Wednesday, August 20, 2008

Anugerah Demi Anugerah

Sekarang ni bukan sahaja musim buah, tapi musim award gak tau...

Yihaa... dapat award lagi, inilah pencetus semangat utk aku update kembali blog aku yg telah sekian lama ditinggalkan sepi. Bukan tak nak update, tapi aku tak berkesempatan lah... sori ye to u all yg masuk tapi tgk bende yg sama jer kan.. apapun terima kasih sbb sudi menyinggah kat blog aku yg tak seberapa ni. Terima kasih daun keladi, rajin2 lah masuk lagi... :)

Orait, award ni telah diberikan oleh kak Zakiah Anaz (bkn nama sebenar) kita nie. Thanks yer kak sbb bermurah hati menganugerahkan saya love award nie.. i love u lah kak..


Penerangan mengenai award ini:
This award is for those bloggers who are nice people; good blog friends and those who inspire good feelings and inspiration also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award.

Aku nak anugerahkan award ni kat sape plak yer??? bab ni yg lomah sekali ni.. 1st of all korang jgn lah sentap pulak kalau nama korang tak tersenarai dalam pencalonan award nie, InsyaAllah sumer org dapat, cuma suka aku lah kan nak kasi sape2... jangan marah ok.. Ala this is just like a game, bkn dapat 300 ribu pun..
"Pemenang2 bagi Love Award ini adalah"

13 May
aD
adeq
Aku Bukan Bidadari
andrea
Azzam Supardi
Biskut Rajin
Bonda Rock
Ceera
Cempaka
Cida
crazybeautiful88
EJ (nak gak kasi walaupun this award was from u)
Ellyn
Erin
Erni
Godgift
Green Apple
Hasrarazali
iLa
Ilya
KMGift
Mak Merah
Mama Aqilah
Mama Naufal
Mama Syira
Mummysya
Muzzarfar
Mya
Nasazfrog
Ninironna
Noy
Palotakaku
Peej
Puteri Comel
Ray
Ret
Ryn
Shafa
Tarantula Merah
tepikaenaku
Tini
Tipah
VP
Wa
Wan
zbelleza

Aku rasa aku bermurah hati lah nak kasi kat semua, sbb aku syg korang sumer... amacam? kepada yg tak tersenarai cuba lagi di tahun akan datang... :) korang yg dapat ni terpulang kat korang, kalau nak kasi kat org lain kasilah, kalau tak kasi pun takpe... but pls remember pepatah melayu ini "sharing is caring" muahaha... bye..

Thursday, August 14, 2008

Apakah Ini?

Pernah tgk angklong tak? Ni lah bendanya. Sejenis alat muzik.


Sebenarnya angklong ini merupakan door gift semasa annual dinner tempat kerja aku baru2 nie (9&10 Ogos 2008) . Selain dihiburkan artis undangan, dinner tahun meriah sikit sbb semua org dapat angklung sorang satu dan kami sumer memainkan beberapa lagu ngan angklung tersebut. Of courselah ada instructor yg tunjuk ajar, kalau tak mau ntah bunyi apa2 ntah. Memandangkan staff kat tmpt kerja aku ni mencecah ribu raban, dinner telah diadakan 2 malam. Aku pilih yg first nite, oh ya artis undangan Shila Majid, oklah, MC lak SAC Mizal, ok gaklah. Selain tu, ada gak persembahan daripada Buddy Lauren yg menghiburkan... sgt bertenaga ok performance dia tu walaupun dah berusia..

Kali ni dinner bertempat di One World Hotel. I loike the place. Cantik sgt. Mula2 cam takde mood jer nak pergi, so memang takde preparation apa2 pun utk pakaian dinner, rembat jer apa yg ada. Tapi bagus gak rasa cam tak membazir jer. Sbb biasa every year tiap kali dinner mesti nak beli baju, pastu baju tu sekali jer pakainya. Tambah lagi this year takde theme cam yg lepas2, so bebas lah nak pakai baju apa pun..




Cantikkan lampu2 nie?


Tuesday, August 12, 2008

Benci Sangat

Aku bukan kerja untuk jadi pengawas dalam office ni. Nak monitor mana staff datang lambat, MIA ke aper... aku tak suka lah.. BENCI...

Buat kerja salah, tak buat kerja lagi salah...


Update: Everything dah settled. No worries... entry ni aku tak tuju kat sape pun (betul!)... cuma luahan perasaan aku jer (on the spot nye luahan).. takde unsur nak marah or dendam ngan org :) peace

Saturday, August 9, 2008

Wakenabeb

Malam semalam. Kat rumah. Asben aku online. Aku cam biasa mesti nak nyibuk. Padahal kalau dia tak bukak laptop takde pulak aku nyibuk nak memblog. Saje nak berebut.

Ntah nape, cursor time tu cam harem jer.. payah nak bergerak (aku pakai jari tak pakai mouse) aku nak point ke atas dia lari ke bawah. Aku nak ke kanan dia ke kiri... ada pulak tu cursor lagi sikit jer nak sampai tempat yg nak tuju, tapi alih2 dia lari ke bawah pulak.... aku hangen lah.. aku bising kat asben aku. aku tuduh dia yg buat laptop tu jadi camtuh, jadi giler, cursor main lari2. Yelah lately ni asben aku jer selalu guna sbb selalu bawak balik kerja.

Aku dah give-up. Aku seluk beg laptop nak amik mouse. Mouse takde. Tanya asben. Dia kata mouse dia bawak ofis sbb mouse kat ofis dia dah gila.. Aku bengang lah, pesal lak nak bawak ofis, mintak tukar lain jelah. aku puk pek puk pek kata mouse aku kat ofis pun problem gak, takde lak aku nak bawak mouse kat rmh ni ke ofis... bla bla bla

Selepas 10 minit tak berjaya gak nak membuka blog, aku fed up & give up. Terus aku tonyoh2 laptop, tunjuk protes. Pastu terus kata "dahlah malas nak guna, nanti gi repair". Aku terus nak kuar bilik. Asben tetiba mintak maaf.. ... sebab ape?

Rupa2nya dia yg main2 kan aku. Aku tak perasan rupanya mouse ada kat asben aku. Dia sorok2 bawah bantal. Patutlah cam payah benar aku nak gerakkan cursor tu. Sengaja jer dia wat cam tu sbb balas dendam aku selalu nyibuk nak guna time dia nak gunakan. Ampeh..

Friday, August 8, 2008

Eh, Dapat Award?

Terima kasih kat Ellyn yg bermurah hati kerana bagi aku award ini. This is first my award lah sepanjang menjadi blogger yg suam2 kuku nie..hehehe..



Kreatif Blogger? takdelah kreatif mana nye pun.. ala2 ajer.. just for fun.. thank u yer ellyn, ingat awak kat kita.. Bila dah dapat ni aku takleh lah nak tamak sorang2 kan.. harus dikongsikan bersama blogger2 yg lain pula. Aku dengan ini menganugerahkan anugerah kreatif ini kepada:

1) Pn. Tini (dia ni dalam pantang tau, tapi blog sentiasa berupdate okey)

2) Peej

3) Green Apple

4) Cida

5) Mama Aqilah

Sebenarnya ada lagi aku nak kasi tapi since dia kata 5 jer, aku terpaksa letak 5 jer, aku kan patuh orgnya...

pastuh org yg dah dpt award ni pulak kena:-

a) the winner may put the logo on his/her blog
b) put a link to the person you got the award from
c) nominate 5 blogs
d) put links to the blogs
e) leave a message for your nominees

Wednesday, August 6, 2008

Tak Abis Lagi Daa..

Hari Keempat (26 Julai)

Jangan marah yer citer Sabah tak abis lagi...

Hari ni merupakan last day kami. Rasa cam tak cukup tau.. Rasa cam byk tempat lagi yg nak dilawat.

Pagi, kiterang breakfast kat KingFisher lagi, pastu aktiviti bebas sebelum check out kul 12.30pm. Pas b'fast aku ngan asben jalan2 seluruh resort, bergambar, yelah hari2 sebelum tu tak sempat pun, asyik kuar ajer.


Di persekitaran Nexus Resort, Karambunai

More pics


Bersantai-santai sebelum pulang
Sungguh tenang & mendamaikan.. tapi bila fikir nak balik dah terus tak tenang sbb terfikir kerja...




Lagi... di Nexus
Apasal hanya kami je dalam gambar? mana best fren? lar.. rupa2 nye...

Boleh member sambung tido balik pas b'fast. Yg asben aku tu pulak wat chicken dance ke apa tuh?
Dalam kul 12.30pm kiterang pun check-out.. rasa berat jer hati nak tinggalkan Nexus Resort Karambunai... tapi apakan daya.. kami kena balik jugak... kerana tugas. yelah sgt tu kan..
Sebelum pulang harus bergambar di sini. Tak tau nape, walaupun tulisan dia tu ala2 tak nampak..
Sebelum & semasa check-out
Oh ya fligth kami hari tu malam kul 8.05pm. So, sementara menunggu malam, kiterang jalan2 lagi kat sekitar Pasar Philipines, untuk shopping ke sekian kalinya. Kali ni borong barang kering cam ikan masin, ikan bilis, udang kering, sotong kering, Kopi Tenom dan dll lagi.


Pasar kering.. aku rasa aku leh lah jadi model ikan masin..huhu
Nilah tokeh kopi tenom yg kiterang beli tu.. Ah Huat kopi tak salah aku nama kedai dia nie..

Sebenarnya kiterang plan lepas shopping nak ke Monsopiad Culture Village, sbb masa thn lepas aku tak sempat nak ke sana pun, ingat tahun ni nak lah kesana, tapi memandangkan kiterang pun dah agak letih plus nak ke sana pun kiterang tak berapa pasti jalannya, & takut ketinggalan flight, kiterang pun batalkan sahaja planning itu.


Kalau ke Sabah tak sah jika tak pergi ke sini

Sudahnya kiterang lepak kat shopping complex kat KK tu... Sebelum tu makan kat The Chicken Rice Shop. Memang cukuplah hari2 kat sana fast food jelah yg kiterang telan dari hari pertama hingga hari last; McD, KFC & The Chicken Rice Shop...


Lama kiterang lepak kat chicken rice shop, nak lengahkan masa. Bila dah lama sgt masing2 pun jadi cam sengal lah..
Lepas siap shopping sumer, we all balik ke branch ofis.. berehat-rehat kat sana, tak larat dah nak berjalan, 4 hari kat sana penuh ngan aktiviti.. dalam kul 7ptg we all siap sedia untuk ke airport, tuan punya kereta menghantar kami ke airport. Nasib baik waktu balik pun flight on time; depart 8.05pm & touched down KL before 10.30pm.
Us. Planned for a next trip together.. where? don't know yet

Aku sebenarnya frust sktlah tak dapat gi Monsopiad tu, sbb kalau dapat pergi tu, kira aku leh cover lah sumer tempat menarik kat Sabah tu. Last year aku sempat ke Kinabalu Park, Kundasang, Gaya Street, Jambatan Tamparuli bla bla bla, aku pun dah lupa apa tempat2 nya, this year dapat ke Pulau Manukan & Mamutik dan Tip of Borneo. Kalau dapat ke puncak Kinabalu lagi syiok woo... Sabah telah ku tawan... Tengoklah tahun2 depan lak panjat gunung kinabalu lak ke..

The most memorable moment indeed.. Thanks darling :)
Akhir kata, jom melawat Sabah. Aku rasa aku suka Sabah. Tak jemu untuk dilawati...
p/s: Selesai sudah kisah percutian. Lama dah aku draft, aku draft byk2 sekali. Cuma aku publishkan sikit2 utk mengelakkan korang muak.. pastu gambar giler byk lak tu, lagilah korang muak...tapi aku suka jer.. blog aku kan..

Terkena Lagi

Aku ada a few tags yg settle lagi, sori lah yer korang bkn tak sudi, tapi belum ada masa yg sesuai, nak wat tag ni bkn senang tau... so kali ni aku langsaikan hutang tag aku satu persatu yer.. this time tag dari cik cempaka nie.. yg lain2 nye tag nanti2 dulu yer.. sori lambat sket..

Google Tag FTW: Go to Google and search the phrase. Please include the double quotation marks “…” Tag friends. Please use your REAL 1st name. Use the first thing that comes up that makes sense.

Q: Type in “[your name] needs” in the Google search: “Deqna needs”
A: “Deqna needs IT Resource Centre Forum"
Perlu ker??

Q: Type in “[your name] looks like” in Google search: “Deqna looks like”
A: “Deqna looks like Herb's DEC, DG & other equipment"
Kesian cam equipment rupanya aku … saba jelah..

Q: Type in “[your name] says” in Google search: “Deqna says”
A: “Deqna says ‘Tip bertemu mertua’”.
Amboi cam tau2 jer aku ngan MIL cam ok2 gituh..

Q: Type in “[your name] wants” in Google search: “Deqna wants”
A: “ Deqna wants Ethernet Interface”
Pekebendanya nie?

Q: Type in “[your name] does” in Google search: “Derna does”
A: “Derna does the dance of desire”
Ermmm

Q: Type in “[your name] hates” in Google search: “Deqna hates”
A: “Deqna Hates the cries and the pains
Sumer org tak suka kan??

Q: Type in “[your name] asks” in Google search: “Deqna asks”
A: “Deqna asks the wizard”
for what!!?

Q: Type in “[your name] likes ” in Google search: “Deqna likes”
A: “Deqna likes to add as your friend"
Kawan ngan kita yer???

Q: Type in “[your name] eats ” in Google search: “Deqna eats”
A: “Deqna eat or have fun”
Makan memang kurang, berseronok nak lebih

Q: Type in “[your name] wears ” in Google search: “Deqna wears"
A: “Deqna wears my new shoes”
Ha’ah kasut baru lah nie, baru beli 2 minggu lepas

Q: Type in “[your name] was arrested for” in Google Search: “Deqna was arrested for”
A: "Deqna was arrested for anything before”
uuh masak aku..

Q: Persons Deqna wanna tag; (not from Google)
A: All the names at the right side of my blog.. boleh? Boleh lah yer…
sape buat gitau aku

Sunday, August 3, 2008

The Tip of Borneo

Kan hari tu aku ada citer yg kiterang ke Kudat kan. Apa ada kat situ? Aku suka sgt sbb aku dah menjejakkan kaki ke Tip of Borneo a. k. a Simpang Mengayau. Inilah dia hujung Borneo ye kawan2.

Bukti menunjukkan kami sudah sampai ke sana


Sgtlah jauh tempat itu (215 km dari bandar KK), dan sgtlah sunyi sepi tempat itu. Tetapi ia amat berbaloi sekali dengan pemandangan yg amat cantik sekali. Simpang Mengayau ni adalah salah satu tempat yg tercantik di Sabah.



Sepanjang perjalanan ke Simpang Mengayau, tak sangka ia sejauh itu..


Tetapi kedatangan kami disambut dengan pemandangan yg amat cantik.. perjalanan jauh yg berbaloi

Di sinilah tempat pertemuan Laut Cina Selatan dengan Laut Sulu. Aku memang terpegun dengan keindahan ciptaanNya. Dapat diperhatikan Laut Cina Selatan bergelora & Laut Sulu tenang sahaja..
Gambar yg atas sekali, dibelakang asben aku tu ialah Laut Cina Selatan dan di bwh pulak ialah Laut Sulu

Kiterang sampai sana dah tengahari, matahari pun dah terpacak atas kepala, panas jgn nak katalah, memang terik, tapi bila terpandangkan pemandangan yg indah tu, panas pun tak terasa, lagipun keadaan berangin, tapi memang terik betul,

Kerut di muka aku yg menunjukkan panas yg melampau ok.. oh ya kalau korang nak tau tempat ini betul2 terletak di hujung peta negeri Sabah yg kat bahagian yg macam tanduk tu..
Dari jarak jauh. Gigih kami berjalan kaki ke hujung itu di bawah terik mentari. Kereta hanya boleh masuk setakat gambar ini diambil sahaja..

Kalau nak gi sana sepatutnya pagi2 masa matahari nak naik or masa matahari nak terbenam, view memang cantik giler.. time tu org memang ramai, tapi time matahari mencanak nie hanya kami berempat sahaja berada di situ. Tapi ada kami kisah, alang2 dah sampai biar sampai hitam legam.

Indah sungguh panorama..
Gambar yg aku rasakan agak unik sekali.. kalau korang perasan kat atas belah kanan tu, aku ada buat arrow kecik tu, ialah gambar pepatung.. boleh aku tersnap tu.. terror tak aku?
Sejuk mata memandang.. tapi bahang dirasakan..
Peluang takkan dilepaskan, haruslah bergambar sakan
Cantik tak? Laut & awan yg membiru..
Like this pica
So, kengkawan kalau ke Sabah jgn lupa singgah ke Tip of Borneo / Penghujung Borneo / Simpang Mengayau... Kalau korang sukakan keindahanlah... kalau tak pergi pun takpe, at least aku dah share ngan korang...

I am Not Single

Bkn citer pasal aku tapi citer movie yg aku baru tgk last friday nite.

Oklah citer tu, lawak dan ada sedikit unsur sx yg tak terlampau di situ. Asben aku yg amat susah untuk diajak tgk citer melayu pun boleh gelak & suka lah dgn citer tu.. Tapi suka ada makna tu, dia suka tengok heroin citer tu. Ala bininye si farid kamil dalam citer tu, aku tak tau nama pelakon tu.

Kiterang pergi berempat. Sebenarnya member aku yg mengajak tgk citer tu. Aku roger jer. Yg bagusnya kiterang sampai 10 minit lmbt & u know what cuma 10 org jer ada dalam panggung tu. Kiranya 5 pasangan lah.

Tapi kiterang bukan hanya menumpukan cerita itu sahaja tapi kami juga terganggu dengan aksi pasangan dalam panggung yg sgt menjolok mata.. cait..

Since kiterang masuk pun dah lewat, citer pun dah start & masuk2 pun tgk tempat byk kosong, so kiterang just main duduk jelah kat row yg paling atas sekali tak ikut nombor pun..

Kat row atas sekali tu ada sepasang gf/bf ker laki bini kurang periksa lah pulak kami nie.. aku tau mesti derang bengang jer masa kiterang duk hampir sebelah derang sbb mengganggu privasi derang..

Yelah kiterang ada kat sebelah pun leh tahan ganasnye mereka apatah lagi kalau kami tak duk di situ..

Kesimpulannya citer tu oklah, aku kan suka tgk citer yg ringan2 cam ni, tak perlu nak fikir2 yg penting ada unsur lawak..

p/s: Nampak sopan tapi....

Friday, August 1, 2008

Aktiviti Seterusnya

Hari ketiga (25 Julai)

Hari ni plan nak bangkit awal sebab nak jalan jauh. Tetapi apakan daya kami terlajak bangun. Siap cpt2 pastu gi breakfast kat Kingfisher Restaurant pulak, makanan kat situ ok sikitlah compared to The Penyu, sbb kat sini ada makanan melayu sikit spt nasi lemak, kuew tiau goreng dll.

Makan pun cepat2 jer kata nak jalan jauh kan. Pas makan gi ke kereta & check dulu keadaan kete. Memanglah tuan kete tu tak check dulu kondisi kereta tu, nasib baik laki2 kami ni berhemah nak check dulu kete, ada ke patut kete tu minyak hitam betul di bawah paras low. Kalau nak citer pasal kete ni memanglah hangen, dah lah sebelum tu, masa mula2 dapat kete masa drive terasa bergoyang-goyang jer kete, rupanya tayar ada prob. tu pun seb baik kiterang inform kat owner pastu owner bawak workshop kasi tukar tayar. Dah2 aku bkn nak citer pasal kete, tu pun seb baik ada kete, klu tak camne kiterang nak jalan2.


Berhenti kat Petrol pump dulu check minyak engine.. seb baik check kalau tak, tak taulah apa jadi



Back to the story, masa nak start perjalanan aku terperasan gelang yg aku dapat free dari akak yg jual gelang semalam tu dah hilang, dah satu keje aku patah balik ke tempat makan tu, nak cari balik, ikutkan malas nak cari kata free kan, tapi asben suh cari, aku carilah. Tapi tak jumpa. Takpelah.



Tinggal kenangan jer gelang yg aku pakai ni, tak tau mana cicirnya.. tapi aku dah dpt penggantinya..


Perjalanan yg sepatutnya bergerak kul 8.00am telah bertukar ke 9 lebih. Dahlah perjalanan ke situ mengambik masa selama 2 jam lebih... Nak tau kiterang ke mana? Kami nak ke Kudat. Jarak Kudat dari Bandar KK adalah lebih kurang 215 km dari bandar KK. Lebih kurang nak ke Melaka rasanya. Tapi jalan nya idaklah sama sbb bkn ada highway pun kat sana plus ngan adanya jalan yg tak berturap lagi. So, sedikit mencabar di situ...

Apa ada di sana? Apa yg specialnya di sana? Apa tempat yg kiterang pergi tu? Tunggu... next entry yea.. aku akan buat entry khas pasal tempat nie. Very very nice place to go... (pics wait to next special entry pls)


Gambar sepanjang perjalanan ke tempat itu..berlatar belakangkan Gunung Kinabalu


Dari Kudat, kami terus ke Tuaran. Since kawan baik nak sgt gi jumpa buaya, so kiterang pun singgahlah ke Taman Buaya Tuaran. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa. Mula2 masuk tempat tu rasa cam tak menarik jer. Visitor pun tak ramai time tu,yelah hari bekerja kan, what can u expect, so adalah berapa kerat manusia kat dalam taman tu.

Bila dah masuk dalam tu cam ok pulak, takdelah boring pun. Mula gi rumah buluh & rumah panjang. Posing2 kat situ.

Kami di rumah buluh..


Ni kat rumah panjang pulak.. siap kiterang menari-menari kat atas tu..


Time kat situlah malang tak berbau, asben aku kena sengat ngan ntah aku pun tak tau apa nama natang tu, but according to budak yg kerja kat situ nama natang tu penyengat. Sian asben aku kena sengat 2 kali satu kat kaki, satu kat pinggang. Rasa bersalah jer aku dah lah time tu dia tengah nak amik gambar aku, tiba2 jer dia campak kamera kat tanah, rupanya dia kena sengat, dia panik, dia ingat dia kena serang tebuan cam dulu (ala citer kat redang tu, kan kiterang kena serang tebuan). Nasib baik tak apa2. Risau aku.

Masa amik gambar aku ni lah dia kena sengat... gambar kecik tu bukti dia kena sengat.. sian laki aku..

Kat Taman Buaya tu memang ada byk buaya. Difahamkan satu kolam tu menempatkan 600 ekor buaya. Woo gayat tul tgk buaya2 yg besar giler & pelahap tu. Terfikir gak aku kalau lah terjatuh kat dlm kolam tu sure lah tak dapat selamatkan diri, mana taknya mulut2 buaya tu sumer dah siap nganga2 dah kat bawah tu... isy seriau aku.

Aku takmo letak gambar buaya ni byk2 kat blog aku.. tak syukerr.. derang buas

Selain buaya, kat taman tu ada gaklah haiwan2 lain seperti ostrich, kura2, kancil, burung merak, Ular besar, ikan arapaima dan byk lagi..



Tgk asben aku bertindak kejam cekit leher ostrich tu sbb dia patuk tangan asben aku masa bagi makan. & tgk gambar kura2 tu. Aku berjaya amik gambar derang tengah bercium. Lama weh.. tanpa segan silu..


Oklah tempat tu... worth it lah ngan RM10 tu, cuma kiterang terlepas cultural show sbb terlewat sampai.

Lepak kat Taman Buaya tu sampai taman tutup kul 5.30pm, kiterang lah visitor paling akhir yg kuar dari taman tu.

Dari Taman Buaya Tuaran, kiterang terus pergi ke Tanjung Aru. Lebih kurang cam Teluk Cempedak or PD lah tempat dia. Tengok sun set kat sana. Kalau ikutkan cantik lagi beach kat tempat kiterang tinggal, cuma aku beria nak kesana sbb nak beli jeruk jambu batu yg dijual di sana. Sedap woo. Jeruk2 kat sana tak sama cam jeruk penang.


Dating2 kat tepi pantai..

Lepas borong jeruk, singgap makan kat gerai2 kat situ. Makan nasi goreng jer. Laki si Watie tu cerewet sikit pasal makan. Dia tak makan kat situ, dia tgk jer kiterang makan.



Gerai2 kat Pantai Tanjung Aru



Sebelum pulang ke hotel, kiterang singgah jap kat kuarters branch office aku nie. Nak jumpa kenalan di situ. Yelah, dah alang2 sampai sana haruslah kita melawat mana2 yg kita kenal kan.. lagipun derang layan kiterang dah mcm sedara. Jumpa ngan family kak Mah & Kak Ana. Derang bengang jer sbb kiterang datang tak bagi tau, bukan tak nak bagi tau, sbb tak nak nyusahkan sbb jenis derang ni, kalau datang rumah harus derang masak sedap2 jamu kiterang. Takpelah len kali ada rezeki kami datang yer...

Ingatkan pastu boleh terus balik, sekali Kak Mah bawak kiterang ke Pasar Malam pulak. Bkn pasar malam biasa ok. Pasar malam tu penuh ngan jualan gelang2, batu2 dan segala perhiasan lah...Pasar tu terletak dekat ngan Hotel Meridien.

Dah penat shopping barulah kami balik ke hotel. Mandi2 terus babam....