Thursday, December 23, 2010

Pergi Kenduri Kahwin yg Lauknya Sedap Bangat

Dua minggu berturut2 aku memenuhi undangan perkahwinan. Dua2 wedding tu jgk lauk2 dia sedap2 belaka. Yang minggu sebelum tu siap ada ayam golek lagi, ada sambal tempoyak, sambal jering, gulai pisang. Memang lain dari yg lain lah. Yang minggu lepas pulak, dia punya rendang, ayam rempah, arca sumernya lah memang terbaik. Lauk2 kenduri kawen sekarang ni memang terbaik lah. Ambik nasi & lauk sampai penuh pinggan, ingatkan tak abis, tapi liciiinnn cakap lu.

Masa makan ari tuh siap dalam hati cakap, seb baik aku jadi pergi. Dapat makan best woo. Terus lupa pasal baju nan berlubang itu.



Terpaksa repeat pakai baju ni lagi. Asal ker rmh org kawen pakai baju ni.


Pasni baju ni kena hold dulu. Dah tiga kali pakai dah. Tapi best baju nie, kalau malas2 nak iron, amik jer baju ni terus pakai.


nape wat muka cam tu Marissa? Nak kena gigit?



amboi kerut kening pulak budak ini


Giler koser kan, start2 entry dah jaja muka diri dan anak sampai berkeping2. Lalalala suka hati sbb kali ni ayah Marissa byk snap gambar aku dan Marissa.


Kami pergi kenduri kawen sedara belah asben kat Kajang sana. Apa ker nama kampung dia. Aku lupa lah. Kg Sg. Sekamat kot. Ker Bukit Dokong?. Tapi dekat2 situlah.



ayah yg sibuk cam bapak pengantin


Masa hari tu mama tak dapat datang sbb tak berapa sihat. Yang ada ayah jer. Ayah tunggu kami kat rmh arwah nenek. Pastu kami pergi sama2 dan makan sama2.

Mula2 asben makan dulu. Pastu baru aku pulak makan. Marissa tukang tgk jer org makan, sampai meleleh air liuh. Sorilah Marissa, awak kecik lagi, tak leh makan sebarangan.


Budak yg suka perati sana, perati sini



tah tgk apa lah tuh.. ape jelah yg dia fikirkan


Sementara tunggu turn utk aku makan, aku belasah jelah dulu kerepek pisang yg terletak di atas meja. Sedap jer aku kruk krak kruk krak kat situ. Yg si Marissa telan air liur jelah tgk mama dia mengunyah.



"Ma... nak sikit boleh tak?"



"mama ni kendekut lar.. nak rasa sikit pun tak boleh ker?"



Kesian anak aku. Kalau dia boleh cakap tentu itulah yg dia cakapkan. Tunggu gigi tumbuh dulu yer sayang...

the only gambar pengantin


Masa kiterang sampai tu pun dah agak lewat. Pengantin pun dah siap bersanding dan makan beradap. So, dorang just merayau-rayau jelah kat situ. Merayau2 kata ko. Tapi tu jelah gambar pengantin yg sempat asben amik. Dia lebih suka ngambik gambar bini dia dan anak dia. Hehehe.

Tapi tak adil lah kalau gambar ayah dan anak takde kan. So, letak lah gambar ini supaya nanti tiada insan yg berkecil hati.

Marissa yg ralit pandang apa ntah.. suh pandang kamera wat derk jer


amboi yg lebih gedik dari anak kan


Dah.. 2 keping jer cukup. Nah gambar mama dan anak lagi dan lagi. Kasi can pulak kat aku. Yelah asik2 ayah dan anak kan sebelum2 nie.



Budak muka eksen

Tak cukup di luar, moh lah kita masuk ke dalam rmh pengantin. Pelamin adalah cantik. Apa lagi, jomlah gedik2 kat depan pelamin. Mula2 nak berdiri2 jer kat situ. Sekali amik ko... bersanding sekali lagi lah kami.

duduk di pelaminan bersama anakanda





pelik anak aku tgk pangai mama dia

elelelele








Dah lah tu yer.. cukup2 lah buat pelamin tu cam pelamin sendiri..





Lagi 3 beranak


Makan sudah, bergambar sudah. Jomlah kita balik. Sebelum pulang, asben berjumpa dulu dengan kawan sepermainan masa kecik2 dulu.


"dah ada anak ko yer?" mgkn itulah yg dicakapkan


berkepit jelah dengan ayah


salam tuan rmh


gambar di arch haruslah ada




Lepas abis kenduri terus ke rmh arwah nenek. Lama gak lah duduk kat sana. Sampai ke ptg.




Dah tu jer nak citer. Eh lupa pulak nak ucap. Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Sweet Message

MMS from ayah Marissa. So cute. Really make my day. Thanks daddy, thanks baby. Luv both of u so much...


Ayah Marissa cuti hari ni. Cam biasa, kalau dia cuti he'll take of Marissa. Dia tak kekok dah. Dari baby memang dah biasa. Now, Marissa tengah mamam.

By the way... Morning u olssss....

Wednesday, December 22, 2010

Mood Dah Hilang. Terus Tak Mau Pergi.

Lepas kejadian lengan baju berlubang tuh dek sterika kepunyaan adik aku tuh, terus aku takde mood nak gi kenduri kawen. Aku pun satu yg pi pakai sterika adik aku tu pesal. Sterika dia memang cam giler sikit, mula2 rasa cam tak panas, sekali bila aku panaskan terus berlubang ko. Pastu time tu pulak lah asben datang kat aku berckp sumting. Tak sampai berapa second tgk kain dah berlubang. Secara tak langsung asben dipersalahkan kerana mengganggu konsentrasi aku mengiron baju.

Masih tak nak admit salah sendiri. Salahkan seterika, pastu salahkan asben. Pastu asben pulak salahkan aku, dia kata aku cuai. Jiwa dah lah tgh panas time tu, dia lagi mau menghotkan aku. Cubalah sejukkan aku sikit. Cuba kalau dia cakap "takpelah lubang sikit jer nie, nanti beli baru ganti yg lain" kan ker bgs. Aku pun apa lagi "org takde mood nak gi kenduri tuh, pergilah sorang2".

Pastu terus ke bilik air. Nak mandi. Dengan harapan kasi cool sikit. Lepas mandi terus ubah fikiran nak ikut asben gi kenduri itu. Pujuk diri sendiri kata ala takat baju tu apalah sgt, dah takde rezeki, tu baru ujian yg kecil. Lagipun bukan takde baju lain pun. Asben hepilah bini dia nak ikut. Terus dia cakap "takpelah nanti bila baju baru yer".. Yeaaa.. Barulah bertambah2 sejuk hatiku ini. Pastu dah malas nak iron2 baju dah, cari jer baju yg tak berapa nak kedut.

Lupa pulak nak cakap. Nak pergi kenduri kawen sedara belah asben sebenarnya. Kenduri tu pulak dekat lah sgt dengan rmh arwah nenek asben. Memang niat nak pergi kenduri sambil tu nak ziarah arwah nenek yg kian uzur waktu itu.

Ok kita skip dulu citer pasal kenduri kawen.

Lepas abis makan kenduri terus pergi ke rmh arwah nenek. Itulah kali terakhir aku melihat arwah nenek. Mujurlah aku tak ikut hati dan perasaan hari tuh. Kalau tidak mungkin aku tidak dapat melihat arwah nenek buat selama-lamanya.


Rmh peninggalan

Actually my husband dengan arwah nenek dia memang rapat. Nama Boboy/Boy/Aboy yg dipanggil sekarang ni adalah datang dari arwah neneknya. Aku jer yg mula2 gelar dia Shah. Kalau tidak itulah nama manja dia. Aku tau dia memang terasa dengan kehilangan neneknya itu. Sebak melihat asben menitikkan air mata tatkala asben mengucup arwah nenek. I know him, walaupun lembut orgnya, tapi tuk melihat dia menangis adalah payah. Last tgk dia nangis masa Marissa lahir hari tuh.

Ada beberapa gambar di ambil masa hari tuh. Tapi aku tak sampai hati nak letak gambar arwah di sini. Tapi dalam blog ni ada beberapa kisahnya. Antaranya entri ini. Entri lebih kurang 2 thn lepas kot.

Ok, pasni citer pasal kenduri kawen tu pulak tau. Fuh, memang tak nyesal pergi... lauk dia memang terbaik... perggghhhhhh

p/s: Ending memang saje wat camtuh supaya dapat meneutralkan entry yg macam sedih ini.

Robek Hatiku

Serobek lengan baju ini. Huhuhu. Apa taknya, baju tu baru jer 2 ke 3 kali pakai. Kain yg aku beli hari tu yg sampai 4 pasang sekali. Sekarang ni dah tak leh pakai lagi.


Lubang yg tidak boleh ditutup


Sebab2 ia menjadi koyak? Adakah faktor kecuaian manusia atau kesilapan mekanikal?


Tulah yg aku malas kalau iron baju pakai sterika yg aku tak biasa pakai. Mesti ada jelah yg melekat kat baju. Ini dah kali kedua benda yg sama berlaku. Dulu aku rosakkan baju melayu asben. Terus lubang kat bahagian bontot. Tapi masih boleh dicover. Kalau pakai samping tak nampak dah. Tapi ni lubang kat lengan nak tutup lagu mana? Tapi asben kata leh pakai lagi, just lipat2 jer lengan tu sampai siku. Koser aku. Kang buatnya terlucut lipatan tuh, camne. Nampak sgt lah daif.

Kerana baju berlubang itu nyaris aku tak pergi kenduri jemputan kawen. Tapi mujur aku tak ikut hasutan syaitonirojim. Jika tidak mungkin aku akan kesal seumur hidup. Wah serius bunyinya tuh..

Tuesday, December 21, 2010

Al-Fatihah

Nenek asben meninggal dunia pagi tadi. Mujur sempat melawat hari Ahad lepas. Darinya kita datang, kepadanya kita kembali.

Al-Fatihah. Semoga roh nenek dirahmati Allah. Amin

Monday, December 20, 2010

Pelindung Matahari

Adalah org bertanya kat aku dulu, bila ternampak gambar sun shade ni dekat beberapa gambar terdahulu. Dorang tanya kat mana aku beli sun shade yg siap ada mainan2 ni.



Actually aku tak beli pun. Aku dapat free jer. Masa beli barang2 baby kat kedai baby, adalah dorang bagi ni sebagai gift.


Memang free je pun benda ni. Anmum punya gift. Biasalah kat kedai2 kat byk jer benda sample yg diberikan tuk orang kan. Pergi sekali dapat satu. Pastu pergi lagi dapat satu lagi. Pastu pergi lagi dapat lagi. Alih2 dapatlah 3 keping.


So, Marissa kat dalam kete, sambil2 tgk luar, sambil2 tu dia main2 lah benda nie. Setiap bebola tu ada bunyi yg berbeza. Boleh lah merangsang bayi.

Ayah Memandu di Depan, Ibu dan Anak Bergedik di Belakang

Dulu2 masa berduaan dengan asben selalu amik gambar berdua sendiri. Pantang masuk kereta mesti nak bergedik nak amik2 gambar bagai.

Sekarang nie pulak, pantang masuk kete mesti nak bergedik dengan anak pulak. Ayahnya doklah diam2 kat dpn. Bawak jelah kete tuh.

Gedik kan time kete tgh berjalan lah nak amik2 gambar. Pastu gambar gegar. Pastu snap lagi. Pastu gambar gegar. Pastu amik lagi. Pastu gambar senget benget. Tapi fun kan?


percubaan pertama

percubaan kedua



Last sekali baru dapat gambar kedua2nya.

Tudung Selendang La la la la

Tetiba pulak ada la la la la. Sbb sambil taip sambil nyanyi lagu Kain Pelekat La la la la. Ala lagu Anuar Zain tuh.

Sekarang ni mcm fesyen org pakai tudung kan. Tudung segera lah, tudung awning lah, tudung selendanglah. Tapi aku minat jer tgk org pakai tudung selendang tuh.

Sbb 'kuries' bagaimana mereka pakai tudung kain selendang itu. Maka aku pun buatlah percubaan. Tapi jangan gelakkan kepoyoan aku di sini yer. Gigih aku nak snap2 dari pandangan sisi, tapi asik sipi2 jer.










Sekian, percubaan dari pompuan yg belum mandi pagi, tapi gatal2 nak try cuba lilit. Dari sehelai selendang, mcm2 cara lipatan dan lilitan rupanya. Pastu asben nampak aku camni terus ckp "bagus yang.. kalau nak pakai.. shah akan belikan byk2 tudung. Tapi takmo sanggul tinggi yer!"

Bubur Nasi dan Carrot

First time wat kan bubur utk Marissa. Kalau tidak sebelum ni asik kasi dia makan cerelac, takpun biskut farley's. Semalam try wat bubur nie. First time wat bubur ok. Aku tak pernah buat bubur sebelum ni. Cara dan bahan pun ikut suka ajer.

Aku masak nasi bubur pastu masukkan carrot. Pastu nak kasi hancur lagi, aku masukkan dalam blender. Siap. Tak taulah sedap ke tak. Tapi tgk Marissa laju jer mkn sampai licin. Tapi tak leh kasi selalu ni, kang bertambah2 bambam lak dia.


Mula2 bekas tu dah licin, tapi tgk Marissa cam tak cukup, aku tambah lagi sesudu. Bila dah tambah terus tak abis pulak. Ngada tau budak ini.

Friday, December 17, 2010

Orang Berbudi Kita Berbahasa. Orang Memberi Kita Merasa

Terima kasih kepada yg memberi.



Pemberian anda saya balas dengan senyuman.


cheeseee