Tuesday, June 19, 2012

Macam Tak Percaya Jer Tau...

Dinner kami yg special malam tadi.

 udang goreng, telur dadar, sambal sardin, sambal tempoyak beserta timun jepun

Kalau tgk dari menu ni biasa jer.. takde mende pun spesial nya kan??

Tapi pada aku adalah sgt2 special kerana ia disediakan oleh asben tercinta...wah seronoknya.. beginilah agaknya bila org lain yg masakkan utk kita...

Camni citernya, semalam asben punya off day. Maka dia dengan rela hati menjadi househubby yg serba boleh. Anak pun dia tak hantar kat rmh mak, memang dari pagi sampai petang Marissa dijaga oleh ayahnya. Aku tak expect lah dia nak wat keje2 lain tau, except mintak tolong sidaikan kain yg aku basuh malam sebelumnya.

Balik kerja semalm dia jemput aku, masa dalam kete dia tanya aku nak masak apa malam nie...aku pulak memang cam takde idea nak masak apa... yg ada dalam freezer udang dan ayam. Nak wat sambal tumis udang, cili yg dah siap blend takde pulak, nak masak baru nak blend memang tak lah.. letih lah...nak kupas bawang nak rendam cili segala... so fikir nak wat ayam masak lemak jer... senang pun senang..

Tapi elok jer melangkah masuk ke dalam rmh, cam ada bau masakan jer, takkan lah bau dari rmh sebelah begitu kuat kan.. tengok kat meja makan cam dah sesuatu yg terhidang ditutupi dengan tudung saji. Yang paling terkejut tu bila ada sambal tempoyak tuh... pandai gak en suami tumbuk cili pakai lesung batu.

Asben kata mula dia plan nak wat sambal tumis udang, tapi tengok2 dalam peti ais takde stok cili blended, terus tukar menu kepada udang goreng berbawang sajork. Pastu tengok ada sardin, dia pun masaklah sardin tuh.

Dan suami jugak telah lulus ujian memasak nasi. Kita ni pun yg selalu masak nasi pun kengkadang tak konfiden air nak letak byk mana kan... ni dia yg sekali sekali masak ni, bila sumernya pun ok.. memang terbaiklah....

So, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada en suami... iaitu bapa kepada Marissa Qaisara... he is the great husband and father ever... love him so much.....

p/s: lelaki kalau masak memang sedap kan :)

6 comments:

Unknown said...

wahh..bertuah badan..betul kan.. walau pun kadang2 tak berapa nak cukup rasa..bila sesekali husband masak memang mengharukan...

Pinkjambu said...

bestnya lauk2 tuh.. nak2 en suami yang masakkan.. huhuhuh.. sambal tempoyak tuh mmg mengancam sukma!!

Irfa said...

tahniah deqna
bertuahnya kamu :)
mesti makan bertambah2 kan..hehe

Nadyahoney said...

yup..mmg laki klu dia masak sedap...hubby sy pn cmtu...klu bole nk dia masak hari :)hehehe

mama-syira said...

apapun, tahniah la derna ;)

NeenaAnuar said...

untung lah ko penah rasa air tangan si shah! nuar kata kat aku kalau dia yg masak.. confirm aku tak lalu nak makan sbb dia akan buat resipi rojak.. ibarat masakan asam pedas campur masak lemak cili api campur masak kicap campur lauk kari! hahahaha...