Monday, June 8, 2009

Terminator Salvation

Selepas tamat re-union tu aku ngan Neena meneruskan agenda bersama-sama. Apa barang nak balik awal2 kan. So, kami sepakat utk menonton movie bersama-sama. Sepatutnya we olls ada date ngan member lain pas re-union tu kat The Curve, tapi last minute they all ada hal, maka kami pun teruslah ke Mid Valley utk menonton.

Panggung adalah penuh. Nak beli tiket pun kena beratur panjang berjela. Actually siangnya tu dah try nak wat on-line booking tapi sumernya dah sold out. So, kami pun berserah nasib jelah beratur. Cadangan nak tgk Night @ the Museum tapi tiket dah abis, ada pun tinggal front row sajer, maka kami reject.

Cuba pulak tanya Terminator Salvation. Tiket kul 12.00malam masih ada lagi. Tapi waktu tu baru pukul 9.15pm. Apa nak buat sementara kul 12.00mlm? Nak shopping2 pun kedai sumer dah tutup. Nak makan2 perut masih kenyang lagi. Nak borak2 memang berborak sentiasa dah.


Para suami ditugaskan utk membeli tiket while para isteri berbual sakan tanpa henti..


Tiket utk show pukul 10.00mlm pulak sudah sold out. Kalau ada pun tinggal yg front seat je lar. Tapi walau bagaimanapun kami still dapat gak tiket utk show pukul 10.00pm. Bagaimanakah kami mendapatnya?

Makan hati tul lah derang...apa taknya bini masing2 masih sibuk bercerita sesama mereka. Sampaikan laki aku nak interrupt aku ngan Neena dari berbual siap dia call hp aku. Dia kata kalau tak wat camtu alamatnya aku ngan Neena tak berhenti berbual lah.



4 tickets for Terminator Salvation @ 10.00pm


Ni aku nak ajar korang bagaimanakah caranya tuk mendapatkan tiket yg korang nakkan. Selain korang buat on-line reservatin korang leh gak wat cara ni . Tapi ni ikut nasib & rezekilah yer. Contohlah korang nak tgk citer kul 10.00pm, tapi tiket selling fast or sold out, korang cuba tanyakan kat kaunter pasal uncollected reservation tiket. Biasanya derang akan release tiket tu 30 mins before show. Kalau time korang tanyakan uncollected ticket tu sebelum 30 mins tu, let say ada dalam 10 mins lagi, korang mintak tunggu jer. Korang takyah masuk baris balik, just wait @ the counter tu lah, tapi kasi can lah org lain masuk kat kaunter pulak. Korang tunggu jer lah for the 10 mins tu. Then, korang akan dapat lah tiket yg dikehendaki itu.

Tapi apapun kena deal ngan budak kaunter tu lah. So far, kiterang ok jer ngan derang.



Apa yg syok sgt tu?




Kami pun syok gak

Sementara menunggu.. berbual dan terus berbual

Bila dah masuk panggung baru reti diam. Kalau tak reti diam gak memang tak taulah, mau dimaki oleh org2 yg berdekatan.

Since kami antara yg terawal, panggung adalah kosong, maka apa lagi selamba dek je lah flash sana sini..


Di dalam panggung barulah aku memberikan perhatian kepada asben.. yelahkan dalam tu kan sejuk...hihi

Ok seperti biasa takde ulasan pasal citer yg aku tgk. Tapi secara keseluruhan ok lah citer nie. Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang. Memerlukan ko berfikir sedikit. Tapi aku memanglah malas nak fikir2 nie, aku senang jer nak paham tanya jer laki kat sebelah. Pastu aku pahamlah.

Dalam kul 12 citer pun abis. Tapi kiterang tak terus balik. Melepak lagi ke satu tempat. Sampai kul 3.00 pagi.

Pastu sampai rmh bukan reti tido terus, boleh berym lagi. Ngan sape lagi...

Itulah yg menyebabkan semalam seharian aku asyik tido jer. Sampai nak update blog pun malas. Tapi malas2 pun aku sempat masak gak ok. Apa aku masak, next entry ya

Setelah Lapan Tahun...

Seperti yg dirancangkan sejak beberapa bulan yg lepas maka kami pun berjumpalah semalam di Nailis' USJ Seksyen 10. A big thanks to Anis & Farahdina yg bersusah-payah mengumpulkan sumer bekas pelajar group W, ss14, UiTM, Shah Alam Tahun 1998-2001.

Tak salah aku Group W ni dulu adalah dalam 20 lebih. Tapi tak sumer yg dapat datang semalam. Tu sumer memang tak dapat dielakkan lah sbb masing2 ada komitmen masing2 kan. Tapi marjoriti dapat turun semalam, walaupun ada yg datang jauh dari Kuantan.



Tema pada hari kejadian adalah white & red. Kami memilih white sajork..

Setelah hampir 10 thn tak jumpa nie, bila jumpa masing2 dah berubah lah. dengan yg dah kawennya, dah ada anaknya, tak kurang juga ada yg masih single-mingle lagi.

Antara2 rakan2 yg hadir adalah Neena, Anis, Farahdina, Kelly, Mil, Oja, Kerun, Yati, Nazri, Zul, Fendi (hopefully takde nama yg tinggal yer). Mana yg dah kawen tu masing2 ditemani oleh suami masing2 lar. Anak pun turut dibawa sekali.


Nampak tak laki sape tu yg kemain tegar lagi mengambil gambar2 kami

Masa ni Neena & hubby baru sampai.. ntah apa yg aku sakat ntah..



Sementara menunggu rakan2 lain sampai kami berbual-bual tanyakan perkembangan masing2


Sepatutnya majlis start pukul 5.00 ptg, tapi masa aku sampai kul 5.20pm baru 2 org jer yg sampai iaitu Anis & Nazri. Aku rasa ni sbb kedai tu langsung takde sign Nailis' langsung. Aku pun nak cari kedai tu pun sampai berpusing-pusing 2 kali.


Aku pulak nak dijadikan citer, masa duk pusing2 dalam kete aku ada nampak sekumpulan manusia yg pakai baju putih, aku pun ngan konfidennya cakap kat laki aku, betul lah itu tempatnya. Kebetulan masa nak cari parking ternampak Anis kat tepi kedai tu. Bertambah konfiden lah aku nie. Memang betul lah itu tempat yg dicari tetapi manusia2 yg aku nampak pakai baju putih tu bukanlah terdiri daripada member2 aku. Kebetulan lah pulak!


Nazri, Farahdina & Shirah, Anis, Aku

Fendi bersama anaknya. Wifey dia pun ada gak. Bakal menimang anak yg kedua tak lama lagi

Anak dara siapakah ini? Syirah (farahdina's daughter) & Farisha (betul kot ni nama anak Yatie ni)

Frendship for ever:)


Aku, Yati & Mil. Si Yatie ni badan menten jer halus walaupun dah ada anak sorang. Mil pulak sekarang ni sudah bergelar lecturer




Farahdina, Syirah & aku. Farah pulak baru konvo minggu lepas. Gigih member aku ni sambung study... congrates fren..


Oja & aku. Oja masih single & available. Masih menyambung pelajaran & bekerja. woit pesal korang ni rajin2 hah?


Aku bersama Kelly. Pun seorang lecturer. Single but not available. Good timing, masa gathering tu dia kasi kat jemputan kat sumer org. Ingatkan nak kawen dah minggu depan, rupanya nak melangsungkan pertunangan. Kellaaas gitu siap ada kad lagi..



Reramai...


pakai timer sbb nakkan sumer org ada dalam gambar, kalau tak mana dapat gambar laki ku and Nuar


wah ada goodies bag lagi.. Anis tgh distribute..


Oh ya antara yg tak dapat hadir re-union kali ni ialah Farah Hayati, Lily, Fazma, Habibah, Nik, Mazlihin, Ryu. Ada lagi tak yg aku tak mention, sori kalau aku terlupa. Walaupun Ryu tidak dapat hadir atas sbb2 tertentu tetapi dia bermurah hati menaja sehelai kain tudung utk goody bag tersebut. Terima kasih ryu:)

Selain tu, dalam goody bag ni juga ada mug & frame gambar.

Anis juga selain bersusah-payah menguruskan perjumpaan ni, dia juga telah membawa kek cokelat buatan sendiri khas utk majlis tersebut. Thanks Anis. Pandai wat kek yer.. boleh lah amik tempahan yer!

tgh susun tempat tuk bergambar beramai-ramai



collect2 duit..


Tgh wat calculation, baper nak kena byr.. For info, majlis ni memang sebelum tu memang tak collect payment langsung pun, so masa event tu barulah bayaran dibuat.... senang citer..


ada org kata, kami tetap tak berubah..still cam dulu gak.. nak berubah tunggu bila kami ada anak nanti.. tak gitu neena?



Mr photographer yg berkerja keras



cake cutting... sempat lagi aku menyelit


Happy dapat berjumpaan

Me & Kerun... "ko single & available lagi tak nie?"



Gambar makanan ni sajer yg aku sempat amik. Aku & asben cuma makan pizza sajer sbb perut masih kenyang.


Dalam kul 8 camtuh kami pun bersurai. Sebelum tu sempat gak set utk next re-union. InsyaAllah akan berjumpa lagi.

Sonok sangat tau dapat jumpa korang2 sumer.

Thank you to hubby & wifey masing2 yg sungguh sporting menemankan pasangan masing:)


Sunday, June 7, 2009

Giler Lah

Boleh tadi dah jumpa. Pastu sambung lagi chat ngan member aku sorang nie. Sekang nie dah pukul 4 lebih.

Baru reti nak tido..

tak pernah aku berym sampai subuh nie.... nasib esok hari Ahad...

Saturday, June 6, 2009

Siap Sudah

Setelah sejam di dapur maka inilah hasil yg tak seberapa ini terhasil. Kalau nak ikutkan setakat setengah jam leh siap dah, tapi apa nak buat aku ni sambil masak sambil tgk tv. Kejap kat dapur kejap kat depan. Byk break lah pulak.

Tak kisah lah kan.. janji ado.


mackerel goreng dengan sos

sayur kobis ngan udang. actually mula2 aku nak wat butter prawn tetiba aku masukkan kobis sekali.. pastu aku letak oyster sauce sekali.. ikut suka hati aku jer masak

cam biasa sebagai pelengkap - telur dadar


Pasni aku nak iron baju pulak. Petang kang ada majlis yg perlu dihadiri. daaaa...

Nak Masak Apa Yer?

Aku ketiadaan idea lar nak masak apa hari nie. Kat dalam peti ais pun tinggal ayam jer. Aku ngan asben pulak cam kureng sikit dengan ayam. Sememangnya kami ni suka makan ikan. Biasanya barang2 basah kami beli setiap hari Ahad. Beli utk stok sampai seminggu. Hari ni hari Sabtu patutlah stok semakin berkurangan.

Kalau ikutkan asben ngan aku, tak yah masak pun takpe. sbb jap lagi nak keluar pun, makan kat luar jer pun boleh. Tapi yelah aku takmolah dicop sebagai pemalas lipas, dahlah hari biasa pun tak masak takkan hujung minggu pun tak boleh nak masak. Tapi masalahnya, apa yg aku nak masak nie? Ingat nak buat kari telur. Tapi minggu lepas aku baru masak kari. Ooo lupa pulak nak letak gambar masakan aku minggu lepas. Minggu lepas ni sajer yg aku sempat masak.

Kari ikan super sedap - asben aku kata


telur dadar

Actually bab masak memasak ni takdelah payah bebenor, cuma nak fikirkan apa yg nak dimasak tu problemnya. Tu pasal lah kaum wanita ni sibuk benor ngan resipi, bukan dia tak reti masak, cuma nak kan idea apa yg patut dimasak.

Hah, tetiba aku ada idea nak masak apa. Ok jap yer aku nak gi cooking kejap. Sekarang pun dah dekat kul 12, dalam masa satu jam siaplah menu aku tuk hari nie.

Friday, June 5, 2009

Tahniah!

Aku ke Muar semalam adalah kerana ingin menyaksikan adik ipar aku yg tamat menjalankan latihan kepolisan di Maktab PDRM di sana.


Cantik jer derang kawad

Syabas buat semua!

Pertunjukan seni mempertahankan diri
Apapun respek kat pelatih2 sumer yg berjaya menghabiskan latihan ini. Aku tgk derang sumer dah satu kaler jer. Semuanya berkilat-kilat apa taknya hari2 berjemur. Memang kuat betul fizikal dan mental mereka.



Panjang-Panjang Belaka



Kat Muar ni pun boleh tahan panjang2 gak aerial tv rmh memasing yer. Tak tumbang ker ditiup angin?

Gadis di Balik Bunga

Ya.. aku dah ok dah. Tak caya? Semalam aku siap ke Muar lagi. Ni gambar aku masa kat Muar.




Sempat aku ke Muar? Aku watpe kat situ? Bunga tu pulak?
Tak yah citer aci tak?

Dah Sihat Dah

Terima kasih kat korang sumer yg amik berat pasal kesihatan aku ni. Terima kasih gak kat petua2 yg korang bagi tu. Alhamdulillah aku dah ok dah. Batuk tu masih ada lagi lar. Suara pun dah bertambah baik cuma serak2 sikit tu ada lagi lar.

Aku tau bila aku lama tak update korang ingat demam aku tak baik2 lagi kan. Demam tu satu hal, pastu kebelakangan ni aku agak sibuk sedikit lar. Tu belum lagi kes berebut laptop ngan asben. Internet connection gak kebelakangan ni tah mcm apa2 jer. Celcom sila lakukan sesuatu. Sakit jiwa jer aku. Apa2 lah janji target aku dalam sebulan at least ada 50 entry tercapai sudah lah. Bulan lepas dah capai target, bulan ni tak taulah lagi.

Ni gambar yg yg patut aku post masa aku demam hari tu tapi tak sempat lah..

Muka org sakit - masa balik dari klinik

asben aku suka wat memek muka. dia ingat aku tak berani nak letak kat sini.. jgn dicabar

satu lagi...hehe

Selain makan ubat yg doktor berikan, perhatian dari suami juga membuatkan saya sihat seperti sedia kali.

syok wo... hari2 dapat massage...

Tuesday, June 2, 2009

Macam2 Dah Aku Buat

Segala jenis air dah aku minum. Air asam jawa, air lemon madu, air limau nipis, air mineral EC PI, kumur garam, tapi nampaknya sumer nya tak jalan lah. Suara aku tetaplah takmo kuar. Ini mungkin sbb batuk yg aku hadapi sekarang nie. Seksa aku nak bercakap. So, doktor kasi aku mc hari nie.

Semalam lagi lah seksa, aku kerja semalam, dah lah first day bos baru balik dari overseas, dah lah hari Isnin, memang byk bendalah kena buat, kemain seksa lah aku kat ofis tu, sampai org pun dah tak leh paham butir bicara aku nie. Suara dah macam itik selati. Kalau ikutkan aku patut mc semalam, tapi aku tak suka mc pada hari Isnin. Walaupun aku sakit betul, sbb biasanya org kata kalau cuti hari Isnin tu org malas. Org kata, bukan aku kata:P

Hari ni aku wat keputusan utk menyimpan sajer suara aku ni utk esok hari. Malas nak cuti2 ni, kesian kat org lain pulak nanti kena cover kerja kita.