Sunday, June 19, 2011

Rajinnya Dia


On the way back dari Trolak. Marissa tetap nak baca buku. Walaupun buku terbalik.

Friday, June 10, 2011

Tak Payah Nak Jadi Mcm Seth Tan... Amalkan Tips Ini.. InsyaAllah Bahagia Rumah Tangga

Sana-sini org duk citer pasal drama Nora Elena tuh. Sana-sini org duk citer pasal si Seth Tan tuh.. kena sebut betul2 kang tersalah sebut jadi setan lain pulak bunyinya. Bila org dok sibuk citer.. aku pun tak ketinggalan lah jugak tgk.. yelah kang org citer, takde lah aku nganga tak tau.  Tapi bila dah tgk..  tgk cam biasa jer.. takde apa luar biasa pun... laki aku pun cam tu jugak . Hahaha.

Oklah tak yah kita nak dambakan pasangan kita mcm itu atau pun mcm ini... jodoh kita dah ditentukan.. yg pasti dialah yg terbaik buat kita..  Yang kita ni pun tak tentunya terbaik pun utk pasangan kita kan.. yg penting kasih syg haruslah sentiasa erat dan ikhlas.  For me, aku sentiasa bersyukur dikurniakan suami yg begitu menyayangi dan memberi sokongan walau apa jua pun keadaan aku, yg menjaga aku sebaik-baiknya semasa sihat ataupun sakit. Alhamdulillah.

Ok dah lama tak kongsi2 kan tips yg berguna kat blog kan.. dulu2 masa pregnant, rajin gak kongsi tips.. kali ni nak kongsi tips utk pasangan yg dah kawen.. bagi yg belum kawen boleh baca gak wat knowledge.. 

Tips ni aku terjumpa kat my asben punya folder.. Agaknya tips ni kot yg dia amalkan.. bagus2.. i like... sila2 baca yer tuan2 dan puan2...

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Dah baca sumer tips2 berguna di atas? Kalau sudah baguslah... so, aku rasa kalau sumer suami2 di luar sana mengamalkan tips2 ini, confirm korang lagi terbaik dari Seth Tan. 

Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya……….daaa..

Bawak Anak Gi Jalan-Jalan..

Ceh bawak anak ker bawak maknya yer?? Tak kisahlah mana2 pun.. Yang pasti duk terperuk kat rmh pun boring gak kan. Walaupun aku ni memang kena berehat pun seperti yg dinasihatkan doktor, tapi sekali-sekali perlu gak nak kuar kan. Shopping2 sikit, barulah syok kan... Shopping kan is the best therapy.  Shopping lah sgt pun... ala takat cari kain tudung jer pun. Memperbanyakkan koleksi. Hehe.

Ni citer a few weeks back.  Biasalah sekarang nie lambat sikit nak update.. ikut mood.. kalau ada mood blogging, aku update lah.. kalau tidak... tidaklah.

sebelum memulakan perjalanan.. haruslah amik gambar dulu

Marissa yg cam takde perasaan jer bila bergambar

tgk ar mak dia yg over... dia selamba jer

aku gigit gak budak nie

Tak tau nak kemana. Nak turun KL memang tidaklah..kalau boleh nak elakkanlah tempat sesak2.. rimas lah.. tambah lagi ngan bawak si Marissa nie.. makanya ke Mines Shopping Complex lah kami. Lama tul tak ke sana. Last pergi dulu masa belum kawen dulu. Giler lama...


mcm ye ye jer aku duduk kat atas kerusi tu kan? padahal kat dpn pintu lif tuh

mula2 kita tgk ikan dulu 

Mcm lah Marissa reti pun



Tak byk pun berubah Mines nie.. sama jer cam dulu2 gak. Tapi sekali-sekala lepak kat sana best jugak.

pemandangan dalam kompleks

nak naik cruise pun boleh

colorful toys

Senang bawak budak kecik ni jalan.. kasi jer kertas ke buku kat dia, diamlah dia... pandai lah dia wat hal sendiri.

time ni aku tgh pilih2 kasut.. dia wat hal dia

sempat lagi nak pose kat dpn cermin
 

dah penat jalan.. perut pun lapar

ke kenny rogers lah kita..

gedik time

Sebelum makanan sampai.. biasalah... gedik2 lah dulu anak beranak bergambar yo...

eh bukan senang budak ni nak kasi kerjasama tau

ermm.... sporting pulak dia

hah camnilah... sayang dia

Ok kasi can ngan ayah dia pulak...

ayah mata pejam

tak mau dipegang.. minta dilepaskan

maka letak lah dia kat atas meja

kemain sukalah dia... sumer benda nak diusiknya

ayah geram sudah

dia tak peduli.... tetap tak nak org usik dia

nak kena budak nie.. kata ayah dalam hati

arrgghh..ayah nak gigit dia..

kan dah kena gigit...

Tak lama pastu, minum petang kami pun sampai... order lite2 jer..

muffin utk Marissa

roasted chicken utk aku

spaghetti utk ayah

Lepas shopping dan makan, kami pun pulang. Hasil rembatan pada hari tersebut adalah beberapa helai kain tudung, sepasang kasut, sehelai baju dan apa lagi tah... Tak ketinggalan Marissa punya barang pun ada jugak.

Oklah.. that's all for now... ewah cam tulis surat lah pulak..

Wednesday, June 8, 2011

Warna-Warni Sekitar Majlis Harijadi Marissa Yang Pertama Kalinya

Ala majlis harijadi kecil2 lan jer pun. Majlis tertutup hanya dihadiri kaum keluarga sahaja. So, janganlah terkecik hati pulak sebab tak menjemput kawan2 sumer kan.  Memang dulu2 aku cadang tuk birthday Marissa yg julung2 kali ni aku nak buat lah, sekali dengan house warming sumer.. tapi disebabkan aku kan tak sihat, pastu kena operate pulak tuh... mana nak sempat nak arrange tu sumer kan. Yelah nak buat tu sumer kena betul2 well planned lah kan.. nak tempah caterer, canopy sumer kan,.. tapi kita hanya merancang, Dia yg menentukan.  Takpelah kita pospon dulu lah house warming tuh yer. Tunggu aku dah betul2 sihat nanti. InsyaAllah.

Birthday Marissa hari tu jatuh pada hari Sabtu iaitu 28 May yg lalu. Tahun lepas Marissa lahir betul2 time cuti Hari Wesak. Kalau nak baca detik2 kelahiran Marisssa setahun yg lalu boleh lah klik kat sini, sini dan sini ataupun klik jer kat arhive bulan Jun ngan May tahun lepas.  Tu sumer citer2 tentang persiapan menyambut kelahiran puteri kami.

Oklah tak yah celoteh panjang2.. ini adalah gambar2 sepanjang2 Majlis Harijadi Marissa. Very last minute punya organised. Esok birthday dia, malam tu baru keluar gi beli2 apa yg patut. Actually, Mula2 aku plan nak ajak family member sumer makan kat luar. Tapi husband came out with an idea to celebrate dekat our homesweethome jer. Katanya lebih fun. Langsung malam tu jugak kelam kelibut gi cari barang2 sumer.
 

Birthday girl

main belon



Adam and Marissa

Birthday girl with ayah

Birthday girl with ayah n mama

my familia

birthday girl with cousins

Birthday girl with mama

my dearest Marissa Qaisara


Sementara menunggu ketibaan ahli keluarga yg lain

Ala jemputan hanyalah takat family aku and family asben jer pun. Cuma adik-beradik belah asben tak dapat join sbb dorang bekerja pada hari itu. Mujur atuk ngan nanny Marissa available masa hari tu.

Ok kita tgk apa pulak menu yg ada pada hari tuh. Nama pun majlis tergempar kan, so makanannya pun ala2 jer lah... tak sempat nak order2 pun.. tapi yg pasti kek wajib lah kena ada kan. Pening kepala pulak nak beli kek kat mana. Ingatkan nak beli kek kat SR tapi kata ada pulak kata meragu2kan..

Marissa's 1st birthday cake

Kek pun tak sempat nak tempah, mula2 memang nak tempah kek2 kartun atau kek yg berbentuk no 1 khas utk Marissa, tapi masa malam we ols kuar nak tempah tu, org kedai kek tu cam bz jer nak layan.. maka kami pun tak jadilah nak tempah, sbb byk tempat lagi kiterang nak singgah beli barang. Maka, we ols decide just to buy apa2 kek yg ada pada keesokan harinya. Tapi malang pulak, kek2 kartun ataupun kek tuk budak2 boleh pulak habis hari tuh.

hidangan yg simple sajer

Takat spageti, ayam kehepsi, kek, buah2 han dan jajan2 je lah yg ado.

yang ni jer aku masak


food testing... sebelum tetamu2 sumer sampai...


budak kecik ni kita biarkan jer dulu duk sorang

Tak lama pastu, nanny dan atuk Marissa pun sampai, adik badik aku yg lain pun sampai kemudian, maka apalagi... cake cutting lah seterusnya.. Walaupun Marissa ni bukan reti apa lagi pasal birthday2, kek2 ni sumer.. tapi biasalah mak ayah haruslah excited lebih kan.. yg pertama lah katakan..

get ready for blowing the candle

one, two, three... blow

Adam yg kat sebelah tu yg over nak tiup.. Marissa mana reti pun kan

Biasalah budak2 nie, tiap birthday org adalah birthday mereka sekali.

potong2 kek


meh mama suap anak mama kek yer..

bukak mulut sayang

mamanya over nganga

erm... cedapnya mama

Yang lain2 apa lagi, menikmati juadah yg disediakan. Walaupun simple tapi berkumpul ramai2 cam ni adalah best kan.

tambah2, jangan segan2

Marissa nganga besar nampak.. lapar lagi ke?

sedap tak spageti saya?



eh..eh makan lagi? round ke berapa nie?

borak2

Org lain sumer makan, Marissa boring tak leh join makan, maka Marissa bermain2 lah sorang2 ngan walker dia.

hepinya dia

Marissa dok sini diam2 ye

takde makna lah dia nak duk diam
lagi lah dia suka... bebas meneroka

kejar2 belon

nasih baik ada org nak melayan

Ain makan lagi?

Si Ain ni, bukan jenis suka makan sebenarnya, takut benar nak makan, kemain jaga makan... katanya takut gemuk... tak padan ngan cikeding.. ada hati nak diet2.
nenek Marissa pun makan jugak.. walaupun nenek tak berapa layan pun spageti...

eh eh.. anak sapelah bertopeng nie... comel dia

ucu n bakal mak ucu?

Marissa n nanny dia

Nanny kata dia tak sempat pun beli present Marissa maka dia just kasi Marissa cash money. "Alah nanny, tak hadiah pun takpelah... apapun tq yer Nanny". Oh ya nenek pun kasi duit jugak. "Terima kasih nenek".

ko tgk leh tahan mata duitan gak si kecik ni

Kiri kanan tangan dia pegang duit... tak lepas2.. org lain amik pun tak boleh...


 dorang ni datang lewat, org lain dah abis makan, dorang baru nak start makan

Dalam pada unplanned punya birthday party... Marissa tetap dapat birthday present daripada sumer... cayalah.... tak sangka masing2 dah standby dgn hadiah masing2...Terima kasih byk2...

Jom saksikan keletah budak2 ni masa acara bukak hadiah..

cam biasa adam ngan ain dorang lah over excited

Dorang pun tak ketinggalan dapat present daripada ucu dan acik dorang.. yelah kang sentap pulak kan... asik Marissa jer yg dapat..

eh nape lak cebik tu?

dapat baby giraffe yg cute - from ucu

syoknya
dapat baby doll yg comel - from ain n adam

Baby doll nie Ain ngan Adam yg kasi. Dorang yg gi cari sendiri. Bila dapat tau jer aku jemput dorang tuk birthday party Marissa, bergegas dorang ajak ibu dan abah dorang kuar cari hadiah. Pastu siap balut sendiri dan buat sendiri kad yg comel. So cute..


Ain suka gak.. sbb dpt kete control


Lagi kita tgk apa yg Marissa dapat lagi? Yeay...dapat gown.... bertambah koleksi gown Marissa... penuh sudah lemari.... takpe hari2 pakai gown... barulah gigirl kan..

alolo comelnya gaun - from ucu n mak ucu

alololo sweetnya gown nie - from acik

Macam2 yg Marissa dapat... mak long Marissa kasi Marissa hadiah special... seminggu sebelum birthday.. hadiah dah selamat dipakaikan kat Marissa. Biasalah mak long kan hover sikit. Thanks for the necklace yer maklong.

cute pulak tgk patung nie..senyum semedang

sweeettttt

Apapun terima kasih kat family member sumer yg meluangkan masa pada hari tersebut.. walaupun last minute dapat jemputan. Ni sumer ayah Marissa lah... mula2 kata pospon dulu, pastu alih2 kata sayang pulak kalau 28 May berlalu begitu saje... maka jadilah majlis ringkas ini.

Walaupun pak ngah + mak ngah + baby Zhafran tak dapat hadir, Mak usu pun tak dapat hadir kerana berkerja, tetap lah jugak ada present tuk Marissa. Tapi gambar takde kat sini lah. Nanti2 lah aku tunjuk yer. Apapun thank u pak ngah + mak ngah kasi Marissa satu persalinan lengkap dengan gaun, kasut ngan hairband... so cute....  Thanks to Mak usu jgk sbb kasi Marissa kereta yg sgt comel itu... like it so much!

Fuh panjang giler entry ni.. penuh ngan gambar pulak tuh..so, itu pasal lah sikit punya bercinta nak siapkan entry ni tau... bersambung2 nak menyiapkan dia.. tu pasal amik masa sikit...aku lambakkan sekali harung saje.. malas nak buat part2..

Ini pulak persiapan sebelum majlis. Thanks to ayah Marissa yg bertungkus lumus, mendekor rmh utk menambahkan mood party. Walaupun last minute punya planning, tapi tetap lah berbelon2 bagai. Habis segala sudut rmh diletakkan belon. Mujur pakai pam.. kalau kena tiup.. semput!


tiup kecik2 jer.. takut meletup

barulah naik seri party walaupun party ala2 je pun



Nampak ye yer jer siap ada belon, ada mainan, mercun tarik segala... macam jemput byk budak2.. tu pasal masa mula2 Ain ngan Adam sampai kat rmh kami dorang excited "ramai ke budak2 alang jemput?" "Korang je lah budak2 nye pun".. hahahaha. Kalau ikutkan memang pun nak buat tu sumer.. tapi yelah keadaan aku sekarang tak berapa nak mengizinkan.

inilah org yg bertungkus lumus menggantung belon kat setiap sudut rmh

Keseluruhannya, walaupun segalanya simple, at least ada something buat anak kami Marissa Qaisara utk hari lahirnya yg pertama. Selamat ulangtahun yg pertama buat anak mama dan ayah. Mama dan ayah sentiasa doakan yg terbaik buat permata hati ini. Love u darling!

Terima kasih jugak kat kawan2 sumer for all the birthday wishes. Hugs n kisses from Marissa :)