Wednesday, August 27, 2014

Dah Besar Dah Budak2 Nie

Hai semua. Lama betul tak bukak blog sampai syawal pun dah habis dah nie. Uwaaa entry raya takde pun lagi. Tak boleh jadi nie..  tetap nak letak gak entry raya nanti..lambat pun lambatlah janji ado. Tapi hari ni belum nak citer pasal raya, tapi nak citer pasal 2 beradik nie.

Dah besar dah anak dara 2 org nie. Kakak semakin menjadi2 drama queen dia, yg si adik pulak perangai tu cheeky sgt sekarang ni. Kerja nya asyik nak menyakat org. Yang jadi mangsa selalu kakak dia lah. Tapi keletah dia tu lah yg jadi penghibur kat rmh.

kemain happy adik dapat bonceng akak naik basikal

Kat dalam rmh pun boleh jadi trek basikal ok. Kemain lah dua beradik ni gembira main basikal masing2 kat dalam rmh. Pastu main langgar jer apa yg ada. Pitam mak ko nak.

Time main, mainlah. Time rajin, masing2 keluar buku masing2 dan belajar. Nampak tekun sangat mereka. Lebih2 lagi si adik tu. Kalau pegang pensil tu kemain kemas lagi jarinya macam dah expert sgt menulis. Yang si kakak pulak.. 5 minit pertama jer tekun, lepas tu terus drama. "Ica ni penat lah belajar". Atau baru kaler 1 page "letih lah tangan ica nie. Ica nak rehat. Mama buat susu". Yang penting dua2 org ni tak boleh nak kongsi2 barang. Akan ada amukan lah nanti kalau adik amik akak punya, atau pun sebaliknya.

sorang kat sana, sorang kat sini


ruang study yg ayah mereka siapkan

So, now tak payah nak meniarap kat atas lantai lagi. Buat kerja kat meja masing2.

kesayangan saya tau mereka ni

Oklah just update light2 utk menaikkan semula mood utk mengupdate blog. Teruk sangat malas sekarang nie.

Friday, July 25, 2014

Ramadhan Hampir Berakhir dan Syawal Bakal Menjelma

Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami, oleh itu berilah masa kepada kami untuk terus beramal seperti dalam bulan Ramadhan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk untuk mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami dan beribadat kepada-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.

Ya Allah,
Kami mohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kepada-Mu.

Ya Allah,
Sekiranya kami tidak sempat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, maka Engkau ampunkanlah dosa kami dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.

Ya Allah,
Kami berharap dengan berakhirnya bulan Ramadhan yg mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan.

Aminn... Ya Rabbal A'lamin

Thursday, July 17, 2014

Puasa, PD, Bazar Ramadhan, Babysitter dan Anak2. Ini tajuk entry ke Labels?

Salam Ramadhan kengkawan sumer. Selamat berpuasa kepada semua yg sedang berpuasa. Hehe puasa pun dah nak sampai penghujungnya baru nak ucap selamat. Hai entahlah memang lah sekarang ni tak rajin sgt nak memblog.

Baru2 ni kami gi short vacation ke PD. Sape kata bulan2 puasa tak boleh pergi jalan. Ok jer. Best jer. Last weekend kami sesaje lah ke PD. Saje nak bawak budak2, sambil tu nak bawak anak2 babysitter dan babysitter sekali. Untuk mengeratkan silaturrahim. Ater, anak2 sekarang kan duduk dengan new babysitter. Nak tunggu lepas raya, lambat sgt, so kita gi bulan puasa je lah, lagipun resort pun ada kekosongan.  Kiterang gerak petang Sabtu sbb suami babysitter tu kerja hari tuh. Gerak dalam pukul 5 lebih dan sampai sebelum masuk waktu berbuka. Terus kami singgah kat satu restoran seafood tak jauh dari resort kami. Nasib baik jgk ada table kosong, walaupun kami takde buat booking. Tapi satu gambar pun nan ado, sbbnya sekarang ni dah tak berapa tegar lah nak kuar hp or kamera tuk amik2 gambar. Sibuk kan nak tengok anak2 jer.

Lepas buka puasa baru kami check in.  Malam tu takde apa aktiviti pun, just borak2 dan tengok tv jer. Org bulan puasa gi surau, masjid gi Terawih korang gi jalan? isy isy isy... sape kata tak boleh buat tu sumer.. boleh jer, pokok pangkalnya hati memasing kan...tepuk dada tanya iman. Ewah.

Pagi esoknya awal2 pagi aku dah bangun tuk sediakan juadah utk sahur. Sahur simple2 jer, takat masak nasi, pastu masak sambal sardin dan telur dadar. Up sekali maggie goreng sedap utk tambah2. Sedap gak sahur makan megi. Cubalah. Lagi best kalau makan berjemaah.

Pastu siangnya kami free and easy sajer. Dah memang tujuannya datang ke PD utk berehat2 sahaja. Yelah aku paham sgt babysitter mesti penat selama seminggu jaga anak2 aku, jaga anak2 dia lagi... mesti tak rest. Aku yg cuti weekend duk ngan anak2 pun boleh rasa cam mana penat dia.

Pagi tu as usual lah harus bawak bdk2 gi swimming dulu. Sbbkan ni yg kali ke lapan beras ratus kali kami ke sini, maka takdelah amik gambar sgt pun. Tu pasal entri ni tak de gambar sgt. Tapi ada lah sikit. Mana yg ada tu aku tepek lah jgk kat blog ni. Pas mandi manda budak2 bolehlah makan. Kami takat tengok sambil telan ailio je lah. Hehe. Pastu aktiviti tido. Wah heaven betul dapat tido siang2 hari. Takyah fikir nak buat kerja rmh yg tak pernahnya habis.

Petang sikit baru kami keluar. Gi bazar Ramadhan jelah. Itulah pertama tama kalinya aku jejak kaki ke bazar ramadhan. Bazar kat rmh tak pernah pergi pun alih2 bazar dkt dengan poli PD yg aku jejak. Bukan apa sekarang ni cam takut jer nak beli makanan kat bazar, mcm2 hal kan. Tapi klu tak ke bazar, apa pulak yg nak dimakan time buka buka puasa nanti. Kami berpecah. Masing2 pergilah beli apa2 yg teringin nak dimakan. Hujung2 bila bertemu masing2 menjinjing beg plastik di tangan kiri dan kanan.

Maka inilah hasilnya................


penuh meja. nyamss. tu pun ada yg tak dikeluarkan lagi dari plastik.

Ada yg sedap. Ada yg ok. Ada jugak yg tak sedap dan ok. Biasalah berniaga bermusim kan. Ikut nasib2lah..  Tapi kami takde lah bazir sgt... adalah jugak sikit yg terlebih.

budak2 tgh berjemaah minum susu

Alhamdulillah anak2 pun boleh masuk dengan anak2 pengasuh dan nampak dorang happy. Dorang lebih kurang sebaya jer ngan anak2 aku. So memang genglah.

Sempena Ramadhan ni ramai gak lah yg berhijrah menjadi lebih baik. Artis yg pakai tudung pun dah semakin ramai. Yang tak artis pun apa kurangnya. Alhamdulillah.

Tak ketinggalan jugak budak2 dua orang nie..

"mama nak pakai tudung"

Pun boleh.. pakai tudung tapi berskirt. Ica.. Ica.. Tapi kejap jelah pastu agak2 rimas dia cabut. Takpe slow2 yer kakak.

eh adik pun mana boleh tidak.. apa kakak buat dia pun nak nak jugak

Inara memang peel dia camtu. Suka sgt tiru kakak dia. Dulu Inara ni jenis baik tak banyak ragam, tapi sbb hari2 tgk kakak dia menangis.. dia pun sekarang dah suka menangis.. nangis yg boleh break2 lagi.. ingat dah benti... tiba2 eh dia sambung balik. Adik cam noti2 sikit.. noti2 yg comel... memang terhibur dengan perangai dia. Berani dan berdikari. Sumer nak buat sendiri. Kalau nak takutkan dia kat bilik gelap pun tak jalan. Dia selamba jer. Pastu kuar bilik sengih2 sambil pegang barang. Oh ye, inara ni kami panggil minah prop. Kat tangan dia mesti ada jer benda yg dia nak pegang.

Ok sekian cerita campur2 utk kali nie.

Monday, July 7, 2014

Anniversary

Tujuh tahun yang penuh suka dan duka. Semuanya dilalui bersama. Alhamdulillah. Happy anniversary suamiku. I love u till Jannah.

#dahlamatakupdateblogterustakretinakkarangayat
#wegotmarried07/07/07


Thursday, June 19, 2014

Cuti Pendek Sebelum Cuti Sekolah

Bulan lepas bawak anak2 jalan2. Tu pun sbb Marissa dah bising bila nak bawak dia ngan adik gi jenjalan gi mandi2 kat pimpool (swimming pool). Kesian dorang, mak ayah sibuk. Dahlah weekdays kena tinggal dengan babysitter, so weekend memang dorang berharap adalah aktiviti sikit. Sbbkan asben susah nak dapat cuti, dapat cuti 2 3 hari over the weekend pun jadilah. Sbbkan cuti yg pendek so, takleh lah nak gi jauh2, tanak buang masa so gi dekat2 jer sudah. Maka ke PD sajelah kami. Takyah susah2 nak book2 hotel segala, book jelah resort tempat kerja kami. Alhamdulillah dapat. Studio room jelah yg available waktu tuh, first time lah dapat unit ni, tapi best gak. Next time kalau gi, nak book unit ni gaklah kalau takat kami anak-beranak jer yg pergi. Kalau ramai2 lebih selesa lah amik chalet ada byk bilik.


view dari studio unit


upon check-in

alala dua beradik ni tak lepas2 pegang tangan

Sesampai jer kat PD, kami lunch dulu kat satu kedai kat sana, sbb memang tak lunch pun dari rmh, pastu takde pulak bawak apa2 bekalan makanan ke apa. Memang tujuan utama tuk rehat2 jer, tak koser nak masak2. Kata bercuti kan.

relax2 dulu 

suka adik tu ye

duduk2 dulu



selfie2 dulu

dahlah dik takyah nak muncung sgt mulut tu

kita minum susu dulu

Pastu tido2 dulu. Yang budak2 memang dah tak menyabar dah nak turun nak mandi-manda. 


Marissa dah siap tukar baju dah



menjenguk pool dari tirai kamar

Petang tu memang pool itu kami yg punya. Sbb ramai lagi yg tak check-in. Sbb biasanya staff check-in after office. Yang kiterang memang cuti hari tuh, tu yg sampai awal. Tapi kalau taim cuti sekolah haruslah full house sesado. Tu yg aku prefer gi time bkn school holiday. 

menung pulak dia

free & easy 



dah tak yah nak gedik sgt Marissa



anak hepi ibu bahagia

ok lets jump to the pool

mula2 tak berapa berani

lepas tu terus berani


cikgu renang tgh ajar budak berenang




semakin konfiden


ok mama... i can swim already

Masa kiterang tgh mandi2 tu ada lah merpati dua sejoli tu tau. Berduaan jer dari tadi. Kiterang pandang2 pun dorang buat derk jer... ke sani ke sini berdua. Bagaikan dunia ini milik mereka berdua.

Ni lah dia merpati dua sejoli tu.

Mula2 kat atas bumbung ni

Pastu agaknya perasan kami asik memerhatikan, terus dorang turun kat depan kami.

bird kata Inara

Inara kalau jumpa cat dengan bird memang excited. Jumpa binatang lain pun excited jugak, tapi sumernya jugaklah dia panggil cat or bird. Haha.

Tak lama pun kami menginap di sana. Satu malam jer. Next day nya dah nak check-out. Rasa cam eh eh takkan nak balik dah.. jom lah sambung cuti lagi... ke mana? Next entry lah pulak..

Wednesday, June 18, 2014

Birthday Marissa Hari Tu

Ok ini adalah entri tertangguh. Maka pada 28 Mei lepas maka kami adakan sambutan kecil2 lan sempena birthday anak yg ke 4 tahun. Tengahari tu aku lari ke Sogo kejap beli kek dan hadiah. Kang kalau tak beli kek kang mau sentap anak dara tuh. Masa on the way balik from office asben wasap gambar nie dia kata dia dah deko2 sikit tuk party Marissa. Party lah sgt pun...

gambar yg diwasap oleh asben

Gambar kat tv tu gambar masa sambutan birthday Marissa tahun sebelumnya tu. Asben linkkan gambar2 tu from laptop ke tv. Pastu siap ada lagu2 birthday. Padahal takat potong kek tuk 4 beranak jer. Takpe effort tu yg penting.


Gigih laki ai ols tiup belon segala. Pastu siap letak windmill toys budak2 utk menampakkan warna2 keceriaan di situ.

Bila aku sampai rmh aku tak keluarkan pun kek dari kereta. Marissa dah sibuk tanya "eh mama tak belikan kek ker?" Kan aku dah cakap dia memang looking forward sgt beday to u dia tu...

tadaaa.. mana boleh mama tak beli kek

tgk muka sendiri


letak lilin kat kek

Ntah kenapa aku ni hilang ingatan ke apa, masa beli kek tuh, boleh aku suruh org kek tu tulis birthday yg ke 3 tahun patutnya 4 tahun. Ni pun bila dah sampai baru aku perasan aku tersalah, patutnya 4 tahun. Tu yg lilin pun ada 3 jer... hahaha maafkan mama yer..

3 thn vs 4 thn

Marissa yg dulu dan Marissa yg sekarang


takde beza pun.. sama jer

bersusun hadiah...

Satu utk birthday girl, satu utk adik birthday girl dan satu utk ayah birthday girl. Baru lah adil gituh... utk diri sendiri pun ada gak, tapi aku tak suruh wrap sekali masa kat sogo tuh, sbb tak cukup masa.

belum2 apa lagi dah cuit2 dah kek tu.. tak taulah tu tangan adik ke kakak

Berbackgroundkan gambar dan lagu2 birthday maka majlis pun bermula. Mau tak excited si anak. Takpelah walaupun sambutan kecil2 lan sahaja, tapi yg penting anak2 hepi. Memang kami tak de jemput sesapa pun, majlis tertutup sajork.

I am a happy birthday girl

menang gambar jelah




adik buat hal dia jer.. ada aku kesah katanya..


adik amik buah betik

Adik takde heran pun nak tiup lilin sekali ngan kakak. Sibuk ke hulu ke hilir. Pastu amik buah masuk mulut.

Nak amik gambar sesama pun payah adik tu


keluarga tersayang saya


meh ica suap mama kek - sambil berselfie

mama pulak suap ica 



Ica suap ayah pulak

kisses from ayah


Ok sila lah amik hadiah masing2

yeaaaa... tq mama said kids

Ok ni gambar dari hp pulak...

jilat kek

bestnya mama dan ayah buat "party" tuk ica

me and kidos

tengok.. adik takde perasaan pun nak join sekali

bergambar bergambar gak, tangan adik standbai jer kat dalam mangkuk... pastu ngap




birthday kiss from mama





kek yg tersalah tahun

Tu jelah kisah ringkas birthday Marissa yg ke 4 tahun. InsyaAllah weekend ni ada sambutan rasmi birthday Marissa dan cousins2 nya yg dibuat oleh nanny & atuk.