Wednesday, February 22, 2012

Aktiviti Kesukaan

Sambung lagi cerita hari yg sama ke zoo tu. Petang tu lepas dah settle urusan2 yg lain, bawak Marissa ke Taman Tasik Perdana pulak. Tempat mama dan ayah dia bercinta masa muda2 dulu. Eh bukanlah deting2 kat taman tuh, tapi kiterang petang2 ngan member2 lepas ofis hour akan berjoging ke sana. Dulu2 rajin lah sbb sambil menyelam sambil minum air. Hehe. Sekarang ni kita bawak anak pulak beriadah ke sana. Marissa of course lah happy kan, dapat main buaian.

buai laju2 aku nak kawen dengan anak raja

buai laju2 sampai pokok sena, apa dalam baju sekumtum bunga cina

Kemain dia ayun lagi kaki dia tuh supaya ayunan lebih tinggi. Sib baik ada buaian konsep diapers nie, so tak lah risau sgt nak terbalik ke apa.

tapi kena monitor lah jugak

Kat playground ni kita kena consider lah sikit, walaupun anak suka main permainan tuh, tapi bila nampak budak lain nak main jugak, so kasi chance lah jugak tuk mereka plak bermain, tak leh lah nak conquer sorang2. Sib baik kat sini mak pak sumer pahamlah konsepnya. Bila nampak ada org dah tunggu, dorang suh anak dia berhenti main, main benda lain pulak.  Tapi ada gak yg aku perasan sampai ke sudah anak dia jer yg main. Tapi yelah dah nama budak pun kan, dorang mana reti pungg.

Tengah main buaian nampak satu tram berhenti kat bus stop kat situ. Tengok ramai gak yg naik. Kami pun tak ketinggalan lah jugak nak naik tram itu. Yelah masa kat zoo pagi tu, tak naik tram, so nak gaklah  bawak Marissa rasa naik tram.


kat atas tram

pemandu tram

Elok jer lepas dua gambar aku snap nie, terus tram berhenti kat perhentian berikutnya. Bukan berhenti mengambil penumpang tapi berhenti sbb dah abis perkhidmatan. Masa tu dalam kul 6 lebih, so mungkin dah abis waktu lah kot... sabar jelah driver ni bukan nak gitau awal2 masa kiterang naik tuh, alih2 dia berhenti dan terus blah begitu sajer.  Dia tinggalkan tram dan kami2 begitu saje di tepi jalan. Tapi tak taulah kot kalau driver tu dah inform siap2 sebelum tu dan mungkin kami yg dengar kot.

Mereka yg tersadai di tepi jalan


Since tram tu tak bergerak ke mana, so kami pun amik peluang tuk bergambar kat atas tu. 

mula2 ngan ayah

pastu ngan mama pulak - marissa bengang sbb kena dukung


jom kita panjat tram ini

suka ikut gaya marissa pose


Sbbkan sudah diberhentikan di pertengahan jalan, maka kami terpaksa pulang dengan berjalan kaki. Takpe bagus gak tu.. leh kuarkan peluh lagi, sambil2 tu leh tengok pemandangan taman dengan tasik dan lanskap yg indah.

lepak ngan marissa kat tepi tasik

Kat tepi tasik time tu adalah beberapa pasangan pengantin yg sedang membuat outdoor photoshoot.  Sampai tertonggeng2 si photographer tuk mendapatkan gambar yg menarik. Yang kesian si pengantin lah kot... yelah terpaksa ikutlah kata jurugambar suh wat itu ini. Dah memalu pengantin lelaki kat situ. Sian....yelah org biasa tetiba kena jadi model lak kat depan org ramai. Kalau aku, aku pun malu, tu pasal tak jadi model. hehehe. Sib baik time kawen dulu aku photoshoot kat laman rmh mak ajer. Cam taman bunga gak, sbb byk bunga.

menggeramkan

ewah..wah sandar2 kat batu pulak

budak takde perasaan

kasi lepas sukalah dia

Bukan tak nak kasi dia lepas, tapi yelah budak besar dia ni jalan main redah jer... lubang main pijak, turun bukit nak berlari.. kita takutkan kalau terjatuh ke apa. Tu pasal aku siap2 tukarkan dia pakai seluar ngan t-shirt. Kalau tidak budak tu kan manjang ngan dress jer. Tapi sekali-sekala pakai jeans ok gak.

Tengah jalan2 nampak pulak geng2 ni tengah main rounders. Betul ker ejaan ni? Alah game yg ko pukul bola pastu lari sekeliling bulatatan. Dolu2 selalau main game nie. Tingin pulak nak main.

sekumpulan mereka sedang bermain

sambung main lagi - naik sea saw pulak
sea saw ni besar bila turun naik rasa cam naik perahu pulak

cam biasa marissa malas nak melayan


main lambung2 pulak
suka lah dia



nak slide pulak




Berulang kali dia nak naik. Hari dah semakin petang. 

dah dah.. jom balik.. kita sambung len kali pulak

Begitulah kisah weekend kami, best tau aktiviti2 camni. Anak happy, ibu dan ayah pun gembira. Tak tau aku wat cam mana nak tutup cerita.

4 comments:

Ibu Dhia Danial said...

bestnye kan bile ade aktiviti mcm ni dgn anak.. lame da x bwk dhia main kt taman permainan.. walhal kt kolam air panas sebelah uma tu ade je taman permainan.. cume maknye malas je sbb kt tmpt sendiri kan.. haha

SURIA AMANDA said...

x nak dukung...mcm la besar sgt...

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Bestnyer tgk family yg hepi ni..x sabar nak tgu Zara besar..boleh ajak main kat park jugak!

Irfa said...

ending yang sempoi,anak2 akak sibuk ajak gi zoo bila la nak pegi nih/mak ayah cuti tak sama.susah nak plan.