Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Awards

Ada gak yg masih sudi menganugerahkan blog award kat aku nie. Terima kasih yer pada yg telah memberikan. For info. award2 yg aku terima akan aku terus letakkan kat belah kanan blog aku nie.. scroll ke bawah sikit. Mulai hari ni, sape2 yg kasi award kat aku letakkan sekali link blog org tu kat award tuh.

Once again, terima kasih yer.

Friday, August 7, 2009

Sape Yang Kena?

Mula2 haruslah aku yg terkena dengan tag ini. Pastu aku nak mengenakan org lain pulak.. Aku dikenakan oleh si dia ini.

AKU GEMBIRA bila:

1- Hari ni hari Jumaat. Lalalala.. Senyum jer. Sebab? Ala paham2 jelah. Malam tadi kan malam Jemaat.. Eh yg korang senyum sekali nape? Aku senyum2 sbb sonok esok dah nak Sabtu daaa. Yeaa cutiii....

2- mendengar khabar2 angin yg mengatakan kami bakal mendapat... tuuuuttt.. Backdated pulak tu, tapi oleh kerana benda ni tak confim lagi aku tak leh gitau, kerana tidak ingin menambahkan lagi khabar angin tersebut. Khabar angin2 pun takpelah.. tapi kalau takde angin masakan pokok bergoyang kan? tapi boleh jadi jugak kalau ada org yg goncang pokok tu..Tapi tak kisahlah janji pokok tu bergoyang kan. Ni apa citer pokok pulak dah??


3-Lagi satu of course aku sedang happy sekarang ni sbb baru je balik dari bercuti2 kan..So mood gembira tu masih ada lagi lah.

Copy award untuk diletakkan di blog anda




Ok akan ditepekkan di sebelah kanan blog ini. Terima kasih kerana menganugerahkan award ini kepada saya yer..

Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Alamak ni terpaksa wat homework dulu lah, yelah kenal melalui blog jer kan mana nak tau sgt kan, takkan nak main taram jer..

Tapi aku berjaya jugak mengumpulkan fakta2 tentang permberi award. Ini adalah fakta yer bukan auta..hehe

  1. Merupakan seorang isteri dan seorang ibu

  2. Ada sepasang cahayamata dan bakal mendapat seorang lagi awal tahun depan

  3. Merupakan seorang yg suka membaca, sampaikan kertas pembalut nasi lemak pun dia baca jugak. Blog aku pun dia suka baca gak. Hehe. Tq.

  4. Seorang yg happy2. tu sbb nama blog dia pun happyirfa.blogspot.com

  5. Seorang yg suka gak melayan jiwang sambil mendengar Sinar FM

  6. Juga suka melancong. Yang terbaru ni, baru balik dari New Zealand, bercuti satu keluarga kat sana. Sonok betul…


Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
Sudah.. cam biodata pulak nak tau fakta/hobi diri sendiri pulak.. takpe senang jer..

  1. Aku suka berblog. Aku suka menulis. Aku tulis apa saje yg aku rasa nak tulis. Tapi aku malu bila dapat tau org baca blog aku. Camne tu yer?

  2. Camne aku leh dapat hobi blogging nie? Mulanya dari aku suka baca blog2 kawan yg dikenali dan tidak dikenali, pastu aku terfikir why not aku pun create satu blog..masa tu aku bukan reti sgt pun, tapi buat sendiri jer.. pada masa yg sama, tanya org gak, tapi konon2 tanya bagi pihak kawan, tapi padahal aku yg nak tau pun..

  3. Ada org kata aku ni nampak serius dan sombong (ni org2 tempat kerja aku cakaplah), tapi dalam blog nampak cam kelakar jer. Nampak cam friendly jer. Tapi sebenarnya, apa yg dalam blog tu cam tulah aku yg sebenarnya. Aku tak sombonglah woi. Henti2kan lah ckp aku sombong yer. Mungkin sbb kat tempat kerja korang jarang nampak aku berhuha2 dengan kawan2 kan.. yelah kawan2 aku byknya dari luar, tak sama kerja pun. So, aku hanya berhuha di luar, bukan di tempat kerja.

  4. Aku ni boleh gaklah dikategorikan sebagai seorang yg sensitif, cpt jer nak nangis.. ni laki aku taulah.. org lain tak tau sbb aku dpn org lain, aku nangis dalam hati jer. Dpn laki sendiri aku tak leh nak control2 dah, aku biar jer meleleh air mata nie..

  5. Aku ni jenis seorang yg suka worry tak bertempat. Selalu fikir yg negatif jer. Sekarang ni aku tgh membaca buku “The Power of Positive Thinking” utk mengimprovekan diri sendiri. Selain tu, aku jugak sekarang ni sedang menghabiskan satu buku hasil penulisan Ustaz Ismail Kamus yg berjudul “Indahnya Hidup Bersyariat”. Sebelum tido kena baca buku dulu.

  6. Aku ngan suami jarang bergaduh. Gaduh2 manja tu adalah. Alah sajer cari pasal. Kalau tak gaduh tak thrill lah kan. Tapi tak amik masa panjang pun. Tapi bila aku gaduh2 aku suka tunjuk protes dengan tutup pintu kuat2, hentak itu, hentak ini, pastu suka bebel. Tapi masalahnya laki aku ni jarang melawan, dia cool jerk, tu yg membuatkan kita sakit hati. Tapi yg sebenarnya itu yg bagus pun, kalau dua2 melawan, sampai bila nak baik kan?

  7. Aku seorang yg tak pandai nyanyi. Kalau aku nyanyi org akan tanya “lagu apa ko nyanyi tu?’ memang lari tempo segala..

  8. Aku tak leh kena habuk, kalau kena habuk alamatnya sampai ke sudah lah aku bersin tak henti. Tu pasal lah bab2 mengclear habuk di rmh di ambil alih si suami.

  9. Apa lagi yer?? Adoi byk nyer nak kena jawab nie... apa lagi yer fakta mengenai aku ni yer.. cukup jelah 8 yer..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

  1. Neena – kawan yg sekepala ngan aku, dan sesungguhnya terdapat byk persamaan antara kami. Lagi satu sajer nak tag dia, sbb rasanya dia tak pernah lagi wat tag2 nie. “Fren, kalau ko tak buat aku merajuk nanti”.

  2. Ryn – seorang mummy muda yg sgt selamba dan boleh dikategorikan seorang yg kuat.

  3. Purplelicous Love – Dia ni sebenarnya member aku nyer kawan. Tapi tetiba kami terjumpa di blog. Juga baru mendirikan rmh tangga bersama dengan En. Shukri.

  4. nasaoji – Memang suka dia nie, rajin tinggalkan komen kat blog. Tak kisah lah blog sape pun. Dia memang layak memenangi award.

  5. MamaQaseh – Seorang ibu yg penyayang…Pernah try resipi ikan sumbat aku…

Aku nak tag 5 org je.. boleh? Korang2 yg lain tunggu turn korang len kali yer…Actually ada lagi soalan2 lain dalam tag ni, tapi rasanya soalan2 tu aku dah buat..so, aku skip ajer...

Friday, August 22, 2008

Award & Tags

Firstly aku nak letak dulu award yg diberikan oleh blogger ini. Thank u kak... wah rezeki dtg mencurah-curah :). Pasni kalau ada award lagi (perasan ada org nak kasi) akan aku terus letak kat tepi blog nie....

Weekend nie aku nak siapkan segala tag2 yg telah diberikan oleh korang2 sumer.. Yelah takkan lah award nak amik, tag tak nak wat lak kan.... keji lah tu kan..

So kepada yg pernah tag aku, pls check it out ok.....

p/s: kasilah aku rehat wat tag...pleaseeeeee...

Dapat Lagi


Thank you to Mama Syira yg sudi berkongsi award ini bersama-sama aku... nak kata daily tu, taklah sgt.. kadang ada gak ter'miss'. Ikut mood dah....

Dengan ini aku ngan kedekutnya tak nak share ngan sesapa pun. Takdelah.. takde maknenya aku nak kedekut pun, bkn leh rugi pun... cuma aku rasa most of the bloggers dah dpt award nie..aku jer yg terlambat sikit...

Nanti akan aku letakkan sumer award yg aku dapat ni kat tepi blog nie.. cam blogger2 lain buat, aku nak gaklah kan... Ni aku nak collect byk2 dulu.. ada lagi tak nak kasi kat aku? kalau dah kasi tu jgn lupa inpom aku tau, kengkadang tu aku tak sempat nak bukak blog satu2.. nanti korang kata aku tak sudi laks...

Wednesday, August 20, 2008

Anugerah Demi Anugerah

Sekarang ni bukan sahaja musim buah, tapi musim award gak tau...

Yihaa... dapat award lagi, inilah pencetus semangat utk aku update kembali blog aku yg telah sekian lama ditinggalkan sepi. Bukan tak nak update, tapi aku tak berkesempatan lah... sori ye to u all yg masuk tapi tgk bende yg sama jer kan.. apapun terima kasih sbb sudi menyinggah kat blog aku yg tak seberapa ni. Terima kasih daun keladi, rajin2 lah masuk lagi... :)

Orait, award ni telah diberikan oleh kak Zakiah Anaz (bkn nama sebenar) kita nie. Thanks yer kak sbb bermurah hati menganugerahkan saya love award nie.. i love u lah kak..


Penerangan mengenai award ini:
This award is for those bloggers who are nice people; good blog friends and those who inspire good feelings and inspiration also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award.

Aku nak anugerahkan award ni kat sape plak yer??? bab ni yg lomah sekali ni.. 1st of all korang jgn lah sentap pulak kalau nama korang tak tersenarai dalam pencalonan award nie, InsyaAllah sumer org dapat, cuma suka aku lah kan nak kasi sape2... jangan marah ok.. Ala this is just like a game, bkn dapat 300 ribu pun..
"Pemenang2 bagi Love Award ini adalah"

13 May
aD
adeq
Aku Bukan Bidadari
andrea
Azzam Supardi
Biskut Rajin
Bonda Rock
Ceera
Cempaka
Cida
crazybeautiful88
EJ (nak gak kasi walaupun this award was from u)
Ellyn
Erin
Erni
Godgift
Green Apple
Hasrarazali
iLa
Ilya
KMGift
Mak Merah
Mama Aqilah
Mama Naufal
Mama Syira
Mummysya
Muzzarfar
Mya
Nasazfrog
Ninironna
Noy
Palotakaku
Peej
Puteri Comel
Ray
Ret
Ryn
Shafa
Tarantula Merah
tepikaenaku
Tini
Tipah
VP
Wa
Wan
zbelleza

Aku rasa aku bermurah hati lah nak kasi kat semua, sbb aku syg korang sumer... amacam? kepada yg tak tersenarai cuba lagi di tahun akan datang... :) korang yg dapat ni terpulang kat korang, kalau nak kasi kat org lain kasilah, kalau tak kasi pun takpe... but pls remember pepatah melayu ini "sharing is caring" muahaha... bye..

Friday, August 8, 2008

Eh, Dapat Award?

Terima kasih kat Ellyn yg bermurah hati kerana bagi aku award ini. This is first my award lah sepanjang menjadi blogger yg suam2 kuku nie..hehehe..



Kreatif Blogger? takdelah kreatif mana nye pun.. ala2 ajer.. just for fun.. thank u yer ellyn, ingat awak kat kita.. Bila dah dapat ni aku takleh lah nak tamak sorang2 kan.. harus dikongsikan bersama blogger2 yg lain pula. Aku dengan ini menganugerahkan anugerah kreatif ini kepada:

1) Pn. Tini (dia ni dalam pantang tau, tapi blog sentiasa berupdate okey)

2) Peej

3) Green Apple

4) Cida

5) Mama Aqilah

Sebenarnya ada lagi aku nak kasi tapi since dia kata 5 jer, aku terpaksa letak 5 jer, aku kan patuh orgnya...

pastuh org yg dah dpt award ni pulak kena:-

a) the winner may put the logo on his/her blog
b) put a link to the person you got the award from
c) nominate 5 blogs
d) put links to the blogs
e) leave a message for your nominees