Apa yg aku masak? Ala masak sempoi2 jer pun. Aku masak udang galah masak lemak cili api. Actually udang ni asben aku bawak balik dari tempat kerja. Dia kata member dia gi memancing, pastu member dia kasi kat dia suh masakkan. Sbb bini dia jauh.
Nak masak lemak ni takdelah susah sgt pun. Memang lauk paling senanglah. Tapi kalau tak cukup bahan maka jadi rumit sikit lah.
Tu lah masalahnya stok santan kat rmh sudah abis. Aku mintak asben gi kedai tolong belikan tapi dia tertido, malas aku nak kejut dia aku pun gi sendirilah beli. Padahal kedai tu dekat jer ngan rmh aku. Tapi aku malas nak jalan kaki. Aku bwk gak kereta.
Sampai kedai aku tgk takde ruang nak park kereta, sepanjang bahu jalan penuh ngan kereta. Rupa-rupanya ada majlis kawen kat area situ. Haruslah bahu jalan sumer penuh. Aku pun balik ngan hampa tanpa membeli santan.
Aku masih tak puas hati, yelah cam sia2 jer usaha aku nak mendapatkan santan secara solo nya. Aku balik rmh letak kereta. Pastu jalan kaki gi kedai. Pastu balik. Kan senang kalau aku jalan kaki jer awal2. Bengong.
Lauk kedua. Ikan masak sambal. Lauk camni harus ada kat rmh. Laki aku memang suka ikan. Dia kurang suka makan ayam.
Dah tu jelah yg aku nak update. Mesti ada org kata eleh masak itu itu pun nak blog gak ker..
Yelah aku takde mende lain nak update pun... Janji ado kan?
5 comments:
Hehe..ikan smbal tue haruss kan..dh memg sedap mkn hr2 pn tk jemu
Qasehku - lagipun ia cepat dan mudah dimasak. makan hari2 pun takpe..hehe
udang itu adalah menggiurkan..
cedapnyer udang tu yum yum...
Mya - kerana org masak itu juga menggiurkan hehehe
ladyana - errrmm sedap gak lah... asben lah yg ckp..hehe
Post a Comment