Monday, February 27, 2012

Dah Tak Perlukan yang Besar2

Rentetan peristiwa rumah kami kena pecah masuk pada penghujung tahun lepas. Akibat kejadian itu, beberapa barang kesayangan suami telah dibawa lari bersama antaranya ialah kamera godang.

Semenjak kehilangan kamera itu asben cam dah tak kuasa lagi dah nak berkamera bagai.  Tapi ternyata itu hanyalah cakap2 kosong sahaja. Bila merasakan adalah tidak berapa seronok bila tidak mempunyai kamera tambahan pula kalau pergi ke sesuatu tempat, rasa cam rugi pulak kalau tidak dapat merakamkan sebarang gambar, (walaupun phone, tab sumer leh amik gambar tapi tak berapa nak syok lah..) maka kami pun sebulat suara utk mendapatkan pengganti kamera yg hilang tempoh hari.

on line registration

Memandangkan diri adalah bukan seorang jurugambar maka adalah rasa lebih praktikal sekiranya memiliki sebuah kamera yg kecil dan kompak tetapi hasilnya adalah seumpama DSLR. Setelah di survey2 dan di google2 apakah jenis kamera yg memenuhi citarasa kami, maka kami pun bertemulah dengan kamera ini.
lambang sony alpha

 

leh tahan poyo lakiku ini...ahahahaha


Kiterang beli kamera ini dekat Studio Zaloon dekat Pudu Plaza sana. Memang agak memayah jgk nak dapatkan model ini sekarang ni, sbb kebanyakan kedai tak ada stok, tapi nasib menyebelahi kami masa hari tu tinggal dua buah kamera jenis yg kami inginkan ini. 

bukti pembelian

Dekat sana, lepas beli tuan kedai mesti nak amik gambar customer dia. Lepastu akan ditampal kat satu corner kat kedai itu.

antara pembeli2

bersama dengan tokey besar

bersama gajet beliau yg terbaru

Nak tengok tak camne rupa paras kamera itu? taraaaaaaa... gedik sgt kan??

sony nex-5n

Sangat2 puas hati dengan kamera ini. Kecik pun kecik, senang kalau nak bawak travel memana, dan yang paling penting kualitinya adalah sama dengan DSLR  Lagi satu lense tu pun kita boleh tukarkan dengan mana2 lense DSLR yg ada. Mutu rakaman video pun sangat cantik sbb dia dilengkapi dengan HD movies format. Nak tau lebih details leh lah baca review pasal sony nex-5n di sini.

4 comments:

Irfa said...

mungkin lagi senang nak bawak sbb size lebih kecil .dan extra bonus bila kameranya kecil tapi kualiti gambar superb.nanti tunjuk gambar hasil kamera itu yer

AdanyaKauUntukku said...

lepas ni lagi da bomb lah menembak ..dan blog makin banyakkkkKKkk gambarrrrr

Pepel BoNda AmaNi said...

nanti kita pose kat tepi laut sambil makan mee udang nyek..hehhehehe

~♥ OjaAmran ♥~ said...

oh, nampaknyer hubby kita sama taste la Derna..membazir beli kamera godang tp akhirnya letak dlm almari je..muahahahaaaa