Friday, May 21, 2010

Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung

Kalau sebelum ni aku post kan adab isteri terhadap suami, kali ni kita baca adab suami kepada isteri pulak yer. Tapi ada ke pun para suami yg baca blog aku nie? Rasanya most of my readers pompuan jer. Tapi takpelah, nanti korang gi tau kat suami2 korang yer.

Ketika isteri sedang mengandung, suami hendaklah benar2 bertanggunjawab terhadap isteri. Kerana perasaan isteri saat itu sgt sensitif, mudah tersinggung, mudah merajuk dan sebagainya. Ia sangat memerlukan perhatian dariapada suami yg disayanginya.

Ada beberapa perkara yg perlu suami lakukan terhadap isteri yg sedang mengandung.

  1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isterinya, sebagai teman hidup yg paling dekat.
  2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri, serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
  3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yg berlaku dengan isteri sebelum masuk ke tempat tidur.
  4. Jangan terlalu mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri, seperti perkataan "aku ceraikan engkau" dan yg serupa dengannya.
  5. Ketika seorang wanita yg mengandung itu hampir masanya utk melahirkan anak maka ia dan suaminya dianjurkan supaya membaca doa sebagai berikut. "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin" . Ertinya: Tiada tuhan yg disembah melainkan Engkau Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan org2 yg zalim.
  6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Suami yg soleh ikut merasakan penderitaan yg dirasakan oleh isterinya. Walaupun suami tidak merasakan secara langsung kesakitan spt yg dideritai oleh isteri, setidak-tidaknya ia insaf dan merasakan bahang penderitaan dan rasa sakit ketika isteri melahirkan anak. Ketika itu suami akan merasakan bahawa dia betul2 menyayangi anaknya begitu juga isterinya.

Suami harus byk terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatiannya terhadap isteri. Oleh sebab itu suami hendaklah berada di samping isteri ketika isteri sedang sakit bersalin dan ingin melahirkan anak. Suami memberikan motivasi kepada isterinya agar tetap tabah dan sabar. Di samping itu suami harus byk berdoa kepada Allah SWT serta byk istighfar, dan selawat. Dgn cara itu perasaan isteri menjadi tenang, sehingga memudahkan proses melahirkan anak.

Begitulah seterusnya bahawa perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan. Dari ketika hamil, melahirkan dan kemudian menjaga anak adalah suatu pekerjaan yg perlu dibantu oleh pihak suami, agar isteri merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menanggung beban yg berat tersebut.

Sumber: Buku Amalan Ketika Mengandung dan Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi.

Actually panjang lagi yg ditulis dalam buku ni hah.. tapi tangan aku penat lah nak taip satu2 so aku pendekkan jelah yer.. Nanti ada masa aku share lagi apa yg ada kat dalam buku2 yg aku baca itu.

No comments: