Friday, June 18, 2010

Part 1: Pengalaman Bersalinkan Puteri Sulung Ini

Kronologi kelahiran Marissa Qaisara pada Jumaat, 28 May 2010 yg lepas. Cepat masa berlalu, dah 3 minggu rupanya.

5 :00pagi : Terjaga dari tidur. Rasa seluar dalam macam basah. Tapi tak berapa lencun. Tgk ada lendir. Ingatkan lendir biasa saje. Pastu terus kan tido balik. Since, tak masuk waktu Subuh lagi.

6:00pagi: Terjaga sekali lagi. Kali ni rasa lain macam sikit. Rasa mcm panas jer. Rasa cam ada air yg keluar. Perut rasa tegang sangat. Tegang dari biasa. Aku pun bangun, nak solat Subuh. Elok jer bangun rasa cam ada air panas jer mengalir. Confirm air ketuban dah pecah. Masa tu tak delah panik sgt. Pergi toilet tgk ada lendir bercampur darah. Maknanya dah turun tanda lah nie. Nasib aku byk baca buku2 so, sedikit sebanyak membantu lah jugak. Pastu aku mandi cam biasa. Buat persiapan apa2 yg patut, mana tau nak bersalin kan, harus merapikan diri terlebih dahulu. Senang doktor nak buat kerja nanti kan. Lepas mandi, solat Subuh. Terfikir mungkin itu adalah solat terakhir. Berdoa agar semuanya dipermudahkan. Air ketuban terus mengalir.

Masa tu nak kata panik tu takdelah sgt. Rasa cam tau2 jer yg baby akan keluar pada hari tu jugak. Kalau sebelum ni, aku rasa cam takut jer nak menempuhi waktu2 bersalin. Tapi pada hari tu, aku rasa macam bersedia dan berserah. Nasib baik semua kelengkapan beg2 aku dan baby utk ke hospital semuanya sudah disediakan awal.

Sarapan pun siap2 kat rmh. Tak nak ke hospital terus, takut nanti tak sempat nak makan. Takut nanti takde energy pulak nak push. So, kat rmh buat air milo, makan roti sikit pastu makan kurma beberapa biji.

Sebelum berangkat ke hospital. Ada sesi syahdu syahdan kejap ngan asben kat bilik. Aku kata ngan dia mungkin, hari tu adalah hari terakhir kami berdua, kerana org ketiga akan muncul tak lama lagi. Sambil tu mintak ampun maaf pada asben dan mintak dia doakan semuanya berjalan lancar.

Sebelum keluar rmh, salam dgn mak. Mintak mak tolong doakan sama. Masa tu rasa nak nangis, tapi tahan. Mak tak ikut sekali ke hospital. Mak pergi kemudian.

7:45pagi: Bertolak ke Putra Medical Centre. Sampai hospital, time tu tak ramai org lagi, yelah klinik bukak pukul 9:00. Ingatkan terus pergi ke emergency. Tapi nurse tak suruh lah pulak aku ke emergency. Dorang suh aku jumpa dengan doctor yg bertugas pada pagi tu. Doktor pada pagi tu, bukan Doktor Zarul, Doktor Zarul hari tu kerja petang. So, berjumpalah aku pertama kali dengan Doktor Wan Ratna. Doktor pompuan. Takpe biar Dr. Ratna cek aku dulu, kang bila time aku nak bersalin nanti Dr. Zarul akan datang lah jugak.

Ermm, first time jadi patient dia rasa dia pun ok jugak. Sgt lembut orgnya. Doktor cek bukaan rahim ataupun bahasa lainnya cek bawah ataupun kena seluk. First time ok aku kena seluk. Perkara yg aku takuti sebelum ini. Tapi bila dah kena, rasa cam ermm oklah takde lah sakit mana sgt..

Pastu doktor tanya aku ada sakit tak? Aku cakap lah tak rasa apa2 pun. Pastu doktor senyum sambil kata "tak sakit? erm... dah 6 cm dah... so, terus tahan wad yer"..aku dengar pun terkejut.."apa dah 6 cm doktor?"

Sambil tu dia mintak aku hulur tangan kiri, dia nak standby jarum kat tangan.

>> to be continued....

Thursday, June 17, 2010

Melekat Jer Dari Tadi

Hari ni tak sempat nak update blog pun. Ingatkan hari ni nak citerkan pasal pengalaman bersalin hari tuh. Tapi dari tadi sampai lah kejap tadi Marissa asik melekat jer dengan aku. Asal letak jer dia nangis. Ni dia baru tertido.

Selalu siang dia tido jer, bangun pun kejap2 jer bila nak susu atau tukar pampers. Tapi hari ni susah pulak dia nak tido. Asik nak menyusu jer. Dah bersilih kanan dan kiri tapi dia tak puas2 gak. Apa susu aku tak banyak ker? Nak kasi susu formula aku malas nak bancuh. So, tahan je lah breastfeed kan dia. Baru aku tau, bukan mudah nak breastfeed kan anak. Perlukan kesabaran dan ketabahan yg tinggi. Tapi demi anak, sumer pun sanggup kan.

Tapi apapun aku respek betul kat ibu2 yg memang menyusukan anak secara ekslusif. Siap pam susu wat stok. Aku ada gak lah try mengepam, letih kemain lagi, tapi hasilnya cenonet ajer. Pam pakai manual pulak tuh. Lenguh gak lah tangan.

Oklah, sebelum Marissa terjaga, baiklah aku wat kerja2 mana yg patut.

Wednesday, June 16, 2010

Imbau Kembali

Ingat lagi tak entry ini?

Tetiba teringat kat klip video tuh. Terus aku mainkan sekali lagi. Nak rasa macam mana feel nya pulak bila dah bergelar ibu ini. Feeling masih sama macam sebelum bersalin dulu. Again, berjujuran air mata ini.


satu perjuangan yg suci

Tapi kali ni lain sikit, sambil aku layan klip ini, sambil aku memangku Marissa di dakapan. Meleleh air mata aku kat kain bedung Marissa ni. Pastu aku bukak speaker kuat2. Tapi tak berapa kuat lah. Cukup buat Marissa utk mendengar bersama.

Oh, alangkah tenangnya dia mendengar lagu ini, sambil terlena di dalam dakapan aku. Mungkin dia teringat yg dia pernah terdengarkan lagu ini semasa dia di dalam perut ni.

Susah utk aku describe kan perasaan aku nie. Terharu, happy, teruja, sedih.. semua ada.. bercampur-baur...

Apapun terima kasih buat Marissa kerana memberi aku peluang utk bergelar ibu. Sudah 19 hari berlalu. Tapi aku takkan lupakan detik2 kelahirannya.


Ni masa pantang hari ke-3

Marissa hari ke-4

I'll always love u sayang.

Bertambah Rabun?

Aku notis semenjak lepas deliverkan Marissa hari tu, mata aku ni makin rabun lah. Kalau dulu kat rmh aku memang jarang nak bercontact lense atau bercermin mata, cuma kalau ke ofis atau keluar baru pakai lense. Tapi sekarang ni, kena pakai cermin mata baru selesa. Kalau tidak nak tgk tv pun tak berapa nampak.

Pastu ada sorang kawan blogger kata kalau kita byk membaca masa pantang, akan mengakibatkan rabun jugak. Mungkin jugak kot.. sbb after deliver hari tu sampai ke sekarang ni memang aku tak tinggal baca buku2. Ni pulak sekarang sibuk ber on-line.. asik pandang skrin lappy, lagi lah bertambah2 rabun mata ni.

Ker power sudah semakin bertambah nie...

Ataupun sbb bersalin menyebabkan mata bertambah rabun.. yelah org kata urat dah putus... hehe..

Buat Nanny & Atuk

Nanny ngan atuk rindu kat Marissa kan?
ok ni ada sikit gambar Marissa, boleh lah buat lepas rindu.


Marissa dengan ayah

Marissa dengan ayah & mama

Cukup tak? ok mama Marissa update sikit2 dulu yer..byk lagi gambar2 Marissa yg ayah ambil.

Welcome Streamyx. Good Bye Celcom Broadband.

Akhirnya.... dapat gak ber online nie...

Fuh... puas hati betul lah.. jauh betul beza dengan celcom dulu. Pasni aku harap aku rajin update blog or fb.

Tapi tak tau lah lagi.. tgk keadaan gak lah.. yelah aku kat rmh ni pun bukan duduk goyang kaki jer... sekarang ni bila dah jadi emak ni.. memang masa tak terkejar lah... baru nak buat nie.. baby nangis lah.. baru nak buat tu.. baby uk uk lah... nak susu lah...

so, ada masa terluang akan aku update lah yer.

klu tidak, harus meroyan laki aku tuh hah.. susah2 dia jer langgan streamyx semata2 tuk bini dia nie hah..

Lagipun nanny ngan atuk Marissa (parent in law) pun sentiasa bukak blog aku sekarang nie, nak tgk perkembangan cucu sulung dia nie.. wah nenek, atuk zaman sekarang nie.. canggih kemain lagi kan...

Friday, June 4, 2010

Genap Seminggu

Waktu ini, pada hari yg sama, pada minggu lepas, satu perubahan yg besar telah berlaku buat diriku. Sesungguhnya saat bergelar ibu itu tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Hingga ke hari ini, bila aku kenang balik saat2 itu, air mata aku pasti akan bergenang. Ni sambil taip ni pun mata cam berair jer.

Kadang2 rasa macam tak percaya. Dulu berdua.


Kini bertiga.

Kadang2 rasa rindu saat2 mengandungkan Marissa.

Rindu dengan perkara2 yg sering aku lakukan ketika mengandungkan dia.

Rindu dengan perut yg membesar.

Rindu gerakan2 di dalam perut ini. Terasa2 dia masih lagi berada di dalam perut ini.

Rindu nak bacakan ayat2 Al-Quran kat dia. Rindu nak berbual2 dengan dia sebelum tido. Rindu nak bacakan doa tuk dia sepanjang dalam kandungan. Rindu dengan tindak balas nya. Dan bermacam2 lagi.

Hingga ke hari ini apa yg aku biasa buat sebelum bersalin, spt membaca buku2, tetap aku buat sampai sekarang. Walaupun sudah bersalin, aku tetap dok baca buku panduan mengandung, buku panduan asas kehamilan dan kelahiran. Setiap kali baca, tiap kali tu jugak aku rasa sesuatu. Jangan tak caya, masa sakit contraction hari tu pun, aku still gak lah dok pegang buku2 tu. Rasa seolah tak percaya, yg aku sudah melepasi proses2 itu semua. Serius. Rasa mcm pantas sungguh ia berlaku.



Tetapi, sesungguhnya rasa rindu itu adalah lebih bermakan kerana kini Marissa telah berada di dalam dakapanku. Insan yg selama ini berada di dalam perut, kini telah pun lahir melihat dunia yg fana ini.

Sekarang ni aku tengah menjalani proses berpantang. Entahlah tak tau lah aku pantang betul2 ke tidak. Tapi apa yg org tua kata jangan makan, aku tak makan lah. Menu utama setiap hari, ikan bilis ngan lada hitam.

Mengurut pun aku dah buat since hari kedua bersalin hari tu. Tiga hari berturut2 makcik tukang urut datang rmh. Mandi dengan daun2nan, bertungku, berurut. Sumer aku buat. Rasa segar bila lepas diurut. Nanti hari ke-17 nanti makcik urut tu datang lagi. Sekarang ni, urut2, tungku2 tu aku wat sendiri lah.. atas bantuan ayah Marissa lah.

Apapun semoga Marissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah. Mummy dan ayah cuba corakkan yg terbaik buat Marissa. Marissa, Permaisuri mummy & ayah yg bersopan santun. InsyaAllah.

Tengah Hari ni Mungkin dah Boleh Keluar

Terima kasih aunty2 yg doakan Marissa yer. InsyaAllah, by tengahari ni Marisssa dah boleh keluar wad. Kuning Marissa dah semakin turun.

Nanti bila dah kuar wad susah sikitlah mummy nak update blog, sbb broadband mummy dah rosak. Tapi takpe nanti Marissa suruh ayah beli broadband lain yer.

Ok, nanti mummy Marissa akan cuba update lagi dari semasa ke semasa.

Sedap Macam Nak Berak

Aku teringat kata2 kawan aku sorang nie. Masa tu aku belum bersalin lagi lah. Masa tu, tgh akhir2 kehamilan yg mana aku tengah nervous dan takut2 nak menempuhi proses bersalin. Macam2 cerita yg aku dengar dan macam cerita yg aku baca.

Member aku ni cakap ngan aku.

"Ko jangan takutlah nak bersalin. Bersalin ni sedap. Sedap macam nak berak. Ko bayangkan lepas ko kena sembelit. Camne leganya ko bila ko dah berak. Camtulah rasanya bila bersalin".

Wah kemain lagi member aku sorang ni cakap tau. Padahal, yg cakap tu pun member kepada member dia.. Haha.. oh ya member aku ni pun belum ada pengalaman bersalin pun, tapi kemain lagi dia ckp kan.

Tapi aku pakai gak lah kata2 dia tuh, buat dorongan tuk diri sendiri. Tapi rasanya, lepas menempuhi proses kelahiran ni sumer.. ada gak betul kata2 kawan dia tuh...

Kalau tidak masakan, bila baby keluar jer hari tu terus aku katakan... "leganya......"



with ayah

with mummy


p/s: Nanti aku citer lebih detail lagi...now ni aku payah sikit nak update blog... broadband aku dah tak leh pakai lepas asben campak kat dinding hari tu, sbb servis dia kedaung lah sgt hari tuh...

Thursday, June 3, 2010

Terima Kasih Kepada Semua

Lupa nak cakap. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih atas ucapan2 selamat yg kawan2 berikan sumer.

Terima kasih kepada yg melawat, yg telefon, yg sms, yg update kat fb, yg update kat blog dll. Terima kasih jgk atas hadiah2 yg diberikan kepada baby Marissa. Sgt2 terharu dan hargai sgt.

Actually, hari tu aku tak sempat pun nak wat entry mintak maaf kat kawan2 sumer. Niat hati nak wat satu entry khas lah sebelum cuti bersalin. Tapi tak sempat lah pulak. Yelah mana tau kot aku ada salah silap kat korang ke apa kan. Kang susah pulak aku nak bersalin. Tapi semuanya tak disangka. Ter awal lah pulak.

Apapun once again, terima kasih for all the wishes and the doa from all of u guys... love u all.. Hugs from Marissa.