Wednesday, December 7, 2011

Check Out. Pastu Pergi Makan Lunch. Selepas Itu Shopping Time Dan Bye..Bye Langkawi

Kerana byk lagi aktiviti kami maka by tengahari kami semua pun check out.


gambar berdua adalah kurang sekarang ini.. maka snap sendiri saje

get ready utk bergambar beramai2

Sudah sedia

Terbaik

mak dara yg gediks

bye2 Sri Kijang

Ada org tanya pasal resort ini. Resort ini betul2 terletak di Pantai Cenang. Resort ini adalah tempat kerja aku yg punya. Bukan aku yg punya. Maka tidaklah diopen kepada public. Yelah baik aku siap2 cakap kang ada pulak yg mintak rate, contact no bagai.. Tapi kalau korang nak menginap sini pun boleh, tapi dengan syarat korang kena bawak aku sekali..   motip???

Lepas settle check-out kami semua pun pergi lah makan tengahari. Kat Langkawi senang jer nak cari makan, bersepah2 kedai makan kat tepi jalan. Tapi kami memilih utk lunch di satu kedai berhadapan dengan Istana Kondo di Pekan Kuah.  Sbb tahun lepas masa duk kat Istana Kondo kiterang selalu makan kat situ. Kat situ ada nasi campur, lauk2 dia pun boleh tahan sedap.

lunch for asben


Gambar makanan tu jelah yg aku dapat amik. Sbb lepas aku amik makanan aku, aku terus cuci tangan pastu terus makan. Pastu sibuk nak menyuap anak lagi.  Tapi takpe gambar makanan nan ado, tapi gambar meja yg bersepah ada.

selepas makan

Aku tak taulah nak wat camne, asal makan jer mesti bersepah bagai nak rak meja kami..  tu semua Marissa punya kerja...

pegunjung yg sentiasa ramai makan di sana

Lepas makan, kami terus ke Idaman Suri. Apakah yg ada di sana? Idaman Suri adalah tempat tuk membeli-belah lah.. mcm ada... pinggan mangkuk, cokelat, sudu, segala benda.. ko siapkan duit jer.. Dulu aku dah sakan amik gambar kat dalam Idaman Suri, tapi kali ni pergi tak amik gambar langsung pun kat situ.  Seb baik tak amik gambar pun sbb ada tanda yg mengatakan dilarang mengambil gambar. Kalau tidak kang tak pasal2 kena sound pulak.

Hasil2 shoppingan

Adakah kami berhenti di takat ini sahaja? Tentulah tidak. Bila barang pun dah bertambah otomatik kereta pun jadi tak muat. Maka terpaksa buat 2 trip.  Kami ke Hj. Ismail Group pulak. Sambung shopping di sana.  Sementara tunggu satu trip tuh, aku kasi Marissa minum susu dulu.

jalan jalan gak.. kebajikan anak tetap kena jaga

habis sebotol susu

Idaman Surirumah

Gambar penshoppingan hanya takat ini sahaja. Bila dah settle semua kami pun bersedia utk ke Jeti. Sbb nak jimat masa daripada nak buat trip, kami just amik teksi jer utk ke Jeti. Teksi dari Pekan Kuah ke Jeti adalah RM6 jer kot. Ker RM3 lupa lah pulak.

Tiket feri pulak adalah berharga RM18 sehala. Kat jeti kalau nak pakai troli kena sewa seringgit satu troli.

di jeti.. kena dukung.. kalau tak dukung kang bertebaran lah jawabnya budak ini


Feri bertolak dalam pukul 5:30pm. Malang nasib, ada tiket yg bernombor tapi boleh seat semua penuh. Hangen je kiterang. Seat kiterang sumer org lain dah duduk. Pelik betul aku, camne leh tak cukup  tempat duduk pulak. Ni mesti sbb masing2 yg bawak anak, beli tiket tuk diri sendiri, tapi anak diletakkan kat satu seat.. sian aku dukung Marissa org buat dek jer.. tapi ada gak sorang tu offer seat kat aku. Tapi sebelum dia offer, org feri tu dah terlebih dahulu mengoffer kami2 semua ke tingkat atas. Alhamdulillah.  Actually tingkat atas tu tempat org bawak feri, tapi sbb dah tak muat merasalah kami tgk org bawak feri.


Masa kat atas tu, aku ngan asben berpecah, dia stay kat bawah sbb nak tgk kan barang.. maka gambar kat bawah ni aku amik pakai hp jer. tu yg saiz dia kecik sikit.


dalam feri

pilot feri

Sampai jeti kuala Perlis dalam kul 6.30 ptg gituh. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

7 comments:

NeenaAnuar said...

wah! bukan main meriah perjalanan percutian korang ke utara... makan2.. jalan2.. shopping2.. hehehe.. nice!

Deqna said...

Neena - fuh.. memang betul jalan2 cari penat, cari makan dan segalanya lah... penat tapi nice :)

Mimy Hamid said...

serius aku baca aku yang rasa penat tp korang hepi sakan...serius korang mmg pantasss salute...oo aku dah agak bank negara resort sebab perasan lalu bentuk ukiran tu..heheh ala org luar tak leh ..frustt

Deqna said...

Mimy Hamid - ko yg baca pun penat kah? kalau ko rasa penat, kiterang lagi penat..kah kah kah... penat pun best lah...rasa nak wat lagi aktiviti camni mungkin ke selatan...
eh takpe kalau ko nak duk resort situ boleh... tapi ko kena ajak aku sekali..hehehe

honey& myra co. said...

sama la kite aritu pegi langkawi masa nk balik naik feri no seat feri smpi ada 3 no yg sama...nasib baik la xde gaduh2 semua bertolak ansur...pelik gak cmne diaorg uruskan hal tiket

honey& myra co. said...

sama la kite aritu pegi langkawi masa nk balik naik feri no seat feri smpi ada 3 no yg sama...nasib baik la xde gaduh2 semua bertolak ansur...pelik gak cmne diaorg uruskan hal tiket

honey& myra co. said...

sama la kite aritu pegi langkawi masa nk balik naik feri no seat feri smpi ada 3 no yg sama...nasib baik la xde gaduh2 semua bertolak ansur...pelik gak cmne diaorg uruskan hal tiket