Wednesday, September 7, 2011

Nyaris-Nyaris Beraya di Hospital

Selamat Hari Raya Sumer. Masih lagi dalam mood raya kan... ater raya sebulan katanya... Alhamdulillah syukur kerana diberikan peluang utk menghabiskan Ramadhan dan bertemu dengan bulan Syawal pula.

Tak nak mengeluh, kata tahun ni raya tak meriah ke apa, yg pasti hari raya adalah hari kemenangan bagi kita umat islam setelah sebulan berpuasa. Syukur kerana atas ujian2 yg diberikan membuatkan kita tidak lalai dan leka, malah lebih bermuhasabah diri. InsyaAllah.

Tiga hari sebelum hari raya, Marissa tak berapa sihat. Mula2 dia muntah2 pastu diikuti cirit-birit pulak. Aku saspek makanan yg dibeli dari Pasar Ramadhan. Dua hari beturut2 time buka puasa dia muntah atas riba aku. Muntah bukan stok sikit2... muntah sampai eiii... tak tau lah nak cakap... minum muntah, makan muntah. Marissa memang tak pernah cam gini. Bawak gi jumpa Paed, dia kata kalau tak ok lagi nanti terus bawak ke hospital, takut nanti kurang air. Tapi pada masa yg sama kena kasi gak anak minum, tak kisahlah dia kuar balik yg penting kena minum jugak. Alhamdulillah Marissa dia minum susu cam biasa gak.

Malam raya, org tengah sibuk wat persiapan raya, aku merisaukan nasib si anak, yg masih belum baik2 lagi. Masa buka puasa hari terakhir Ramadhan, Marissa muntah lagi, diikuti dengan cirit. Tanpa fikir panjang, terus bawak gi hospital. Pergi gi Putra Medical Centre, tapi boleh pulak hospital tu tutup 5 hari, terus ke Hospital Sg. Buloh. First time, berurusan dengan hospital kerajaan. Dengan hanya bayaran sebanyak RM1 kami sgt berpuas2 hati dengan perkhidmatan yg diberikan. Sungguh jauh tanggapanku mengenai hospital kerajaan. Boleh aku samakan atau mungkin lebih baik daripada hospital swasta.

Sampai hospital terus pergi ke Unit kecemasan, sebab hari dah malam kan. Aku pun dah stanbai dah beg baju sumer, kot lah Marissa kena admit ker.. so aku memang dah ready tuk beraya di hospital. Masa tu takde apa yg paling penting selain kesihatan anak.

Tunggu nak jumpa doktor pun tak lama. Sumer cpt, effisyen lah serba serbi. Doktor pun cek lah Marissa, Marissa takde demam, heart beat, bp dia sumer ok. Cumanya yelah dia muntah2 dah berak2. Doktor pun cakap Marissa pun ok jer aktif. Tak perlu nak kena tahan, sbb Marissa leh minum cam biasa. Melainkan kalau Marissa refuse nak minum memang kena tahan lah kena masuk air. Doktor kata kalau budak2 camni kena cirit ke apa just make sure dorang minum. Tak kisah lah air apa pun. Sbb kalau duk spital pun, dorang bkn kasi ubat pun, just masukkan air jer.

Alhamdulillah lega di situ. Maka tidaklah beraya di hospital. Tapi walaubagaimanapun, kesian anak saya
kerana tidak sihat di hari raya.  Tapi Marissa memang seorang anak yg kuat. Just like her mama. Walaupun tak sihat takde lah dia menangis... dia tahan jer...

Ni ada sikit gambar budak tecik ni yg kuyu jer mata dia....tapi layankan jugak lah bila org nak amik gambar dia....

tido

takde mood

bukak mata pun tak larat

mujur ada si pink teddy

duit raya pun tak heran

Org cakap Marissa ni demam sbb beralih bulan, dia demam hari tu masa 28hb, genap umur dia 15 bulan. Ada org kata gak sbb nak pandai berjalan ke apa lah... tapi sampai lah nie idaklah pandai berjalan lagi... tapi kalau bercakap... fuh suara boleh tahan....

Nanti aku upload lagi cerita dan gambar raya.

5 comments:

Ibu Dhia Danial said...

Siannye Marissa.. Hari tu seminggu sebelom raye pon Dhia cirit birit.. Bermalam kt hospital 1 mlm n masuk air jugak.. Alhamdulillah lepas tu ok..
Yan x pernah g hospital swasta.. Sbb hospital kerajaan dah cukup terbaik bagi yan.. :)
Cpt sembuh ye Marissa!

Pepel BoNda AmaNi said...

sian marissa...nasib xkena admit kan.....kawan si marissa kat sini...dah superbbb hebat bab berjalan...tapi bercakap non hado..yang dia taw menjerit sampai sakit telinga bonda n dedi dia..

ummi nia said...

sama dgn dania anak sy..3 hari sblm raya dia cirit-birit + muntah-muntah..memula dia muntah dulu then esoknya start cirit birit..sy bg minum air kelapa muda bru xmuntah..sy xbwk jgk nia p kinik coz byk kinik tutup..sy pastikn nia minum susu & air jer byk2 coz takut kehilangan air dlm badan dia

mama-syira said...

siannya Marissa. semoga cepat baik

Selamat hari raya, Derna! bila balik ofis?

Softtouch [Hanim] said...

boleh plak putra tu tutup...xpernh jmpe hospital tutup bila raya..

sy ni Alhamdulillah setakat ni bila beruurusan ngan hospital gomen..mmg terbaiklah..

mmg musim cirit n muntah2 skrg ni..
Alhamdulillah lah xsmpai masuk wad..sian plak....

sorry lah marissa untie lmbat tau awk sakit...skrg ni marissa dah oklah kan?