Wednesday, June 6, 2012

Sedikit Pasal Cerita Kawen


19 Mei lepas merupakan majlis perkahwinan adik pompuan aku.  Actually nak lah tunggu gambar2 dari official photog, tapi tentu amik masa sikit, so aku update pakai gambar yg ada ni jelah. Tak byk pun bergambar masa hari kenduri sbb masing2 pun sibuk, katanya pun tak cukup kakitangan, akak sulung aku kena warded, kesian adik kawen pun tak leh balik kejap. Doakan yg terbaik wat akak aku semoga selamat semuanya. InsyaAllah Marissa akan jadi 'kakak'. Abang ipar pulak tgh outstation dan takleh balik sbb ada exam.  So, tinggal aku ngan akak aku no. 2 ngan adik lelaki bongsu aku jer yg ada. Seb baik lah catering, kalau masak2 mau pitam 10 kali.

Tapi apapun, Alhamdulillah majlis telah selamat berjalan lancar.

 Bergambar dengan pelamin punya prop

 ala2 frame gambar kaedahnya

 hover pulak Adam

Sbb ruang dalam rmh mak pun tak lah luas sgt, makanya pelamin pun dibuat dihalaman rumah sahaja. Yelah mana tak muat, pelamin zaman sekarang kemainlah gabaknya, aku dolu2 muat jer wat pelamin dalam rmh.

Malam sebelum majlis, org dari butik Kaseh dah datang tuk set up pelamin. Tapi dorang tak siapkan 100% pun, mana yg penting2 jer dulu dorang siapkan, selebihnya pagi masa hari kenduri tu baru dorang siapkan. Sebabnya dorang ada a few wedding gak yg dorang nak kena siapkan. Tapi takpelah hasil kerja dorang pun memuaskan hati. Lagi aku suka sbb warna tema adalah warna feberet aku.

Bila pelamin tak siap, apa lagi budak2 ni sakanlah main2 kat atas pelamin. Seb baik tak roboh.

 pengantin belum rasmikan lagi dorang dah rasmikan dulu

 Marissa pun sama tak ketinggalan, nak minum susu pun kat atas pelamin gak...hover

 di pagi hari kejadian

Pagi2 sebelum tetamu sampai, amik gambar gedik2 dulu kat depan pelamin, kang takde masa pulak nak amik gambar. Tapi memang seb baik gaklah kami bergambar dulu pagi2 tu, sbb lepas tu memang tak sempat pun nak amik gambar, tu pun bila photog panggil ahli keluarga tuk bergambar beramai-ramai. Kalau tak, takdelah.

 Marissa pun suwit jer berbaju kurung

 Adam yg lari tema... apa nak buat biru adalah feberet dia.. ikut jelah


Adik aku nikah pada pagi hari tu jugak, so memang agak kelam kabut sikit, pagi nak menikah kat masjid, dahlah standard kalau nikah kat tempat aku ni memang lama sikit, imam adalah sgt menjalankan tugas, siap ada tazkirah apa sumer, ni pun seb baik takde sesi soal jawab.. time aku nikah dulu, berpoluh gak lah asben nak jawab soklan2 dari ustaz.

Lepas nikah kang, pengantin kena balik dan cpt2 bersiap2. Aku dulu seb baik lah nikah hari Jumaat, kenduri hari Sabtu, so takdelah rushing sgt, tapi ni dah pilihan pengantin, kita layankan ajer... lagipun sape yg nak kawen kan...

Sekian, diakhiri dengan gambar kakak pengantin yg semakin tembambun.



masa kat masjid

Eh tak aci kan.. citer pasal kawen mana gambar pengantinnya?? Gambar pengantin takdo.. kena tunggu gambar dari official photog...

Macam keji pulak, citer pasal kawen, tapi gambar pengantin takde..

oklah kita letak lah gambar tapak tangan penganti cukup..hahahaha

Aku pun tak pastilah apa yg tok kadi suh penganti ni buat hari tuh, yg aku dengar dia suh dua pengantin tengok tapak tangan masing2.. eh biar benar tok kadi ni naik main telek2 kah? takdelah aku main2 jer... ampun kadi.. ampun imam...

Oklah kita letak lah dulu sekeping gambar pengantin... yg lain2 kita perap dulu lah yer....
saat baru bergelar somi istri


Kepada pasangan pengantin, selamat penganti baru lah yer....semoga bahagia selama-lamanya macam kakak2 korang nie....ehehehehe

Nanti kalau rajin sambung lagi dengan gambar2 yg lebih menarik...

Friday, June 1, 2012

Minggu Rajin Hari Tu..

Ni kisah minggu ntah bulan bila tah...  aku ni kalau rajin kemain lah rajin, dari breakfast sampai ke malam tak abis duk kat dapur, memasak, tapi kalau malas tu, dari breakfast sampai lah ke dinner sumernya pun kedai yg masak. Tapi aku tak nak citer malas aku sekang ni, tapi nak citer pasal rajin.

Pagi hari tu, pagi2 dah bangun. Turun bawah tengok apa yg boleh tuk dimasak. Si ayah dan si anak masih sedang lena di bilik.  Ni kalau nak tunggu dorang bangun, konpom nasi lemak yg makcik tu jual pun dah abis paling tidak kang mungkin dia dah kemas barang2 niaga dia. Takpelah kasi chance dorang bangun lewat sekali-sekala.

Ala takat goreng kuih karipap dan buat megi goreng jer pun. Pastu bancuh air teh o. Karipap tu pun bukan aku yg gentel pun. Karipan frozen je pun, masuk minyak, panas kuali, pastu siap sudah. Kalau aku rajin sikit mungkin aku dah buat nasi lemak kot. Tapi sbb lunch nanti aku plan nak masak sumting maka, pagi masak megi jer cukuplah. Kang kalau wat nasi lemak, konpom tengah hari aku tak masak dah.


breakfast yg simple jer

Elok jer sumer makanan terhidang kat atas meja, dua org kesayangan saya pun turun ke bawah, dan menuju ke meja makan. Eh eh dorang ni cam tau2 jer food is ready.


Lepas jer breakfast, lepak2 kejap pastu terus ke dapur semula. Utk masak lunch pulak. Kali ni nak buat ikan sumbat versi ibu mertuaku. Dah lama tak masak lauk kegemaran en. suami ni. Kena masuk dapur awal sikit sbb tuk wat menu ni kena amik masa lama sikit sbb kena masak sambal tu garing2.


ikan sumbat resipi mak mertua

Pastu buat ni pulak..


kailan ikan masin

Main dish utk hari tersebut jugak adalah masak lemak udang + nanas. Gigih ok aku perah santan. Aku kalau masak lemak memang jarang guna santan yg dah siap diperah tu atau santan segera, aku ikut cara mak aku guna gak kelapa parut, pastu perah sendiri.



Kelam kabut jugak aku memasak hari tu, sbb pukul satu petang camtuh, aku kena make sure everything is ready. Sebabnya lunch hari tu kami ada tetamu. Tu yg bersilat gaklah aku kat dapur hari tuh.  Takut nanti tetamu dah sampai aku kat dapur lagi tumbuk cili.

Hah citer tumbuk cili ni, aku ada gak buat sambal tempoyak tau. Senang jer wat ni tumbuk cili api beberapa ketul pastu gaulkan ngan tempoyak... cicah pulak ngan timun.. memang mebeles.

By 1 lebih camtu sumernya sudah siap terhidang... aku pun cpt2 naik bilik  tuk bersiap.

lunch is served

Tengah2 bersiap, intai dari tingkap bilik, tengok kat bawah nampak tetamuku sudah sampai.... siapakah gerangan tetamu ku itu? Cekidaut. Yo yo o jer ending aku nie....

Jabal Rahmah & Jabal Uhud

Ok kita sambung lagi kisah perjalanan Umrah kami.

Hari ke-3 di Mekah bersamaan 20 Mac 2012, utk ziarah luar kami di bawa ke Jabal Rahmah dan Jabal Uhud.

Pagi selepas Subuh, cpt2 breakfast pastu semuanya berkumpul di lobi hotel utk menaiki bas ke Jabal Rahmah dan Jabal Uhud.



Kat bawah hotel tempat kami menginap ni adalah satu kedai tau. kat kedai dia adalah jual mainan2 budak. Biasalah Marissa kalau nampak mesti lah sibuk nak masuk dan pegang mainan2 tuh.

Tapi kan tokey kedai tu kan semacam sikit tau, aku kalau dari nak beli pun mungkin tak jadi nak beli... ada ke patut bila dia nampak jer budak2 masuk kat kedai dia, dia halau2 macam halau anak ayam jer, ... hampes jer....patutlah sunyi sepi jer kedai dia aku tengok, kedai lain aku tengok ramai org dari barang.


Ok takpelah... tapi aku bengang2 kat tokey kedai tu pun, hari last masa kat Mekah hari tu aku terbeli gak barang kat kedai dia. Emergency katanya. Kalau tak, koser aku nak beli kat dia. Ni sbb flask Marissa terjatuh lalu terpecah, so masa pun dah suntuk2 utk check out dan bergerak ke airport Jeddah, maka tekan lift turun bawah dan pergi jelah kedai tu tuk beli flask baru. Kalau tidak kang payah pulak nak cari air panas tuk bancuh susu utk anak.Tapi beli flask baru tu pun tak membantu jugak, bila petang tu sampai airport air dalam flask tu pun dah sejuk. Tensi tau, dua kali beli flask kat sana sumernya air tak tahan lama panas dia. Alih2 masa kat airport masa nak bancuh susu kena gak beli air masak kat sana. 2 riyal tuk sebotol susu. Mahal kan?

Eh dah tersasar pulak citer nie... ok kita mulakan perjalanan dengan menaiki bas.


teddy pink dia mesti tak tinggal punya

dah rupa anak palestin pulak anak aku ni

 

Belakang kami adalah jabal Rahmah

Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari Syurga.  Walaupun mereka terpisah jauh semasa dikeluarkan ke dunia, mereka akhirnya bertemu semula di bukit ini.


Memulakan pendakian

Rilex jer naik bukit batu dengan berjubah bagai.. cer kalau kita kat sini nak naik bukit ke atau panjat gunung kemain dengan sport attirenya. Kat sana, org tua, org muda sama2 jer cergas panjat bukit tuh.


gambar tersenget plak - masa nak mendaki

di puncak bukit

yeay sampai di puncak




Ini pula adalah Jabal Uhud

Bukit ni lebih tinggi dari Jabal Rahmah, actually ada ramai yg yg mendaki Bukit Uhud ni. Nampak sayup2 org kat atas sana tengah mendaki. Utk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 50 minit. Tapi disebabkan masa kami tidak lama, kami hanya melihat dari kejauhan sahaja.



Sebenarnya aku nak jugak lah cerita mengenai Sejarah Jabal Rahmah dan Jabal Uhud ni. Tapi buku (sumber) takde pulak dengan aku sekarang nie... jadinya kita share gambar je lah yer.

kami bertiga

 

atuk & nanny


Panjang lagi kisah perjalanan Umrah nie.... Walaupun lambat aku akan habiskan gak citer kat blog... sbb kalau tidak nanti hilang begitu sahaja kenangan yg indah ini. Inipun byk yg aku dah lupa nie....ok sambung lagi...


Thursday, May 31, 2012

Anak Mama Jugak

Eh mana aci letak gambar anak ngan ayah jer kan... mama dia nak lah jugak...mana leh anak jer dating ngan ayah dia, mama dia mesti lah ikut sekali kan..

Ok now picture anak dan mama nya pulak...ayah sila jeles jer!..



like mother like daughter

 

Gambar di atas di ambil masa wedding anak ofismate kat Taman Tasik Titiwangsa beberapa minggu yg lalu.

Tambah lagi sikit gambar kami nie... masa ni kami anak beranak tengah breakfast kat luar.





Sekian, update ringkas2 sahaja wat masa ini.

Anak Ayah

Ok mood malas nak update blog rasanya dah berlalu pergi kot. Tapi tak taulah kot esok lusa malas tu menyerang lagi aku tak tau. So, sementara tengah merajin ni apa kat kita update jer blog.

Tapi tak tau nak update apa pun, kita letak gambar jer sudeh yer.... gambar anak dan ayah yg macam sedang dating berduaan...  jeles mama ok...









tambah lagi satu gambar mereka, tapi kat tempat lain pulak....




Nampak macam manja sgt ngan ayah dia kan? Manja tu manja lah jugak, tapi yg lagi garang, yg selalu marah ialah tetap ayah dia. Tapi walau kena marah pun tetap mau manja2 sama ayahnya.

Wednesday, May 30, 2012

Kita Citer Pasal Masak2 Pula Yer

Dah lama tak citer pasal masak-memasak. Lagipun sekarang ni pun memang dah jarang2 sikit masak. Al femalas lah sikit. Dulu kemain asal balik kerja jer nak masak, sekarang harap tunggu weekend jelah tu pun kalau tak keluar mana2, kalau tidak memang seminggu tu tak masak langsung lah.

Ni tah bila punya minggu punya masakan aku pun tak tau, since dah ada gambar2 asben transferkan kat hard disk ni, maka aku update jelah blog.
Menu adalah berdasarkan apa yg ada kat rmh jer, dahlah time tu peti ais memang dah kosong dah, memang lama tak beli barang basah, yg ada cuma udang dan ikan siakap yg tinggal setengah.

Fikir2 nak buat apa dengan udang ngan ikan ni, tengok pulak apa bahan yg ada tuk aku memasak. Ok tepung ada, telur ada, bawang ada, sos ada, tomato ada, maka terus dapat idea nak buat udang goreng tepung dengan siakap sweet sour.

 Bahan-bahan tuk udang goreng tepung - telur, tepung serbaguna dan bread crumb

udang adalah perkara utama lah kan

 
udang yg telah dicelup telur dan digolek atas tepung serbaguna dan bread crumb

kemudian masuk kuali dan gorengkan

 
dah siap.. very the senang

 
Pastu goreng ikan pulak

sambil goreng ikan, hiris bawang besar dan bawang putih

 
ikan dah garing, angkat dan letak dalam piring

 
kemudian, buat sos nya pulak, tumis bawang sumer, pastu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, pastu masukkan tomato.

Dah siap

siakap sweet sour dan udang goreng tepung


Kalau takat masak ni, aku boleh jer masak masa birthday Marissa malam tu, tapi sbb takde masa tu yg kena order jugak tuh. Walaupun masakan kedai tu oklah sedap tapi aku rasa kalau aku masak sendiri lagi sedap kot.  Tapi part tomyam hari tu memang terbaiklah. Aku memang suka sgt tomyam dia. Aku masak tomyam memang tak berapa pandai lah.

Sekian entry kedua untuk hari ini. Wah syabas beteh... selalu nak up satu entry pun malas, hari ni sampai dua lagi.... ok esok akan ada 3 entry pulak...yelah sgt tuh.... byeee...