Saturday, August 9, 2008

Wakenabeb

Malam semalam. Kat rumah. Asben aku online. Aku cam biasa mesti nak nyibuk. Padahal kalau dia tak bukak laptop takde pulak aku nyibuk nak memblog. Saje nak berebut.

Ntah nape, cursor time tu cam harem jer.. payah nak bergerak (aku pakai jari tak pakai mouse) aku nak point ke atas dia lari ke bawah. Aku nak ke kanan dia ke kiri... ada pulak tu cursor lagi sikit jer nak sampai tempat yg nak tuju, tapi alih2 dia lari ke bawah pulak.... aku hangen lah.. aku bising kat asben aku. aku tuduh dia yg buat laptop tu jadi camtuh, jadi giler, cursor main lari2. Yelah lately ni asben aku jer selalu guna sbb selalu bawak balik kerja.

Aku dah give-up. Aku seluk beg laptop nak amik mouse. Mouse takde. Tanya asben. Dia kata mouse dia bawak ofis sbb mouse kat ofis dia dah gila.. Aku bengang lah, pesal lak nak bawak ofis, mintak tukar lain jelah. aku puk pek puk pek kata mouse aku kat ofis pun problem gak, takde lak aku nak bawak mouse kat rmh ni ke ofis... bla bla bla

Selepas 10 minit tak berjaya gak nak membuka blog, aku fed up & give up. Terus aku tonyoh2 laptop, tunjuk protes. Pastu terus kata "dahlah malas nak guna, nanti gi repair". Aku terus nak kuar bilik. Asben tetiba mintak maaf.. ... sebab ape?

Rupa2nya dia yg main2 kan aku. Aku tak perasan rupanya mouse ada kat asben aku. Dia sorok2 bawah bantal. Patutlah cam payah benar aku nak gerakkan cursor tu. Sengaja jer dia wat cam tu sbb balas dendam aku selalu nyibuk nak guna time dia nak gunakan. Ampeh..

4 comments:

Hasra_Razali said...

Wakakaka...mmg terkena beb...

shafa said...

errrkkk...mmg wakenabeb ler..
takpun bang..bang...boom....

biskutrajin said...

saye stuju ngn shafa....bang2 boom..hehehe

Deqna said...

hasrarazali - saya ni memang asyik terkena jer tau ngan en. asben itu..

shafa - hahaha bang bang boom....

biskutrajin - alamak nanti org hutan muncul la pulak.. takooot..