Thursday, March 10, 2011

Malas Nak Masak, Makan Kat Luar Saje.

Hai u ols... hehehehe lama gak aku menyepi kan blog kan. Tah lah cam takde feel pulak nak berblogging lately ini. Tapi because of Marissa's fan aku update lah jugak yer. Yelah org asik tanya aku, apa citer Marissa? apa citer Marissa? Rindu Marissa lah... kat mama nya tak rindu ker? Kecik hati ayam. Hehe.

Ok, sebelum tu sorilah lately ni jugak kamera godang dah selalu kena tinggal kat rmh, cam tak koser lah nak jinjing2, baik dukung anak. Betul kata mak mertua dulu, ayah Marissa ni sebelum ada anak boleh lah nak hangkut kamera dia ke sana sini, cer tgk dah ada anak nanti, konpom anak jer yg dia hangkut. Memang betul pun... kengkadang tuh, bila dah dukung anak terlupa pulak capai kamera. Haha. Tapi takpe, kamera hp pun kan ada. Haha.

Panjang pulak mukadimahnya, padahal ada korang kesah?? hahaha.. ni lah bila dah lama sangat tak menulis blog.. nak amik mood org kata.. 

Aku sekarang ni malas sgt takde masa sgt nak masak2, hari tu teringin lak nak makan kat chicken rice shop.. apa lagi....  berdesup lah kami ke Jusco sana..

Tapi gambar makan2 nan ado.. terus2 gambar lepas makan. Gambar Marissa tgh main kete goyang2 nie....anak tak reti apa lagi.. tapi ayah dia yg over excited..

kena pegang, kete goyang2, kang terjatuh lak si kecik tuh
memang belum sesuai tuk dia lagi
"apakebendanya ni.. goyang2, ada lagu?" kata Marissa dalam hati
Lepas makan, lepas main2, apa lagi shopping time lah kan... aku shopping2, ayahnya jagalah anak sekejap yer..

aik dah tido

 
Marissa bobot

Nampak tak rattle tuh? Masa kat bahagian baby sajelah kasi Marissa pegang rattle tuh, sekali dia takmo lepas ko.. bila amik dia nangis.. terpaksalah beli.. bukan tak nak beli pun, tapi rattle kat rmh yg berlambak tu bukan dia nak main pun... yg dia nak main yelah benda yg bukan permainan.. memang lah budak2 ni kan..

Sekarang ni dia memang dah pandai dah, nak merajuk2 ker, nak mengamuk2 ker... dah ada perasaan org kata... yelah dah besar lah katakan...
kemain silang kaki lagi


K lah ni jelah yg sempat aku update wat masa ini. Nanti kalau ada mood nak blogging lagi aku update yer... ni update ala2 jer nie... pemalas lipassss.... byeee..

Monday, March 7, 2011

Trilogi Cinta

Series, aku dilanda mood yg hamat malas utk menjenguk blog. Apatah lagi nak mengupdate. Tapi gigih gaklah update sikit2 sbb dah ada yg berbunyi. Blog korang aku ada gaklah datang jenguk, tapi aku hanya lalu camtu jelah, tak tinggal komen pun. Takpe kan...

Sape tgk citer Trilogi Cinta? Adaptasi dari 3 Novel terkenal dari Sharifah Abu Salem. Best kan citer tuh...Kalau tak tau citer tu ditayangkan setiap hari Ahad, Isnin  dan Selasa pukul 10:00 malam, TV1.  Aku pun baru jer layan citer tu bila tgk mak aku tak pernah missed tgk citer tuh. Watak Rosyam Nor (Razif), Fauziah Ghaus (Norjinah) memang aku suker sgt2.. tapi aku benci si Siti Fazurina (Seha) adik si Norjinah dalam citer itu. Memang rasa nak terajang2 ajer.

Ada org kata ada ker suami kat dalam dunia ni cam watak Rosyam Nor tu... Ada kot... cam ayah Marissa...ahahahahahahaha ok kita kasi puji-pujian kat laki sendiri yo...

oklah aku malas nak update panjang2.. kita akhiri dengan gambar princess muka ketat ini.


Jangan lupa malam kang tonton citer ni tau... aku tau ramai yg tak layan tv1 satu ni, apatah lagi drama melayu... korang tgk dulu.. pastu korang nilaikan best ker tak best?

Contest Si Kecil & Bunga

Pengumuman:  Tarikh tutup penyertaan 'diextend' sehingga 7 Mac 2011.

Fuh first time ni nak wat contest kat blog sendiri. Sebenarnya dah lama sgt nak anjurkan contest kat blog ni tapi tak tau nak wat contest apa. In fact, hadiah dah lama sgt aku beli. Sgt bersemangat gitu, contest belum buat hadiah dah ready. Hehe.

Baiklah kawan blogger2 sekalian, jikalau sudi marilah memeriahkan contest Si kecil & bunga ini yo. Mudah sahaja tiada syarat2 yg menyusahkan atau membebankan. Bersesuaian dengan konsep contest ini adalah utk suka2 sahaja.

Syarat2nya mudah sahaja:
  1. Nak follow ker tak nak follow ker tak kisah. Sbb contest ini bukan bertujuan utk meramaikan follower. Contest ini just for fun.
  2. Wat satu entry pasal contest ini. Senang ajer. Copy paste jer pun entry nie.
  3. Mesti ada gambar si kecil dengan bunga. Ini adalah syarat utama. Tak kisah lah bunga betul ke bunga tiruan ker, asalkan bunga.
  4. Si kecil mestilah berumur tidak lebih daripada satu tahun. Sbb hadiah tu sesuai hingga umur 1 tahun. Setahun lebih sikit takpe kot.
  5. Letakkan nama penuh si kecil di bawah gambar beserta tarikh lahirnya.
  6. Lupa nak cakap si kecil mestilah seorang gigirl. Yelah gigirl barulah sesuai ngan bunga2 kan. Padahal sbb hadiah yg ditawarkan adalah utk gigirl.
  7. Tag 2 org kawan dan jgn lupa gitau kat mereka yg mereka telah ditag.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Februari 2011 7 March 2011. Memang sengaja tak nak buat lama2. Supaya korang wat contest ni cpt2.
  9. Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat ruangan komen di bawah ini. Kalau tidak mana aku nak tau yg korang join kan.

CONTOH


Nama: Marissa Qaisara binti Shahrizal Ikhmar

Tarikh Lahir: 28 Mei 2010


Dah itu saja syarat2nya. Mudah kan? Mudah kan? Jadi apa tunggu lagi.

Thursday, March 3, 2011

Grilled Chicken


Menu lunch aku. Hari ni mls nak jln2 cari mkn. Just mkn kat kafe ofis saje. Dan hari ni gak mls nak update blog. Oh ya sedap giler lunch set aku ni.

Wednesday, March 2, 2011

Aktiviti Sengal

Dulu sebelum ada anak aku selalu citer aktiviti sengal kami laki bini. Main nyorok-nyorok dalam almari lah, main conteng2 tapak tangan lah dan mcm2 lagi lah. Tak caya? Gi lah tgk kat archive aku tuh. Aku bila baca balik pun cam.. eh eh.. sengalnya..

Tapi tidak bermakna selepas kehadiran Marissa, kami tidak lagi meneruskan aktiviti2 sengal ini. Mana boleh weh.. walau ada anak pun tak bermakna kita nak leh nak bergurau-senda atau pun bersengal-sengalan. Cumanya dah kurang dah update pasal citer2 tu sbb Marissa dah take over kebanyakan cerita2 aku. Well, itu perkara biasa kot. Aku tgk blogger yg mana2 ada anak konpom akan citer pasal anak. Sbb? Inilah salah satu cara tuk tgk perkembangan anak.

Ok, ni nak citer aktiviti kami baru2 ini. Ayah Marissa ni memang jenis suka kita pamper2kan dia. Bukan pampers yer. Selain dia suka kita wat facial dia, cari uban dll dia suka gak kalau org korek2 telinga dia. Kira cam spa telinga. Ada ker pun spa telinga? Siap leh berkilat lah telinga tuh kena gilap.

Tapi kali ni, bukan dia yg kena pamper, aku pulak yg nak cuba apakah rasanya spa telinga itu.  Errmm blh tahan gak... rasa cam nak tido jer.

Nak tgk gimanakah keadaannya? Biarkan gambar yg bercerita yer anak2...


muncungnya mulut ayah Marissa

Marissa pulak elok jer duk diam2...

 
silap haribulan tido lah dia

Eh apsal pulak gambar Marissa yer? Tadi citer pasal aku, tup tup gambar Marissa lak yg keluar yer. Ok, aku saje jadikan Marissa sebagai model.

Lebih kurang mcm tulah keadannya. Actually, sebelum turn Marissa tuh, turn aku. Tapi camne pulak Marissa nak amik gambar kami kan. Dun worry yer kawan2 ni bukan korek telinga yg dalam2 sampai gegendang telinga tuh, just kat bahagian2 luar jer. Bak kata asben aku, nak tgk bersih tak bersih org tuh, tgk lah telinga dia. Eh eh dia samakan cam kucing pulak yer. Haha.

Eh Sama Lah

Semalam aku course sama dengan my bespren Shim & her husband, Jeff.  Laki bini attend course sama. Gedik. Hehe.  Aku pernah citer pasal dia kat blog ini, masa wedding dia kat Johor dulu. Ada dalam archive, malas nak link. Kami kenal since 10 tahun lepas, kiterang satu induction course dulu. Since then, kami rapat. Ramai kata kiterang cam adik-beradik. Org kata muka kami serupa. 
Masa lunch kiterang sumer makan se-table. Masa tgh makan Jeff tegur, jam aku sama dengan jam Shim. Secara kebetulannya pulak, dua2nya pun pemberian suami. Tak sangka taste laki kita ni sama yer. Apalagi teruslah snap gambar.


her & mine
Ok habis citer jam. Semalam gak aku ada letak gambar BMW X6, pastu adalah desas-desus kata kami pun nak beli kereta baru, korang ni pandai jer hidu kan... ok ok ok nak tgk kete baru kami tak?????

Presenting our new car.....












hihi... scroll lagi...
























taraaa......

comel tak?

Nape tak percaya? Percayalah... ni lah kereta yg aku naik semalam. Isy aku ni suka sgt nak propa2 kan.. Taklah ni kete member aku tuh.  Asben aku tak dapat jemput aku semalam, maka aku pun tumpanglah naik kete mini ini. Comel kan?

Tak sangka pulak dorang bawak kete mini ni semalam. Patutlah masa aku cakap nak tumpang, dorang cakap, ko nak ker naik kete kecik kiterang? Ala apa ada hal, kecik ker besar ker....


tuan punya kereta; Jeff & Shim..  muka jeff tak nampak tangan pun jadilah



p/s: Tak sabar ni...

Tuesday, March 1, 2011

Tido pun Best


Perut dah kenyang. Dpt tido pun best gak ni. Ni yg bestnya course. Mkn sdp.

Lunch Break.


Amik bilik utk projek mengepam. Ini pun dah delayed ni. Lewat dari kebiasaan. Takpe janji pam. Kursus kursus gak. Tanggungjawab tidak dilupakan.

Fuh!


Kagum sekejap. Kete x6 no plate pun. Nilah korje bila dah stuck kat jam. Sori men amik2 gmbr kete org tanpa ijin.

Sana Jem. Sini Jem.


Pkl bape lah aku nak sampai ni. Aku ada course hari ni. Taknaklah masuk lmbt klu boleh. Phew jln mcm siput babi, hiway pun tak rupa hiway. Nama je byr tol, tetap gak jln tersenggut. Ada eksiden ke apa. Ambulan nino nino je ni. Jem merata2. Aku lapar ni. Klu ada roti leh mkn ngan jem. Ok jgn biarkan jem menghilangkan mood pagi ini. Mari kita bermesra dgn suami di sebelah. Ok gud morning u ols sumer.