Thursday, April 9, 2009

Tak Tau Nak Citer Apa

Kita layan tag sajelah minggu ni yer. Aku cam malas jer nak bercerita. Hehe. Oklah janji ado, takdelah korang masuk sini asyik2 citer tu saje. Aku tak nak hampakan korang. Suci murni niat hati ku nie tau. Apapun meh ucap tima kasih kat MyaSefia sbb tag ni, kalau tak aku rasa tak berupdatelah blog ni. Tapi jangan pasni korang sorang2 tag aku pulak, matilah asyik nak jawab soklan jer manjang..

Ok Mari kita mulakan..

Nama-nama timangan anda :
Ayang, Sayang (leh refer kat tag sebelum ni utk nama2 yg lain)

Anda seorang yang :
Penyayang, Berdikari, Tak suka lambat, sesentap, lurus, jujur, baik hati, penyabar, tekun, gigih, rajin, malas, mengambil berat, bertangungjawab, boleh dipercayai, amanah, dll. Hah amik ko sumer yg baik2 belaka.. yelah kalau kita tak angkat bakul sendiri sape lagi yg nak angkat kan?. Ko nak angkatkan ker? Lagi ko tuang bakul aku adalah kan? Oh ya bakul kain kat rmh aku dah penuh. Apa ko merepek hah citer psl bakul??!!

Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda:
Mak - Sebab dia mak akulah. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Aku syg mak aku walaupun aku tak pernah meluahkan dengan kata2 & walaupun aku tak dimanjakan seperti dia manjakan adik aku, aku tetap syg sgt. Dia tabah. Wanita tabah membesarkan kami adik beradik dan mendidik anak2 menjadi insan yg berguna & berjaya.

Shahrizal Ikhmar - sbb dia suami aku. Syurga juga terletak di tapak kaki suami kan? Byk2 org dalam dunia rasanya dia yg paling memahami aku. Melayan aku dengan baik sekali. Sungguh menghormati org lain, dia mempunyai sifat2 positif dan sedikit sebanyak aku mengikuti sifat2 dia. Cas negatif pun dia ada gak malah aku turut ikut gak sifat negatif dia. Kata suami isteri tu cermin antara satu sama lain kan. Lagi satu, dia tak tendekut....tak pernah lupa kasi nafkah kat aku... ala segala nafkah lah kan... hehehehe

Byk lagi insan teristimewa di sekeliling aku ni, tapi cukuplah yg dua di atas jer yg aku describekan. Yg istimewa lagi ialah, adik badik aku, ibubapa mertua, anak2 buah, kawan2, guru2 dan sesiapa sajer yg mengenali aku di sini. Wah cam ucapan salam lebaran dari perantauan lah pulak.

Lagu kesukaan anda :
Lagu apa hah? aku pun tak tau. Yg aku tau aku suka lagu tu kalau aku suka dengar lagu tu pastu feeling2 aku ngan laki aku dalam lagu tu. Tu maknanya aku sukalah.. tak menjawab soalan langsung:P

Makanan kesukaan anda :
Char Kuay Tiau kot sbb kalau gi makan mana2 yg ada jual char kuay tiau mesti aku order tu.

Warna kesukaan anda :
Dulu fanatik ungu. Pastu boring. Pastu sekarang ni mcm2 kaler aku suka:- pink, hijau, gold, hitam, putih, merah ..senang kata sumer kaler aku suka. Sbb byngkan kalau dalam dunia ni ada satu kaler jer, tak ker boring? Maknanya setiap kaler itu saling membantu antara satu sama lain.

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :
Next question plss.. Kan aku dah ckp aku tak suka cakap ulang kali (eleh cam bagus).. sila refer di sini lagi.

Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :
Baru jap tadi masa nak describekan org2 yg teristimewa tu.. kan aku dah kata aku ni kan sesentap.. bila aku luah perasaan lebih2 mesti air mata cam bergenang jer.. tak kira lah apa perasaan yg aku luahkan tu...

Menangis kan bagus utk mata. Ye ke??

Tag 6 rakan anda :
Aku nak tag 6 org pertama yg kasi komen kat entry nie.

Konpom takde sorang pun nak tinggal komen nanti kan? Masing2 nak mengelak kan? Kalau takde jgn haraplah aku nak update blog sampai taun depan. Tak pun private blog ni pastu aku takmo invite sesapa. Aku majuk.

Ala jangan lah camtuh. Anggaplah tag nie sebagai penghargaan sbb korang berani.. Terimalah tag ini dengan hati terbuka yer...

10 comments:

Suki Cida said...

hahah lawak tul! tak ada org komen... tak pa cida komen... ada masa cida wat... mmg la soalan lebih kurang sama je dengan tag epas2... wakakak sbb cida fanatik blog deqna, tak pa la, cida nak komen jugak!walaupun kena buat tag...

Anonymous said...

Deqna..Deqna..hehe kelako laa Deqna nie wat tag pn kelako tau..sya klu bca n3 awk ask gelak sorang2 jer..

Hasra_Razali said...

Uihh pandai tul Deqna mengumpan ek..
Patutnya utk describe ttg diri deqna kena tambah...LAWAK..anda sorg yg lawan sbnrnya tau..

Aduh...duk memikir tadi, nk drop komen ke tak....kang kalau drop kena jawab tag ek..hehehe....

Beautiful Disaster said...

haa. sy tau nafkah yg satu tu konpem die xkundukut kan? kan? kan?akak ni btol lar. skg ni br pasan yg akak nye ayat kelaka xhengat2.

Deqna said...

hubby-terharulah syg baca semua tag nie,biar blogger menganggap ia sebagai lawak tapi tidak suami mu...luv u



hehe

Hasra_Razali said...

Ok...En shah kena jawb Tag! ahaks!

Deqna said...

Suki Cida, Qasehku, HasraRazali, Beatiful Disaster, Hubby (tak terkecuali ok)- Tahniah anda adalah dikalangan org2 yg bertuah. Sila siapkan hutang tag anda. Hehe.

Nanti kalau aku private blog aku invite korang sumer yer... yg lain2 jangan harap...hahahaha

nape tak cukup 6 nie? korang takut yer? ala setakat tinggal komen jer, korang nak buat ke tak ke suka hatilah. ada aku marah?? takde ok..

NeenaAnuar said...

aku yg ke berapa nih deyna???? hehehehe.... alar tak kire lar yg keberapa pun... kalau aku ade masa nanti aku buat ok... aku pun sometimes tak pandai sgt nak berblogging-blogging nih.. almaklum lar baru beginnerr... cam tak tau jer apa nak citer and cam ner nak citer... bagus gak lar ade tag2 yg camnie.. so, aku leh dpt idea.. :D

Deqna said...

NeenaAnuar - Ngam ko org ye keenam.. jangan lupa buat no... yelah tag ni memang leh jadi penyelamat di kala ko takde idea nak memblog..

Deqna said...

NeenaAnuar - Ngam ko org ye keenam.. jangan lupa buat no... yelah tag ni memang leh jadi penyelamat di kala ko takde idea nak memblog..