Marissa balik sekolah hari kedua mengadu dia tak sihat. Dia suruh aku call teacher dia kata dia tak sihat dan tak larat nak gi school. Aku ingat dia saje lah create alasan takmo gi school. Aku abaikan jer lah apa dia cakap tuh. Sekali malam tu memang badan dia panas sampai ke pagi. Oh betul2 demam anakku ini, demam terkejut kot. Hehehe.
Mujur asben ada hari tuh, so dia bawak Marissa jumpa doktor favourite kat Klinik Perdana. Doktor sahkan Marissa memang demam, tekak pun bengkak dan merah.
Masa kat klinik
Dengan itu doktor telah memberikan cuti sakit selama 2 hari kepada Marissa. Baru dua hari sekolah dah kena cuti 2 pulak. But, betterlah daripada nanti berjangkit pulak kat bebudak lain, lebih baik Marissa berehat kat rmh sampai betul2 sihat.
MC pertama Marissa Qaisara
Balik dari klinik ayahnya bawak gi bfast kat Mamak katanya Marissa request nak makan roti canai.
Tapi bukan dimakannya roti canai tu, ditenung je lah... takde selera barangkali
Sebagai ayah yg bertanggungjawab, ayah Marissa telah pergi menemui teacher untuk memberitahu bahawa anaknya tidak sihat dan bercuti sakit selama 2 hari. Teacher jugak telah memberikan buku2 teks dan buku latihan utk dibalut dan ditulis nama.
Byknya buku Marissa
Ada 21 buah buku kesemuanya tak salah aku. Kita dulu2 tadika takde lah pulak byk cenggini buku2nya.
Selepas 2 hari berehat di rmh Marissa pergi sekolah seperti biasa. Balik sekolah hari tu, kemain semangat nak buat homework katanya. Padahal teacher tak suruh buat pun lagi. Biasanya kalau ada homework teacher akan copkan kat buku/page mana yg kena buat. Ni aku cek takde satu cop pun. Tapi Marissa berkeras nak buat jgk. Dia takut kena marah. So, layankan ajer.
si adik pun sama nak menyibuk
Nampaknya sekarang Marissa lebih mendengar kata2 cikgu dari mama dia. Biasalah budak kalau dah gi sekolah, semuanya cikgu nya yg betul.. kan...takpe murid2 memang kena patuh kata cikgu.
Baru2 ni adik Inara pulak demam. So, malam tu kena bawak Inara gi klinik, Si kakak sudah risau, sbb ada homework yg perlu disiapkan. Maka dibawanya beg sekolah dan buku2 ke klinik. Sementara tunggu turn adik berjumpa doktor, Marissa siapkan homework.
kemain lah tekunnya
tekun mewarna
Katanya teacher suruh warnakan gambar kartun yg teacher lukiskan. Sebelum ni tak pernah Marissa habiskan mewarna satu2 gambar, buat kerja mesti separuh jalan, buat sikit dah penat, tapi kali ni walaupun penat dia tetap habiskan mewarna. Itulah dia kuasa Cikgu.
Ni pun actually dia dah mengadu penat dah, bila aku suruh stop sambung lain kali dia takmo. Gigih gaklah dia siapkan semua. Bangga sgt bila dia dapat siapkan. Tapi nak menyiapkan ni pun stress gak aku... bila kaler comot sikit dia mengamuk..marah2 kita pulak, padahal dia yg buat...kita nak tolong dia tak kasi, usik pun tak boleh....
Next day, dengan bangganya dia tunjuk hasilnya kerja dapat 'star' and 'well done'.