Nie benda2 yang aku beli semalam selepas berurusan ngan Bank yg ntah apa2 itu. Alang2 dah buang masa kat situ, mari kita buang duit pulak. Aku telah membelikan diriku mekap2 spt gambar di bawah. Tidak lupa juga kapas muka untuk buang mekap dah mekap2 nak buang pulak. eei membazir tul pompuan kan. Beria-ia beli mekap ni, cantiknya idaklah jugak.. ala2 ajer. Selain itu, aku jugak beli solution untuk contact lense aku. Solution aku pakai yang murah ajer. Korang kalau nak beli contact lense beli kat kedai kat Semua House kat situ (dekat ngan Habib Jewel) pada aku murah sikit. Iklan sebentar.
Untuk dia pulak (asben) aku belikan hanya 2 helai singlet spt gambar di bawah. Asben aku singlet pun nak cerewet. Dia hanya pakai singlet ni sahaja dia kata selesa. Layankan ajer. Segan siot masa nak beli singlet ni, dahlah aku sowang2 masuk kat men's dept, masuk lak kat tmpt pakain dalam lelaki, time tu sorang pompuan pun takde harapkan sales girl jerk. Tapi demi ingin menjadi isteri yg taat aku ketepikan sahaja perasaan segan itu.
Untuknya pulak (kucing aku yang garang itu), aku belikan dia makanan dialah. Seperti gambar di bawah. Kat rumah ni harapkan aku jelah yg rajin belikan makanan dia tu, tapi still nak cakar2 aku jugak. Tak kenang budi tul kucing aku ni. Dapat percuma shampoo. Ntah bila aku boleh mandikan dia, dia kan garang. Dia mandi sendiri ajer. korang caye ke? abaikan ajerk.
Itu sahaja perbelanjaan berhemah aku utk kali ni.
p/s: Buyeen kucing M&FIL kesayangan aku tu sudahpun tiada lagi di dalam dunia ini. sob sob sob. Korang jgn amik gambar kucing lagi tau.