Thursday, December 15, 2011

Melawat ke Kawasan Yang Pernah Dilanda Tsunami Satu Tika Dulu

Semasa berkunjung ke kg cik pepel, selain dibawa ke jeti utk membeli ikan dan hasil laut, kami juga dibawa ke satu tempat yg mana satu tika dulu pernah dilanda tsunami lebih kurang 5/6 tahun dulu. Pantai Kuala Muda adalah tempat yg agak teruk sewaktu dilanda tsunami dulu. Ada jugak org kampung yg terkorban akibat daripada peristiwa itu.

Kawasan ini memang tidak jauh daripada rmh mama cik pepel. Senang kita panggil mak tok jelah yer. Mak tok pun leh tahan glams di kalangan kawan2 blogger yg lain kan dek keramahan, kesportingan dan kebaikannya. 

Berdasarkan penceritaan daripada maktok, pada hari kejadian, mak tok tiada di rmh, pergi kenduri ker atau ke surau.. .... balik2 dari kenduri/surau tgk rmh dinaiki air. Rmh sumer ok kukuh, cuma pintu2 rmh jer yg tercabut dan dihanyutkan air. Syukur mak tok terselamat semasa bencana itu. Memang besar kuasa Allah, semasa peristiwa itu, ada sebuah Al-Quran yg dihanyutkan air dan elok jer terletak kat atas satu tingkap rmh mak tok.  Dan Al-Quran itu masih elok terletak tinggi di tempat itu walaupun sudah kian mereput.


 
Replika sampan2 yg terdampar dipukul ombak kuat


Tempatnya terletak di kawasan ini.


Memang kat sana rmh2 mangsa tsunami hari tu, dibiarkan begitu sahaja utk dijadikan macam satu tempat peninggalan sejarah lah. Maksud dibiarkan begitu sahaja adalah dibiarkan tanpa dibaiki atau diubah struktur rmh2 yg terjejas semasa dilanda tsunami itu. Tapi dorang menten lah jugak kawasan itu dengan membina pagar.


Nak tgk apa yg ada kat dalam pagar ini? silalah baca sampai habis entry ye


Ok ni lah antara tinggalan2 sisa bangunan/rmh akibat peristiwa tsunami itu.








Tempat ini memang dibuka utk org ramai. Tiada bayaran yg dikenakan.


Maka tamatlah entri kisah JCMCP kami. Yang pasti, gambar2 dalam entri JCMCP adalah gambar2 yg terakhir yg dapat kami rakamkan dengan kamera asben. Nasib baik jugak, gambar2 sumer asben dah save kat hard disk. Dan nasib baik jugak hard disk sentiasa ku bawa ke mana jua. Kalau tidak mesti selamat kena angkut sekali semasa rompakan hari tuh. Fuh kalau tidak hilang segala kenangan2.

Kepada kawan2 ku, nanti kita wat lagi program cam ni yer.. mungkin ke selatan pulak ker.... walaupun aktiviti agak padat dan meletihkan tapi fun sgt kan...  kepada yus and family terima kasih byk2 atas layanan yg diberikan. Nanti kalau balik kampung gitau kami2 yer, rasa nak pergi lagi... leh kita konvoi sesama yer.....

5 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

most welcome..maktok pasti orang yang paling gembira klu korang sudi datang lagi.....maap la klu ada kekurangan di mana2 yer....

Deqna said...

pepel bonda amani - eh bak org kata kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan..... kim salam ngan mak tok.... sesungguhnya takde apa yg kurang pun....

Mimy Hamid said...

terbaekk entry jalan jalan cari makan ko...aku dh khatam baca...sama penat ko berjalan jugak...huhu..mak tok kalau jumpa citer gak pasal kawasan tsunami ni tu pasal dia ajak jugak...eh ko dh pegi baru aku tgk gambaran kawasan tmpt ni

Softtouch [Hanim] said...

bestnya.a siap soping seafood fresh....

Deqna said...

Mimy hamid - hahahaha lawak tau komen ko nie..... kalau baca pun penat.. kiterang lagi penat.... tapi best.. kg mak tok pun memang best... memang terbaiklah serba serbi....

softtouch hanim - bab soping2 memang best hanim...hehe