Sunday, August 3, 2008

The Tip of Borneo

Kan hari tu aku ada citer yg kiterang ke Kudat kan. Apa ada kat situ? Aku suka sgt sbb aku dah menjejakkan kaki ke Tip of Borneo a. k. a Simpang Mengayau. Inilah dia hujung Borneo ye kawan2.

Bukti menunjukkan kami sudah sampai ke sana


Sgtlah jauh tempat itu (215 km dari bandar KK), dan sgtlah sunyi sepi tempat itu. Tetapi ia amat berbaloi sekali dengan pemandangan yg amat cantik sekali. Simpang Mengayau ni adalah salah satu tempat yg tercantik di Sabah.



Sepanjang perjalanan ke Simpang Mengayau, tak sangka ia sejauh itu..


Tetapi kedatangan kami disambut dengan pemandangan yg amat cantik.. perjalanan jauh yg berbaloi

Di sinilah tempat pertemuan Laut Cina Selatan dengan Laut Sulu. Aku memang terpegun dengan keindahan ciptaanNya. Dapat diperhatikan Laut Cina Selatan bergelora & Laut Sulu tenang sahaja..
Gambar yg atas sekali, dibelakang asben aku tu ialah Laut Cina Selatan dan di bwh pulak ialah Laut Sulu

Kiterang sampai sana dah tengahari, matahari pun dah terpacak atas kepala, panas jgn nak katalah, memang terik, tapi bila terpandangkan pemandangan yg indah tu, panas pun tak terasa, lagipun keadaan berangin, tapi memang terik betul,

Kerut di muka aku yg menunjukkan panas yg melampau ok.. oh ya kalau korang nak tau tempat ini betul2 terletak di hujung peta negeri Sabah yg kat bahagian yg macam tanduk tu..
Dari jarak jauh. Gigih kami berjalan kaki ke hujung itu di bawah terik mentari. Kereta hanya boleh masuk setakat gambar ini diambil sahaja..

Kalau nak gi sana sepatutnya pagi2 masa matahari nak naik or masa matahari nak terbenam, view memang cantik giler.. time tu org memang ramai, tapi time matahari mencanak nie hanya kami berempat sahaja berada di situ. Tapi ada kami kisah, alang2 dah sampai biar sampai hitam legam.

Indah sungguh panorama..
Gambar yg aku rasakan agak unik sekali.. kalau korang perasan kat atas belah kanan tu, aku ada buat arrow kecik tu, ialah gambar pepatung.. boleh aku tersnap tu.. terror tak aku?
Sejuk mata memandang.. tapi bahang dirasakan..
Peluang takkan dilepaskan, haruslah bergambar sakan
Cantik tak? Laut & awan yg membiru..
Like this pica
So, kengkawan kalau ke Sabah jgn lupa singgah ke Tip of Borneo / Penghujung Borneo / Simpang Mengayau... Kalau korang sukakan keindahanlah... kalau tak pergi pun takpe, at least aku dah share ngan korang...

13 comments:

mama-syira said...

bestnya derna! ni yg membuatkan ku teruja nak pi Sabah lagi. dulu hanimun gi just jalan2 kat town je pun. tingin nak gi macam2 tempat cantik2 tu. tapi skrg ada pakej, pegi ada budak cenonet. :P camno?

Hasra_Razali said...

Sgt Cantekkk baaa...sungguh mndamai kan...sejuk je mata memmandang...cm kena pergi je ni..(nk bayor kesedihan hati tak dapek g Jakarta..)

AdanyaKauUntukku said...

jap jap....pening kapla
ni pegi bape banyak tempat
cam banyak giler
jeles sihhhhhh

13may said...

best!

:)

peej said...

mmg cantik..suke gile tgk..
kat area2 tuh xde ke hotel ke resort ke??sbb pemandangan cantik la..if dpt spend masa kat situ je pun best kan..

Unknown said...

seronoknya...

ni yg buat rasa nk g je Sabah... laut dia bestnyaaa...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

mak aiiii...bapak best berjalan sakan sempena anniversary...
bila pegi ni....? wowiee...
sonok la...
tak dpt pegi pun xpe kalau pueh hati tgk gambar camnih..hihihi :D

pearl'E.J said...

wahhhhhhh.... 200km lebih dari KK nk ke situ?? wohooooo... jauh tuu yang... lebih kurang penang ke tapah tu... huhuu...

tapi berbaloi laa kan, sbb mmg cantik okeh pemandangan situ..

Deqna said...

mama-syira - apa lagi usul kan lah kat papa syira yer...

hasrarazali - eh tapi dah tak sedih lagi kan?? jadi kan pergi.. enjoy ur holiday:)

s2m3r - 4 hari 3 malam tu memang kiterang pulun cukup2, tapi still tak abis lagi jelajah satu sabah..hehe..

Deqna said...

13 may - memang best.. percutian yg tak mungkin dilupakan :)

peej - kat situ ada gaklah chalet, tapi cam takde org stay jer aku tgk. yelah tempat jauh ke pedalaman, memang takde apa2 pun kat situ. kalau stay kat situ rasa cam boring kot..malam apa tah lagi.. sure ko sangap nyer.. dahlah coverage pun takde.. kalau ada emergency masalah sikit... tapi view memang marbeles..

Deqna said...

ellyn - memang syok tau... kalau nak pergi leh bagi tau saya, saya ada member kat sana kot2 nak cari kereta sewa..

ezrina - pergi from 23-26 julai hari tu.. 4 hari jer.. tu pun rasa tak cukup jer erin...mula2 plan nak gi 6 hari, tapi member kata nanti boring gi lama2, alih2 derang gak yg tak puas berjalan..

pearlej - ha'ah memang jauh pun kak ej, kalau penang ke tapah tu ok lagi sbb ada hiway, ni jgn kata hiway, jalan pun ada gak yg tak berturap...sakit punggung tau duk lama2 dalam kereta. tapi apa pun kiterang rasa berbaloi sgt:)

Unknown said...

deqna,

itu sudah baik..mmg ada plan tp tu la tau mana tmpt yg best.. nanti kita calling2 la kalu kita nk g nanti..

Deqna said...

ellyn - sure no problemo punye...