Wednesday, October 13, 2010

Musim Luruh

Rambut aku ni dah lah tak berapa lebat. Kalau hari2 camni mau botak kepala. Asal lepas mandi jer, byk ni lah yg keguguran. Belum lagi tgk kat bilik air, kat lantai bilik, kat katil. Bersepah2 ngan rambut. Rimas ok. Mula2 ingat nak perm kan rambut kasi nampak kembang sikit, tapi bila baca kat internet kata buat masa sekarang ni tidak digalakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia mcm colouring or perming. Kang aku potong pendek jugak kan. Tapi tak biasalah rambut pendek.




Harap2 cpt lah musim luruh ini berlalu. Tak yah citer panjang lebar, korang baca jer artikel kat bawah ni sebagai panduan bersama.



Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.

  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.

  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.

  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.

  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.

  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.

  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.

  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.

  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.

  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.


Untuk mengurangkannya:


  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.

  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.

  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
    Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.

  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.

  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.

  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.


Sumber:
dermatology.svhm.org.au
Postpartum hair loss, babycenter.com

5 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

ishk...risau gk nie..
rambut iza pun luruh gk before pregnant..sejak pregnant nie, xluruh sgt..takut lak dah deliver nanti, luruh lg teruk..

nasaoji said...

huahuahuahhh..

kt dah berkurangan, kottt.... (",)

Softtouch [Hanim] said...

betullah tu deqna..lepas bersalin pun puncanya jgk..tu sbb ada org kata lepas bersalin potong rambut sikit..sy pun mcm tu..skrg dah krg dah sejak darissa 6 bulan nie..xpe sikit lagi jer tu.

azzey said...

Deqna: kaloberterusan better jumpa yg lebih arif ttg rambut ni...

NeenaAnuar said...

aku skg pun dah teruk gugurnyer.. tapi masih gak lebatt kemain rambut nie! huhuhu..