Oklah tak jadi pun takpe, leh rilex2 jer kat rmh, aku pun taklah rajin sgt nak keluar. So, pagi tu just beli nasi lemak dan makan kat rmh, ia2 jer ingatkan leh makan nasi lemak tang ling kat tasik perdana sana.
Tengah2 makan asben came out with another plan pulak. Dia ajak pergi zoo. Zoo??? kalau takat2 kita nak ke zoo memang cam apalah ada kat sana kan.. tapi sbb fikir nak bawak anak, kasi dia mengenali haiwan secara live maka ok ok kan lah jugak. Pastu asben pulak pulak pandai pancing, dia kata lepas gi zoo, kita ke Jakel. Aku pun teruslah OK kan...sbb aku memang nak cari kain pungg.. maka berdesuplah kami... sampai zoo dalam pukul 11 camtuh lah.
kasi letak ini budak dalam stroller
Bayaran masuk adalah seperti gambarajah di atas
tempat wajib kalau nak amik gambar
dari zaman kita kecik dulu sampai sekarang, tatap macam itu jugak
Bukan dari zaman kita kecik jer, tapi dari zaman P Ramlee pun macam itu jugak. Korang ingat tak citer P Ramlee yg dia dating dengan Cikgu Zainab ker Cikgu Rokiah ker dua2 pun salah kat Zoo tu? Aku pun tak ingat lah apa tajuk dia.. ok kalau korang pun tak ingat, abaikan je lah eh.
fefeeling pelancong sangat kan
Kebanyakan yg datang mesti berkeluarga dan mesti ada anak2 kecik, yelah kalau kita sesaja nak pergi memang tak lah kot kan.. byk lagi tempat lain.. tapi supaya anak mengenal depan mata haiwan2 yg biasa di lihat di gambar or di tv, kita bawaklah mereka ke zoo.
masuk2 jer ada dua cabang, nak kiri atau ke kanan
Kita pilih ke kanan lah yer, lebih afdal sikit mula dari kanan.
kerut2 tahan panas
haiwan pertama yg diperkenalkan kepada Marissa
Aku pun taklah baca penerangan mengenai haiwan tuh, suka2 jer aku cakap kat Marissa itu adalah monyet. Dalam hati belasah jelah, budak2 ni apa tau sgt pun... tapi Marissa nampak jer haiwan ni dia kata "buk.. buk" puas aku fikir apabende buk.. buk.. ini.. rupanya adalah beruk, bila terbaca penerangan dia memang betullah yg haiwan ini adalah beruk. Eh.. sape nak introducekan sape nie? Termalu ngan anak sendiri.
umpan dengan biskut chipsmore
Ini adalah badak air
Dah nama badak air, kerja dia asik nak berendam lah dia. Tak caya? Tgk nie..
badak sedang berendam
semakin mencomot
aku pun tak tau apakah ini.. seladang kah kerbau kah atau apakah... kan aku mls nak baca2 nie
tgk apa tu??
wooooaaa Marissa teruja
Black bear
Patutlah teruja dapat tgk bear secara live. Selalunya dia duk kelek pear pink dia yg comel tuh, ni dapat tgk bear yg betul2 punya....
bear berdiri - pose special utk Marissa
Ini ialah panda
Bkn panda lah.. itu adalah tapir ataupun dikenali juga sebagai cipan. Konfiden jer ada satu makcik kat sebelah kami katakan yg itu adalah panda.. pandai sangat kan..
burung bangau yg kakinya halus
apa pulak tuh?
itulah adalah badak sumbu
aku bukan badak yer
tgk kerbau makan.. kerbau ke nie? aku belasah aje
bergustilah korang
hah ni aku tau...ini adalah unta
Biasa unta kat fadang fasir kan, tapi unta kat zoo ni duk kat atas rumput, kat bawah pokok. Mahu terkeliru identiti sekejap si unta ini.
ok berdiri situ diam2 yer.. ayah nak amik gambar
Marissa dan unta
elok pulak dua2 budak kenit ni berposim depan unta
Di Ape Centre
Aku ada teka teki ni, byk2 org, org apakah binatang? Yer pandai korang.. jawapannya ialah orang utan.
like mother like doter - moncong
Mari kita mengenali kawan2 kita org utan
Kemain glamer lagi nama dorang. Ada Rokiah, Maya Karin, Awang, Pinky... sangat satu Malaysia
senang lenang betul mereka siap bersilap panggung bagai
aktiviti kesukaan
alolo comel
Lagi comel perangai anak dara aku nie, org sibuk tengok org utan dia duk bersimpuh di tengah jalan. Protes lah tuh... dia nak lepas main lari2, aku tak kasi, aku nak masukkan dia dalam stroller.. terus jadi cenggitu
sukahatikauje kan nak
anak sape lah nie
Budak camtulah, kalau nak membantah tu mula lah nak buat benda yg leh menyakitkan hati mak pak dia... tapi biarkan jelah... lagi dilayan kang lagi mengada.. ngan anak2 ni memang kita kena main tarik tali sikit. Dia akan datang kat kita jugak akhirnya.
berehat sebentar
penat lah tu
Kat sana pun dia cari jugak bear kepam dia nie, seb baik aku simpanlah jugak kat dalam beg ini, ingatkan dah tengok bear betul2 tak nak dah bear ni. So, keluarkan lah jugak bear ni dari dalam beg. Terus diam dia di situ.
Nyaris2 nak tercicir bear ini ok. Masa berehat kat satu pondok kat sana, aku tak perasan lah yg bear ini diletakkan di atas bangku kat sana. Sape yg letak aku tau? Marissa atau ayah dia. sbb aku memang konpiden yg bear terletak kat dalam stroller. Patutlah masa nak beredar dari pondok tu Marissa cakap "bear..bear"... aku melawak kat dia cakap bear aku dah kasi kat kambing kat sana. Dia nak patah balik.. tapi aku tarik tangan dia.
Rupa2nya memang betul pun yg bear memang tertinggal kat situ, kami perasan bila letak Marissa kat stroller bear takde. Terpaksalah asben patah balik amik bear yg tertinggal. Sib baik tak hilang. Kalau tidak tau lah camne aku nak menjawab kat Marissa.
nampak tak?
Sepasang singa tengah tuuuuuutttttt.. wah selamba jer yg ko singa.. dahlah org sumer tengok kat ko... memang dasar singa..
amboi kemain panjang leher nak tengok
dia dah tak heran apa dah time ni.. yg dia tau dia nak tido
amboi kaki tuh
Lepas dari tempat singa tuh, Marissa terus ketiduran. Jadinya apakah motifnya jika perjalanan melihat2 haiwan diteruskan... takpelah biar mak pak dia yg tengok. Huhu
tasik yg tak berapa terjaga
tetapi tetap sejuklah jugak mata memandang
dan boleh lah jugak dijadikan port deting..hehe
Maaf yer korang.. amik gambar tanpa ijin.. bukan nak dijadikan bahan pun... Dulu2 time kecik2 dulu, tasik ni cantik jer pada pandangan mata aku. Tak salah aku siap ada kfc lagi kat situ. Tapi kali ni tak nampak pulak kfc kat dalam tuh.
Ini adalah gajah ataupun elephant
Macamlah korang tak tau pun kan.. yelah takkan aku nak letak ini ialah buaya. Ok tak lawak. Time ni jenuh aku kejutkan Marissa, yelah nak kasi dia tengok binatang yg paling besar di depan mata. Tapi sebab tido adalah lebih sedap, sikit pun dia tak bukak mata. Ok mama amik gambar jer. Nanti Marissa tengok yer.
kasi gajah makan tebu
adalah sedikit musykil... mana perginya gading gajah? ke tak semua gajah ada gading?
ini pulak ialah zirafah ataupun bahasa saitifiknya girrafe.. byklah ko punya saintifik kan
Dalam byk2 gambar kat atas ni, takde satu pun gambar kami laki bini bersama. So dari takde sebelum kuar dari zoo kami pun snap lah gambar ini.
syerasyi bersyama
Maka sekian sahajalah penjelajahan kami di Zoo Negara. Satu zoo kami berjalan, tak naik tram pun... naik semput lah jugak... takpe2..sekali sekali memang kena kuar peluh.
Dari zoo, seperti dijanjikan suami kami ke Jakel pulak. Tapi sebelum tu singgah ofis jap nak amik wallet yg tertinggal hari Jumaat hari tuh, pastu singgah surau jap. Pastu tukarkan baju Marissa pulak. Sbb dari Jakel nak ke satu tempat lain pulak.
Ok lepas tu, kita sambung entry lain pulak.. entry ni pun leh tahan bapak panjang dia kan. Byeeee.. eh sebelum tu, jangan lupa bawak anak2 ke zoo yer...:P

6 comments:
wah bestnya marissa jalan2 kat zoo..
harus bawa anak teruna..
ada tak cuba cakap dengan orang utan tuuuu
dia org pandai tau bg reaction
akak suka!! ha ha ha
Belakang kandang tapir 2 umah kite. :), hari2 nmpk binatang dr umah. Kla tau akak g, leh tggu kt tingkap bilik smbl lambai2, jerit2. Hehehhehehe.
Pepel bonda amani - marissa suka jer walau dibawa ke mana pun... nanti bawak amani ngan aishah yer.. eh aishah kecik lagi tunggu dia besar sikit..
iietamalek - sila kan yer... mesti anak teruna seronok
AdanyaKauUntukku - ala tak cakap pulak dgn dia kak....tapi tengok meamng cam org pun kan....
Aida Faris - la ye ker?? tau tak sepanjang2 kat zoo, tu akak sibuk cakap dengan asben akak..eh belakang ni rmh org jer.... tak yah nak masuk zoo.. tinjau2 jer dah boleh nampak... rupa2nya rumah awak yer....hehehe
Post a Comment