Nasib baik aku tak kuar lunch time nie. Sebenarnya hati ni melonjak jer nak kontiniu shopping semalam. Tapi rasa cam berat hati jer nak kuar. Rupa-rupanya hujan nak turun dengan lebatnya di kala ini. Bayangkan kalau aku kuar harus basah lencun balik ofis kang.
Memanglah boleh jer beli payung, tapi baper byk payung pulak yg aku nak simpan asal balik ofis hujan beli payung manjang. Yelah baru2 ni aku kuar makan kat sogo, cuaca suam2 kuku je. Elok abis makan nak melangkah ke ofis tgk hujan lebat mencurah-curah. Aku ngan member aku pun gi lah beli payung seorang sebatang eh silap penjodoh bilangan nie.. sekaki payunglah. Kenapa kaki? Sila tanya cikgu Latifah cikgu Bahasa Melayu aku masa sekolah rendah dulu.
Giler berebut masing2 membeli payung dah macam warehouse sale payung gamaknya. Walaupun sebelum ni payung2 tersebut di pandang sepi oleh pengunjung sogo (kalau cuaca oklah). Siap berebut nak pilih payung. Aku pilih yg murah2 ajer memandangkan kat dalam kete aku pun dah berkaki2 payung terletak. Dahlah harga paling murah pun 17 hengget. Payung kurnia aku dapat free jer. lagi payung tomei pun aku dapat free gak.. payung giordano pun aku dapat free gak. Tetiba yg ni ko jual mahal pulak yer.
Nilah dia payung merah yg aku beli tu. Ko agak2lah perlu ker payung pun ko nak sedondon ngan baju ngan henbeg bagai? Soalan tuk diri sendiri.
Dah tu jer aku nak citer. Kisah aku sebatang payung. eh Bukan.. aku sekaki payung. Tapi tak besh ar aku nak guna gak aku sebatang payung.
16 comments:
mmg skng ni ptg je ujan..ujan je petang kan..so,mereka yg berkenaan sile la bawa payung dengan senang hatinya..
deqna,coba ko tgk kasut ko...wane ape???
naaa..lawooo..meghahh!!! i like...
huhu...
tadi masa kuar lunch baru renyai-renyai hujannye...
kat sana dah lebat ye.. :D
wah. dah boleh jadi cik merah ni. tu lar pasal. baru nak tanya. perlu ker payung, baju dengan handbag sedondon??
T.u.Y.a - hujan rahmat... opss kasut idaklah warna merah, kebanyakannya warna hitam sajer..
TiniE - leh org suwit2 aku sambil cakap "merahnya mak ngah"
Yaniez - memang lebat. kalau naik kete harus jam. kalau jalan kaki harus lencun..
Beautiful Disaster - Cik Merah walaupun takleh tanding ngan mak merah..
perggghhh... tak sangka rupanyer aku punyer "font colour" hari nie menjadi kegemaran ko yek!! hhahahahahahaha..........
NeenaAnuar - hahaha kebetulan pulak. tapi merah ko menandakan marah, merah aku menandakan sedondon. Tapi aku kalau pakai baju ngan beg tu takdelah aku nak pakai payung tu, malu siot. nanti sumer org pandang2 aku pulak..hehe
ok apa deyna... tuh lar dinamakan pakaian beragam... huhuhu.. ;)
NeenaAnuar - Isy koser aku from top to toe nak sama jer...
saya segelas payung..amacam?haha
salam kenal :D
Cinta Cukulet - boleh ker? kalau pecah cam ne?
Salam kenal gak:)
cida tak suke pakai payung, leceh giler... hanya pakai kalau org payungkan sahaja... hahahah... payung kat kereta sesekali bukak hancuzzzz.... sbb jarang bukak, bila nak pakai habis semua. :P
chewah merah mak ngah yer...
Suki Cida - En. Zamani ada tukang payungkan tak de hal lah kan:)
Tapi tulah kadang2 payung banyak jer tapi time hujan basah gak kan..hehe
NAsib ler time tu hujan kt Sogo kan...
try pakai serba merah tu, dan hujan nya di tgh padang kt sebuah kampung...dan di padang itu ada sekumpulan lembu2 sedang memandang ke arah anda, smbil menyepak2 kaki ke arah tanah...hehehehe...:-))
HasraRazali - wooo tidak!! takkan kena serang lembu kot... nehi nehi..
Post a Comment