Thursday, March 24, 2011

Akhirnya Berasap Jua..

Ini adalah aktiviti minggu lepas. Tak tau nak ke mana hari tuh. Dengan cuaca pun nak hujan jer, so amik keputusan lepak kat rmh kami je. Pada yg tak tau, actually rmh ni kiterang dah dapat kunci lebih kurang 2 tahun lalu. Tapi hingga ke hari ini, rmh itu kami jadikan sebagai istana hinggap kiterang saje. Tak tau lah bilanya nak pindah betul2. Soon kot..

Dan selama tu jgk lah dapur adalah tidak pernah berasap. Percaya atau tidak? Jadi tuk ketama-tama kalinya kami merasmikan dapur pada hari tuh. Mula2 ingat nak tapau jer makanan & lepak2 sambil menonton tv kat situ. Tapi asben kata "apa kata kita cuba dapur baru kita nak tak? Masak simple2 jer".

Haah yer tak yer yer.. dapur dah ada, peralatan sumer dah tersedia, wat apa nak tapau, masak jelah kan...

Maka marilah kita saksikan chef mama Marissa memasak pada hari itu.

Masak pun kena senyum tau.. barulah makan menjadi lazat

Perhatikan baju yg aku pakai itu. Besar gedobos. Itu baju asben. Lupa pulak yg kat rmh tu takde apron, dah lah time tu aku pakai baju kaler putih, takut kotoq maka pakailah baju dia yg memang sedia ada kat rmh tu. Baju aku pun ada dah kat situ, dah hangkut dah tapi sumernya masih dalam kotak lagi. Malas nak selongkar. So, pakai jelah apa yg ado.

cer teka apa yg ada di dalam kuali itu? 

Masakan pertama adalah telur dadar

Sonok betul dapat masak pakai sumer barang2 baru ini. Kuali baru, senduk baru, pisau baru, segalanya serba-serbi baru. Masak telur dadar je pun terasa mcm masak hebat2 jer. Benda2 baru itu adalah kebanyakannya adalah hadiah2 wedding kami 3 tahun lalu yg masih belum pernah digunakan.

Siap menu pertama. Apakah menu seterusnya?
potong-potong sayur

Tak bajet pulak pisau yg aku guna tu adalah tajam. Iyelah pisau baru, ingatkan tumpul, kena asar bagai. Sekali ko.. tgh syok2 kupas bawang.. tetiba auwwww jari kelukaan sedikit...

Masakan kedua adalah sayur goreng

Kan aku cakap masak simple2 jer, so jangalan expect aku masak kari ayam, rendang daging bagai kan.

Ceh.. kemain khusyuk dan tawaduk semasa di dapur ..haha

 

Haih wat pe lagi tu?

Yelah takkan nak makan telur dadar ngan sayur je kan. So kita up lagi satu masakan. Tapi masih mengekalkan ciri2 masakan yg simple. Cer teka pada dia? Hehe.
Tumis2 dulu

Masakan ketiga adalah sambal sardin

Maka itu sajelah masakan yg mampu aku masak pada hari tersebut. Bukan tak reti nak masak benda lain, tapi masaelahnya.. itu jer bahan2 yg ado.

Di manakah si budak kecik itu semasa aku memasak? Dah lah dia takmo tido pulak time tu, maka aku letakkan dia kat walker, pastu merayap lah dia ke sepelusuk rmh.

Budak yg tak reti dok diam

Kalau boleh senduk sumer dia nak pegang. Nak tolong masak sekali.

Gambar masakan yg telah siap terhidang adalah tiada. Sbb takde apapun nak dibanggakan kalau takat masak telur dadar, ngan sardin tuh.

Selepas makan, aktivit seterusnya adalah....zzzzzzzzzzz 

kamar beradu

Ini adalah bilik tetamu. Bilik tetamu kemainlah dah siap cadar sumer. Tapi bilik master masih togel lagi. Tak sempat lagi nak shopping bedsheet saiz king. Tu lah sapa suh nak berking2 bagai...ada sape nak kasi hadiah? amboi byk cantik ko...

Sekian, ini saje citer minggu sudah. This week pun kalau takde plan mana2 ingat nak bercuti lah.. bercuti kat rmh sendiri...heaven!


10 comments:

SURIA AMANDA said...

wah...dah pindah umah baru ke?

Cik Pah said...

tak lama lagi marissa dah boleh tlg potong bawang n sayur sesama kan. comel jer

Softtouch [Hanim] said...

bestnya bercuti dirumah sndiri yer...catat sejarah tu aktiviti memasak pertama kali dirumah baru...

amboi anak dara tu dah pndai protes2 yer..hehehehhee kwn dia kat cni pun sama...

azzey said...

Mesti best kan masak2 kat umah baru..hu3..

Ibu Dhia Danial said...

wahhh seronoknye masak kt rumah baru, dapo baru, peralatan baru.. walaupon telo dadar + sayur goreng + sardin, nmpk sungguh lazat.. sbnrnye masak mcm ni la lg berselera nk makan.. kite pon slalu je masak simple2.. asben x cerewet bab makan..
marissa bam2.. somel!! sok da besar, tlg mama masak taw!!

dayana said...

wah..terus terbau2 bau sardin..hehehe
syokla bercuti2 ke rumah sendiri..cepat2 pindah lagi heaven..;-)

-anidaothman- said...

dh pindah rumaH baru..masak dapoq baru..bestnyaaa


sis u masak menu best nie...nyuM..nyum

Rizziela said...

Aduh! mesti best kan guna semuanya baru....semangat betul rasa nak masak

attyfir said...

nasib le deqna tak post gambar sardine.kalo tak .juling mata ku

Ann Ishak said...

apa2 pun...aku suka tengok langsir bulat2 tu babe, santik sangat