taknya misi2 yg bertugas comel lote kan. Gedik kan dia.
Mak aii.. sikit punya besar jarum dia tuh. Aku nak amik gambar ni pun gigil2 tau.
Akhir kata, jangan takut jarum. Menderma darah tidaklah sesakit seperti yg dibayangkan. Ceh anggap jelah cam aku pernah derma darah yer. Padahal belum pernah lagi lah.
32 Weeks = 7 Bulan Setengah
Kalau ikutkan hari ni dah 34 minggu lah, means sudah cukup 8 bulan lah kot.
Kat bilik doktor
Ni kiranya kali ke-2 aku check-up kat Putra Medical Centre (PMC) dengan Dr. Zarul. Sebelum2 ni kan aku check-up dekat Pusrawi. Since, aku decided to give birth kat PMC ni, so aku terus lah check-up kat sini. Senang.
Cam biasa asben memang tak lupa lah nak merakamkan gambar2 semasa check-up. Cuma masa first check-up kat sini dulu asben tak bawak kamera.
Cam biasa gak dia akan mintak izin dari Tn. doktor dulu lah. Doktor sporting, dia kata no problem.. leh jer amik gambar.. Yang bagusnya rupa2nya doktor ni pun ada hobi gak ngan photography ni jugak, cumanya takde masa jer. Jangan tak tau, Doktor ni pun ada DSLR juga. Siap masing2 bertukar pendapat lah masa hari tuh.
Saat paling best adalah masa tgh scan
Sebab boleh jumpa baby. Dapatlah tgk apa yg baby tgh buat masa tuh. Mujur kali ni dia tak hisap ibu jari kaki lagi.
Next appointment will be on 9 May nie. Pas nie rasanya every 2 weeks aku kena datang check-up dah. Pastu mungkin bila dah masuk 9 bulan nanti kena datang check-up seminggu sekali pulak.