Saturday, May 9, 2009

Rejeki Lagi Nampaknya

Dapat hadiah... yea yea..

Apa di dalam ini?

Di dalam nya ada ini. Apa di dalam ini?

kalau paper bag dah vantage, haruslah isi dlm nya pun vantage

Juga disertakan ngan Sogo Voucher worth RM160


Juga sampul songket utk letak tisu

Terima kasih bos. Yer yer bkn aku sorang jer dapat ni ramai lagi yg dapat jugak kan? Tapi aku ada sesuatu yg aku sorang jer dapat. Nak tau apa?


Nantilah aku gitau yer.

Friday, May 8, 2009

Lunch @ Le Meridien

Mula2 mari kita saksikan apa makanan yg aku makan. Memandangkan aku ni bukanlah jenis 'hantu' makan maka ini sajelah yg aku makan.


Mkn2 lauk sajer, nasi wat syarat jer tu letaklah jugak barang sesuap


udang adalah mantop

pasta pasta... aku campurkan saja carbonara ngan bolognese

tgh celup strawbery ngan cokelat. Unik gak cam nak wat labu sayung

byk2 makanan ni jelah yg aku makan hingga ke titisan yg terakhir.. apa dia? hanyalah aiskrim.. setakat makan aiskrim tak yah makan kat hotel pun takpe kan?


Lupa nak intro aku gi makan ngan kawan sekerja yg sumernya pompuan. Yelah lunch time hari Jumaat haruslah kaum wanita yg bermaharajalela.

Kami telah ditaja utk lunch ini oleh bos2 yg baik hati. Terima kasih lah kepada bos2 sumer yer. Kami sgt menghargainya seperti mana anda menghargai kami.

eh pesal tak masuk gambar aku? cuba lagi


hah baru ada.. tapi tulah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.. tu maksudnya kelihatan pipi aku adalah tembam


Silent reader kah?

makan sikit jer.. tapi bergambar je lebih..


me lovely prens

Aku sebenarnya jarang mengupdate citer2 yg berkaitan ngan event kat tempat kerja. Aku malas nak campur aduk kerja ngan personal life aku. Hak pui.. cam bagus.. Tapi sekali sekala takpelah yer.

Lagipun aku rasa aku cam nak wat satu entry penghargaan wat seseorang lah. Seseorang itu adalah org yg aku hormati dan sayangi iaitu bos aku. Beliau telah pun bersara pada 6 May hari tu (actual date is 20 May tapi dia amik cuti awal).

Tapi tgklah, kalau aku rasa aku nak wat, aku wat, kalau tak cukuplah aku nyatakan di sini.. she's the best boss that I've ever had. I wish all the best to her... Bos2 yg lain pun best gak sebenarnya cuma yg ini byk meninggalkan kesan mendalam.

Thank you Boss.

Akhir kata do respect your boss as boss is always boss.

Insaf

Weekend hari tu aku aku kuar cari baju raya ngan mak aku, akak aku ngan adik aku. Giler awal beli baju raya kan. Padahal takde maknanya bila baju tu dah siap harus aku pakai takde nak tunggu2 raya. Very the tak sabar ok.

Selain tu beli kain langsir gak. Kain langsir kali ni disponsor penuh oleh adik aku. Byk cantik 3 thn berturut-turut asyik aku je yg sponsor, ni dia dah kerja paham2 sendiri lah yer..

Bila dah shopping haruslah lapar. Mak aku ni cam suka jer makan kat Restoran Insaf tu. So, apa lagi aku bawalah mereka sumer makan kat Insaf tu.

Aku siap cakap "seb baik leh pakai kad kat sini, kalau tak cukup duit kang org swipe jer". Yelah sebelum tu dah berapa rat duit aku dah melayang beli kain sumer kan.

Tapi mak siap cakap "takpe...takpe duit mak ada..siap tepuk henbeg lagi" mentang2lah peberet dia kan. Lagipun duit dia pun tak kuar langsung sbb sumer barang2 shopping dia anak2 mithali dia yg byrkan pun. Saje nak treat special sikit sempena mother's day kan.


Kalau ke sini jus mangga adalah satu kemestian


Selain ayam goreng, amik lauk telur ikan goreng, ngan sambal sotong

Si Ain pun ikut gak.

Selera kami makan



Sian gambar aku takde, padahal org insaf tu dah siap tolong amikkan gambar kiterang sumer. Tapi satu gambar pun nando. Betul ker dia amik gambar kiterang ke tidak, sbb bila cek balik takde pulak. Penat jer aku dok menyengih.

Total price makan kat sana tuk 4 orang adalah RM88.00. Sudah naik hargakah? Terkedu gak aku mula2, tapi takpelah puas hati gak pun. Seb baik cukup cash aku time tu. Tak perlu mintak kat mak wat malu jer kan.

Hasil penyoppingan aku tak amik pulak gambar. Kain2 pun aku dah terus hantar taylor pun. Ada 2 pasang. InsyaAllah nanti nak gi beli lagi. Nak beli kain yg sendondon ngan baju melayu asben pulak.

Oh ya, aku juga terbekenan ngan kain tudung ini. Sweet sgt kaler dia. Dan aku juga terus beli. Walaupun sekang pesyen org pakai tudung 'awning' tapi aku masih suka ngan 'bawal'.



sweet tak kaler dia?

cantik kan?

Tudung ni aku dapat beli murah jer. Tapi harga pasaran tudung gred ni ngan corak gitu mau mencecah RM60 ke atas.

Korang nak beli tak tudung camtu? Aku leh dapatkan tuk korang dengan harga RM38 sajork.


Tajuk entry adalah insaf. Bila lah nak insaf nie? Hehe.


Thursday, May 7, 2009

Kisah Dalam Komuter

Aku sekarang ni kadang2 terpaksa amik tren pergi & balik kerja (cea kadang2 konon padahal selalu jer rasanya).

Setakat berebut, tersepit, tercium tiak org, tergesel, terpeluk tu perkara biasalah tu. Tu sumer terjadi sbb nakkan dapat masuk ke dalam train yg padat cam sardin. Tapi sardin pun tak padat cam tu, kalau tin kecik tu baru 3 ketul dalam satu tin, takdelah padat sgt. Tapi masak sardin taruk air asam jawa memang meletup. Tambah telur dadar memang malatop. Kegemaran asben aku. Tapi aku bukan nak citer lauk di sini ya. aku nak citer pasar komuter perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ini.

Korang taulah sekarang ni gap antara train ke train seterusnya adalah 20 minit, kadangkala tak datang langsung. Tapi bila dah datang tau2 jelah penuh dia camne.

Tapi kalau ada rezeki aku dapatlah masuk ke dalam. Akan ku menyelit sehingga dapat masuk, lantaklah tersepit ke apa janji dapat masuk, aku dah tak larat nak menunggu dan terus menunggu.

Satu hari tu cam biasa aku dapatlah naik train. Masa tu balik kerja. Penat & letih sumer ada. Naik2 jer train ada suara baby nangis jerit. Tapi nak kata baby tak baby sgtlah adalah dalam setahun ke dua tahun camtu. Dia nangis tak henti2. Siap jerit nyaring2 lagi. Ko bayangkan lah dah lah berkuap dalam train tu, pastu ngan bisingnya lagi memanglah membuatkan ko rasa nak mendidih jer. Aku bukan marah kat budak tu, sbb dia tu budak kan, mungkin dia tak selesa ker takut ker tgk org ramai kat dalam tren tu. Tapi aku geramkan maknya yg pujuk ala kadar jer kat anak dia tu. Setakat ssyyyhhh... ssyyyhhh... sambil tepuk2 jer. Takde pulak aku nampak dia bagi susu ker atau pujuk2 dia ngan amik perhatian contoh "eeeh apa tu?? tgk tu...." ataupun ayat pujuk lain lah. Yg aku dengar ssyyyhh..syyyhhhh.. Ko ingat anak ko leh diam ker kalau setakat pujuk cam tu jer.

Aku memang kesian abis kat budak tu sampai letih2 dia nangis, suara pun dah nak ilang tapi semangat teriak dia memang tak luntur. Menjerit-jerit. Aku tak taulah sampai mana budak tu dok nangis2 lagi sbb time aku turun train dia still teriak lagi.



Kesian aku tgk budak ni. Aku rasa dia rimas sebab duk dalam 'pendukung baby' (sorry tak tau apa org panggil tu). Apalah salah mak dia kuarkan diar dari 'beg' tu.. haruslah budak tu kepanasan. pastu nak ssyyhhh.,. ssyyhhh jer.


Tamat satu kisah. Ni kisah lain pulak. Semalam eh bukan semalam. Semalam asben jemput aku balik. Ni kisah kelmarin. Train adalah penuh. Ada satu couple berdiri kat belakang aku sibuk lah berpeluk2, berbelai2 tanpa mempedulikan org sekeliling. Tapi takpelah dapat gaklah cuci mata selepas penat bekerja. Tapi walaubagaimanapun jgn diingat aku suka perlakuan sedemikian? Aku tak suka yer... sgt mencemar pemandangan... nak romen2 sila masuk bilik ok. oopppss...tak taulah apa nak jadi ngan budak sekarang ni. Kecik2 dah pandai. Aku ada amik gambar derang tapi aku lupa nak upload kat pc. So, takdelah gambar tersebut di sini ya.

Lagi kisah yg menyakitkan mata dan jiwa bila aku tgk seat kat dalam train tu dipelopori oleh kaum lelaki. isy isy tanpa rasa bersalah ko duk panggung kaki kat kerusi padahal org kat depan ko sumernya org pompuan. Bukan setakat tu kadang2 derang yg lebih berebut kerusi ngan pompuan. Isk isk laki sapa lah tu?

Citer pasal org tak offer seat kat org yg kurang upaya contoh, org cacat, pompuan mengandung, org tua, org dukung anak tu pun selalu jer terjadi, tapi aku malas nak citer lagi sbb tu sumer korang dah biasa dengar dah.

Sekarang ni kan masing2 mementingkan diri sendiri sajer.

Belum Habis Cakap...

Ada org call kat ofis.

Aku: Hello
Org tu: Hello, boleh cakap ngan tut..
Aku: Saya rasa encik salah nombor. Tut punya nombor...

prap... tut tut tut tut tut tut (bunyi line cut off)


belum sempat aku abis cakap terus dia letak. Bengong nyer org. Takde kesedaran sivik. Kita nak tolong kasi nombor yg betul, dia terus letak pulak. Dah lah tak say sorry ke apa.

Tulah org kita ni bila tersalah nombor mula panik tak tentu pasal pastu terus letak. Apa salahnya cakap sorry dulu ker apa pastu letaklah baik2.



Seb baik aku cool jer....

Wednesday, May 6, 2009

Rejeki.. Rejeki

Hujung minggu hari tu kan aku rajin. Bukan sekadar memasak tapi mengemas bilik juga. Mengemas rak2 kat almari mekap aku tu. Sakit mata aku ntah segala benda kat situ.

Aku kalau bab2 ngemas ni malas sikit, sbb kalau nak ikutkan nak mengemas tu kejap jer tapi yg buat lambat tu bila setiap benda aku jumpa mesti aku belek2 dulu.

Jumpa satu kotak guess.. dok belek apa dalam kotak tu dulu isi beg duit lah tapi beg duit tu aku pakai sekarang. Oh my.. di dalam kotak itu ada satu wallet renoma yg masih belum dipakai. Baru aku tingat tu wallet hantaran dari asben dulu. Dekat 2 thn sudah. Aku lupa nak pakai.

Pastu dok belek2 jumpa pulak kotak kurma cokelat yg aku terima (ye kotak pun aku simpan gak sbb kotak tu cantik syg nak buang)

Bukak jer kotak tu tgk ada ini.... eh ada isi ke tak nie?



angpau raya cina (bos aku kasi) ngan angpau raya dari asben aku

Haruslah ada isi di dalamnya. Suka. Suka. Inilah yg dinamakan rezeki kan. Selain itu ada gak baki duit raya yg tak abis aku kasi kat org masa hari raya thn lepas. Adalah 60 keping lagi. Memang time raya dulu aku ada tukar extra sampai 4oo, memang saja nak wat balance senang tuk aku wat belanja. Tapi aku sudah lupa pasal duit tu.

duit lagi...

Pastu sambung kemas2 lagi. Time tu rasa sonok jer kot jumpa RM RM lagi ker kan? Dasar mata duitan.

Tapi jumpa lain pulak. Jumpa kad birthday tahun lepas dari asben. Kad yg telah diubah suai olehnya. Penuh ngan gambar2. Rasa terharu pulak tgk kad tu.


gambar yg dia 'curi' dari blog aku




very the sweet kad ini... ai loike...


Kesudahannya kerja yg leh settle dalam berapa minit siap selepas 1 jam. Apa taknya buat kerja sikit, benti nya lama.

Tuesday, May 5, 2009

Cabaran Fear Factor

Fear factor lah sgt. Padahal....

Ada satu hari tu aku kuar makan ngan asben kat Station Kopitiam. Tgh sedap2 makan ada satu keluarga duk kat ngan tempat aku.

Sekali tgk cam cikgu sekolah aku dulu. Dua kali tgk memang cam cikgu yg ajar aku Geografi masa tingkat 4 dulu. Cikgu Salina.
Aku cakap ngan asben..

"Yang, deqna cakap syg jgn terus pandang tau. Kat belakang syg ni tak salah deqna cikgu deqna dululah, nak tegur tak?"

"lar tegur jer lah, kata cikgu kan"

Ya aku tau ramai jer member2 yg bila nampak cikgu2 yg mengajar sekolah dulu mula lah buat cam tak nampak or buat2 tak perasan & tak kenal. konon segan. Tak taulah apa yg nak disegankan kan.

Aku makan laju2 and ingat nak tegur cikgu tu pas abis makan. Aku nekad kalau salah org pun takpe, janji aku dapat mengatasi keyakinan diri yg tak seberapa ini. Ewah. Lagipun aku terikut-ikut perangai asben yg jumpa sape2 yg dikenali mesti ditegurnya tambah lagi kalau bertemu dengan guru2nya.

Aku pun memberanikan diri menghampiri keluarga yg sedang menjamah makanan itu.

"Assalamualaikum (siap salam sekali. wah sopan abis aku taw time ni),ni cikgu Salina ker?"

Cikgu tu pandang aku sambil berkerut memikirkan. Aku dah cuak dah, alamak ni mesti kes salah org aku nie.

"Ya Cikgu Salina lah ni, tapi minta maaflah cikgu lupalah kamu ni siapa yer?"

Phew lega aku tak salah org. Tak kisahlah dia tak cam aku ker apa. Yelah student dia kan ramai ribu2 pastu dia ajar aku pun dah 13 thn lepas. Harus lah tak cam. Pastu time sekolah kan lain sikit rupa paras dan fizikalnya dengan sekarang nie. Hehe.

Bila aku sebut nama baru dia ingat..

"Ya Allah, kamu rupanya... isy dah lain sekarang nie, patutlah saya tak cam. bla..bla..bla..bla...(macam2 lah dia ckp kisah dulu2)

"Terima kasih lah tegur saya nie...bla bla bla...."

See... cikgu2 anda amat menghargai sekiranya anda menyapa dan menegur mereka. Dah tentu esok kat sekolah dia akan citer kat anak murid dia.

"kamu tau, semalam saya jumpa ex student saya, tak sangka dia ingat kat saya, dia tegur saya... bla bla bla.... kamu nanti bila dah abis sekolah jadilah mcm tu jgn lupa kat cikgu2 yg mendidik kamu nie"

hehe ayat kat atas ni aku imegin sendiri jer...

Akhir kata Selamat Hari Guru kepada sumer pendidik sekalian. Eh bukankan lama lagi hari guru tu? Takpelah ni kira in advance lar..

Inilah cikgu yg aku maksudkan. Aku curi2 amik gambar nie. Dia masih lagi mengajar di sekolah yg sama

Friday, May 1, 2009

Rajinlah Pulak

Hari ini aku rasa cam terajin pulak.

Bangkit tido pagi tadi on-line sekejap. Pastu gi dapur masak mihun goreng. Mewah ngan udang mihun aku tu. Puas hati, kalau beli kat luar ntah apa2 jer rasa mihun pastu sikit pun takde perencah.

Pas breakfast aku sambung on-line balik. Giler sangap aku hari ni. Oh ya my husband kerja hari ni. Tu pasal lah aku duk memerap jer kat rmh. Cuba kalau dia ada, jgn haraplah aku nak wat breakfast kat rmh, harus dia ajak aku minum pekena roti canai kat luar.

Aku ingat hari ni hari Sabtu, bila tgk khutbah sembahnyang jumaat kat TV baru aku tingat hari ni hari Jumaat.

Pastu aku terlelap kejap. Terjaga terus gi dapur. Bukan tuk makan yer. Aku bukak peti ais, kuarkan apa yg boleh dimasak.

Aku pun pelik camne aku leh rajin sebegini. Selalunya kemain susah aku nak fikir apa yg nak dimasak. Tapi hari ni cam spontan jer aku masak.

Aku masak ikan goreng tepung. Pastu aku wat terung masak sambal.

Tapi sebaik lah bateri kamera aku dah abis. Kalau ada harus aku jaja masakan aku kat sini tau.

Aku dah siap masak ni, cuma nak tunggu laki aku balik makan jer.

Kerusi Bulu

Ini adalah kerusi bulu yg baru dibeli minggu lepas. Duk kat atas tu cam sedap jer.



Sesuai dijadikan kerusi malas ketika menonton tv ataupun ketika berblogging.


Lembut sajer bulu2 itu. Bukan bulu sebenarnya tapi benang.


Tapi kalau besar mcm kat ikea tu lagi best. Boleh baring2. Kerusi ni kecik sajer. Leh wat duduk jer.

Jatuh Katil

Byk kali dah aku pesan jgn biarkan laptop kat atas katil bila nak tido.

Tapi asben aku degil. Dia ntah wat per sampai tgh malam melayan internet pastu bila nak tido, dia biar jer laptop kat atas katil.

Tgh syok2 tido tadi aku dengar ada benda jatuh. Aku dah agak dah apa yg jatuh itu. Tak lain tak bukan. Laptop jatuh sbb tersepak dek kaki asben.

Aku rasa hangen jer. Aku just bangun & say "rosak ganti baru!".

Pastu bila kita bising2 dia kata kita pagi2 dah membebel.

Eh kita lak yg kena. Cuba kalau kita yg buat harus kena bebel gak kan?

P/s: Kepada kaum lelaki, bebelan si isteri adalah berasas. Dgn bebelan2 inilah hidup anda menjadi terurus. Tak membebel kang korang sunyi pulak. Hehe. Eh apa yg aku bebelkan ni?