Showing posts with label Gelang/Rantai Tangan. Show all posts
Showing posts with label Gelang/Rantai Tangan. Show all posts

Wednesday, April 9, 2008

Good News!

Sungguh aku tak sangka tau... apatah lagi asben aku.... syukur sangat...inilah yg dinamakan rezeki...
ok... dengan ini, aku ingin maklumkan kepada korang sumer bahawa aku telah....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
menjumpai semula gelang tangan aku yg hilang 2 minggu lepas. cam tak caya je yg selama ni gelang itu rupanya hanya berada di dalam keretaku sendiri. Semalam aku tak kerja, adik aku bawak anak buah aku; Adam & Ain jalan2 naik kete aku. Ntah camne si Ain leh lak terjumpa gelang tu kat sit belakang. Pelik gak camne leh ada kat situ, sbb aku mana pernah duk belakang kan.. tapi tulah dinamakan rezeki.... Alhamdulillah..

p/s: saspen tak?

Sunday, March 30, 2008

Hilang Lagi?

Dulu hp aku hilang. Semalam gelang tangan aku pulak hilang. Aku ni takdelah suka sgt pakai brg2 kemas, biasa aku pakai cincin ngan subang ajerk. Tapi semalam aku teringat kat satu gelang aku ni, aku lupa aku simpan kat ne, aku cari2 lah, jumpa. Pastu rasa cam gatal jelah nak pakai masa nak gi keje semalam, aku mintak mak aku pakai kan.

Kekdahnya, bila dah lama sgt tak pakai gelang ni, aku sampai tak perasan sama ada gelang masih di tangan atau tak. Tahu2, petang semalam masa kat rmh mak mertua, masa nak nunjuk kat asben aku sambil selak lengan baju kurung aku tu baru aku perasan yg gelang tu memang takde kat tangan aku. Aku tak pasti mana cicirnya.. kalau cicir kat tempat keje Insyaallah leh jumpa, kalau cicir kat Sogo semalam.. camne? . Takpe, bukan rezeki aku kot. Sabar yer. Mula2 asben cam marah2 kata aku careless tapi bila tengok aku sedey dia kesian pulak. Ayat power aku "Takpelah, takde rezeki kan. Nanti sayang gantikan yang baru, kan?". Hahahaha...

Kalau gelang kawen yg hilang harus aku nangis2. Tapi yg ni pun sedey gak.

p/s: Aku rajin berblog petang2 ni sebab aku nak elakkan daripada tido, nanti muka aku tembam. Tambah lagi hari ni tak kemana. Patutnya ikut asben main bolah, tapi aku cam malas, sbb hari pun cam nak hujan jer ni. Takut cam minggu lepas game cancelled.