Dulu masa sebelum pregnant, bila tgk org pregnant selalu terfikir, apalah yg dorang rasa? tak berat ker bawak perut yg semakin membesar? Bagaimanakah rasa baby bergerak2 di dalam perut? Takde rasa sakit2 ke? Takde rasa berat ke nak bergerak? Macam manalah rupa perut yg sedang membulat itu? Dan macam2 segala persoalan lah bermain di fikiran aku...
Sekarang, barulah persoalan2 itu terjawab dengan sendirinya. Bila mana aku sendiri yg mengalami proses2 itu semua. Syukur kepadaNya yg memberikan aku peluang utk merasai pengalaman yg tidak ternilai ini.
So, sedikit sebanyak aku terpanggil utk berkongsi pengalaman2 aku sepanjang proses kehamilan ini.
Di awal pregnancy, memang lah rasa cam biasa ajer. Takde rasa cam mengandung pun. Rasa cam normal jer. Mungkin sbb nasib aku baik tidak mengalami alahan dan loya2 atau muntah2 yg teruk. Cumanya kadang2 tu ada jugak termuntah especially bila tersalah makan atau perut masuk angin. Pergerakan pun mcm biasa jer.. semuanya mau laju2, berjalan pun laju2 kengkadang tu terbelari pun ada jugak. Takde apa perubahan sgtlah.
Cuma perubahan yg amat ketara apabila, aku menjadi sedikit pemalas, kerap mengantuk dan kadang2 beremosi tak tentu pasal. Lagi satu masa awal2 pregnant tu, jerawat berleluasa dekat bahagian bawah pipi dekat leher. Other than that, aku tetap cam biasa.
Sampai 5 ke 6 bulan still lagi ok. Takde masalah. Org pun ada gak yg tak tau aku pregnant. Still memakai baju kurung ke pejabat.
Hinggalah bila dah masuk ke 6, 7 bulan baru lah terasa diri ini adalah mengandung. Sbb fizikal dah sedikit berubah. Perut pun semakin besar. Baju pun byk dah ketat2. Dan yg paling membuatkan diri terasa pregnant bila start pakai baju maternity.
Lagi membuatkan diri terasa pregnant bila merasakan pergerakan2 baby di dalam perut. Masa dulu rasa gerak sikit2 jer, macam ada angin kat perut lah.
Tetapi bila masuk ke terimester terakhir ini, tambah2 lagi bila dah menjejaki ke bulan ke 8 ni lagi lah terasa, merasa dan melihat pergerakan pada perut ini.
Pada peringkat inilah baru merasai perubahan2 ibu mengandung ni. Pergerakan sudah semakin menjadi perlahan. Takleh nak jalan laju2 sgt. Nak laju boleh, tapi ko tahan lah sakit kat certain bahagian kat badan tu. especially kat bawah perut. Tapi, tak elok pun nak gerak laju2 pun, bahaya, keselamatan baby adalah harus diutamakan pun.
Selera makan pun berubah-rubah, kadang2 rasa bernafsu sgt nak makan. Kadang2 jugak rasa tak selera nak makan. Rasa perut ni penuh ajer. Kalau makan pun cam cpt kenyang. Tapi dalam pada cpt2 kenyang ni, percayalah makanan aku tak pernah tak abis. Ntahlah semenjak pregnant ni aku notis, aku tak pernah biarkan makanan aku tak berhabis, mesti licin. Licin bukan sbb lapar, tapi sbb tah lah aku pun tak tau sbb apa. Takpelah, aku harap anak aku pun ikutlah perangai mak dia ni nanti, kalau minum susu nanti biar minum sampai abis. Jangan nak membazir2.
Pasal tido malam pulak, oklah so far takde lah terganggu sgt sampai tak leh tido langsung. Lena tu lena jugak lah. Tapi harus jugak lah terjaga kalau rasa2 nak buang air kecik. Walaupun sebelum tido dah kencing siap2 tapi pertengahan tido nanti mesti terasa nak membuang jugak & otomatik mesti terjaga. Kalau dah terjaga tu memang tak leh tahan2 dah, kalau tahan pun nak tido tak selesa. Jadi utk mendapatkan tido yg selesa terpaksalah penuhi hajat terlebih dahulu. Dulu kebiasaannya, kalau nak bangun kencing siap kejutkan asben mintak teman. Ngadakan nak teman2 bagai.. alah bukan apa, asben gak pesan kat aku sebelum tido "kalau nak kencing kejutkan shah yer" dah macam pesanan tuk anak2 pulak kan? Tapi sekarang, kengkadang tu tak sampai hati nak kejutkan pun, yelah org tgh lena tido kan. Tapi percayalah, asal aku gerak sikit, dia pun terjaga sama tanya "nape yang, syg ok?"
Kebelakangan ni pulak, fuh asal malam jer rasa panas membahang. Aku tak leh langsung duk lama2 kat hall, lepak2 tgk tv, rasa bahang asmara lah sgt. Berpeluh-peluh badan. Terus lari lepak kat bilik. Al-maklumlah kat luar takde air-cond. Ni yg rasa nak pasang air-cond satu rmh. Tapi sape nak bayar bil? air-cond tuk bilik jer pun bil dah ratus2. Kalau satu rmh? Pengsan. Kat bilik pulak, tak cukup air-cond, kipas pun on jugak. Memanglah rasa nikmat sekali. Angin sejuk sepoi2 bahasa melayu. Rasa sedap jer tido. Fesyen aku pulak kalau tido, memang berselubung abis lah, siap stokin bagai. Tapi tak sampai ke pagi pun. Sebelum Subuh aku dah terjaga, time tu selimut ke mana, stokin ke mana sbb rasa panas kembali meresap. Sbb apa panas, sbb aku set air-cond tuk beberapa jam je pun, nak biar sampai ke pagi, tak larat pulak gigil2 nanti.
Oh terlepas pulak, sebelum tido aktiviti yg selalu dilakukan adalah menyapu minyak atau lotion kat perut. So far aku guna pureen, palmers cocoa butter & bio oil. Dah berbotol2 gak lah abis. Tapi walaupun dah berbotol2 abis pun kesan regangan still ada gak, tapi dalam keadaan terkawal lah. Kalau tak lumur tak tau lah mau satu perut meregang. Tapi standardlah strech mark tu jgk lah tanda yg membuktikan kita pernah preggy kan.. So, bersyukurlah hendaknya yer..
Sebelum tido jugak, adalah wajib bermain2 ngan baby. Bukan main2 betul2 lah, ater baby tak kuar lagi kan. Just panggil2 dia, usap2 dia sambil tgk pergerakan kat perut nie. Time dia aktif, aku pun terkujat tgk perut nie, berombak-ombak, pastu rasa ada terbonjol2 kejap kat sini, kejap kat sana. Pastu pada satu masa tgk perut pun cam senget sebelah. Apa yg aku notis, baby suka sgt menyelit kat belah kanan. Kalau kena tendangan padu dia, lagi lah.... Kami laki bini dah buat eksperimen, baby ni kan, kalau kiterang duk panggil2 dia, dok usap2 dia suh dia gerak, dia duk diam jer.. buat2 tido lah tuh.. tapi bila kiterang wat2 senyap, pastu duk diam2 time tulah dia punya gerak... mak aih.. Begitulah kalau dia nak amik perhatian.. pandai yer nak main2..
Citer pasal sakit pulak. Adatlah bila preggy nie, ada jelah bahagian2 badan yg sakit. Kejap sakit kat situ, kejap sakit kat sana. Sakit yg berubah-rubah. Mungkin mengikut kadar perkembangan baby kot. Tapi takdelah sakit yg sampai tak tahan. Sakit-sakit gitulah. Apapun mental dan fizikal kena sama2 kuat lah. Kena redha dan pasrah sbb segala kesulitan2 ni lah nanti yg membuatkan rasa syg kepada bayi yg dikandung bertambah2.
Lagi semakin hampir menuju kepada due date ni lah berdebar-debar. Tambah lagi pregnant tuk kali pertama. Persoalan yg sentiasa berlegar2, bila lah harinya?, mcm manalah keadaannya?, normal ker? c-sect ke? & bermacam2 lagi lah soalan. Dan itu akan membuatkan kita termenung seketika. Laki aku ni pulak bukan boleh kalau aku termenung walau seketika, tau jer apa yg aku fikirkan "nape yang? syg risau yer? InsyaAllah sayang boleh, semuanya akan dipermudahkan" Amin. Semoga asben tak putus berdoa tuk isteri dan anaknya.
Lagi.... apa lagi yer nak update??... nantilah kalau aku ingat apa2 lagi aku update lah lagi.. Tapi tulah diam tak diam rupanya dalam perut aku ni ada satu nyawa yg telah aku kendong selama 8 bulan ini. How time flies.
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat yg sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Sesungguhnya Engkau Maha pendengar permohonanku". Amin.
7 comments:
sweet.... semoga semua berjalan dengan lancar...
nice entry I loikeee!
memang support dari sang suami sgt penting dlm hal nie kann... syukur kite dikurniakan ngan suami2 yg sgt prihatin gituuu...
aku doakan semoga ko bakal mendapat anak yg soleh & solehah fren! insyallah aminnn ya rabbal alaminnn..
psssttt.. segala persoalan2 tu sama ngan apa yg dok berlegar kat kepala aku skg nie... insyallah satu hari nanti, aku pulak bakal melalui situasi ini... :D
AMIN...memang kan..since mengandong nie..panasnya terasa..malam2 pun panas jugak...
hi babe
thanks for sharing!
Seryes I rasa camm seronoknya pregnant! bab nk beranak tu..uhuk uhuk..
tp takper u can do it!
all da best!
wah.. thanks kak... sharing cite pasal pregnant ni.. mudah2an kak derna dan baby sihat walafiat... dan dipermudahkan dalam segala hal.. :)
mrs. hanibunny - InsyaAllah cida... Amin..
NeenaAnuar - thanks fren.. aku pun doakan ko pun sama merasai pengalaman apa yg aku rasakan ni nanti... teruskan berdoa.. Amin..
purplelicious love - panas sampai peluh menitik2 kan.. cam eksesais.. tapi kita bukan makin kurus makin bulat adalah kan..hehehe.. pembawakan katanya kan..
jet setter - I pun suka jer baca kisah u masa u preggy dulu.... harap2 sumernya ok...
Yaniez - thanks dik... Yanie camne sekarang? any good news?
Post a Comment