Tuesday, October 27, 2009

Lalala.. Kenyang Perut, Hati pun Senang

Selain dah lama tak wat entry pasal shopping2, dah lama jugak tak update pasal masak-memasak. Ok baru2 nie aku berkerajinan lah nak memasak lauk kegemaran suami. Selain daripada ikat sumbat resipi mak mertua, asben aku jugak suka makan lala. Tapi memandangkan lala adalah sukar utk ditemui di supermarket dan di kedai2 maka, jarang jugaklah aku masak lala nie. Kalau ada jumpa tu barulah dapat masak.

Oleh kerana kerajinan yg melampau aku hanya sempat masak seperti makanan2 di bawah ini sahaja.


Lala goreng

Telur dadar

Timun jepun

Oleh kerana kesuntukan masa utk masak sayur.. ceh alasan tak sempat konon... Aku cuma potong2 timun jepun ni utk dijadikan ulam. Oklah tu kan. Maka siaplah hidangan makan tengahari kami pada hari tersebut. Mintak maaf gambar2 diambil setelah selesai makan. Nasib baik masih ada balance lagi utk diambil gambar.

Minggu lepas jugak aku juga telah membuat mihun sup yg aku pelajari dari rakan2 baik aku. Tapi aku tak berjaya nak buat sambal kicap yg super power, sbb sambal kicap aku tak berapa nak pedas. Frust aku tau. Tapi takpelah utk percubaan kali pertama aku kasi 4 bintang. Wah sendiri masak sendiri kasi bintang. Tapi kan gambar tak sempat nak amik lah. So, tiada bukti di sini yg aku telah memasak mihun sup. Asben aku lah tu, aku suh amik gambar dulu sebelum makan, pastu dia kata takpe, makan dulu, byk lagi nie takkan habis cpt... Memang lah tak habis tapi kami terus kelupaan.

Sudah Sembuh

Hah hari tu kan aku ada citer seminggu sebelum raya tangan Adam patah dan terpaksa ditahan di wad dan seterusnya di bedah. Ada org tanya kenapa perlu bedah, tak boleh urut je ker? Sbb keadaan tulang tangan dia time tu teruk gak lah sbb dah berselisih. So, doktor nasihatkan dibedah saje.

Alhamdulilah Adam selamat menjalani pembedahan itu dan dimasukkan besi dkt siku tangan dia tuh. Tapi tak lama lepas tu, seminggu selepas raya, Doktor dapati bekas operation kat tangan dia tu terkena jangkitan dan doktor nasihatkan supaya dilakukan pembedahan kali kedua, sbb bahagian yg dioperate itu sudah berlubang.

Maka, operation kali kedua terpaksa dijalankan jugak seminggu selepas raya. Time operation tu jugak doktor dah keluarkan besi yg dimasukkan kat siku tangan Adam. So, pasni tak yah nak operate2 lagi. Lepas operation kali kedua, tangan Adam terpaksa dicuci di klinik setiap dua hari.

Alhamdulillah sekarang tangannya itu sudah semakin sembuh dan balutan di tanggannya jugak sudah dibuka.


Bekas operation


Dah boleh jadi Ultraman

Dia masih trauma gak lah.. tapi dah nama budak2 kan.. kalau time main2 tu still lah jugak nak lari2.. kita yg tgk ni lah yg dok terjerit2 bila dia dok lari sana lari sini.. yelah kang jatuh kang sape yg susah.. akak jugak yg susah..

Ni lah dia muka budak yg aku cayang sgt nie....

makan lolipop


cam kartun aku tgk

Selit gambar kakak dia sekali.. baru adil..

Bila tangan dah baik nie... kemain lah dia ultraman sana, ultraman sini.. Tapi walaupun dah byk kali kuar masuk hospital, klinik sumer, tapi sampai sekang nak jumpa doktor tetap takut gak..

Dah Lama Tak Buang Duit

Wah buang duit katanya. Bukan buang2 saje2lah.. maksud aku dah lama tak buang duit tuk shopping2 diri sendiri.. Raya hari tu pun takde shopping apa sgt pun adalah sekadar beberapa helai baju kurung. Yang lebihnya cuma shopping kuih raya yg mencecah sampai 5 ratus lebih. Giler beli kuih raya sampai byk camtuh. Itulah kesannya bila order sana order sini. Alih2 sampai Deepavali nie pun kuih kat rmh tu pun byk lagi. Nak simpan raya haji confirm kuih sumer dah berkulat. Hahaha.

Tapi memang betul pun time raya hari tu aku memang baik, takde shopping sakan pun tuk diri sendiri.. Dah abis raya nie, baru terasa nak buang2 duit yg masih berlebih nie.. wah ayat riak tak agak2.. takdelah shopping apa pun adalah sekadar satu dua benda je pun..

Bukan apa, dah lama aku tak wat entry beli2 barang nie... yg sebenarnya dah takde bahan kan..so kita cari jelah bahan apa yg ada.. supaya dapat gak dijadikan satu bahan...kalau tidak kang.. ada jer org bising..sbb blog aku sunyi dan sepi..



Kasut, compact powder & blusher


3 barang saje buat kali ini

Sebenarnya, ada hati lah jugak nak beli barang2 lain.. cam lipstick, eyeliner, perfume dll.. tapi masa tidak mengizinkan utk aku shopping di kala time lunch hour yg terhad masanya. Takpelah nanti aku sambung beli di lain hari pulak.

Thursday, October 22, 2009

Soalan Apa Yang Penat Nak Dijawab??

Ok ok.. aku nak buat mood ceria jer hari nie. Ada pembaca setia aku kata entry aku kebelakangan ni pendek2 ajer dan seolah2 aku cam ada masalah. Aku ngaku entry aku memang pendek2 jer sekarang nie. Sbb apa? Sbb tetiba rasa tak kreatif pulak nak menulis panjang2. Jangan bimbang, aku juga tidak dilanda sebarang masalah. Aku tetap seperti biasa :D :) (smile-tanda aku senyum & happy). Mungkin korang tgk entry aku cam tak happening, cam tak kelakar2, cam tak best dan mcm2 lah.. tapi bukan sbb aku ada masalah ke apa yer.. cuma mood blogging ala2 down sikit ar (semenjak private hari tu). Tapi sekang ni aku cuba balik nak up kan mood blogging nie.

Berbalik pada tajuk kita pada hari ini yer tuan2 dan puan2. Aku dengar hot FM. Topik yg derang bincangkan adalah soalan apa yg org kerap tanya dan penat nak dijawab. Aku yg biasa kalau naik kereta tido mesti nak tido, tapi sbb topik tu aku tak jadi tido. Dok konsentret apa yg pendengar kongsikan.

Sebelum pendengar berkongsikan cerita mereka. Faizal Ismail kongsikan dia punya soalan yg org kerap tanya. Faizal kata dia penat nak jawab bila org asik tanya "Farah Fauzana mana? Farah tak ikut ker?" bila kemana2 saje dia pergi walaupun ketika itu isterinya di sebelah. Balik kampung pun org dok tanya soalan yg sama. Aku gelak jer dengar nie. Yelah apa kejadahnya org nak tanya tu kan.. ingat mana ada faizal ismail situ ada fafau ker? Org ni pun agak2 lah kalau nak tanya pun kan.

Lepas tu ada mcm lah2 pendengar berkongsikan soalan2 yg kerap ditanyakan. Antara2 soalan yg hit sekali.


"Bila nak tambah lagi?" - tambah apa? tambah anak lah kan. Takkan org nak tanya bila nak tambah bini? soalan cenggitu amat2 jarang ditanya lah..tapi rasanya ada gaklah mulut2 puaka yg tanyakan soklan camtuh.. tapi kalau bila nak tambah anak tu memang biasalah kan.. Ada caller pompuan tu dia kata dia baru jer ada anak sorang yg berusia setahun lebih, pun dah ada org bertanyakan bila nak tambah? Adoi org ni pun satu agak2 lah kan kot nak amik berat pasal org pun... Lantak dia lah nak anak berapa ker nak tambah ke tidak ker.. pandai2 lah derang manage hidup keluarga sendiri.. sibuk nak jaga tepi kain org..

"Dah berisi ker?", "Bila nak ada anak?', "Berdua lagi ker?" - Hah ni pun soalan yg agak glamer gak. Malas nak komen panjang2. Tiba2 diri sendiri pun terasa. Hehehe. Ok abaikan ajer.

"Bila nak kawen nie?", "Sampai bila nak hidup sorang nie?" - Soalan ni jugak pun terletak dalam ranking yg tertinggi gak. Soalan ni kalau ditanya kat anak dara yg kertu memang berdesing gak lah telinga kan.. aku pun tak paham lah org nie.. sibuk nak tanya org bila nak kawen lah apa lah.. aku pun dulu kalau org tanya tak tau nak jawab camne cuma senyum jelah... ada caller tu dia pun dah letih ngan soklan berupa sebegini bila org tanya dia jer.. dia jawab.. "tarikh tu dah jumpa, cuma tahun jer yg tak confirm2 lagi", pastu kalau ada org tanya lagi jawab jer "esok jelah kawen". Hah senang citer.

ada lagi lah caller yg berkongsi cerita letih menjawab soklan2 contohnya seperti di bawah:-

Caller nie dia ngan husband dia satu tempat kerja, tapi gi kerja asing2. Masing2 bawak kete sendiri. So, kawan pejabat sibuk tanyakan kat dia "Kenapa tak naik kereta sekali jer?'

Lagi caller berkongsi citer, dia ni setiap bulan kerjanya menyiapkan report. Tapi setiap kali report disubmit bos dia mesti tanya kat dia "Mana dapat figure nie?".. sampai dia letih nak melayan..

Kesimpulannya, percayalah sesungguhnya kita ini amatlah disayangi oleh org sekeliling kita kerana mereka terlalu mengambil berat terhadap diri kita dan sentiasa menanyakan itu dan ini dan sentiasa tak berpuas hati dengan jawapan kita. Hahaha. Aku rasa derang ni puas hati kalau contoh lah... org jawab "aku tak nak kawen lah. aku suka hidup aku sekang, aku nak bujang sampai bila2" (ni kes bila org dok tanya bila nak kawen). confirm bila cakap camnie mesti org tu terdiam berbanding kalau kita jawab.. "ada jodoh nanti, kahwinlah kami".

Ok sekang ni aku nak korang kongsikan pulak apa soalan yg penat nak korang jawab. Penat seolah-olah korang menjawab soalan itu sambil berlari2. Pastu apa pulak jawapan korang utk soalan yg memenatkan itu? Hehehe.

Dah Tak Seronok Kan?

Aku tengok makin hari blog aku makin tak best jer kan? Mcm lah sebelum ni pun best. Tapi yelah kalau dulu tak best, sekang ni lagi tak bestlah.

Nape jadi macam nie? Tak seronok lah...aku tgk pun boring.

Aku perlu lakukan sesuatu, supaya korang pun tak boring dengan blog ini.

Wednesday, October 21, 2009

Salah Faham ke Salah Orang?

Aku rasa berlaku salah faham. Dari mana cerita itu datang aku tak pasti. Yang pasti bukan dari mulutku sendiri dan bukan jugak bukan dari blog aku. Yang pastinya juga tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mulut aku sendiri.

Tapi aku anggap itu sebagai doa. Mana tau kan...

Mungkin juga suatu kebetulan.

Biarlah rahsia......hahahahaha tah ape2 je aku ni kan. Layan....

Selamat Pengantin Baru

Berminggu sudah mereka ini kawen. Takpe still pengantin baru lagi kan.

Dalam pada sibuk gi open house sana sini, sempat gak kami pergi ke wedding member sekolah asben aku nie. Nama dia Usop, manakala nama wife dia pulak Umi Kalsom. Nama glamer mereka bila tua nanti (bak kata Usoplah); Pak Sop & Mak Som.

Yang bagusnya member2 kelas asben aku ni, memang rajin wat reunion lah, berbuka puasa lah dll. Jadinya masa wedding ni pun ramai gaklah kawan2 sekolah yg datang pun. Yang bagusnya lagi mereka2 masih lagi keep in touch dengan cikgu2 yg mengajar mereka. Kiranya sekang ni cikgu2 tu dah jadi cam kawan2 lah. Walaupun dulu2 kemain lah nakal ngan cikgu.

Oklah dipendekkan cerita. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin ni dan semoga bahagia ke akhir hayat.


Bersama pengantin

Keluarga pengantin

wah sopannya.. laki sape nie?

Memandangkan juga sekarang ni aku masih lagi kemalasan utk mengupdate blog makanya gambar pun sikit je lah yg aku letak.



Monday, October 19, 2009

Cute Pulak


Ni gambar beskal Adam masa kecik. Masa kecik katanya. Padahal dari kecik sampai lah sekang ni tak pernah pulak aku nampak dia kayuh beskal ni dengan sendirinya. Paling kuat pun si Ain yg tolakkan dari belakang. Sampailah sekang ni beskal ni telah pun patah ranap. Yang aku tak tahan tu siap ada no plate lagi. Nombornya pulak ada kat bahagian belakang. Kat tempat duduk hitam tuh. Tak tau kerja sape pulak yg tampalkan no plate motor adik aku kat beskal tuh.

Lalalalala...

Wah gembira nampak...

haruslah kan.....

marilah kita sama2 bergembira...hari isnin kan.. ramai yg takde mood nak bekerja so, saje lah nie nak dapatkan mood...

p/s: Za & Lee - mintak maaf byk2 sbb semalam tak dapat menghadiri majlis akikah baby Darwish.

Saturday, October 17, 2009

Open Open Open House

Hari ni pun ada beberapa jemputan open house lagi nie... tak tau lah nak pergi yg mana satu nie.. sbb arah haluan sumernya jauh2.. tak leh nak pergi sekali harung... sorry yer kalau kami tak dapat memenuhi undangan itu yer. Apapun terima kasih kerana menjemput kami.