Ok ok.. aku nak buat mood ceria jer hari nie. Ada pembaca setia aku kata entry aku kebelakangan ni pendek2 ajer dan seolah2 aku cam ada masalah. Aku ngaku entry aku memang pendek2 jer sekarang nie. Sbb apa? Sbb tetiba rasa tak kreatif pulak nak menulis panjang2. Jangan bimbang, aku juga tidak dilanda sebarang masalah. Aku tetap seperti biasa :D :) (smile-tanda aku senyum & happy). Mungkin korang tgk entry aku cam tak happening, cam tak kelakar2, cam tak best dan mcm2 lah.. tapi bukan sbb aku ada masalah ke apa yer.. cuma mood blogging ala2 down sikit ar (semenjak private hari tu). Tapi sekang ni aku cuba balik nak up kan mood blogging nie.
Berbalik pada tajuk kita pada hari ini yer tuan2 dan puan2. Aku dengar hot FM. Topik yg derang bincangkan adalah soalan apa yg org kerap tanya dan penat nak dijawab. Aku yg biasa kalau naik kereta tido mesti nak tido, tapi sbb topik tu aku tak jadi tido. Dok konsentret apa yg pendengar kongsikan.
Sebelum pendengar berkongsikan cerita mereka. Faizal Ismail kongsikan dia punya soalan yg org kerap tanya. Faizal kata dia penat nak jawab bila org asik tanya "Farah Fauzana mana? Farah tak ikut ker?" bila kemana2 saje dia pergi walaupun ketika itu isterinya di sebelah. Balik kampung pun org dok tanya soalan yg sama. Aku gelak jer dengar nie. Yelah apa kejadahnya org nak tanya tu kan.. ingat mana ada faizal ismail situ ada fafau ker? Org ni pun agak2 lah kalau nak tanya pun kan.
Lepas tu ada mcm lah2 pendengar berkongsikan soalan2 yg kerap ditanyakan. Antara2 soalan yg hit sekali.
"Bila nak tambah lagi?" - tambah apa? tambah anak lah kan. Takkan org nak tanya bila nak tambah bini? soalan cenggitu amat2 jarang ditanya lah..tapi rasanya ada gaklah mulut2 puaka yg tanyakan soklan camtuh.. tapi kalau bila nak tambah anak tu memang biasalah kan.. Ada caller pompuan tu dia kata dia baru jer ada anak sorang yg berusia setahun lebih, pun dah ada org bertanyakan bila nak tambah? Adoi org ni pun satu agak2 lah kan kot nak amik berat pasal org pun... Lantak dia lah nak anak berapa ker nak tambah ke tidak ker.. pandai2 lah derang manage hidup keluarga sendiri.. sibuk nak jaga tepi kain org..
"Dah berisi ker?", "Bila nak ada anak?', "Berdua lagi ker?" - Hah ni pun soalan yg agak glamer gak. Malas nak komen panjang2. Tiba2 diri sendiri pun terasa. Hehehe. Ok abaikan ajer.
"Bila nak kawen nie?", "Sampai bila nak hidup sorang nie?" - Soalan ni jugak pun terletak dalam ranking yg tertinggi gak. Soalan ni kalau ditanya kat anak dara yg kertu memang berdesing gak lah telinga kan.. aku pun tak paham lah org nie.. sibuk nak tanya org bila nak kawen lah apa lah.. aku pun dulu kalau org tanya tak tau nak jawab camne cuma senyum jelah... ada caller tu dia pun dah letih ngan soklan berupa sebegini bila org tanya dia jer.. dia jawab.. "tarikh tu dah jumpa, cuma tahun jer yg tak confirm2 lagi", pastu kalau ada org tanya lagi jawab jer "esok jelah kawen". Hah senang citer.
ada lagi lah caller yg berkongsi cerita letih menjawab soklan2 contohnya seperti di bawah:-
Caller nie dia ngan husband dia satu tempat kerja, tapi gi kerja asing2. Masing2 bawak kete sendiri. So, kawan pejabat sibuk tanyakan kat dia "Kenapa tak naik kereta sekali jer?'
Lagi caller berkongsi citer, dia ni setiap bulan kerjanya menyiapkan report. Tapi setiap kali report disubmit bos dia mesti tanya kat dia "Mana dapat figure nie?".. sampai dia letih nak melayan..
Kesimpulannya, percayalah sesungguhnya kita ini amatlah disayangi oleh org sekeliling kita kerana mereka terlalu mengambil berat terhadap diri kita dan sentiasa menanyakan itu dan ini dan sentiasa tak berpuas hati dengan jawapan kita. Hahaha. Aku rasa derang ni puas hati kalau contoh lah... org jawab "aku tak nak kawen lah. aku suka hidup aku sekang, aku nak bujang sampai bila2" (ni kes bila org dok tanya bila nak kawen). confirm bila cakap camnie mesti org tu terdiam berbanding kalau kita jawab.. "ada jodoh nanti, kahwinlah kami".
Ok sekang ni aku nak korang kongsikan pulak apa soalan yg penat nak korang jawab. Penat seolah-olah korang menjawab soalan itu sambil berlari2. Pastu apa pulak jawapan korang utk soalan yg memenatkan itu? Hehehe.