Monday, April 13, 2009

Takmo Sunat!

Satu hari akak aku bawak Adam ke klinik tuk buat injection. Tak taulah injection apa, tapi sape2 yg dah ada anak tu taulah injection apa. Si Adam ni baru dua thn lebih, bulan 9 ni genaplah 3 thn, tapi mulutnya leh tahan lar petah dia.

Sampai kat klinik dia rilex jer. Dia ni memang brutal sikit.

Tibalah turn dia. Si misi pun turunkan lah seluar dia ke bawah. Yelah kata nak enjet bontot kan. Tanpa semena-mena si Adam menjerit..

"Ibu..ibu adik tak nak cunat! tak nak cunat ibu!"

Akak aku apa lagi gelaklah kat situ. Misi tu pun gelak jer, sambil pujuk adam kata bkn nak sunat cuma setakat nak tengok kulit jer.. sambil2 tu misi tu duk usap2 lah punggung dia tu sambil cakap "cantik kulit adik..." sambil cakap tu misi tu apa lagi teruslah cucuk montot si Adam..

Adam apa lagi... menjeritlah dia "Ibu .. ibu adik cakit ibu! cakit ibu! adik cakeeeeettt!" kemain dia menjerit kat situ tapi takdelah menangis pun..

Anak buah aku ni memang pandai drama jer lebih.

Tapikan mana lah anak buah aku ni tak trauma pasal sunat. Hari tu asben aku beli mesin BOSCH alar mesin tuk tebuk2 dinding tu... sekali adam ternampak dia tanya kat laki aku.

"Apa tu Cik Cah?"

"Ini adalah mesin tuk sunat Adam!!"

Apa lagi mencecet lah si Adam tu berlari sambil jerit Takmo Cunat!

Jahatkan laki aku takut2kan anak buah aku. Tapi aku dah marah dah jangan takutkan dia lagi kang sampai ke besar takmo sunat sapa nak jawab??


Adam & kakaknya Ain.. Kalau pasan tu lesung pipit si Adam tu memang dalam...

7 comments:

NeenaAnuar said...

isshhh... isshhh... isshhh... tak baik si shah tau!! mentang2 dia dah sunat... pandai dia nak takotkan adam...

TiNiE said...

haa, sok masa time adam nak sunat kalau dia takmo, ko soh si shah temankan masuk bilik doctor...

Hasra_Razali said...

Eishh...cian kt Adam tu tau...Nakal tul En.Shah tu ekk...:-))

Deqna said...

NeenaAnuar - dulu dia pun takut sunat gak...hehe

TiNiE - takpun aku suh dia jer yg sunatkan...huhu

HasraRazali - Haah sian kat adam, asben saya memang nakal orgnya...

mama-syira said...

best layan budak2 keletah ni.. cam mak nenek eh tapi adam lelaki so cakap macam pak atok..hahhaa

Suki Cida said...

cik cah ni!!!!hehehe... jangan cakap adam, rasanya kalau guna alat tu tak ada siapa pun berani nak cunat.... hahahah... cute je adam

Deqna said...

mama-syira - pak atok..hehe.. mulut berteh jagung..

Suki Cida - memang pun kalau pakai tu harus sumer lelaki takmo sunat kot..