Gambar adalah gegar2 kerana ketika Marissa tak nak duk diam waktu tuh. Tah apa yg dia protesnya pun. Jangan tak tau ini budak sudah pandai nak marah2, nak ngamuk2, nak ngajuk2. Kadang2 tu siap hentak2 kaki lagi... Ewah, ewah, ewah....
Walau mcm mana pun tatap sayang sama dia yer.. biarlah dia protes camne pun, tetap sabar melayan... tapi kengkadang tu terkuat gak volume.. tapi bila kita kuat volume, dia punya volume pun jadi kuat..makanya tak perlu nak kuatkan volume. Takpe kecik2 ni mama manja kan lagi.. esok besar kalau noti mama babap ajer.
Hohh ini budak takleh nak marah, kang cebik2 pulak.. tu yg tak tahan tuh. Org selalu kata mak atau ayah kena tegas salah sorang. Kalau tidak anak akan spoil. Marissa walaupun anak ayah, tapi ayah dia tegas ngan dia. Tapi aku pulak yg.... "janganlah wat dia cam tuh.. dia kan kecik lagi".
Lagi satu, Marissa ni jenis dia, kalau dia kata tak, taklah. Eh tipu Marissa mana leh cakap lagi kan. Tapi dia pandai panggil Mama. Maksud aku, kalau dia taknak, taknak lah dia.. janganlah paksa2. Contoh kalau nak kasi makan, kalau dia ketap mulut tak nak bukak2 janganlah ko paksa dia, kang mula lah dia nak drama jerit2 nangis.
Ada satu hari tu, nak kasi dia makan ubat, nampak jer botol ubat dengan syringe terus dia katup mulut dia rapat2. Amboi dulu2 masa belum start makan kemain lagi suka makan ubat. Almaklumlah masa tu asik minum susu jer, so bila dapat makan ubat, kemain suka, sbb dapat rasa benda baru. Tapi lar ni... huh.. kena main pujuk2... baru jalan. Kalau tak jalan jugak kena main tipu ngan dia.. Kan time nak masukkan ubat kat mulut dia, kemain dia tutup rapat kan, so kita tipu dia konon nak sua puting kat mulut dia, maka dia pun bukaklah mulut dia besar2, time tu apalagi terus lah masukkan ubat tu kat mulut dia. Settled.
12 comments:
hehehhe, amaboi marissa, dah noty ek, noty2 manja tuh...
marissa dah byk reaction, she's growing very well!
amboi dah pandai ye marissa skrg.. dah besar lah katakan..
kecik lg boleh la kite sabar kn.. dah besar sok mahu beruban rambot smua kot.. haha!!
oh dah pandai protes yer?baby Hajar pun sama..masa kecik ni buat apa perangai pun nmpk comel je tapi bila dah besar..siaplah.mmg kena kalau wat camtu :-)
bab makan ubat tu,dia dah pandai.nampak botol ubat dah cakap 'nanak' tapi akak ada cara nak bagi dia makan ubat kalau dia taknak bukak mulut.
baringkan..kepit hidung dia so secara otomatik dia akan muka mulut sebab nak bernafas..then terus picit ubat dalam mulut :-)
sangat senang..tp sediakan kain kalau dia lagi cepat bertindak dgn kelaurkan balik ubat tu :-(
diakan semakin membesar,, dah tau rimas la tuh... hehehe comey je tgk dia cmtu...
MAMA, MARISSA makin besar laa...so marissa ada kebOlehan protes skit skrg nie..ehehehhhee
MAMA, MARISSA makin besar laa...so marissa ada kebOlehan protes skit skrg nie..ehehehhhee
mcm hasanah juga. bila protes hempas2 badan ke belakang. kecik2 dh tunjuk bakat. haish.. anak2 dara sape tu?
makin siyok manyak peel!..
skang, paling kt suka, nyakat sufi kasik cemburu,,,kazen dia ader, kami dukung,dia rengek2 gayut kat kaki kt suh dukung dia gak, klu duduk, dia akan tolak2 budak tu..hehe..
huii..merajuk betul tuh..ikut perangai sapa masa kecik ni?mama ke ayah dia?
Saja menguji kesabaran mak pak dia la tu hehe
comelnya
yeah.....marissa sudah pandai tunjuk perasaan..sama cam amani..sangat pandai tunjuk perasaan skrang..huhu sabar jerk la..
Post a Comment