Assalamualaikum. Pagi Jumaat yg sungguh mendamaikan. Ok, kali aku nak sharekan satu doa yg diberikan oleh seorang Ustaz kepada MIL ketika berjumpa di satu tempat. Doa yg ditaip rapi di atas 3 helai kertas dan bertulisan jawi. Benda yang baik eloklah kita kongsikan bersama yer.
Utk memudahkan semua org utk membacanya, aku telah translate kan dia ke dalam rumi. Sambil translatekan doa ini, aku boleh mengasah balik bacaan jawi ni. Tetapi ayat2 bahasa Arab ni mungkin bila aku dah tukarkan ke rumi mungkin terdapat perbezaan sikit dari segi sebutan dan bunyi.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil’alamin Wassolatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiyaa i Walmursaliina Wa’ala alihi wasohbihi ajmain
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami, dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yg masih hidup.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S.A.W dan kami meminta perlindungan dari apa yg pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
La haulawala Quwata Illa Billahil’aliyil’azim
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dah hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usaha yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkan hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
Lahaulawala Quwataillah Billahil ‘aliyil ‘azim
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebanyak-banyaknya, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan segala yang diperintah oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar. Selamatkan kami Ya Allah semasa berada di padang mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arasy Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat Nabi kami Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambamu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesampaian kepada kami meminum air kolam Nabi kami Al-Kausar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.
Lahaulawala Quwataillah Billahil ‘aliyil ‘azim
Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.
Robbana atina fiddunya hasanatau wafil aakhirati hasatau waqina ‘aza bannar. Subhanarabbaka rabbil ‘izzati ‘amma yasifuuna wasalamu ‘alal mursaliin. Walhamdulillahirabbil’alamiin.
Terima kasih kepada Ustaz tersebut yg memberikan doa tersebut. Pada aku doa ini memang menyeluruh, adalah jarang2 sekali kita berdoa sedemikian rupa. Sesiapa yg ingin meng'copy' doa ini dipersilakan, tidak perlu meminta kebenaran daripada aku, adalah kewajipan kita utk berkongsi-kongsi ilmu bukan?
InsyaAllah, mari kita amalkan dan semoga Allah makbulkan doa kita. Amin.
Wassalam.
2 comments:
aminnnnnnnnnnnn
Thanks Derna for sharing..
mari kita kumpul doa :)
Post a Comment