Saturday, August 23, 2008

Pelik Tapi Benar

Ini pulak tugasan yg diberikan oleh si gadis manis ini. Jenuh aku nak fikir tau...

7 Random and Weird Fact About Me....

1. Walaupun boros tapi berjimat cermat. Ha.. cemana tu? Tak dinafikan aku suka shopping. Tak caya? Takkan aku nak tunjuk kat korang lak kan setiap kali aku beli barang... tak elok tu menunjuk, tapi sekali sekala nak nunjuk takpe hehe.. Bukti aku kaki shopping, aku sentiasa dapat rebate voucher dari sogo since aku ni member card. Pernah dapat voucher sampai 275, bygkan berapa aku spent tu.. tu baru sogo, yg lain2? Tapi aku beli apa yg aku perlukan. Untuk kepuasan diri sendiri, taklah aku membazir tak tentu hala..

Dan sebab apa lak aku kata aku ni berjimat? Nak tau apa buktinya?? Duit bonus aku tahun lepas masih ada lagi okey.. matilah pasni org datang cari aku nak jadikan aku ah long (sori aku tak berminat nak jadi ah long – permohonan akan terus ditolak)… pastu setiap bulan aku ada wat savings.. mesti korang kata biasalah tu kan.. tapi yg luar biasanya, dulu masa kawen aku punye savings abis sumer aku gunakan.. kata nak berdikari kan... & now, aku dah dapat balik kumpul sebanyak yg telah aku gunakan dulu... J

2. Kalau nak keluar rumah mesti minum air dulu. Bkn setakat kuar rumah jer, nak kuar ofis pun nak minum gak. Nak kuar gi toilet pun sama. Nak masuk meeting pun mesti nak minum gak.. senang kata, setiap sesuatu perkara aku nak wat mesti minum air dulu.. ntah aku pun pelik gak habit nie.

3. Lagi satu habit yg pelik ialah cium bantal busuk dulu sebelum keluar. Tapi sekarang habit tu dah berkurangan sikit lah. Cuma kalau aku nak bermalam berhari-hari kat luar mesti aku cium bantal feberet aku tu.

4. Sebelum tido aku kena make sure yg aku dah cuci kaki, gosok gigi, wuduk, solat. Kalau aku tertido pun, aku mesti terjaga tgh malam buta.

5. Aku cepat terasa cam org tak suka kan aku, bila org tu lain macam sikit ngan aku. Padahal org tu takde rasa apa2 pun..

6. Tak suka menghampakan permintaan org. Contohlah kalau laki aku ke,adik badik aku ke, mak aku ker ajak gi somewhere, tapi aku tak leh pergi, aku rasa cam bersalah sgt, pastu aku terus jadi tak tentu hala. Sama gak kalau derang nak sesuatu tapi aku tak dapat tunaikan..

7. Tak boleh ber*k kalau ke tempat yg aku kurang biasa. Tak kiralah hotel ker apa ker. Dia tetap tak nak keluar, walaupun dah terasa sgt2 nak membuang dah.. tapi dia cam termasuk balik.. hehe sori dirty sikit yer.. pernah dulu masa kat redang, 5 hari aku tak membuang.. giler buncit perut. Rasa dah memulas giler, tapi bila dah ready kat dlm toilet dia takmo gak kuar….


Phew.. cukup pun 7 tabiat pelik aku nie.. sori yer Cida, makan tahun nak wat tag nie...

2 comments:

Suki Cida said...

heheh suka suka... ingat awak dah lupa dah... tima kasih kerana sudi menjawab... penat nak tulis TAg ni kan deqna, awak pun macam saya kot... kalau tak buat atau tolak request org mesti tak sedap ati... mesti pikir org ni marah ker tak... kan...kan...

Deqna said...

suki cida - eh mestilah buat..tak elok hampakan permintaan org..cewah.. ni blog awak apsal lah susah tul nak masuk yer?