Ok, start jumpa gynae masa awal bulan 5 hari utk mendapatkan kepastian selepas membuat self upt pada bulan 4. Cek2 tengok doktor kata baby pun dah besar dah. Dah 12 minggu pun time tuh. Terkejut we ols. Ceh wat2 terkejut lah konon.
Cam biasa jugak semasa check-up husband akan sentiasa menemani. Kalau pregnancy dulu asben sorang jer teman, tapi kali ni tambah lagi sorang iaitu Marissa. Dia pun excited jer bila tengok baby kat skrin.
little baby
Cam biasa jugak asben akan bawak kamera dan amik gambar. Takde kurang takde lebih macam pregnantkan yg pertama. Cuma kengkadang tu terlupa gak nak angkut kamera bersama. Cam biasa gak haruslah mintak izin dulu dengan tuan doktor.
Doktor aku tetap doktor yg sama jugak yg menyambut Marissa dulu, iaitu Dr. Zarul Azham dari Putra Medical Centre. Eh Dato' Dr. Zarul dah sekarang ni. Tahniah doktor. Harap kos bersalin pasni takde lah naik yer, bukan apa, aku dengar org citer (hospital lain lah), kalau doktor tu bertitle sikit, harga dia mahal sikit. Tak taulah betul ke tak.
Sementara menunggu Marissa akan bermain-main dekat playland kat situ
Aku pulak memang suka berappointment dengan doktor pada hari Ahad. Even time Marissa dulu pun, aku check-up on Sunday. Aku malas nak bertime-off ataupun cuti time kerja, lagipun doktor bukak klinik dia hari Ahad maka aku pilih jelah Ahad. Tapi haruslah kena tunggu lama sikit sbb patient pada weekend ni memang agak ramai. Kalau pagi datang tu, register, pastu gi breakfast, pastu gi jalan2 sikit pastu datang balik kat klinik baru lah nama kita kena panggil.
bosan2 tu kita baca jelah sumber bacaan yg ada - comel kan gambar baby tu?
takpun kita bergambar laki bini
Kadang2 tu sampai terlelap2 lah jugak kami kat sana. Pastu kalau gi check-up gak jangan lupa bawak bekalan tuk anak. Yelah, lama2 kat situ sure dia bosan. So, memang kena sediakan bekalan susu, bear, puting dan apa2 jelah barang2 penyelamat lain.
kalau mood dia baik oklah..
kalau tak nak dia bising, kita sumbatkan ajer mulut dia
good sign - bila nama mama dipanggil
Setelah puas menunggu, maka tibalah giliran saya.... ni aku tak pasti check-up bulan yg ke berapa. Tapi after Doktor balik dari Umrah lah. Kebetulan tau, aku first jumpa doktor lepas kami balik Umrah, dan hari kami jumpa dr. tu pulak adalah keesokannya harinya dia akan berangkat menunaikan Umrah.
Ada sekali tu, aku tersasul aku panggil doktor tu Ustaz.. ada ke patut...hahahaha sbb yelah dr. tu balik dari umrah tetiba dia simpan janggut ngan jambang.. aku pulak tah mulut ni tetiba jer panggil doktor tu ustaz... gelak jer doktor tu, pastu kata "amboi mentang2 lah saya ni berjanggut berjambang.." sori doktor tershasul lah...
Nilah dia Ustaz eh Doktor kami
masa ni dah berapa minggu tah...
Entry ni aku campur jer gambar2 yg ada dalam collection asben. Takdelah specific month by month... tapi actually memang tiap bulan pun ada wat check up.
Yang gambar kat bawah ni pulak adalah gambar terbaru. Iaitu check-up last Sunday....
susukan Marissa kejap
Boring2 kang, dia main lah dengan budak2 kat situ
takpun panjat2 kerusi
peace versi Marissa - tak paham aku
scan time - masa tuk melihat baby
that's my baby
Sehari sebelum tuh iaitu hari Sabtu aku buat 4D scan kat tempat yg sama. Tapi dengan doktor lain. Doktor dari luar yg memang expert dengan mesin2 scan nie... Nanti aku citer lain yer...
Alhamdulillah baby sihat. Harap maknya pun sihat sama hendaknya.
To husband, terima kasih kerana setia menemani saya, walaupun kengkadang jadual tugas dia sgt padat. Tapi yelah sokongan suami memang sgt2 diperlukan di ketika ini. Barulah rasa yg ringan sama dijinjing yg berat sama dipikul. Ewah....